Anda di halaman 1dari 8

Ahad, 20 Julai 2008

GDP: Kayu ukur pencapaian ekonomi yang


merosakkan.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) atauapun lebih popular dikenali sebagai Gross Domestic
Product (GDP) dalam bahasa ekonomi Inggerisnya merupakan antara kayu ukur utama pembangunan
ekonomi dan juga kebahagiaan masyarakat.Ianya telah diguna pakai oleh hampir kesemua negara
bangsa yang wujud pasca Perang Dunia Kedua melalui teori dualisme Pembangunan yang
membahagi negara-negara bangsa ini kepada dua jenis iaitu negara-negara membangun yang rata-
ratanya dijuarai oleh negara-negara Barat dan yang kedua adalah negara-negara sedang
membangun yang rata-ratanya dilabel ke atas negara-negara Dunia Ketiga yang pernah menjadi
mangsa penjajahan Barat.

Apa yang tidak disedari oleh kebanyakkan para pemimpin Dunia Ketiga adalah bahawasanya
penglabelan sedemikian merupakan antara satu modus operandi penjajahan bentuk baru yang lebih
bersifat diskrit terutamanya yang melibatkan penghakisan jati diri dan ilmu tradisional masyarakat.

Kewujudan institusi-institusi kewangan dan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia, International
Monetary Fund (IMF), World Trade Organization (WTO) selepas Perang Dunia Kedua telah memacu
hebat penyebaran ideology pembangunan yang menggalasa sama konsped GDP ini. Bank Dunia
sendiri telah menetapkan GDP sebagai “pengukur aras ekonomi utama” buat kajian mereka.
Mengikut pandangan umum, apa yang baik untuk GDP adalah baik juga untuk sesebuah negara
tersebut; apabila GDP meningkat, maka begitu juga dengan nasib baik kita. Apakah sebenar yang di
ukur oleh GDP ini?

Secara ringkas, GDP adalah jumlah nilai kesemua produk dan perkhidmatan yang dijual dan dibeli,
yang turut juga boleh ditafsirkan sebagai ukuran nilai pertukaran wang antara individu (syarikat,
pekerja etc.) yang menyertai aktiviti ekonomi yang wujud dalam sesebuah negara. Malangnya,
secara tidak sedar para bijak pandai ekonomi serta orang awam menerima mentah-mentah
perkaitan yang wujud antara GDP dan kosa kata “pembangunan” yang sering kali juga disama
ratakan sebagai “kebahagiaan” dan “kejayaan” sesebuah negara. Antara sebab mengapa GDP tidak
menceritkan hal yang tepat berkaitan dengan makna “pembangunan” yang lebih relevan kepada
masyarakat adalah:

Pertama, GDP tidak membezakan antara aktiviti yang produktif dan juga yang bersifat
memusnahkan. Dalam ukuran realistik pembangunan yang membezakan kos dan keuntungan,
GDP telah memukul rata kesemua nilai pertukaran yang wujud dalam ekonomi dan
mengambil kira kesemuanya dalam satu jenis kumpulan nilai yang sama. Penyakit, jenayah
dan bencana alam sekitar semuanya mampu meningkatkan nilai GDP kerana dalam
menyelesaikan masalah ini, duit akan digunakan bagi mengubati penyakit, menangkap dan
memenjarakan penjenyah dan juga membaik pulih infrastruktur yang rosak dek kerana
bencana alam sekitar. Dengan itu juga, GDP akan meningkat walaupun pada masa yang sama
nilai dan kualiti hidup kita semakin menjunam hasil daripada peningkatan kadar penyakit,
jenayah dan bencana alam yang memusnah.

Kedua, GDP tidak menetapkan nilai kepada sumber alam sebelum ianya diguna pakai dalam
sistem ekonomi ataupun dalam ayat yang lebih mudah, digunakan sebagai produk hari-harian
baik dalam bentuk makanan ataupun barangan. Pokok tua di hutan yang kaya dengan sumber
alam yang mampu memberi pelbagai jenis rezeki kepada manusia dan juga haiwan tidak
mempunyai sebarang nilai kecuali jikalau ianya telah ditebang menjadi kayu balak dan dijual
dalam pasaran ekonomi barulah dikira sebagai bernilai dalam sudut pandang nilai GDP. Pada
masa yang sama kayu ukur GDP tersebut gagal mengambil kira nilai kemusnahan yang
berlaku terhadap hutan tersebut. Daripada kes ini kita dapat melihat bahawa kayu ukur GDP
hanya menggalakkan masyarakat kita untuk terus menggunakan segala sumber yang ada
tanpa mengambil kira kadar pengurangan yang bakal menimpa kita kerana sumber alam
kebanyakkanya bersifat tidak boleh diperbarui. Contohnya seperti minyak, bijih timah dan
juga penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tunda secara berleluasa sehingga gagal
untuk membiarkan anak-anak ikan membesar dan membiak secara bebas di laut.

Ketiga, GDP tidak mengambil kira langsung segala aktiviti dan khidmat yang tidak
diletakkan sebarang harga padanya seperti aktiviti kekeluargaan, gotong royong dan kerja-
kerja amal yang tidak menjana sebarang keuntungan. Dari sudut pandang GDP, surirumah
sepenuh masa yang bersusah payah membesarkan anak tidak bernilai langsung buat
penjanaan pembangunan ekonomi negara semasa kerana tidak memulangkan keuntungan
berupa wang kepada pasaran ekonomi. Dalam keadaan masyarakat kita yang serba sibuk,
sudah tentu pengswastaan khidmat kendiri yang kebiasaannya dilakukan oleh ahli keluarga
seperti membasuh baju, mendidik anak, dan memasak akan meningkatkan lagi pengaliran
wang ke dalam pasaran ekonomi semasa. Sudah tentu mengikut kayu ukur GDP, ini adalah
satu pencapaian yang baik tetapi tanpa disedari, kesibukkan yang menimpa ini telah
merobek-robek fabrik sosial yang wujud dalam masyarakat kita secara halus.Maka tidak
hairanlah kebejatan moral dalam masyarakat bertambah serius apabila peranan ibu bapa
sebagai pendidik telah diswastakan kepada kotak elektronik besar yang bernama televisyen.
Ini sering berlaku kepada ibu bapa yang berkerja untuk menyara keluarga dalam iklim
ekonomi yang mengejar pencapaian keuntungan material semata-mata sebagai kayu ukur
kejayaan dan kebahagiaan sesebuah negara.

Rumusannya, GDP hanya menilai pembangunan dari sudut materialistik yang sempit dimana
ianya hanya mampu melahirkan manusia yang berjenis homo economicus (manusia ekonomi)
yang telah disiat nilai rohani yang sedia wujud di azali oleh Tuhan yang Maha Kaya. Sudah
sampai masanya rakyat bersikap kritis dalam menilai segala bentuk hujah yang dilontarkan
oleh ahli politik dan para intelektual yang berkiblatkan idea Barat yang sememangnya berdiri
tegak atas dasar Pencerahan (Enlightenment) sekularistik yang telah menidakkan sebarang
bentuk nilai rohani (sacredness) yang wujud di alam ini.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Definisi KDNK
Keluaran dalam negara kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh
satu tahun.

Penghitungan KDNK
KDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua
faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira
nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara.

KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam
negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut milik
negara itu atau milik negara asing.

KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing
di negara itu (BL).

Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan kegiatan ekonomi sesebuah negara
kesan pertambahan keluaran di dalam negara dari masa ke masa.

Pertumbuhan ekonomi dipengaruhi tingkat keluaran barang dan perkhidmatan.

Apabila tingkat keluaran barang dan perkhidmatan dalam sebuah ekonomi meningkat,
pertumbuhan ekonomi tersebuat akan turut meningkat.

Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur melalui persamaan-persamaan berikut:

Kadar pertumbuhan ekonomi = (KNKn benar — KNK(n — 1) benar) / KNK(n — 1) benar × 100%

Kadar pertumbuhan ekonomi = (KDNKn benar — KDNK(n — 1) benar) / KDNK(n — 1) benar × 100%

di mana

n = tahun semasa dan


(n — 1) = tahun sebelumnya
Pembangunan Ekonomi
Pembangunan Ekonomi merupakan satu konsep yang lebih luas dan meliputi faktor-faktor
ekonomi dan faktor-faktor sosial dalam sesebuah negara.

Pembangunan ekonomi bukan bukan sahaja meliputi pertumbuhan ekonomi, malah turut
merangkumi peningkatan taraf hidup penduduk, corak agihan pendapatan yang lebih
setara, peningkatan taraf pendidikan dan kesihatan, dan penurunan kadar pengangguran
dan kadar kemiskinan penduduk.

Pembangunan ekonomi biasanya diukur berdasarkan pendapatan per kapita benar


penduduk seperti berikut:

Kadar pembangunan ekonomi = (PPKn — PPK(n — 1)) / PPK(n — 1) benar × 100%

di mana

PPK = Pendapatan per kapita benar


n = tahun semasa dan
(n — 1) = tahun sebelumnya

Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

Perkembangan Taraf Pendidikan dan Penyediaan


Kemudahan Latihan
Pertumbuhan ekonomi Malaysia digalakkan melalui peningkatan taraf pendidikan dan
penyediaan latihan yang berkualiti untuk pekerja-pekerja dan usahawan.

Apabila taraf pendidikan dan kemahiran pekerja dan usahawan meningkat, daya
pengeluaran negara akan meningkat.

Kenaikan daya pengeluaran negara akan menambahkan jumlah keluaran yang dapat
dihasilkan oleh sesebuah negara dan seterusnya mempercepat pertumbuhan ekonomi
negara tersebut.

Penggunaan Teknologi Tinggi


Penggunaan teknologi tinggi dalam bidang pengeluaran dapat meningkatkan daya
pengeluaran dan jumlah keluaran yang dihasilkan oleh sesebuah negara.
Semakin tinggi jumlah keluaran negara, semakin cepat pertumbuhan ekonomi negara
tersebut.

