Anda di halaman 1dari 3

Definisi Pembangunan Mampan :

Mengikut Brundtland Report 1987 :

Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan


pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan
pada masa depan.

Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil


kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan
buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan
kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)

Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,


keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi
ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan
tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti
ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan
daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty
commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995)
1. Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang


dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan
sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber
semulajadi.

- Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara


penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai
keselesaan dan nilai warisan.

2. Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam


semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling
memanfaatkan.

- membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di


kawasan tersebut.

- meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa


kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami
tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan
mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan
kehilangan pekerjaan.

3. Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan


mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau
menjejaskan kualiti kehidupan.

- mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan


yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan
pelupusan sampah harus dititikberatkan.

4. Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara
golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat
mengurangkan ketidaksamaan sosial.

- mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu


dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

5. Penyertaan Politik

Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai