Anda di halaman 1dari 24

Tugasan 1: Mencari 2 artikel kajian dalam jurnel pendidikan ilmiah berkaitan isu guru dan cabaran semasa.

Anda dikehendaki mencari sekurang-kurangnya satu artikel dalam Bahasa Inggeris. Kedua-dua artikel tersebut hendaklah berkaitan tajuktajuk 1-6.
Ulasan Artikel 1 : Tekanan Kerja Dalam kalangan Guru Sekolah Menengah. Nama Penyelidik : Kamaruzaman Kamaruddin (2007)

Pengenalan Artikel Jurnel bertajuk Tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah

menengah ini dituliskan oleh kamaruzaman kamaruddin (2007). Beliau berpendapat bahawa profesion guru adalah profesion yang mencabar. Ini kerana guru mempunyai tugas yang begitu banyak dan tanggung jawabnya begitu berat. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap tekanan kerja yang dihadapi oleh guru guru, mengenalpasti kedudukan faktor utama penyebab tekanan kerja dalam kalangan guru, mengenalpasti perbezaan tahap tekanan kerja berdasarkan demografi guru dan juga mengenalpasti kedudukan faktor utama berdasarkan demografi guru.. tekanan kerja

Pernyataan Masalah Masalah utama yang dibincangkan dalam artikel ini adalah berkaitan dengan tekanan kerja yang berlaku dalam kalangan guru sekolah menengah. Selain itu pengkaji tersebut juga mengutarakan lima faktor utama yang mempengaruhi

tekanan kerja yang dialami oleh guru . Antara faktor-faktor yang diambil kira adalah faktor penghargaan, faktor perhubungan, faktor kekangan masa dan sumber, faktor beban tugas dan faktor salah laku pelajar.

Literatur kajian Literatur kajian yang digunakan berkait rapat dengan masalah yang dikaji dan ia menunjukkan penyelidik mempunyai pemikiran yang kritis. Beliau telah menggunakan lima sorotan literatur dalam kajiannya. kepada Faktor yang membawa

tekanan kerja guru telah dibincangakan dalam soroton literatur tersebut.

Ianya disenaraikan dengan ringkasnya dalam jadual di bawah.


Bil Pengkaji Faktor-faktor Basinun Muhamad Zubaidah Dunham Faridah& Zubaidah

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Masalah kenaikan gaji Peluang kenaikan pangkat Beban kerja keterlaluan Disiplin murid Bilangan murid ramai Kerja perkeranian Kekangan masa Hubungan interpersonal Tekanan kerja

Jadual 1: faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru

Apabila meneliti jadual di atas, terdapat dua faktor yang mempunyai kekerapan yang tinggi dalam sorotan literatur. Iannya adalah, bebanan kerja guru yang keterlaluan dan juga karenah disiplin murid. Pengkaji (Kamaruzaman Kamaruddin) dalam kajiannya juga telah mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja guru iaitu faktor salah laku pelajar. Ini membuktikan bahawa masalah disiplin murid pada masa kini kian meningkat. Manakala peluang kenaikan pangkat, kekangan masa, hubungan

interpersonal dan tekanan kerja mencatatkan kekerapan kedua terbanyak dalam soroton literatur.

Populasi dan sampel kajian Sampel ataupun responden kajian ini terdiri daripada 40 orang guru dari

negeri kelantan yang berkhidmat di Sekolah Menengah Rantau Panjang (Sekolah

Gred A) dan Sekolah Menengah Dual Periok (Sekolah Gred B). kedua-dua sekolah ini terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

Matodologi kajian Pengkaji telah menjalankan kajian ini dalam bentuk kuantitatif. Maka beliau telah menggunakan instrumen Teacher Stress Inventory yang diperkenalkan oleh Boyle et al(1995) unyuk mengukur tahap tekanan kerja guru. Manakala beliau juga menggunakan instrumen Self Report Teacher Stress oleh Dunham(1992) untuk mengenalpasti kedudukan faktor-faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru. Kemudian beliau telah membuat analisis ujian- t dan analisis skor min secara Anova sehala bagi melihat perbezaan tekanan kerja responden mengikut demografi. Iaitu dari segi gred, sekolah, jantina, pengalaman mengajar dan mata pelajaran utama yang diajar.

Dapatan kajian Jadual 1:Analisis tahap tekanan kerja Tahap tekanan Tahap tekanan rendah n 16 Peratusan 37.2% 51.2% 4.7%

Tahap tekanan sederhana 22 Tahap tekanan tinggi 2

Dalam kajiannya, beliau mendapati daripada jumlah 40 orang guru , sebanyak 16 orang guru menghadapi tekanan rendah. seramai 22 guru telah didapati menghadapi tekanan sederhana dan hannya 2 orang guru yang menghadapi tahap tekanan tinggi.

