Anda di halaman 1dari 14

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Tajuk 2 SINOPSIS

Perkembangan Kanak-Disleksia

Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi ciri-ciri kanak-kanak disleksia dan masalah utama kanak-kanak disleksia. Dapatkah anda mengagak bagaimanakah ciri-ciri kanak-kanak disleksia? Adakah ciriciri kanak-kanak disleksia mempunyai persamaan dengan ciri-ciri kanak-kanak normal? Apakah masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia? Mungkin jawapannya dapat anda temui melalui pembacaan modul ini seterusnya.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak disleksia. 2. Mengenal pasti masalah-masalah utama kanak-kanak disleksia. 2.1 PERKEMBANGAN KANAK-DISLEKSIA

Bahagian ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia dari segi fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial. 2.1.1 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia i. Ciri-ciri Fizikal kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal mereka mempunyai fizikal yang lengkap

12

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

cara mereka berpakaian sama dengan kanak-kanak normal yang lain Namun kanak-kanak ini mempunyaian aspek pengamatan Pancaindera yang lengkap tetapi mempunyai masalah dalam menggunakannya

ii.

Ciri-ciri kecerdasan: Kebanyakan mereka mempunyai kecerdasan yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain, malahan ada yang lebih baik daripada kanak-kanak normal yang lain. Mempunyai kekeliruan susunan huruf. Contohnya: dan ditulis nad Menambah huruf misalnya main ditulis maein
Menggantikan huruf saya menjadi caya Meninggalkan huruf, makan menjadi akan

Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. epal ditulis apel Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya makan ditulis mikan
Membalikkan suku kata misalnya, masa menjadi sama

Tidak

dapat

menulis

dan

menyebut

perkataan-perkataan

yang

mempunyai 3,4,5 suku kata Sukar menyalin semula nombor-nombor, misalnya 6 ditulis 9

iii.

Ciri-ciri emosi Murung- simptom ini agak berlainan dengan simtom orang dewasa Mungkin akan menjadi lebih aktif dan berkelakuan buruk di kelas Susah untuk diceriakan Kurang berkeyakinan diri
13

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Menjadi badut di kelas Bersikap berlawan Suka di beri perhatian

iv.

Ciri-ciri sosial kelihatan berkhayal dan tidak mendengar mudah terganggu tingkah laku yang kurang matang Menghadapi kesukaran membaca isyarat sosial atau bahasa

badan

Masalah pergaulan sosial, keyakinan dan imej diri yang rendah Menghadapi masalah ingatan dan turutan, kadang-kadang di

dan dibuli di sekolah anggap berbohong

14

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Ciri Dengan AKTIVITI Murid Disleksia Fizikal Emosi Sosial Kecerdasa n Murid Pemulihan Murid Normal menggunakan jadual, buat banding beza antara murid disleksia, murid pemulihan dan murid normal di kelas biasa.

2.2 MASALAHUTAMA KANAK-KANAK Masalah utama yang dialami oleh disleksia ialah dari segi bahasa, konsep kendiri, pengamatan maklumat. pemprosesan

MASALAH DISLEKSIA kanak-kanak matematik, dan Masalahrajah

masalah tersebut dapat digambarkan dalam berikut:

15

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Rajah Menunjukkan Lima Masalah Utama yang Dialami oleh Kanak-kanak Disleksia

2.2.1 KONSEP KENDIRI Kanak-kanak disleksia mengalami konsep kendiri yang menjejaskan masalah sosial dan emosi mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia terpaksa menempuh persekitaran dalam keadaan berbeza daripada rakan sebaya normal yang lain. Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa pada peringkat pra sekolah kanakkanak disleksia ini masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria. Masalah mula wujud apabila mereka merasakan bahawa arahan-arahan dan bimbingan daripada guru adalah tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka. Apabila kanak-kanak ini menyertai sekolah rendah, tekanan ke atas mereka semakin hebat kerana tahap pembelajaran yang semaki sukar dan mementingkan kecemerlangan akademik. Oleh itu, kanak-kanak disleksia ini berasa berputus asa kerana mereka

16

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

tidak dapat mengikut proses pembelajaran seperti rakan yang lain yang secara tidak langsung menyebabkan mereka memberontak. Namun demikian, kita juga perlu menyedari bahawa masalah sosial juga merupakan salah satu kesan daripada masalah disleksia. Antara kesan yang berkaitan dengan konsep kendiri kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut :

Mengelak ke sekolah dan kerja rumah

Masalah ini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka di sekolah, umpamanya tugasan atau set latihan yang berat. Ibu bapa perlu sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan tahap dan perkembangan kanak-kanak disleksia ini sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pembelajaran. Di rumah ibu bapa perlu merancang dan membuat sedikit aktiviti fizikal bagi menyeronokkan hati kanak-kanak disleksia selain memberikan mereka masa rehat setelah pulang daripada sekolah.

Ketagihan menonton televisyen

Masalah ini merupakan masalah yang sering dialami oleh kebanyakan kanak-kanak disleksia malahan kanak-kanak normal yang lain turut mempunyai masalah ini. Set televiseyen biasanya menjadi tempat kanak-kanak melepaskan diri dan lari daripada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Televisyen juga memberikan ruang yang lebih untuk kanak-kanak ini berada di alam imaginasi mereka sendiri. Bagi menguruskan masalah ini, ibu bapa perlu memastikan masa menonton televisyen adalah secara terancang dan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan aktiviti alternatf lain yang lebih menjana minda seperti melukis dan mewarna.

17

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Menipu

Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang di luar kemampuannya, mereka akan menipu bagi memastikan kerja sekolah tersebut dapat disiapkan. Oleh itu, guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kerja sekolah yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap akademik kanak-kanak disleksia tersebut. Ibu bapa dan guru juga perlu sentiasa memberikan peneguhan dan menghargai setiap usaha yang ditunjukkan oleh kanakkanak disleksia ini. Dalam sistem yang berasaskan akademik, kadang kala kanakkanak disleksia menipu kerana mereka merasakan itu sahaja jalan penyelesaian untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.

Tingkah laku agresif dan suka mengawal

Kanak-kanak yang berasa kecewa dan dipinggirkan kerana tidak dapat menguasai pembelajaran seperti rakan yang lain akan melepaskan kemarahannya kepada orang lain. Biasanya mereka memendam perasaan itu di sekolah yang kemudiannya melepaskannya di rumah dengan mengamuk tanpa sebab ataupun bergaduh. Bagi menangani situasi ini, ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi selain mereka perlu meneliti punca sebenar kanak-kanak disleksia ini bertindak sedemikian dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Mudah putus asa Ramai kanak-kanak disleksia merasa kecewa di sekolah kerana semua usaha mereka gagal, ditambah lagi dengan ejekan ataupun kemarahan yang diterima daripada rakan-rakan dan guru. kebanyakkan kanak-kanak ini berhenti berusaha keran mereka berasa lebih rela dimarahi apabila mereka tidak berusaha langsung daripada mereka dimarahi setelah mencuba sedaya upaya tetapi tetap mendatangkan hasil yang kuarng memuaskan.

18

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

2.2.2 PENGAMATAN Menurut Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities, pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Oleh yang demikian, guru perlulah mengkaji dan membuat pemerhatian yang khusus bagi mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada murid yang mengalami masalah pengamatan. Terdapat 16 ciri yang dikenal pasti ditonjolkan oleh murid disleksia yang mengalami masalah pengamatan. Berikut adalah antara ciri-ciri masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia: Ciri pertama Murid Disleksia lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Contohnya seperti guru memberi gambar rajah tumbuh-tumbuhan dan kenderaan seperti kereta, motor dan lori, kemudian guru meminta murid untuk mengkelaskan gambar rajah tersebut mengikut jenis yang diberikan. Namun apabila guru menyuruh murid mula mengkelaskan gambar rajah tersebut, murid kelihatan memgambil masa yang lama untuk mengkelaskannya. Hal ini adalah kerana, mereka kurang faham dan tidak tahu untuk melakukan aktiviti tersebut, namun apabila mereka faham dengan jelas arahan aktiviti, mereka dilihat sangat berminat untuk melaksanakan aktiviti tersebut. oleh itu, guru perlulah membuat peneguhan secara berulang kali bagi mengelakkan masalah kemahiran pengamatan terjadi. Ciri kedua Murid disleksia mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada situasi baru. Contohnya, murid mengetahui bagaimana membezakan bentuk dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud, namun apabila diberi latih tubi murid tidak dapat membezakannya. Ciri ketiga
19

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Murid yang mengalami masalah pembelajaran sering cepat lupa, oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti menyebut perkataan yang mempunyai suku kata KV dan KVK seperti bakar, sakit dan perut. Sekiranya guru memberi gambar bersama dengan perkataan seperti gambar rumah, murid tersebut dapat menyebut dengan lancar. Namun sekirannya guru tidak meletakkan gambar rajah bersama dengan perkataan yang ingin disebut, murid dillihat tidak dapat menyebut dengan lancar. Murid mengambil masa yang lama untuk menyebutkan perkataan tersebut. Ciri keempat Murid disleksia lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru dan memberi sesuatu keputusan tanpa berfikir. Contohnya, guru memberi latihan kemahiran pengamatan penglihatn seperti mencantumkan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Guru meletakkan suku kata di dalam satu kotak dan murid perlu mengambilnya dan ditampalkan di papan putih. Apabila aktiviti dimulakan, murid dilihat mencantumkan dua suku kata dengan betul, namun perkataan yang dibina tidak mempunyai makna. Oleh yang demikian, guru perlu membetulkan kesilapan murid dan menerangkan kepada murid bahawa perkataan yang dicantum tidak membawa makna. Murid sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum cuba untuk mencantumkan dua suku kata tersebut. Ciri kelima Murid disleksia lemah ko-ordinasi motor-mata tangan. Contohnya guru memberi aktiviti seperti menyambungkan titik, apabila titik disambungkan ia akan membentuk huruf seperti a, b dan c. Namun murid dilihat tidak dapat menyambung titik dengan betul. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat memegang pensil dengan betul dan tumpuan mata yang diberi terhadap aktiviti yang dijalankan adalah kurang. Oleh itu bagi meningkatkan kemahiran

20

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

ko-ordinasi motor-mata tangan murid, guru seharusnya memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan kedua-duanya digunakan dalam satu masa. Ciri keenam Murid disleksia mengalami masalah ketidakbolehan membuat keputusan secara am. Contohnya, guru memberi aktiviti seperti meletakkan satu gambar rajah di papan putih, kemudian guru menceritakan serba sedikit berkaitan gambar rajah berkenaan seterusnya guru meminta murid untuk membuat kesimpulan terhadap gambar rajah yang diberikan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh murid. Namun kesimpulan yang dibuat tidak menepati gambar rajah yang diberikan. oleh itu, guru perlulah menggalakkan murid untuk belajar membuat keputusan yang berkait rapat dengan persekitaran dan memberi pendedahan yang teliti kepada murid berkaitan aktiviti supaya mereka dapat membuat kesimpulan dengan baik. ciri ketujuh Murid jenis ini dilihat susah sekali untuk turut serta dalam permainan kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan. Contohnya, guru kelas menganjurkan pertandingan membina ayat dengan perkataan yang diberikan. Murid yang mengalami masalah kesukaran pengamatan tidak akan melibatkan diri dan dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana, mereka tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat tersebut. Oleh itu, guru pemulihan perlulah mengajar murid asas pembina ayat yang mudah sehingga murid mampu membina ayat sendiri, kemudian ke peringkat yang lebih sukar.

