Anda di halaman 1dari 20

.

;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;; ;; ;;
;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;; ;;O;; ;; ;;O;;
;; ;;O;; ;;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;;.;;.;;.;;.;;.;;
.;;.;;.;;.;;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;; ;; ;; ;; ;;
;; ;; ;; ;; ;;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;•;;;.;;
.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;
;; ;;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;; ;;;.;;
.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;.;;;.;;.;;..;;.
..;; ....;
;.....;
;......;
;.......;
;........;
;; G6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM

analisis teori, falsafah dan model pembentukan kurikulum prasekolah


oleh

micheal anak ringgit


g74588

sarjana (kurikulum & pedagogi)


program sarjana eksekutif, pusat kembangan pendidikan ukm

sesi 2006/2007

universiti kebangsaan malaysia


2007

pensyarah : dr. sharifah nor puteh


3

KANDUNGAN

kandungan muka surat

abstrak 1
pendahuluan 1
definisi 2
2.1 definasi kurikulum kebangsaan 2
3. proses penggubalan kurikulum prasekolah 4
4. akta pendidikan 4
5. perancangan penggubalan kurikulum prasekolah 5
6. rukun negara 6
7. falsafah pendidikan kebangsaan 7
8. matlamat 7
9. objektif 7
11. tujuan kurikulum 8
10. pemilihan isi atau kandungan 8
12. penerangan modul konseptual 9
13. peranan guru dalam penggubalan, pelaksanaan
dan kejayaan kurikulum 15
14. penutup 16
rujukan 17

analisis teori, falsafah dan model pembentukan kurikulum prasekolah


4

abstrak

kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai sejauh mana


keberkesanan kurikulum lama dan baru prasekolah. kajian ini juga merupakan
analisis daripada beberapa bahan yang sumbernya didapati daripada internet
yang melibatkan kajian tentang pendekatan yang digunakan dalam
pembentukan kurikulum prasekolah. dapatan kajian membuktikan
pembentukan kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika
kementerian dapat menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk
guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dituntut
oleh falsafah pendidikan negara (fpn). justeru itu kurikulum sekolah hendaklah
disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven
dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.
reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran
dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki. perancangan yang teliti dan tepat
sangat perlu bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi dan psikomotor supaya berlaku keseimbangan sewajarnya.

pendahuluan

kebelakangan ini, sistem pendidikan negara kita telah mengalami pelbagai perubahan. ini
adalah hasil daripada semakan semula kurikulum baru sekolah rendah (kbsr) dan kurikulum
bersepadu sekolah menengah (kbsm). tahukah anda pengertian kurikulum? ada penulis yang
menyamakan kurikulum dan sukatan pelajaran, kursus-kursus pengajian, mata pelajar mata
pelajaran dan jadual waktu. perancangan yang teliti dan tepat sangat perlu bagi menjamin
perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku
keseimbangan sewajarnya. justeru itu kurikulum sekolah hendaklah disusun dengan penuh
teliti dengan mengambil kira semua aspek yang releven dan proaktif supaya dapat melicinkan
proses pengajaran dan pembelajaran. kurikulum sekolah akan berjaya dan berfungsi
sepenuhnya jika dapat menjadi garis panduan guru melaksanakan pengajaran untuk
menghasilkan pembelajaran sebagaimana yang dituntut oleh falsafah pendidikan negara (fpn)

definisi
5

definasi kurikulum kebangsaan

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

akta pendidikan 1996


[peraturan-peraturan (kurikulum kebangsaan) pendidikan 1997]

‘kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan’


curriculum is a functioning instrument of education - tyler ( 1949 )

kurikulum adalah suatu pelan bagi pembelajaran’


curriculum is a plan for learning - taba (1962)

‘kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran’curriculum is a


particular form of specification about the practice of teaching - stenhouse ( 1975 )

kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan
dibimbing’
the planned and guided learning experiences and intended learning outcomes - tanner &
tanner ( 1975 )

kurikulum adalah suatu set keputusan umum tentang perkara yang akan diingat dan
bagaimana ianya akan diajar yang menentukan rangka di mana pengajaran dirancang dan
pembelajaran berlaku.’
the set of broad decisions about what to be taught and how it is to be taught, that determine
the general framework within, which lessons are planned and learning takes place. - erant
( 1975 )

‘kurikulum adalah suatu set hasrat tujuan formal pendidikan/latihan yang tersusun.’
a curriculum is an organised set of formal education and/or training intentions. - pratt
( 1980 )
6

‘kurikulum adalah suatu set pelan dan pengalaman yang salingkait untuk kewajipan
seseorang pelajar di bawah bimbingan di sekolah.’
an interrelated set of plans and experiences that a student undertakes under the guidance of
the school. - marsh & willis ( 1995 )

nicholls, s.h. clan nicholls, a. (1981), mentakrifkan kurilum sebagai semua peluang
pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-murid di sekolah.

