Anda di halaman 1dari 8

PENGAJIAN UMUM

UUM-CAS

PERANCANGAN AKADEMIK PENGAJIAN LUAR KAMPUS SEMESTER JULAI SESI 2010/2011

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

DISEDIAKAN OLEH: PROF. MADYA DR. ISMAIL ISHAK UUM-CAS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK, KEDAH

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

PENGAJIAN UMUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UUM-CAS

KOD KURSUS KURSUS PRA SYARAT

: : :

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK TIADA

1.0

SINOPSIS

Kursus ini akan membincangkan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik yang wujud di Malaysia. Para pelajar juga akan didedahkan dengan konsep hubungan etnik menurut perspektif Islam. Melalui pembelajaran kursus ini, hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia diharapkan akan mencapai matlamatnya. Selain itu, kursus ini juga diharapkan mampu memberi kefahaman kepada pelajar mengenai perkara global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia. 2.0 OBJEKTIF KURSUS Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat: 2.1 Memahami konsep pluraliti budaya masyarakat dan kumpulan etnik. 2.2 2.3 3.0 Menjelaskan berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik.

Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Pada akhir kursus pelajar akan: 3.1 Mendefinisikan konsep-konsep ras, etnik, masyarakat, etnisiti, etnosentrisme, rasisme, prejudis, stereotaip, diskriminasi, budaya, perpaduan, integrasi, asimilasi dan amalgamasi. Menjelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

3.2 3.3 3.4

Menghuraikan konsep dan proses pembangunan ekonomi serta politik di Malaysia dan hubung kaitnya dengan hubungan etnik Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 3.5 Menjelaskan faktor-faktor pembinaan dan acuan jati diri rakyat Malaysia dan cabaran-cabaran dalam hubungan etnik.

PENGAJIAN UMUM

UUM-CAS

3.6 3.7

Menerangkan perbezaan agama di Malaysia dan mengenal pasti nilai sejagat yang boleh dikongsi bersama.

Mengaplikasikan peranan masyarakat dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. RUJUKAN

4.0

A. Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Bari. (2000). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Faaland J., Parkinson J., & Rais Saniman. (2003). Growth and ethnic inequality: Malaysias new economic policy. (2nd ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications. Hashim Hj Musa. (2004). Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Jomo S. (1998). Pembangunan ekonomi dan kelas sosial di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Kamarul Kabilan, Zaharah Hassan et. Al. (2005) Readings on ethnic relations in a multi-cultural society, COLLA Research Group Fakulti Pengajian Pendidikan: UPM Nazaruddin Hj. Mat Jali, et.al (2003). Malaysian studies, nationhood and citizenship. Petaling Jaya: Pearson & Prentice Hall. Syed Hussien Ali (Ed).(1984): Kaum, kelas dan pembangunan di Malaysia, Persatuan Sains Sosial Malaysia: Kuala Lumpur Syed Mohamad Naquib Al-Attas. (1971). Islam dan sejarah kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Hashim Wan Teh. (1983). Race relations in Malaysia, Kuala: Lumpur: Heineman Educational Books (Asia) Ltd. Wan Mohd Nor Wan Daud. (2001). Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur: ISTAC. Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill, et. al.(2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

5.0

KANDUNGAN KURSUS

PENGAJIAN UMUM

UUM-CAS

BIL 1.

TAJUK KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK 1.1 Konsep asas hubungan etnik. 1.2 Kepentingan memahami hubungan etnik. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA: KE ARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT 2.1 Penghijrahan intrawilayah sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2.2 Penghijrahan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka 2.3 Proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan. 2.4 Pluraliti masyarakat di Sabah dan Sarawak 2.5 Impak Kolonialisme. 2.6 Tahap-tahap hubungan etnik. 2.7 Ke arah pembentukan masyarakat berintegrasi.

JAM 2

2.

4.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK: PROSES PENGGUBALAN DAN PELAKSANAAN 4.1 Definisi konsep. 4.2 Perkembangan Perlembagaan Persekutuan. 4.3 Kandungan dan pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan. 4.4 Prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan. 4.5 Kontrak sosial 4.6 Prinsip Pengasingan kuasa

5.

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN POLITIK KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

DALAM

5.1 Perkembangan ekonomi pada zaman penjajah. 5.2 Rancangan pembangunan selepas merdeka 5.3 Dasar kerajaan untuk menyatukan bangsa dan membentuk negara bangsa Malaysia. 5.4 Keadilan sosial dan keseimbangan ekonomi. 5.5 Sektor perindustrian sebagai asas pembentukan negara Maju 5.6 Perpaduan melalui pendidikan dan kebudayaan. 5.7 Ke arah pembentukan bangsa Malaysia.

PENGAJIAN UMUM

UUM-CAS

6.

CABARAN LOKAL DAN GLOBAL TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 6.1 Memahami cabaran hubungan etnik di Malaysia. 6.2 Cabaran 1: Membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai personaliti unggul. 6.3 Cabaran 2: Membina jalinan harmoni hubungan interetnik dan intraetnik 6.4 Cabaran 3: Menangani konflik etnik 6.5 Pendekatan Islam dalam menangani cabaran hubungan etnik

7.

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK 8.1 Asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama 8.1.1 Berkenalan 8.1.2 Persefahaman 8.1.3 Kerjasama 8.1.4 Persaudaraan 8.1.5 Berkasih sayang 8.2 Islam 8.2.1 Penerapan nilai-nilai Islam 8.2.2 Pendekatan Islam Hadhari 8.3 Buddha 8.4 Hindu 8.5 Kristian JUMLAH

8.

16

6.0 KAEDAH PENGAJARAN Sesi pengajaran akan dijalankan melalui syarahan (kuliah), perbincangan, pembentangan tugasan dan peperiksaan. 7.0 PENILAIAN KURSUS Kursus ini tidak memerlukan peperiksaan akhir. Penilaian akan dilakukan berdasarkan: 6.1 6.2 Tugasan dan peperiksaan pertengahan Peperiksaan Akhir Jumlah : 60% : 40% ______ 100% ______

PENGAJIAN UMUM 8.0 TUGASAN

UUM-CAS

Pelajar hanya akan diberikan satu tugasan sahaja untuk disempurnakan bagi melengkapkan kursus ini. Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan masing-masing mengikut format yang diedarkan bersama dengan soalan tugasan. Bagi memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar sendiri tugasan kepada pensyarah pada pertemuan ketiga. Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti dalam bentuk potongan markah. 9.0 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER Peperiksaan akan diadakan pada pertemuan ketiga yang merangkumi bab-bab yang telah dibincangkan di dalam pertemuan pertama dan kedua. Soalan berbentuk objektif dan struktur akan dikemukakan dalam peperiksaan ini. Masa yang diberikan ialah 1 jam 30 minit. 10 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh, masa dan tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif iaitu merangkumi keseluruhan modul, kuliah dan bahan-bahan rujukan berkaitan. Soalan peperiksaan akhir adalah berbentuk objektif. Masa yang diperuntukan ialah 2 jam. PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK
1. Tiga soalan akan disediakan untuk penyediaan tugasan ini, dan diberikan pada

pertemuan pertama. Anda hanya perlu menjawab satu soalan sahaja mengikut format yang diterangkan di bawah.
2. Tugasan hendaklah ditaip dengan jelas dan mudah dibaca. Anda hendaklah

menggunakan kertas berukuran A4 untuk tujuan ini. Panjang tugasan adalah dalam lingkungan 20-25 muka surat dan ditaip dengan jarak double spacing dan font bersaiz 12. 3. Penilaian untuk tujuan pemarkahan adalah berdasarkan kepada hujah dan pandangan yang diutarakan dan relevan dengan tajuk tugasan yang diberikan.
4. Bagi tujuan keseragaman, anda dikehendaki menyediakan muka surat hadapan

seperti yang ditunjukkan pada lampiran 1. Perlu dikepilkan bersama-sama dengan tugasan tersebut ialah satu helaian seperti yang ditunjukkan pada lampiran 2.

PENGAJIAN UMUM

UUM-CAS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK ..................................................................................................................... (Tajuk Tugasan Huruf Besar)

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH: Nama No. Matrik : : (Nama Pelajar) ( No. Matrik Pelajar)

(Lampiran 1-contoh muka hadapan tugasan)

PENGAJIAN UMUM

UUM-CAS

Nama Tahun pendaftaran Julai 2010/2011

No. Matrik Pusat

TUGASAN

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK

Tugasan ini mengandungi Soalan/tajuk pilihan: TIGA soalan. Anda dikehendaki memilih SATU soalan sahaja. Jawab dalam bentuk esei

Tarikh Serahan (diisi oleh pelajar)

Tarikh Penerimaan (diisi oleh pensyarah)

No. Soalan

Markah diperolehi

(Lampiran 2)

Anda mungkin juga menyukai