Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,


KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

GPMK1012

PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKASI


Program NAMA : PROGRAM IJAZAH
KAD SARJANA
PENGENALAN MUDA ANGKA GILIRAN
PERGURUAN
MUHAMMAD DANISH AHMAD ZAIDI BIN 050720130811 2023312310091
ABDULLAH
Ambilan : JUN 2023
JEREMIAH AJANG MARIPA 040407131181 20233112310085
Unit : PENDIDIKAN JASMANI 1623
MD REYYWIND JAMIL 041019120477 2023312310087
Nama Pensyarah : PUAN LATIPAH BINTI
MOHAMAD
Tarikh Hantar PENGESAHAN
: 16 OKTOBER PELAJAR
2023
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh
Teks temu ramah: penggunaan Bahasa melayu dalam era digital

Penemu Ramah: selamat Sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Danish
dan Tuan MD Reyywind kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu
ramah.
Saya Jeremiah selaku wartawan dari Astro Awani.
saya ingin menemu ramah tuan berdua berkenaan dengan Sambutan
Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan pada hari ini?
Tuan MD Selamat Sejahtera, encik Jeremiah,saya juga berterima kasih kerana
telah sudi mengundang saya untuk sesi temu ramah pada hari ini.
Encik Danish Salam Sejahtera juga saya ucapkan kepada Encik Jeremiah kerana
memberi peluang kepada saya untuk ditemu ramah dan saya bersedia
untuk menjawab apa saja soalan yang diajukan.
Penemu Ramah Baiklah tuan berdua, seperti yang kita tahu, penggunaan Bahasa rojak
semasa berkomunikasi menggunakan media sosial, dalam kalangan
masyrakat kini semakin berleluasa dan penggunaan Bahasa ini juga
sudah mulai digunakan dalam kalangan anak-anak muda.
Apakah pandangan tuan berdua terhadap isu tersebut?
Encik Danish Bahasa rojak ialah apabila orang menggunakan pelbagai bahasa dan
dialek dalam percakapan harian mereka. Ini adalah fenomena biasa di
masyarakat di beberapa negara Asia Tenggara, terutamanya Malaysia
dan Singapura. Bahasa rojak menunjukkan kesinambungan budaya dan
multietnik di kawasan ini, di mana masyarakat pelbagai kaum
berinteraksi dan berkongsi pengaruh budaya.
Penemu Ramah: Bagaimana pula dengan pandangan Tuan MD mengenai penggunaan
Bahasa rojak secara komunikasi dalam kalangan Masyarakat kini?
Tuan MD pada pandangan saya,jika kita lihat untuk masa panjang,isu ini amat
membimbangkan, penggunaan bahasa rojak sememangnya akan
memudahkan pengguna media sosial untuk berkomunikasi antara satu
sama lain,sebagai contoh,"lapar,jom breakfast" yang mana jika
dibetulkan dalam Bahasa Melayu,ayat yang sepatutnya dikatakan adalah
"saya berasa lapar,marilah kita sarapan pagi".jika dilihat secara
kasar,sememangnya penggunaan Bahasa rojak ini memudahkan,tapi jika
kita lihat secara mendalam,penggunaan Bahasa rojak ini akan
merosakkan identiti Bahasa melayu yang sudah ada sejak dahulu lagi .
Masyarakat akan terbiasa dengan penggunaan Bahasa rojak di media
sosial dan ini akan membuatkan mereka terbawa-bawa hingga ke
komunikasi secara lisan.Hal ini jika dibiarkan ,akan menjadi suatu
budaya dalam masyarakat dan tidak mustahil Bahasa rojak akan
digunakan semasa acara formal dan merosakkan keunikan Bahasa
melayu Bahasa kebangsaan kita.
Penemu Ramah: Baiklah seperti mana yang sudah dinyatakan tuan berdua mengenai
penggunaan Bahasa rojak ketika berkomunikasi secara digital ini, kita
dapat tahu dimana Masyarakat sering menggabungkan Bahasa asing
dalam penggunaan Bahasa melayu dan untuk pengetahuan kita semua,
semua Perkembangan teknologi maklumat dipercayai dapat
melenyapkan atau mengembangkan sesuatu bahasa.

Penemu Ramah Seperti mana yang kita ketahui pada dekad 1990-an sewaktu internet
tersebar luas, tanpa kita sedari bahasa Inggeris sebenarnya telah
menjelajah ke seluruh dunia. Penjajahan bentuk baharu ini mengetepikan
semua bahasa yang ada di dunia ini.
Encik Danish Benar sekali, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama dalam
aplikasi teknologi maklumat ini. Jadi, semua bangsa yang ada di dunia ini
perlu mempelajari atau memahami bahasa Inggeris untuk menguasai
teknologi maklumat yang begitu cepat berkembang.
Tuan MD Penjajahan bentuk baharu ini, tidak perlu lagi menghantar angkatan
tentera bersenjata untuk menyerang dan menakluk sesebuah negara. Ia
lebih menumpukan kepada 'penjajahan pemikiran.' Apabila fikiran atau
gaya fikir rakyat sesebuah negara itu dapat dijajah, maka lambat laun
rakyat akan bangun memberontak dan menggulingkan sesebuah
kerajaan. Inilah yang berlaku dalam dunia hari ini
Penemu ramah Perkembangan teknologi komunikasi memberi satu tamparan hebat
terhadap bahasa Melayu. Bahasa Melayu diserang akibat perkembangan
teknologi komunikasi ini.
Jika dibiarkan berterusan Generasi akan datang tidak lagi dapat menjiwai
bahasa Melayu sebagaimana generasi sebelum ini. Bahasa Melayu yang
suatu ketika dahulu menjadi lidah atau medium dalam perjuangan
bangsa untuk menentang penjajah dan perjuangan menentang Malayan
Union kini dicemar oleh penutur bahasa itu sendiri.
Penemu Ramah Seterusnya, pada pandangan tuan berdua apakah faktor yang
menyebabkan penggunaan bahas rojak ini giat digunakan dalam
perbualan masyrakat ketika berada di atas talian?
Tuan MD Konsep penyampai Sikap sesetengah penutur yang ingin menonjolkan
kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi adalah punca
fenomena ini. Kebanyakan penutur rojak biasanya amat sukar untuk
berinteraksi di tempat kerja, terutamanya apabila bercakap dalam
bahasa Inggeris sebenar. Oleh itu, mereka akan mengajar pelajar
sekolah luar bandar kemahiran berbahasa Inggeris dan mengajar
mereka bercakap dalam perbualan harian walaupun mereka tidak mahir.
Encik Danish perspektif orang Malaysia terhadap bahasa Inggeris. Majoriti rakyat
negara kita percaya bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa terbaik di
dunia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa
Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur
di dunia. Bahasa Inggeris hanyalah lingua franca, atau bahasa pertuturan
yang paling penting dan biasa digunakan. Ini kerana ia berfungsi sebagai
"penyambung lidah" antara orang dari pelbagai bangsa.
Penemu ramah Betul seperti mana yang tuan berdua sudah nyatakan berkaitan faktor
kepada wujudnya penggunaan Bahasa rojak dalam perbualan seharian
Masyarakat dalam talian, dimana terdapat Masyarakat yang
menggunakan Bahasa rojak ini sebagai cara mereka ingin menonjolkan
kehebatan mereka bahawa mereka dapat menguasai pelbagai Bahasa.
Jika kita sudah mengetahui faktor kepada mengapa Bahasa rojak mulai
banyak digunakan dalam perbualan Masyarakat atas talian, apakah
langkah yang boleh kita ambil untuk mengatasi masalah tersebut?