Jadual 2: Analisis skor min faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja faktor Faktor penghargaan Faktor perhubungan Faktor kekangan masa dan sumber Faktor beban tugas Faktor salah laku pelajar n 40 40 40 40 40 Skor min 2.81 2.66 2.97 2.64 3.54 SP 0.59 0.56 0.52 0.62 0.67

Pengkaji telah menjalankan penilaian kendiri guru terhadap lima faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja guru. Iaitu faktor pengahargaan, faktor perhubungan, faktor kekangan masa dan sumber, faktor beban tugas dan faktor salah laku pelajar. Analisis penilaian terhadap faktor-faktor ini mendapati faktor salahlaku pelajar mencatatkan skor min yang tinggi berbanding faktor-faktor yang lain. Iaitu skor Min 3.54 diikuti dengan skor Min 2.97 bagi faktor kekangan masa dan sumber. Skor min yang ketiga tertinggi ialah 2.81 iaitu faktor penghargaan. Bagi faktor perhubungan pula mencatatkan skor min 2.66 manakala tugas mencatatkan skor min yang terendah iaitu 2.64 . Beliau juga telah mengkaji tekanan kerja guru berdasarkan ciri demografi guru. Beliau telah menganalisisnya dengan menggunakan ujian- t dan analisis skor min secara Anova sehala untuk mengetahui tekanan kerja guru mengikut demografi. Ia dianalisis berdasarkan aspek gred, sekolah, jantina. Umur, pengalaman dan mata pelajaran utama yang diajar. Jadual 3: Analisis ujian-t perbezaan tahap tekanan kerja dengan gred sekolah Gred Sek Gred A Gred B n 24 16 Min 2.36 2.54 SP 0.82 0.74 DK 38 34 t -0.69 -0.70 Sig 0.495 0.486 faktor bebanan

Analisis keputusan ujian- t terhadap gred sekolah tercatat di jadual 3. Dalam jadual di atas kita dapat lihat bahawa skor min sekolah Gred A adalah 2.36 (n= 24,SP= 0.82) Manakala Sekolah gred B mencatatkan skor min 2.54 (n=16,

SP=0.74). Perbezaan antara skor min kedua-dua gred sekolah ini adalah sangat kecil iaitu 0.18. Keadaan yang sama juga berlaku dimana keputusan ujian-t bagi sekolah Gred A mencatatkan -0.69 dan Sekolah gred B pula mencatatkan o.70. Perbezaan keputusan ujian-t di antara kedua-dua sekolah ini adalah (sig P= 0.495 dan 0.486, P< 0.05). Maka pengkaji mendapati dalam aspek Gred sekolah tidak terdapat perbezaan yang signifikasi di antara guru sekolah Gred A dan Gred B.

Jadual 4: ANOVA tahap tekanan kerja berdasarkan perbezaan umur guru. Umur(Tahun) DK Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah 39 24.354 36 23.068 0.641 3 JKD 1.286 MKD 0.429 F 1.669 Sig 0.576

Dari aspek tahap tekanan kerja berdasarkan perbezaan umur guru pula boleh dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikasi . ini

kerana keputusan ANOVA sehala pada jadual 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikasi (F=0.669) (DK=3,36) dan sig.P=0.576) antara tahap tekanan kerja dengan umur pada aras <0.05.

Jadual 5: Analisis ujian t tahap tekanan kerja berdasarkan jantina guru. Jantina Lelaki n 18 Min 2.37 2.48 SP 0.75 0.83 DK 38 37 t -0.48 -0.44 Sig 0.668 0.664

Perempuan 22

Jadual 5 menunjukkan keputusan analisis ujian-t terhadap tekanan kerja berdasarkan perbezaan jantina guru. Data yang diperolehi dalam jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap tekanan kerja antara guru lelaki dan

perempuan. Skor min guru lelaki mencatkan 2.37 )n18,SP=0.75) manakala skor min bagi guru perempuan pula mencatkan 2.48(n=22, SP=0.83). Perbezaan antara kedua-dua skor ini adalah kecil iaitu 0.11. keadaan yang sama juga telah terjadi dalam ujian-t dimana -0.43 dan -0.44 (sig.P=0.668 dan 0.664, P<0.05). Maka tahap tekanan guru lelakidan perelmpuan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikasi.

Jadual 6: ANOVA Tahap tekanan kerja berdasarkan pengalaman mengajar. Pengalaman DK mengajar Antara Kumpulan Dalam kumpulan Jumlah 39 24.345 36 23.158 0.643 3 1.196 0.399 0.620 0.607 JKD MKD F Sig

Jadual 6 menunjukkan keputusan ANOVA sehala. Dalam jadual tersebut dapat kita lihat bahawa tahap tekanan kerja dengan pengalaman mengajar tidak terdapat perbezaan yang signifikasi. antara Skor tahap min yang kerja signifikasi dengan

(F=0.620(DK=3,36)dan

sig.P=0.607)

tekanan

pengalaman mengajar pada aras P<0.05. Nilai ini adalah sangat tinggi untuk menunjukkan sebarang kecendurungan ke arah signifikasi. Manakala berdasarkan analisisnya ke atas kedudukan faktor tekanan kerja berdasarkan ciri demografi guru pula didapati faktor salah laku pelajar menjadi

faktor utama yang sama bagi kedua-dua sekolah Gred A(3.56) dan Gred B(3.50). Begitu juga dengan faktor kekangan masa dan sumber (2.93, 3.03) serta faktor penghargaan telah menjadi faktor kedua dan ketiga yang menyebabkan tekanan kerja guru bagi kedua-dua gred sekolah (2.78,2.85). faktor yang menduduki tempat keempat di sekolah gred A dan Gred B adalah berbeza. Iaitu bagi sekolah Gred A adalah faktor beban tugas (2.62) dan bagi sekolah gred B adalah (2.78). Manakala bagi Gred A dan Gred B faktor yang menduduki kedudukan terakhir adalah masingmasing faktor perhubungan (2.58) dan faktor benan tugas(2.67). Maka

kesimpulannya adalah terdapat perbezaan yang signifikasi terhadap faktor-faktor tekanan kerja mengikut sekolah Gred A dengan sekolah Gred B kerana terdapatnya perbezaan dari segi kedudukan faktor tekanan kerja antara kedua-dua gred sekolah ini. Analisis skor min faktor tekanan kerja mengikut gred sekolah pula menunjukkan terdapat perbezaan skor min terhadap faktor tekanan kerja mengikut kategori umur. Tempat teratas diduduki oleh faktor salah laku pelajar dimana faktor ini menjadi faktor utama yang menyebabkan tekanan bagi semua peringkat umur guru iaitu skor minnya masing-masing 3.31, 3.74, 3.33 dan 3.56 Bagi analisis skor min perbezaan faktor tekanan kerja mengikut jantina pula faktor salah laku pelajar masih menduduki tempat teratas bagi kedua-dua golongan ini. Iaitu guru lelaki (min 3.34) dan guru perempuan (min 3.69). Faktor salah laku pelajar (3.47, 3,76,3.38, 3,87) masih berada di tempat

teratas dalam analisis berdasarkan pengalaman mengajar guru. kekangan masa dan sumber berada di Kedudukan kedua dalam faktor tekanan kerja guru

berdasarkan pengalaman mengajar mereka. Pengalaman guru 1-5 tahun(3.14), 1115 tahun (2.91) dan 16 tahun ke atas (3.10). manakala faktor tekanan kerja yang menduduki tempat kedua bagi guru yang mengajar 6-10 tahun ialah faktor bebanan tugas(3.02). manakala faktor yang menyebabkan tekanan dalam kalangan guru yang berpengalaman mengajar selama 11-15 tahun ialah faktor perhubungan(

2.82). maka terdapat perbezaan signifikan terhadap faktor tekanan kerja mengikut pengalaman mengajar guru kerana terdapatnya perbezaan dalam faktor tekanan kerja dari segi kedudukan berdasarkan pengalaman mengajar guru.

Sumbangan dapatan kajian terhadap perkembangan diri dan profesionalisme dalam menghadapi cabaran semasa dan pelan tindakan anda sebagai guru. Dapatan kajian menunjukkan, daripada 40 orang guru sebahagian besar iaitu 22 orang guru mengalami tahap tekanan sederhana, 16 orang guru menghadapi tahap tekanan rendah dan hanya sebahagian kecil guru yang menghadapi tekanan tinggi. Walaupun tahap tekanan dalam kalangan guru memuaskan namun sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi tekanan ini dengan

cara yang betul. Ada kebanyakan guru yang melepaskan tekanan mereka ke atas pelajar dengan cara yang salah. Perkara inilah yang menjadi penyebab utama berlakunya kes-kes seperti guru memukul pelajar dengan kasut tumit tinggi (New

strait times, 2007 Februari 16 ) , merendam murid di kolam kotor (Utusan, 2007 Julai 22 ) dan sebagainya. Selain itu, adalah perlu satu usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran Negeri, Pejabat Daerah dan Sekolah serta guru cuba mengatasinya. Dalam faktor yang menyebabkan tekanan pula didapati faktor salah laku pelajar mencatatkan skor yang tinggi. Ini berikutan meningkatnya kes-kes salah laku dalam kalangan pelajar sekolah. Buktinya dapat kita lihat dalam penyebaran rakaman video pergaduhan antara pelajar sekolah di sebuah surau di ketengah Jaya, Dungun 18 Jun 2009. Maka sebagai guru kita haruslah mendidik pelajar dengan didikan moral dan agama. Manakala pihak Kementerian pelajaran pula perlu melarang sama sekali penggunaan telifon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres guru dari aspek penghargaan, perhubungan, kekangan masa dan sumber dan bebanan tugas berada tahap yang sederhana. Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus berhubung dengan masalah stres yang dihadapi oleh guru. Apabila kita melihat ,faktor salah laku pelajar dan juga faktor beban tugas guru saling berkaitan antara satu sama lain. Ia dapat dibuktikan melalui laporanlaporan akhbar di bawah. Berita Harian (5 Ogos 1999) telah melaporkan 30 peratus daripada jumlah 280, 000 pendidik terpaksa memikul tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar . Utusan Malaysia (1 September 2003) telah melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan mendakwa kesibukan guru dan pengetua menghadiri perjumpaan dan pelbagai kursus di luar sekolah. Secara purata terdapat 15 peratus guru yang tidak berada di sekolah. Keadaan yang disebutkan di kedua-dua laporan akhbar di atas merupakan salah satu punca yang membawa kepada masalah disiplin pelajar. Seperti yang

dinyatakan dalam laporan akhbar di atas, selain mengajar para guru terpaksa memikul bebanan tugasan yang lain. Adakalanya mereka terpaksa mengikuti kursus di luar, membuat kerja perkeranian, menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Maka ini menyebabkan guru tersebut tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas utamanya iaitu pengajaran dan pembelajaran. selain itu, disebabkan guru-guru ini kerap keluar untuk kerja luar maka, sekolah tersebut akan kekurangan guru dan pelajar pula terpaksa dibiarkan membuat kerja sendiri. Maka situasi ini akan menyebabkan meningkatnya masalah disiplin dalam kalangan pelajar seperti laporan akhbar dibawah. Utusan Malaysia (27 Februari 2010) telah melaporkan bahawa kira-kira 6000 pelajar sekolah menengah di negeri Terengganu dikenal pasti berisiko kerana terbabit dalam pelbagai masalah disiplin. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian Woo Sew Fun (2008) dimana sebahagian besar responden yang dikajinya mengalami tahap tekanan kerja yang sederhana manakala sebahagian kecil sahaja yang mengalami tekanan kerja sangat tinggi. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan,

pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan .Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan, sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Walaupun dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan tahap tekanan kerja yang sederhana, maka ia harus ditangani dengan cara yang berkesan agar tidak wujud tekanan dalam diri guru. Maka para guru perlu berusaha untuk menguruskan tekanan yang mereka hadapi dengan kaedah yang berkesan. Sebagai seorang guru yang profesionalisme kita perlulah menerima stress dengan tenang dan perlu tahu cara untuk

mengawalnya dan bukan dengan tindak balas yang negatif seperti keresahan, gementar, marah tidak menentu dan sebagainya.

Penutup: Maka, sebagai guru yang berkebolehan untuk menghadapi cabaran semasa, kita seharusnya perlu mempunyai kemahiran pengurusan kendiri dalam diri kita. Guru perlulah cekap dalam merancang dan mengurus masa. Disebabkan klien kita adalah pelajar kita seharusnya perlu pandai dalam menguruskan emosi kita. Langkah pertama yang harus dilakukan adalah memahami situasi dan kedua adalah kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan dan akhirnya guru harus tahu cara untuk melepaskan emosinya secara sihat seperti dengan cara meditasi, berbincang dengan rakan, sembahyang, munajat , urut dan sebagainya.

Ulasan Artikel 2 : The Level of Stress Among Students in Urban and Rural Secondary School in Malaysia.

Nama Penyelidik

: Tajularipin Sulaiman, Aminuddin Hassan, Vizata M.Sapian dan Saifuddin Kumar Abdullah.(2008)

Pengenalan: Artikel kedua yang saya pilih pula bertajuk tahap tekanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di bandar dan juga luar bandar . kajian ini dijalankan oleh lima orang penyelidik iaitu Tajularipin Sulaiman, Aminuddin Hassan, Vizata M.sapian dan Saifuddin Kumar Abdullah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur dan mengenal pasti peratusan tahap tekanan dalam kalangan para

pelajar sekolah menengah sama ada tahap tekanan tinggi, tahap tekanan sederhana dan tahap tekanan rendah. Selain itu para pengakaji juga telah membandingkan tahap tekanan di antara pelajar perempuan dan lelaki serta perbezaan tahap tekanan dalam kalangan murid yang belajar di kawasan bandar dan juga luar bandar.

Pernyataan masalah/isu: Masalah utama yang dikaji dalam artikel ini adalah tahap tekanan yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah. Ini kerana pengkaji mendapati tahap tekanan pelajar saling berhubung rapat dengan prestasi pelajar.

Literatur kajian Literatur kajian yang digunakan oleh para pengakaji amat sesuai dengan tajuk yang dipilih untuk kajian ini . Terdapat beberapa pengkaji yang mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah

menengah. Asri (2002),Newman(2005) dan Zulkifli(1988) menyatakan pendapat yang sama mengenai faktor penyebab tekanan pelar , iaitu tekanan dalam kalangan pelajar berlaku akibat kegagalan mereka dalam menyesuaikan diri dengan

perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri dan persekitaran mereka. Mereka

berpendapat bahawa, golongan remaja terutamanya pelajar sentiasa menghadapi masalah pelajaran, pengurusan kerjaya dan juga masalah-masalah dalam menyelesaikan hal-hal sosial dan peribadi. Manakala Morris(1990),berpendapat bahawa Remaja-remaja sentiasa menghadapi tekanan di sekolah dalam persaing satu sama lain untuk mendapat keputusan yang terbaik.

Populasi dan sampel kajian: Sampel kajian ini melibatkan seramai 155 orang pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada kawasan bandar dan juga luar bandar. Pengkaji akan akan mengkaji peserta kajian ini dalam pelbagai aspek. Iaitu mengkaji tahap tekanan yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah, membanding beza tahap tekanan yang dihadapi mengikut gender, dan membanding beza tahap tekanan yang berlaku dalam kalangan pelajar bandar dan juga luar bandar.