Kemasukan Pelaburan Asing


Infrastruktur yang baik dalam sesebuah negara menggalakkan kemasukan pelaburan asing
ke dalam negara tersebut.

Kemasukan pelaburan asing dapat merangsang pertumbuhan ekonomi, terutama apabila


modal disalurkan kepada sektor ekonomi yang produktif seperti sektor perkilangan,
pertanian dan perkhidmatan.

Kegiatan pelaburan dapat menambahkan tingkat keluaran negara dan seterusnya


menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Peluasan Pasaran
Peluasan pasaran ke luar negara mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui
pengeluaran secara besar-besaran bagi memenuhi pertambahan permintaan pasaran dan
peningkatan eksport barang tempatan ke negara lain.

Faktor yang Menghalang Pertumbuhan Ekonomi

Kekurangan Buruh Mahir dan Usahawan


Kekurangan buruh mahir menyebabkan negara tidak dapat mengamalkan
pengkhususan dan penggunaan teknologi tnggi dalam aktiviti pengeluaran.

Kekurangan amalan pengkhususan dan penggunaan teknologi tinggi menyebabkan


negara tidak dapat mengeluarakan secara besar-besaran dan menikmati ekonomi
bidangan.

Kesannya, tingkat keluaran negara merosot.

Selain itu, kekurangan buruh mahir dan usahawan mengehadkan aktiviti


penyelidikan dan pembangunan yang dapat dijalankan dalam sektor-sektor
tertentu.

Kekurangan inovasi baru turut menjejaskan tingkat keluaran negara.

Apabila tingkat keluaran negara merosot, pertumbuhan ekonomi negara juga akan
merosot.

Kekurangan Modal
Kekurangan modal akibat kegiatan pelaburan yang kurang memberangsangkan
menyebabkan sesetengah pengeluar mengalami kesukaran untuk membangunkan
sektor ekonomi tertentu, terutama sektor pertanian.

Penggunaan jentera yang lama dan usang menyebabkan petani dan peladang tidak
dapat menghasilkan keluaran dalam kuantiti yang besar dan seterusnya tidak dapat
menikmati ekonomi bidangan.

Selain itu, kekurangan modal turut menyebabkan firma-firma perindustrian tidak


dapat menggunakan teknologi moden dalam aktiviti pengeluaran mereka.
Kemerosotan pengeluaran sektor-sektor ekonomi yang penting ini menyebabkan
pertumbuhan ekonomi negara terbantut.

Pasaran Yang Terhad


Jumlah penduduk yang sedikit menyebabkan saiz pasaran negara adalah kecil.
Kualiti keluaran yang rendah akbat kekurangan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan serta penggunaan kaedah pengeluaran yang tradisional
menyebabkan pengeluar tidak dapat bersaing dengan barang import yang jauh
lebih murah dan berkualiti tinggi.

Kemerosotan eksport dan pergantungan berlebihan terhadap barang import akan


membantutkan ekonomi negara.
Perdagangan Antarabangsa
Perdagangan Antarabangsa ialah pertukaran barang dan perkhidmatan antara
negara-negara melalui kegiatan eksport dan import.

Alasan Menjalankan Perdagangan Antarabangsa

Ahli-ahli ekonomi berpendapat perdagangan antarabangsa membolehkan negara-


negara mengeluarkan barangan pada keluk kemungkinan pengeluaran tetapi
mencapai penggunaan di luar keluk tersebut. Perdagangan antarabangsa
membolehkan pecapaian tingkat kebajikan yang lebih tinggi.

Setiap negara mempunyai jenis dan mutu barangan yang berbeza. Perdagangan
antarabangsa membolehkan para pengeluar memperluaskan pasaran barangan dan
para pengguna menikmati pilihan barangan yang lebih luas dan mutu barangan
yang lebih tinggi.

Sebab Mengapa Keluaran Setiap Negara Berbeza


Perbezaan sumber semula jadi

Perbezaan kemahiran buruh dan pengusaha

Perbezaan tingkat teknologi

Perbezaan cita rasa pengguna

Perbezaan corak penggunaan

Persaingan daripada firma asing menggalakkan firma tempatan berusaha


meningkatkan kecekapan pengeluaran, menjalankan strategi memperluaskan
pasaran antarabangsa dan berusaha meningkatkan pendapatan eksport. Para
pengguna turut menikmati harga barangan import yang lebih murah.

Pengkhususan dalam pengeluaran membolehkan firma-firma menikmati ekonomi


bidangan dan mengurangkan kos per unit (kos purata)keluaran.

Pandangan ahli ekonomi Adam Smith (yang mengemukakan Teori Faedah Mutlak
dan David Ricardo (yang mengemukakan Teori Faedah Berbanding) tentang
keuntungan daripada pengkhususan dan perdagangan bebas (pertukaran barang
antara negara tanpa sekatan tarif, sudsidi eksport dan kawalan kastam), telah
menjadi asas kepada perdagangan antarabangsa sehingga sekarang.

Anda mungkin juga menyukai