Encik Danish Bagi saya, Masyarakat seharusnya banyakkan membaca dan


mendengar Bahasa melayu baku, contohnya Masyarakat perlu membaca
banyak buku, artikel, dan summber-sumber berbahasa melayu yang
baku. Tambahan pula Masyarakat perlu mendengar berita, podcast atau
program berbahasa melayu yang baik dan baku untuk memahami
bagaimana Bahasa yang benar seharusnya.
Tuan MD saya setuju dengan cara yang encik Danish berikan. Bukan itu
sahaja,masyarakat juga boleh menggunakan Bahasa melayu yang betul
semasa berkomunikasi secara dalam talian. Hal ini dapat membiasakan
masyarakat untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa melayu dengan
betul dan secara tidak langsung, menggunakan Bahasa melayu baku
akan menjadi kebiasaan.selain itu,hal ini juga boleh ditangani dengan
bantuan ibu bapa, yang menjadi contoh kepada anak-anak, dengan
mengamalkan penggunaan Bahasa melayu baku dalam berkomunikasi di
rumah mahupun di media sosial agar ganerasi muda pada masa kini
terbiasa dengan penggunaan Bahasa melayu yang betul.
Penemu Ramah Seperti mana yang sudah kita bincangkan sebentar tadi kita dapat
melihat di mana penggunaan Bahasa melayu dalam era digital telah
bertukar kepada Bahasa rojak kerana sudah di gabungkan dengan
Bahasa asing, tetapi kita juga perlu memandang dari perspektif lain
seperti kebaikan yang kita dapat daripada penggunaan Bahasa melayu
dalam era digital.
Encik Danish Ya betul, saya bersetuju dengan penyataan Encik Jeremiah itu, kerana
saya berpendapat penggunaan Bahasa melayu dalam era digital juga
mempunyai kebaikannya tersendiri.
Encik Danish Salah satu kebaikan yang kita dapat ketahui adalah melalui perniagaan
dan pasaran temptan dalam era digital, penggunaan Bahasa melayu
dalam laman web, aplikasi dan komunikasi perniagaan membolehkan
Syarikat mencapai lebih ramai pelanggan tempatan. Selain itu, ia juga
dapat memudahkan urus niaga dan komunikasi dengan pasaran
Malaysia.
Penemu Ramah Betul itu, ia juga dapat memudahkan pembeli unutk berkomunikasi dan
membuat rundingan bersama peniaga
Bagaimana pula dengan pandangan anda Tuan MD?
Tuan MD Penggunaan Bahasa melayu yang betul semasa berkomunikasi dapat
menonjolkan lagi ciri-ciri rakyat malaysia yang mempunyai semangat
patriotisme.Dengan menggunakan Bahasa melayu yang betul semasa
berkomunikasi,ianya dapat menunjukkan bahawa kita bangga menjadi
seorang warganegara malaysia.Sepertimana yang kita sedia maklum
Bahasa melayu adalah Bahasa kebangsaan kita.
Penemu Ramah Benar itu tuan MD, kita sebagai seorang rakyat Malaysia seharusnya
bangga dan seharusnya menerapkan penggunaan Bahasa melayu
dalam perbualan seharian kita meskipun ia hanya perbualan secara tidak
formal dan di atas talian. Meskipun terdapat banyak Bahasa yang wujud
sekarang kita tidak seharusnya mengabaikan penggunaan Bahasa
melayu yang tepat dan cuba untuk menggabungkan Bahasa melayu
dengan Bahasa yang lain dalam perbualan seharian kita.
Usaha untuk mengangkat martabat penggunaan Bahasa melayu perlu
diperkasakan secara berterusan selaras dengan perkembangan era
digital yang semakin meluas dan berkembang pesat pada masa ini.
terima kasih atas pendangan yang telah diberikan oleh Encik Danish dan
tuan MD sepanjang temuramah ini,saya harap,didalam temuramah
ini,ada banyak maklumat yang boleh masyarakat ambil sebagai
pedoman dalam era digital yang semakin canggih ini.
kesimpulannya, bahasa melayu pada era digital ini mempunyai kebaikan
dan keburukannya masing-masing, walaubagaimanapun terpulang
kepada kita sebagai masyarakat untuk menjalani era digital ini seperti
apa.saya rasa,sampai disisni saja sesi temu ramah kita pada hari ini,
terima kasih kepada Encik Danish dan tuan MD kerana sudi meluangkan
masa pada hari ini, saya Jeremiah selaku wartawan dari Astro awani,
salam perpaduan, salam malaysia madani, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai