Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN MINGGU STEM (penyelaras)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada:

Yang Berusaha,

Encik Shamsuddin Bin Arof, Pengetua SMK Bandar Baru


Sintok,

Yang Dihormati

Tuan Haji Azwan bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Salwati bt Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,

Puan Nor Rizan bt A. Latif, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Guru-guru Kanan Mata pelajaran,

Guru-guru serta murid-murid SMK BBS yang disayangi


sekalian

Saya selaku penyelaras bersama En Shahirulakmal Bin


Ahmad dari Bidang STEM telah mengendalikan Minggu STEM
tahun 2023 dengan jayanya. Untuk pengetahuan para guru dan
pelajar sekalian, Minggu STEM SMK BBS telah diadakan
sepanjang minggu 17 hingga 21 September 2023 yang lalu.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Matapelajaran
STEM merupakan ilmu sejagat yang wajar diberi perhatian oleh
semua pihak terutama guru- guru di bawah Bidang Sains dan
Matematik serta Bidang Teknik dan Vokasional bagi menjamin
kejayaan murid, baik dalam bidang akademik mahupun dalam
kehidupan seharian.

Matlamat utama Minggu STEM 2023 ini adalah untuk


menarik minat pelajar terhadap matapelajaran STEM
disamping dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar
tentang ilmu sains dan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan
dalam kehidupan seharian. Melalui program ini juga, pelajar
akan diberi ruang untuk menguasai kemahiran-kemahiran
seperti ‘soft skill’ dan kepimpinan di samping dapat menyemai
budaya berpasukan di kalangan pelajar.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Minggu STEM


dilaksanakan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah
seperti Terjah Sifir& Aljebra, Penulisan Sajak Sains dan
Matematik, Pertandingan Mockup dan Model Lampu, Aplikasi
penggunaan Pen 3d, Pameran Pembangunan Produk RBT,
Pertandingan Reka Bentuk Makanan (menghias Kek), Coding,
Tick Tac Toe, Pertandingan Air Layer, Ciptaan Sabun guna
minyak dan pelbagai lagi.

Terima kasih kepada semua pelajar yang memberi


sokongan dengan menyertai pelbagai aktiviti yang telah
disediakan. Hari ini kita akan meraikan kejayaan pelajar
bersama-sama. Terima kasih juga di atas sokongan Pengetua
dalam menjayakan program ini.

Akhir sekali saya berharap program ini dapat diteruskan pada


masa akan datang.
Sekian Terima Kasih,

Saya kembalikan majlis kepada saudari/saudara pengerusi


majlis.

Anda mungkin juga menyukai