Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata pelajaran Tunjang pembelajaran Tajuk Sub tajuk/Kemahiran Tarikh Masa Tahun Bil. murid : : : :

: Pendidikan Jasmani & Kesihatan : Permainan padang : Bola Jaring : Hantaran dada

19 April 2011(Selasa) 9.30-10.00 pagi (30 minit) 6 Amanah 18 orang (L: 11 orang, P: 7 orang)

Pengalaman dan pengetahuan lepas/sedia ada

Murid sudah didedahkan dengan permainan bola jaring sejak dari darjah empat. Murid pernah dibawa menyaksikan perlawanan persahabatan permainan bola jaring di SK Mengkuang, Bukit Metajam, Pulau Pinang. Murid ditayangkan dengan video perlawanan bola jaring peringkat prasekolah

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, murid-murid dapat : a. Psikomotor Murid dapat melakukan hantaran dengan tepat kepada pasangan sekurang-kurangnya tujuh kali daripada sepuluh percubaan Memegang bola dan melakukan hantaran dada dengan betul, serta tidak melakukan kesalahan gerak kaki

b. Kognitif Murid boleh menyatakan cara yang sesuai untuk melakukan hantaran dada dan dapat menunjukkannya dengan cara yang tepat Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga dari lima ciri-ciri keselamatan yang diterangkan dengan 100% betul

c. Afektif Murid melakukan aktiviti dengan semangat kesukanan, bertanggungjawab dan bekerjasama serta ceria Menunjukkan kesedaran keselamatan sebelum, semasa dan selepas permainan bola jaring ini dilakukan dan melaporkan guru jika ada keadaan yang berbahaya

Penerapan nilai: Nilai bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain sepanjang aktiviti dijalankan Wujudnya persaingan yang positif di antara pemain

Kemahiran berfikir: Aktiviti memanaskan badan menggunakan kaedah permainan kecil yang menyeronokkan (kejar duduk) Menyelitkan permainan berdasarkan TGFU dalan pengajaran (Si Kapitan) Memikirkan strategi yang sesuai untuk membolosi pertahanan lawan Mempelbagaikan ansur maju (melibatkan pemain dua atau tiga orang dalam satu kumpulan kecil atau mengikut kesesuaian jenis ansur maju yang dilakukan) Penggabungjalinan: Menggabungkan aspek keseronokan dan kemahiran dalam latihan, contohnya menyelitkan permainan kecil di awal dan akhir pengajaran Kesepaduan: Mewujudkan kerjasama yang kuat di dalam satu pasukan Penggunaan taktik dan bahasa tubuh yang bersesuaian serta boleh difahami oleh ahli pasukan

Alat Bantu Mengajar: Skital, wisel dan bola jaring

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: Bil. 1. Bahan Sumber P&P Sek. Men Ave Maria Convent (2007). Bola Jaring. Petaling Jaya: Sutrapadu (M) Sdn. Bhd. 2. Bola jaring. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring. diakses pada 1 April 2011

Strategi utama: Mengatur strategi dengan sebaiknya kedudukan pemain, tidak tinggal pihak lawan, hantaran yang bersesuaian Menggunakan taktik mengacah di dalam permainan Ajar dan biasakan murid untuk intercept pemain lawan untuk merebut bola

Langkah-langkah: Bahagian (masa) Permulaan (5 minit) 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Guru menerangkan cara permainan kepada murid-murid. Cara bermain: Aktiviti memanaskan badan: -Permainan kecil kejar duduk Murid berlari bebas dalam kawasan yang ditetapkan oleh guru. Seorang (pemangsa) dipilih untuk mengejar murid lain. (untuk selamatkan diri murid boleh duduk sebelum Regangan: Fokus lebih kepada bahagian tangan disentuh pemangsa. Jika ada murid yang tidak sempat duduk selepas disentuh. Maka murid tersebut akan jadi pemangsa. Permainan sehingga duduk. diteruskan semua murid Nilai: Patuh arahan Alatan: Skital, wisel Isi kandungan Butir mengajar/ fokus P&P Organisasi Alatan/catatan

Perkembangan Penerangan guru. isi Langkah 1 (7 minit) Perlakuan murid :Mendengar penerangan guru Meniru dan melakukan semula pelakuan guru. Langkah 2 (7 minit) Penerangan guru

Guru menerang dan menunjukkan cara hantaran dada yang betul dan memperkenal bahagian badan yang terlibat. Murid akan berpasangan. Murid-murid akan menghantar bola dalam jarak yang dekat. Apabila wisel ditiup murid-murid mula menghantar bola dalam kawasan yang ditetapkan.

Alatan: Skital, bola jaring wisel,

Nilai: Kerjasama, patuh arahan pada

Guru menerang dan menunjukkan cara hantaran dada secara dinamik. Murid membuat 2 barisan yang sama banyak. Seorang murid akan memulakan hantaran bola. A menghantar bola kepada B dan B lari ke hadapan sedikit untuk menangkap bola. Apabila B menangkap bola, hantar semula

Alatan: Skital, wisel,

bola jaring. Nilai:

B C D E

Kerjasama.

bola kepada A secepat mungkin. Kemudian B perlu lari ke belakang barisan.

Permainan kecil. (5 minit)

Penerangan guru. Permainan kecil si kapitan

Guru menerangkan dan menunjukkan cara permainan di jalankan. Cara bermain: murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Gelanggang bola jaring digunakan sepenuhnya. Cara menjaring bola ialah apabila bola dapat disambut oleh penyambut terakhir semasa ia berada di kawasan separuh bulatan. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan sekurang-kurangnya 5 kali hantaran sebelum menghantar kepada

Alatan: Wisel, jaring Nilai: Kerjasama, patuh arahan. bola

penyambut terakhir. penyambut terakhir bebas bergerak di kawasan separuh bulatan gol- begitu juga 2 orang pemain pertahanan. Semua pemain yang lain tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Masa yang ditetapkan ialah 5 minit. Penutup (5 minit) 1. Gerak kendur 2. Soal jawab 3. Rumusan Murid membentuk separuh bulatan. Guru memimpin murid dalam aktiviti regangan. Guru membuat sedikit rumusan dan meminta maklum balas dari murid.
G

Nilai: Kerjasama

Ulasan/ Refleksi Kendiri

Ulasan Pensyarah/ Guru Pembimbing