Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMI

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Salam Malaysia Madani.

Yang berusaha… Pn Norazani bt Mahamad , Guru Besar SK Matang Gerdu.


Yang Dihormati En Mohtan b Sulaiman ,YDP PIBG SK Matang Gerdu.
Yang Dihormati Sarjan Hairo Ruslan bin Hasan ,Bahagian Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik Daerah Kerian .
Yang berusaha….
Pn Rahimah bt Shahran PK Pentadbiran.
En Norazmal Khairi bin Mat Desa, PK HEM.
Pn Zaiton bt Hamid , PK Kokurikulum.
Barisan AJK PIBG,Guru guru SK Matang Gerdu, Para Ibu bapa, Murid- murid
seterusnya para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Kejohanan Sukan
Olahraga SK Matang Gerdu kali ke32.

Tahniah diucapkan kepada Tn Guru Besar, PK Kokurikulum ,guru-guru dan juga


barisan PIBG SK. Matang Gerdu atas usaha dan kesungguhan merealisasikan
Kejohanan Sukan Sekolah pada hari ini yang begitu meriah dan ceria sekali.

Tuan-Tuan dan puan,

Kejohanan Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina
semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi
mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan
tetapi kejohanan sukan ini juga adalah satu elemen untuk membina keyakinan
diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen
ini sangat penting bagi mengiktiraf kebolehmampuan berfikir dalam menjana
kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Semoga anak-anak SK
Matang Gerdu menjadi anak yang baik lagi cerdik dalam menghadapi pelbagai
cabaran dalam dunia Pendidikan sekarang.
Hadirin Sekalian,

Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang
diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani.
Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini
dan juga pada masa akan datang. Selain itu diharap sukan ini dapat
meningkatkan aspek ‘karamah insaniah’ melalui pembentukan adab, akhlak
dan integriti

Insya Allah. Saya berharap agar sekolah akan terus cemerlang dalam bidang
Kokurikulum khasnya. Saya juga berharap agar warga pendidik dan murid –murid
dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang
kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang.

Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-
murid semua . Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang
kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak.

Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Kejohanan Sukan


Olahraga SK Matang Gerdu kali ke-32 .

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai