Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MENULIS

Definisi kemahiran menulis


Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga
merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang
tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan
mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan
atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud
memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang
dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

Konsep kemahiran menulis


Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat
beberapa konsep menulis iaitu :

 menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis


 menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam
bentuk huruf dan alfabet
 menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau
perkataan sesuatu bahasa
 menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan sesuatu
makna
 menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi
mempersembahkan idea dan pendapat

Definisi
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik
bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-
lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna
serta dijadikan alat komunikasi.

Peranan Tulisan

 Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
 Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi
sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok
masyarakat.
 Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa
dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
 Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,
menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup
masa kini).
 Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga
seluruh insan umumnya.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis

Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan
diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok
masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan
benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-
bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat
contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat
contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan
otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan
perkara-perkara berikut:

 Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti


menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
 Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
 Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah
dan lain-lain.
 Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh
memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan
peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk
memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-
huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati
memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan
yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

 Kemahiran mengawal dan memegang pensel.


 Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
 Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
Tulisan Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

 Membina ayat.
 Mengarang cerita.
 Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
 Menulis surat kiriman.
 Lain-lain yang berkaitan.

Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak

1. Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.


2. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
3. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan
dengan perkataan
4. Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
5. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
6. Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
7. Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
8. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
9. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
10. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
11. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
12. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
13. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
14. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
15. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Cara-cara mengatasi masalah tulisan

1. Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat


permulaan dan mendirikan asas.
2. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan
mudah.
3. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-
cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat
dengan teliti dan betul.
4. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan
sempurna.
5. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Anda mungkin juga menyukai