Anda di halaman 1dari 4

Faktor yang mempengaruhi kemahiran bahasa dan

komunikasi kanak-kanak

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kemahiran bahasa dan


komunikasi kanak-kanak. Antaranya ialah faktor fizikal, seperti alat pendengaran, alat
pertuturan dan kecederaan sewaktu lahir. Seterusnya ialah faktor persekitaran yang
berkait rapat dengan keluarga, sosioekonomi dan bilangan adik beradik.

FAKTOR FIZIKAL

Alat pendengaran.

i. Alat pendegaran - Faktor ini merujuk kepada ketidakupayaan untuk mendengar atau
pekak. Ini akan menyebabkan kelancaran otak untuk memproses maklumat penutur
dan memberikan arahan kepada pendengar untuk bertindak juga turu terjejas.
Sekiranya penyakit ini hadir sedari kecil, kanak-kanak itu pasti tidak boleh bertutur
kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa.
ii. Alat pertuturan - Masalah ini merujuk kepada kegagalan alat artikulasi berfungsi
dengan baik. Kerosakan ini akan menyebabkan individu itu bisu atau gagap.

iii. Kecederaan sewaktu lahir atau mendapat penyakit tertentu seperti jangkitan
pada otak, sawan dan penyakit kuning yang teruk akan mempengaruhi pertumbuhan
dan perkembangan otak kanak-kanak. Ini menyebabkan kelewatan kebolehan bertutur
dan perkembangan bahasa kanak-kanak.

FAKTOR PERSEKITARAN

i. Keluarga - Ibu bapa yang selalu bertutur dan berbual dengan anak mereka akan
menyebabkan anak mereka cepat mempelajari kemahiran ini. Jika ibu bapa jarang
berbual dengan anak mereka, ini akan mengehadkan pengunaan bahasa kanak-kanak.

ii. Sosioekonomi - Tahap sosioekonomi biasanya berkait rapat dengan tahap


pendidikan. Keluarga yang mempunyai tahap sosio ekonomi yang tinggi dan
berpendidikan pasti dapat menyediakan pelbagai kemudahan untuk merangsang
perkembangan komunikasi yang baik kepada anak-anak mereka. Manakala, jika
keluarga tersebut mempunyai tahap sosio ekonomi yang rendah, agak sukar untuk
menghantar anak-anak mereka ke taska seterusnya mengehadkan pengunaan bahasa
kanak-kanak kerana tidak terdedah dengan pembelajaran.
iii. Bilangan adik-beradik - Bilangan adik beradik juga mempengaruhi perkembangan
bahasa kanak-kanak. Contohnya, semakin ramai bilangan adik beradik dalam sebuah
keluarga, makin terhadlah perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini kerana, ibu bapa
jarang berbual dengan kanak-kanak tersebut kerana tumpuan terhadap adik beradik
yang lain sudah terbahagi. Jika bilangan adik beradik dalam sebuah keluarga adalah
sedikit, ibu bapa dapat menumpukan perhatian kepada kanak-kanak tersebut
seterusnya dapat mempelbagaikan bahasa kanak-kanak tersebut.

Tetapi, ada juga yang berpendapat sekiranya bilangan adik-beradik terlalu ramai,
maka lagi senang untuk mempelbagaikan bahasa kanak-kanak tersebut. Akhirnya, ibu
bapa lah yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kemahiran
bahasa kanak-kanak. Setuju?

Fungsi Bahasa dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak


Fungsi Bahasa dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1. Menyampaikan kehendak
- Mengekspresikan kehendaknya atau perasaannya pada sasaran yang tetap. Kanak-
kanak dapat menyampaikan kehendak seperti ingin ke tandas, ingin ke sekolah atau
ingin makan makanan kegemarannya.

2. Melahirkan perasaan
- Dengan bahasa, kanak-kanak dapat mengungkapkan perasaan sayang, gembira,
marah, sedih dan sebagainya.

3. Memberi fakta
- Menjelaskan perilaku sendiri atau perilaku orang lain.
4. Alat Komunikasi
-Sebagai alat komunikasi. Selain isyarat tangan, bahasa merupakan cara kanak-kanak
berkomunikasi dengan individu lain.

Anda mungkin juga menyukai