21

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

AKTIVITI 1. Anda telah membaca tujuh ciri masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia. Dengan menggunakan peta minda, senaraikan sembilan lagi ciri masalah pengamatan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia.

2.2.3 PEMPROSESAN MAKLUMAT Satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak disleksia adalah masalah pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat berkait rapat dengan struktur otak seseorang. Ini adalah disebabkan oleh otak berfungsi untuk menganalisis dan meneliti maklumat yang diperolehi oleh seseorang ke dalam bentuk yang lebih lengkap. Seterusnya, maklumat-maklumat tersebut akan dihurai dan diterjemah sama ada dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan dan sebagainya. Masalah pemprosesan maklumat yang dialami mereka terbahagi kepada beberapa aspek iaitu masalah pengkodan fonologi, masalah mengingat perkataan dan masalah ingatan jangka pendek. 2.2.3.1 Masalah Pengkodan Fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran dalam membezakan antara paku dengan pasu. Mereka juga tidak dapat mendengar rima akhir yang sama antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataan yang bunyi akhirnya sama dalam ayat Jack and Jill went up the hill, mereka akan menjawab, Jack dan Jill. Berdasarkan contoh di atas, ini bermakna mereka keliru dan sukar membezakan perkataan yang hampir sama bunyinya. Begitu juga dengan harga
22

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

suatu barangan dalam bahasa Inggeris yang berunyi fifty cents ataupun fifteen cents. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait rapat dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996). 2.2.3.2 Masalah Mengingat perkataan

Dalam masalah ini, kanak-kanak disleksia dikatakan mempunyai masalah untuk mengingat semula perkataan yang telah didengari mereka. Secara umumnya, kanakkanak disleksia dikatakan mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan.

Boleh mendengar

Boleh melihat

Errr TETAPI bermasalah memproses perkataan

Berdasarkan gambarsoalan tiba-tiba kerana masalah memperoleh kembali fakta. Susah menjawab yang ditunjukkan di atas, ini bererti kanak-kanak tidak dapat menjawab soalan yang diberikan secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga dan sering merujuk individu tersebut sebagai kawan saya di sekolah atau budak lelaki itu . Mereka sukar mengingati fakta-fakta yang telah mereka dengar.
23

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Seorang

kanak-kanak

disleksia

mungkin

dapat

menghuraikan

proses

penyebaran dalam subjek sains dengan panjang lebar, tetapi mereka mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan. 2.2.3.3 Masalah Penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun , susunan hari dalam seminggu, susunan huruf , nombor dan ejaan-ejaan bagi perkataan-perkataan. Justeru, mereka menghadapi masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya. Apabila ditanya secara spontan, Berapakah nilai 5 7? Mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama juga berlaku dalam operasi pembahagian. Hal sebeginilah yang dikatakan pemprosesan maklumat dalam diri seseorang individu. 2.2.3.4 Masalah Ingatan Jangka Pendek

Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. Ini bererti kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingati arahan-arahan panjang yang diberikan. Sebagai contoh, pelajaran membuat origami dalam subjek

24

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Pendidikan Seni, membuatkan mereka kehilangan punca kerana arahan yang terlalu panjang dalam aktiviti tersebut . Masalah yang serupa juga dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Untuk memilih jawapan yang tepat, mereka perlu memegang satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya. Ini merupakan masalah berat bagi mereka. Oleh kerana itu , mereka lebih berupaya menjawab dengan baik dalam soalan terbuka yang memberi ruang untuk mereka berfikir dan menulis jawapan yang dikehendaki.

Aktiviti 2 Anda telah membaca tiga masalah utama yang dialami oleh kanakkanak disleksia. Dengan menggunakan bahan bacaan dari media cetak atau elektronik, jelaskan dua lagi masalah yang dialami oleh kanak-kanak disleksia iaitu masalah bahasa dan matematik. SELAMAT MAJU JAYA

25

Anda mungkin juga menyukai