Metodologi kajian: Pengkaji telah menggunakan beberapa alat atau instrumen untuk mengumpul data kajian mereka. Antaranya adalah Students-life Stress dan juga T-test. Datadata yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of the Social Sciences (SPSS). Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu dalam konteks kekerapan, peratus dan min. Dalam penyelidikan ini, tanggapan pelajar-pelajar terhadap tekanan mereka dinilai sebagai tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan soal selidik SSI. analisis dijalankan bagi memastikan ketekalan setiap kategori. soal selidik SSI dengan membilang setiap butiran untuk

Dapatan kajian

Jadual 1: Frekuensi dan peratusan tahap tekanan pelajar-pelajar kategori Tahap tinggi Tahap sederhana Tahap rendah skor 121-180 61-120 0-60 f 0 45 110 % 0 29 71

Jadual 1 menunjukkan frekuensi dan peratusan tahap tekanan pelajar-pelajar. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan murid menghadapi tahap tekanan yang rendah iaitu 71%. Manakala selain daripadanya pula menghadapi tahap tekanan sederhana iaitu 29%. Tiada pelajar yang menghadapi tahap tekanan yang tinggi.

Pengkaji juga telah menjalankan kajian tahap tekanan dalam kalangan murid berasarkan jantina murid iaitu lelaki dan perempuan. Dapatan kajiannya dapat kita lihat dalam jadual 2 . Jadual 2: Skor min dan Ujian T bagi tahap tekanan pelajar mengikut jantina

Jantina Lelaki Perempuan

n 72 83

min 1.123 1.1345

SD .541 .528

t 2.55

P 0.01

Dari segi jantina, tahap tekanan pelajar perempuan dan lelaki menunjukkan perbezaan yang signifikan. Perbezaan di antara kedua-dua skor ini dapat dilihat berdasarkan kedua-dua skor min tersebut. Skor min bagi pelajar lelaki adalah

(Min=1.123) berbanding bagi pelajar perempuan adalah (Min=1.345). perbezaan skor Min bagi kedua-dua kategori ini adalah 0.05 . walaupun begitu perbezaan yang signifikan antara kedua-dua golongan ini. terdapat

Kajian juga telah dijalankan mengenai tahap tekanan dari aspek pelajar yang tinggal di luar bandar dan juga bandar . Analisisnya telah dinyatakan dalam jadual 3. Jadual 3: skor min dan ujian t terhadap murid yang tinggal di bandar dan juga luar bandar.

Categori Bandar Luar bandar

N 92 63

mean 1.100 1.455

SD .500 .538

t 4.19

P .00

Dalam jadual 3, didapati tahap tekanan pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar telah mencatatkan perbezaan yang signifikan. Ianya adalah t(153)=4.19, p<0.05. Pelajar luar bandar mengalami tahap tekanan yang tinggi iaitu (Min=1.455) berbanding pelajar bandar iaitu (Min 1.100).

Sumbangan dapatan kajian terhadap perkembangan diri dan profesionalisme dalam menghadapi cabaran semasa.

Tahap tekanan berbeza wujud antara pelajar kerana hasil dari pewarisan genetik yang berlainan. Pewarisan genetik diwarisi secara semula jadi dan ia

berbeza bagi setiap orang. Maka setiap individu mengalami tahap tekanan yang berbeza.(Mohd Daud, 1990)

Dapatan kajian menunjukkan murid perempuan lebih menghadapi tekanan berbanding pelajar lelaki. Apabila dilihat pelajar perempuan mengalami tekanan yang berbeza berbanding pelajar lelaki. Maka pelajar perempuan akan lebih emosional dan sensitif terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka. Ini mungkin disebabkan pelajar perempuan mencapai tahap kedewasaan yang cepat berbanding pelajar lelaki. Tekanan mereka adalah disebabkan perubahan dari segi fizikal, mental dan sosial. walaupun mereka menjadi dewasa secara fizikal, ia tidak bermakna mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab orang dewasa. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar perempuan. Maka para guru perlu menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mengajar pelajar perempuan dan juga pelajar lelaki. Contohnya jika seseorang guru memarahi pelajar lelaki di hadapan pelajar-pelajar yang lain , ia mungkin perkara biasa baginya. Berlainan pula bagi pelajar perempuan. Kebanyakan pelajar perempuan akan terganggu dari segi emosi dan mungkin juga akan menangis jika dimarahi oleh gurunya.

Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan tekanan dalam kalangan pelajar luar bandar adalah lebih tinggi berbanding pelajar di kawasan bandar. Ini disokong oleh dapatan kajian Asri(2002) dan Muhammad Shah (1993). Keadaan ini berlaku disebabkan terdapatnya perbezaan dari segi cara hidup, status sosioekonomi keluarga, Latarbelakang pendidikan ahli keluarga, hubungan antara ibubapa dan murid dan sebagainya. Maka guru yang mengajar di kawasan luar bandar perlulah

sentiasa peka terhadap pelajar-pelajar ini. kebanyakan ibubapa di luar bandar mempunyai kebun mereka sendiri. Maka biasannya pelajar di kawasan tersebut akan ke kebun ayah mereka untuk menolong. Ini memberikan tekanan kepada pelajar secara tidak langsung akan tidak

tersebut kerana mereka mungkin

mempunyai masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah sekolah. Ada juga pelajar yang mempunyai adik kecil yang perlu dijaga ketika ibubapa mereka pergi bekerja. keadaan ini biasanya berlaku terutamanya kepada pelajar perempuan. Ibu yang mempunyai anak perempuan akan

mengharapkan anaknya dapat membantunya untuk membuat kerja rumah. Pelajar ini akan menghadapi tekanan kerana kerja rumah sekolah juga berlambak. Jika kerja rumah sekolah tidak disiapkan pelajar ini membuat kerja rumah akan dimarahi oleh guru,jika tidak

dan tidak menjaga adik pula akan dimarahi atau dipukul

ibubapa. Inilah antara beberapa faktor yang membawa tekanan kepada pelajar luar bandar. Maka kita sebagai guru ( golongan yang berpendidikan) seharusnya perlu

mengambil tahu latar belakang setiap murid dan cuba memahami keadaan mereka.

Pelan tindakan anda sebagai guru

Kosmo (31 Julai 2008) melaporkan

seorang pelajar lelaki memanjat

bumbung bangunan dan ugut untuk terjun kerana menghadapi masalah tekanan perasaan. Ini bermakna apabila tekanan ini mencapai tahap maksimum pelajar tidak akan takut untuk membunuh diri sekalipun. Maka kita sebagai guru perlulah bersedia untuk menghadapi cabaran ini dan paling eloknya mencegah sebelum berlaku sesuatu yang buruk.

Oleh kerana tekanan yang dihadapi pelajar perempuan adalah tinggi maka sebagai seorang guru yang berprofesional kita perlulah mengenalpasti masalahmasalah yang sering dihadapi oleh golongan ini dan harus membantu mereka dari segi sokongan moral. Sebagai guru kita seharusnya perlu menyedarkan pelajar bahawa apa yang mereka hadapi adalah masalah biasa yang dialami oleh semua orang yang digelar pelajar perempuan.

Maka guru yang ditempatkan di kawasan bandar ataupun luar bandar perlu peka terhadap faktor-faktor ini. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

menyediakan fail peribadi pelajar agar mereka dapat mengenali pelajar dengan lebih mendalam lagi.

Secara kesimpulannya, sebagai guru yang berprofesional kita perlulah bertimbang rasa terhadap pelajar kita. ini kerana, kesan tekanan yang tidak sihat adalah seperti meniup angin ke dalam belon. Jika angin ditiub masuk tanpa henti sedangkan belon tidak ada saluran keluar angin maka lama kelamaan belon akan melutup dengan tidak disangka dan dengan cara yang merosakkan (Asmawati desa 1998). Keadaan yang sama juga akan berlaku kepada pelajar yang menghadapi tekanan. Kesan tekanan yang tidak sihat ini akan membawa mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah masalah tingkah laku dan sebagainya.

Tugasan 2: Kumpulkan sekurang-kurangnya 5 keratan akhbar sama ada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu dalam bentuk buku skrap.

Sejak kebelakangan ini buli siber di Malaysia menjadi salah satu masalah yang kritikal terutama dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini amat

membimbangkan semua pihak kerana terlalu banyak maklumat peribadi mangsa didedahkan. Antara contoh buli siber ialah sebarang bentuk ancaman atau serangan yang boleh dikenakan terhadap seseorang pengguna internet melalui pesanan teks, gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu, memalukan dan mengugut mangsa. Terdapat Pelbagai kes buli siber yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah,antaranya dalah penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel,blog atau laman eweb untuk mengganggu, mengancam dan memalukan seseorang. Cara pembulian pula dibuat seperti membuat fitnah, mencaci, menyebarkan gambar yang memalukan termasuk gangguan seksual. Mangsa buli siber boleh terganggu dari segi emosi sehingga sanggup membunuh diri. Situasi ini perlu ditangani segera supaya tidak menjatuhkan maruah dan mengganggu emosi mangsa lantas akan mengakibatkan prestasi pelajaran mereka berkurangan akibat tertekan. Terdapat beberapa kes buli siber yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. contohnya : Kes penyebaran rakaman video pergaduhan antara pelajar sekolah di

sebuah surau di ketengah Jaya, Dungun 18 Jun 2009. Mangsa Azani Jusharmiela Mohd Jaafar berusia 13 tahun mendakwa selain dibelasah, dia dipaksa bertumbuk dengan rakan karibnya. Punca pergaduhan berlaku apabila pelajar senior tingkatan 2 yang berlainan sekolah memukul mangsa kerana tidak berpuas hati dengannya. Mangsa telah membuat laporan polis dengan bantuan kakaknya, kerana tarauma dan yang lebih teruk lagi apabila pelajar senior itu menyebarkan rakaman video tersebut ke dalam Youtube.

Selain itu kes penyebaran gambar-gambar lucah terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan di dalam laman web dan blog semakin meningkat. Kes buli siber yang semakin menular ini merupakan satu cabaran baru bagi warga pendidik dan ibubapa untuk bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Guru perlu memantau aktiviti pelajar dan lebih mendekati mereka yang mungkin merasa resah dan terancam dalam diam. Maka guru perlu menerima cabaran ini dengan memainkan peranan mengajar dan mendidik para pelajar cara sebenar menggunakan talian siber kerana mereka perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa yang mereka lakukan. Keratan akhbar kedua yang saya pilih adalah bertajuk Cabaran guru bandar yang disiarkan dalam utusan Malaysia (12 April 2010). Antara isu yang dibincangkan dalam artikel ini adalah perbezaan di antara cabaran yang dihadapi oleh guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman dan juga bandar. Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman adalah masalah infrastruktur, bekalan elektrik dan bekalan air. Selain itu bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang menjadi cabaran bagi guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman.

Berlainan pula bagi guru yang ditempatkan di kawasan bandar. Walaupun mereka bernasib baik kerana ditempatkan di tempat yang mempunyai kemudahan namun mereka masih mempunyai cabaran yang perlu diharungi. Antara cabaran yang sering terdapat di kawasan bandar adalah mengharungi kesesasakan jalan raya setiap kali pergi dan balik sekolah yang membazirkan wang dan masa. Malah yang lebih membahayakan adalah risiko kemungkinan berlaku kemalangan jalan raya di kawasan bandar adalah sangat tinggi. Selain itu di bandar barang keperluan harian dan upah pengasuh sememangnya tinggi . Selain itu cabaran utama guru di bandar adalah memenuhi harapan ibu bapa yang mahukan prestasi akademik anak mereka yang terbaik. Di mana sekalipun guru-guru ditempatkan pasti ada cabaran yang mereka lalui . Para guru seharusnya perlu membuka mata dan berusaha untuk melihat sesuatu perkara secara positif dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan

keadaan di sekeliling mereka. Para guru tidak seharusnya mempunyai sikap memilih tetapi perlu menerima sesuatu situasi sebagai cabaran dan menimba pengalaman dan iktibar daripadanya. Ini kerana warga pendidik dianggap lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Maka guru perlulah sentiasa bersedia menghadapi apa saja cabaran dan rintangan demi mendidik anak bangsa. Artikel surat khabar yang ketiga yang saya pilih pula bertajuk 6000 pelajar dikenal pasti masalah disiplin. Artikal ini merupakan artikel yang disiarkan di akhbar terkemuka negara kita iaitu utusan malaysia (27 Februari 2010). Masalah disiplin pelajar merupakan salah satu masalah serius yang menular dalam kalangan pelajar sekolah pada hari ini. Artikel ini membincangkan masalah-masalah disipin yang kian meningkat di negeri Terengganu. Antara masalah disiplin yang dikaitkan dengan pelajar di negeri itu ialah ponteng sekolah, merempit, bergaduh dan sebagainya. Dalam artikel ini ditekankan bahawa masalah disiplin ini perlu ditangani segera bagi memendung gejala tersebut daripada menjadi lebih serius pada masa akan datang. Sebagai seorang guru masalah ini merupakan masalah paling serius yang sering membuatkan guru di sekolah tercabar. Maka para guru haruslah mengenal pasti pelajar yang bermasalah ataupun berisiko agar ia tidak memberikan kesan kepada pelajar yang lain. Dalam mendisiplinkan pelajar tersebut guru yang berprofesional tidak seharusnya menyalah gunakan kuasa dengan mendenda pelajar-pelajar

bermasalah ini sebaliknya perlu membimbing pelajar tersebut untuk menjadi seorang insan yang berguna. Artikel seterusnya membincangakan tentang cabaran yang pasti dilalui oleh guru pada masa kini iaitu Revolusi ICT dalam sistem pendidikan negara. Artikel ini telah diterbitkan dalam utusan Malaysia pada 21 Ogos 2009. Dalam artikel ini

revolusi menerusi penggunaan teknologi telah ditekankan. Ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat kemajuan teknologi terkini mampu meningkatkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan Pembelajaran. Dengan ini sekolah luar bandar akan tidak ketinggalan dan ia dapat dimajukan setanding dengan sekolah bandar. Selain itu beliau berpendapat penggunaan teknologi ini mampu melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran. Usaha menteri pendidikan kita tidak akan tercapai jika guru-guru sekolah sendiri tidak bersedia untuk menerima perubahan. Justeru itu guru perlu mempunyai kepakaran dalam bidang ICT serta mengikuti arus perubahan agar dapat membentuk pelajar-pelajar yang mampu bersaing dengan negara-negara lain di taraf dunia. Artikel saya yang terakhir pula berkaitan isu guru yang kini hangat diperkatakan, iaitu isu bebanan kerja guru. Tajuk artikel daripada akhbar Utusan Malaysia( 1 April 2010) ini adalah Seksa jadi cikgu. Cabaran ini harus dilalui oleh semua orang yang digelar guru kerana nama guru hari ini lebih sinonim dengan kerja-kerja fail. Disamping mendidik guru juga harus melakukan kerja tambahan termasuk pentadbiran dan perkeranian, mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid sehingga ia mengganggu tanggungjawab mendidik murid. Walaupun hal ini dikatakan dikaji dan jalan penyelesaian untuk masalah ini akan dikenal pasti namun guru tidak akan terlepas daripada bebanan tugas tambahan yang mereka hadapi. Maka sebagai seorang guru yang berprofesional mereka haruslah menerima hakikat ini dengan positif. Perkara ini mungkin membebankan guru sekiranya guru tersebut mempunyai sikap sentiasa menangguhkan kerja. Ekoran daripada itu mereka akan cuba menyiapkan kerja-kerja mereka apabila masa-masa terakhir sedangkan kerja yang perlu disiapkan berlonggok kerana sikap mereka sendiri. Ini secara langsung akan memberikan tekanan kepada mereka. Maka sebagai guru yang berprofesional kita perlulah berusaha dengan gigih untuk menghadapi cabaran ini agar kita dapat membentuk kualiti guru dalam diri kita sendiri.

Refleksi

Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Dr.Siti Hajar Bt Man yang memberikan banyak bimbingan dan tunjuk ajar

untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Selepas sahaja tajuk kerja kursus diberikan ,saya bersama kawan-kawan telah mencari jurnel-jurnel dan keratan akhbar yang berkaitan dengan cabaran cabaran guru. Dengan ini saya berpeluang berkongsi idea dengan rakan-rakan lain tentang isu-isu yang mereka perolehi. Selain itu isu-isu yang berkaitan guru yang terdapat di akbar telah membantu kami untuk memahami dunia perguruan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru alaf baru ini. Melalui analisis artikel jurnel pula, saya dapat mempelajari cara-cara untuk menganalisis data-data kajian. Selain itu , ia telah mendorong saya untuk mencari arikel-artikel jurnel yang berkaitan dengan isu utama saya. Dengan ini saya dapat membanding bezakan data kajian ini dengan kajian-kajian yang lain. Ini secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari perkaraperkara yang perlu diambil kira dalam membuat kajian. Melalui analisis jurnel

bahasa inggeris pula saya telah dapat memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris saya. Kesimpulannya, kerja kursus ini telah banyak mendedahkan saya dengan ilmu-ilmu yang baru. Ini secara tidak langsung telah membantu saya untuk menyediakan diri sebelum menjejakkan kaki di dunia perguruan . saya pasti ilmu

yang saya perolehi ini akan banyak membantu saya pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Bibliografi: Azizi Jurnal Artikel bin Hj Yahaya dan Mazeni Binti Ismail .( 2008 ) . Faktor-faktor yang

Mempengaruhi Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di malaysia. Azizi bin Hj.Yahaya dan Nik Diana Hartika .( 2007 ). Stress Level and Influencing Factors Among Secondary School Teachers in Johor, Melaka, Negeri Sembilan and Selangor. Journal Faculty of Education. Kamaruzaman Kamaruddin . (2007). Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah . Jurnal Kemanusiaan, bil 10. Tajularipin Sulaiman , Aminuddin Hassan, Vizata Sapian.M, Saifuddin Kumar Abdullah .(2009). The Level of Stress Among Students in Urban and Rural Secondary School in Malaysia . European Journal of Social Sciences Volume 2, Number 2.

Artikel dari surat khabar bercetak Rahana. (2008, Mei 05). Buli Siber Cabaran Baru di sekolah. Utusan malaysia.

Artikel dari surat khabar elektronik . .(2010, Februari 27). 6000 Pelajar Dikenal Pasti Masalah Disiplin.

http://www.utusan.com.my . . .(2009, Ogos 21). Revolusu ICT Dalam Sistem Pendidikan Negara. http://www.utusan.com . Azmy Mohamed . (2010, April 12). Cabaran Guru Bandar. http://www.utusan.com . Khairul Azran Hussin .(2010, April 01) . Seksa Jadi Cikgu.

www.bharian.com.my. Mohamad Farid.(2007, November 29). Menangani Tekanan Kegagalan Peperiksaan. http://www.utusan.com.my .

Rizam Zakariya .(2008, Julai 31). Sekolah Gempar Pelajar Cuba Terjun Bangunan. http://www.kosmo.com.my . Siti Nor Afzan Kasiman .(2009, March 03). Profesion Perguruan Terdedah Kepada Risiko Tinggi Untuk Mengalami Tekanan mental. http://Kosmo.com.my. Zalina Yahaya .(2003, Oktober 09). Pelajar Masalah Berjaga-jaga Dengan Empat Petanda Awal. http://www.tutor.com.my .

Laman Web . .( 2009, Mac 31). Tubuh Jawatankuasa Khas kaji Beban Tugas Guru Muhyiddin. http://www.nutp.org. dilayari pada 10 september 2010. .( 2009, Ogos 14). Beri Kuasa Polis Bebanan Guru-NUTP .

http://www.nutp.org. dilayari pada 10 september 2010.

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA 1 2 3 Isi kandungan Soalan Tugasan Tugasan 1: Ulasan artikel 1 Ulasan artikel 2 4 Tugasan 2: Ulasan Keratan akhbar 5 6 7 Refleksi Bibliografi Lampiran 17 21 22 iii 1 11 M/S i ii