Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN

SEKOLAH RENDAH DAERAH PENDANG 2023

Sidang hadirin yang dihomati sekalian

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta dan tetamu dipersilakan
mengambil tempat.

Dari Raub pergi ke Pontian,

Terus pula ke kuala Perlis,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan majlis.

Yang berusaha, Puan Nor Azam binti Idrus, Guru Besar SK Penghulu Jusoh,
barisan pentadbir , guru -guru serta para waris yang dikasihi sekalian.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbau berkicau dihujung muara

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim dan assalamualaikum wbrkth…

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat
kita bersama-sama memeriahkan majlis perasmian Program Celik baca kita pada pagi ini.
Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan
kehadiran semua waris murid-murid program celik baca.

Semoga majlis ilmu yang berjalan pada hari ini dirahmati Allah.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian


bunga mawar cantik tersemat.

Dipetik gadis ditepi titi,

Dibaca doa memohon rahmat

Moga majlis sentiasa dirahmati

Bagi menambahkan keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini Marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang di baca oleh Ustaz Azhar bin Johari.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan

Amin…amin yarab bal alaamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Azhar bin Johari. atas
bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kemunculan wabak merbahaya Covid 19 bukan sahaja mengganggu gugat bidang


kesihatan dan ekonomi namun bidang Pendidikan juga tidak kurang hebatnya menerima
impak besar. Kemahiran dan minat membaca dalam kalangan murid-murid semakin
merosot. Kegilaan murid terhadap gajet pula semakin membimbangkan.

Oleh hal yang demikian, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk membantu murid-murid
memperkasa kemahiran membaca bagi tahap 1 dan tahap 2 melalui Program celik baca
yang akan dilaksanakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Objektif program ini adalah untuk:

1. Meningkatkan kadar boleh baca dalam kalangan murid tahap 1 dan tahap 2.
2. Menggalakkan murid membaca sekurang-kurangnya sehari lima huruf.
3. Membantu murid- murid menguasai kemahiran membaca dan menulis.
4. Menggalakkan Kerjasama antara guru dan waris bagi menangani masalah
membaca dalam kalangan murid.

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,

Adat majlis menyampaikan ucapan

Sebagai meyerikan perasmian program hari ini,

Majlis dengan sukaacitanya mempersilakan Puan Azam binti Idrus guru besar sk
penghulu jusoh menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis
perasmian program celik baca pada hari ini.

Majlis dengan berbesar hatinya mempersilakan Tuan guru besar merasmikan program
Celik Baca tahun 2023 dengan menandatangani ‘big book’yang disediakan.

Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar atas perasmian program celik bacaan
pada tahun ini.

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara

Berkumpulnya tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

Sidang hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan simbolik penyerahan fail modul
pantas baca kepada guru dan ibubapa.
Dijemput sekali lagi puan guru besar untuk menyerahkan fail kepadda guru dan waris
program celik baca.

Dijemput puan saodah binti Mohamad isa untuk menerima fail yang pertama

Seterusnya dijemput puan rohani binti abu bakar untuk menerima fail modul pantas baca
seterusnya.

Dijemput
……………………………………………………………………………………………….w
akil waris pertama untuk menerima fail modul pantas baca.

Seterusnya dijemput …………………………………………………………………..

Wakil waris seterusnya untuk menerima fail modul pantas baca dari pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar ,guru-guru dan para waris atas penerimaan
simbolik penyerahan fail modul pantas baca yang akan dilaksanakan nanti.

Terima kasih kami ucapkan,


Kerana kalian selalu membantu;
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu

Majlis kita sudah sampai di penghujungnya, saya selaku pihak majlis mengucapkan
ribuan terima kasih dan memohon maaf jika terdapat kekhilafan dari pihak kami.
Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH dan yang lemah itu dari kesilapan kita sendiri.
Sekian wabilahhitaufik walhidayah , assalamuaikumrahmatullah hiwabaratkatu.

Anda mungkin juga menyukai