Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL: PENYEDIAKAN TENAGA KERJA MAHIR DAN SEPARA MAHIR NEGARA MELALUI SISTEM

PERSEKOLAHAN

Mohd Afiq Bin Imam (MP111075)

1.0 Pengenalan

Pendidikan Teknik dan Vokasional merujuk kepada satu cabang ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan yang berteraskan kerjaya. Bruce (1996), menyatakan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional (TVET) adalah bertujuan menyediakan individu untuk menghadapi alam pekerjaan atau pun membantu mereka dalam pekerjaan semasa.

Bidang Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional berkait rapat dengan keperluan industri dan pembangunan sumber manusia. Negara Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak mencapai kemerdekaan lagi. Justeru itu tidak mustahil negara memerlukan ramai tenaga kerja terutama tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk memenuhi kepesatan tersebut dan seterusnya menjayakan Wawasan 2020. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata negara memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-9. Potensi pekarjaan yang sangat luas ditawarkan bagi menampung keperluan ini demi kemajuan negara.

2.0 Sejarah

Pendidikan Teknik dan Vokasional telah bermula secara formal di Malaysia sejak tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur pada tahun 1906. Tujuan sekolah teknik ini diwujudkan pada ketika itu hanyalah untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya sahaja. Kini, bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional mengalami pelbagai perubahan sejajar dengan perkembangan sosio-ekonomi dan teknologi berdasarkan keperluan industri dan teknologi maklumat

3.0 Isu

Lambakan pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia menimbulkan pelbagai isu terutama dari isu keselamatan dan kurang peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan negara ini (Solijah, 2010). Statistik Jabatan Perangkaan

Malaysia (sehingga 30 Jun 2010) menyatakan bahawa jumlah pekerja asing di Malaysia mencecah 1.91 juta orang berbanding masyarakat India yang hanya berjumlah 1.88 juta yang merupakan kaum ketiga terbesar di negara kita.

Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya ialah kurangnya pengetahuan dan latihan yang berkaitan dengan keperluan industri dan ekonomi semasa, selain rakyat tempatan terlalu memilih pekerjaan.

4.0 Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional yang sesuai dicadangkan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing. Walter (1993),

menjelaskan bahawa pendidikan vokasional merupakan program pendidikan untuk menyediakan seseorang itu untuk alam pekerjaan sama ada untuk memperolehi berpendapatan atau tidak (hobi). Justeru itu Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional di sekolah dilihat sebagai satu cara untuk menyediakan kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan separa mahir atau pun mahir.

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sememangnya telah dilaksanakan di sekolah melalui subjek Kemahiran Hidup KBSR, Kemahiran Hidup Bersepadu, mata pelajaran Reka Cipta dan Teknologi Kejuruteraan. Namun begitu beberapa faktor dikenal pasti sebagai punca kepada permasalahan ini ialah seperti berikut

4.1 Berfokus kepada tenaga pengajar

Sistem pengajaran MPV di kebanyakan sekolah masih terikat dengan pengajaran berpaksikan kepada guru atau tenaga pengajar berbanding pelajar itu sendiri. Penekanan diambil adalah berdasarkan chalk and talk dan secara latih-tubi. Hal ini

kurang bersesuaian kerana pada dasarnya pemberatan pembelajaran MPV adalah berdasarkan pengalaman dan pendedahan kepada dunia sebenar. Menurut Miller (1994), kaedah pengajaran pragmatik iaitu gabungan fokus pengajar dan pelajar adalah yang paling efektif dalam MPV. Latihan amali secara hands-on dan pemberatan pembelajaran yang seimbang antara pelajar dengan tenaga pengajar akan membuka ruang untuk pelajar meneroka idea baru dan memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. Kaedah pembelajaran pragmatik juga akan melahirkan pelajar yang lebih inovatif seterusnya dapat memenuhi keperluan alam pekerjaan di masa akan datang.

4.2 Penglibatan pihak industri dan perniagaan

Kurangnya minat pihak industri dan perniagan terhadap latihan tenaga kerja adalah disebabkan mereka ini lebih berorientasikan keuntungan. Pihak industri lebih berminat melatih pekerja mereka sendiri sahaja kerana ia membawa manfaat ke pada organisasi masing-masing. Fusch (1997) mencadangkan supaya semua media seperti pihak industri, perniagaan, kesatuan pekerja, pusat latihan tentera, dan organisasi kerajaan berganding bahu untuk sama-sama memberi sumbangan dalam memajukan bidang kamahiran. Menurut Fusch lagi, tenaga kerja mahir akan juga membawa kebaikan kepada semua pihak. Dato Dr Abdul Shukor menjelaskan bahawa penglibatan pihak industri sangat penting supaya apa yang dipelajari adalah releven dan sesuai untuk pasaran semasa dan akan datang.

4.3 Infrastruktur

Infrastruktur yang kurang lengkap menjadi antara penyumbang dan menyebabkan pelajar tidak dapat mendalami ilmu yang sepatutnya kerana kekangan peralatan dan mesin-mesin. Kos mengurus dan membiayai pendidikan teknik sememangnya tinggi (Soo Wee Leng & Jumaayah, 1997). Kos mengurus Sekolah Menengah Vokasional di Semenanjung Malaysia pada tahun 1992 ialah sebanyak RM98,131,886. Pengurusan sumber dengan baik seperti perbelanjaan berhemah diharap dapat membantu pihak sekolah untuk mengekalkan pendidikan berkualiti sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu Pendidikan Berkualiti untuk Semua.

4.4 Sukatan

Sukatan pelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan kebolehpasaran para pelajar dibidang kerjaya. Sukatan pelajaran yang ketinggalan zaman hanya akan merugikan banyak pihak terutamanya pihak kerajaan yang mengeluarkan dana, selain menyebabkan peningkatan kadar pengangguran kerana apa yang dipelajari tidak lagi releven dan sesuai dengan kehendak industri atau perniagan. Para penggubal dasar hendaklah mengkaji pelaksanaan dan kesesuaian kerjasama dengan pihak industri seterusnya dapat menghasilkan modal insan yang mempunyai kemahiran, ilmu dan pengalaman yang dapat memacu negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

5.0 BIBLIOGRAFI

Ayuba A. U.. & Gatabazi P. (2009). The role of Technical and Vocational Education and Training (TVET) in Human Resources Development: The case of Tumba College of Technology (TCT)-Rwanda. Retrieved from http://tct.ac.rw/images/Ayuba.pdf Bruce, T. S. (1996). The Role of Philosophy in Education-for-Work: Journal of Industrial Teacher Education. Virginia: USA Fusch, G. E. (1997). Philosophy of Vocational http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED408498.pdf Education. Retrieved from

Hartzler, F.E. (1967). Principles and Philosophy of Vocational Education. State Teachers College Emporia: Kansas Miller, M. D. (1984). Principles and a Philosophy for Vocational Education: National Center for Research in Vocational Education. Kenny Road: Columbus Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan. Retrieved from http://sarjana.tripod.com/teknik3.html Soijah Likin (n.d.). Pekerja asing di Malaysia keperluan atau pembaziran modal insan tempatan. USM, Pulau Pinang
Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh. (1997). Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPM Serdang, 10-11 Mei.

FAKULTI PENDIDIKAN MPK 1063 - PHILOSOPHY AND PRINCIPLES OF TVE

NAMA

: MOHD AFIQ BIN IMAM

NO MATRIK : MP111075 TUGASAN 1 : WRITING AN ARTICLE TAJUK : PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL: PENYEDIAAN TENAGA KERJA MAHIR DAN SEPARA MAHIR NEGARA MELALUI SISTEM PERSEKOLAHAN

Anda mungkin juga menyukai