elizabeth maccia dari universiti ohio, amerika syarikat mentakrifkan kurikulum sebagai suatu
rekabentuk kelompok pengalaman-pengalaman pendidikan bagi murid-murid di sekolah.

kerr j.k mentakrifkan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancangkan dan
dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara kelompok atau individu, di dalam
atau di luar sekolah.

hirst memberikan definisi kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancangkan. david warwick
mentakrifkan kurikulum itu sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang
bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada
serta juga keperluan-keperluan budaya semasa. beliau juga menerangkan bahawa terdapat
tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas, iaitu kurikulum formal atau ketara, kurikulum
ideal dan kurikulum terlindung.

jadi, dapat kita rumuskan bahawa kurikulum adalah merupakan suatu pengalaman
pembelajaran yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan (intended outcomes) yang
ditentukan” (the planned learning experiences for intended learning outcomes)

proses penggubalan kurikulum prasekolah

kurikulum prasekolah kebangsaan yang digubal berlandaskan rukun negara, falsafah


pendidikan kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. kurikulum prasekolah
kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan digunapakai oleh
7

semua tadika di seluruh negara. dokumen rujukan standard ini menetapkan parameter dan
kandungan pengajaran dan pembelajaran minimum yang perlu dilaksanakan oleh semua
tadika. peringkat umur antara 4 hingga 6 tahun adalah peringkat formatif dalam
perkembangan seseorang kanak-kanak. oleh itu, kurikulum ini digubal dengan tujuan untuk
memupuk potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan
kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral, pengukuhan dan
kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan untuk hidup bermasyarakat dan
menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. hasrat ini dapat dicapai dengan memberi
penekanan kepada pendekatan bermain sambil belajar yang fleksibel, tidak formal, selamat,
selesa dan menggembirakan. guru dan pengusaha tadika perlu merancang dan melaksanakan
aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku
berdisiplin. murid dibimbing untuk mempunyai kesedaran terhadap diri sendiri, keluarga,
alam sekitar dan negara supaya mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan
memberi sumbangan kepada pembangunan negara. kurikulum prasekolah kebangsaan ini
adalah hasil daripada pengemblengan tenaga dan kepakaran pelbagai pihak di kementerian
pembangunan luar bandar, kementerian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat,
kementerian pendidikan, institusi pengajian tinggi dan pengusaha tadika swasta.

akta pendidikan

akta pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi
pendidikan prasekolah . pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem
pendidikan kebangsaan. peruntukan akta ini memberi penekanan kepada pendidikan
prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun. perubahan dasar ini
menunjukkan kementerian pendidikan malaysia sentiasa menumpukan usaha untuk mengekal
dan mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. kurikulum prasekolah kebangsaan
digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah .
ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang
terdapat dalam pindaan akta pendidikan 1996 (pendidikan prasekolah) pendidikan awal
kanak-kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan dapat
memenuhi keperluan murid semasa. kurikulum prasekolah kebangsaan
merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal
iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral,
sosioemosi, fizikal dan kreativiti dan estetika. kurikulum prasekolah kebangsaan memberi
8

penekanan kepada komponen bahasa dan komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan
literasi murid dalam bahasa, kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta membina
keyakinan murid menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia. keberkesanan
pelaksanaan kurikulum ini bergantung kepada pelaksana yang benar-benar faham dan
menghayati serta mampu melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan. oleh itu,
kementerian pendidikan telah menyediakan huraian kurikulum prasekolah sebagai bahan
sokongan untuk membantu guru dan pengusaha tadika melaksanakan kurikulum itu dengan
berkesan.

perancangan penggubalan kurikulum prasekolah kebangsaan

pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan
kepada seseorang kanak-kanak. pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan
diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan
pendidikan sepanjang hayat. peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-
kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan
mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. bagi kanak-kanak
berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas
sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. program pendidikan prasekolah hendaklah
sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,
membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah
penyuburan potensi yang optimum. oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi
fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu.
pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan
ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta
memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. dengan ini adalah diharapkan program
pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai
keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu
mengubah diri. semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbangkan kepada
kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

perancangan dan penggubalan kurikulum prasekolah kebangsaan berlandaskan prinsip rukun


negara dan falsafah pendidikan kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan
9

negara. perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan
falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak
serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan
konsep e-pembelajaran. dokumen kurikulum prasekolah kebangsaan ini mengandungi model
konseptual kurikulum matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikuluk, komponen-
komponen kurikulum pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum
pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid. bagi menjelaskan perkara
di atas, terutama dari segi pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan, huraian kurikulum
prasekolah disediakan. kedua-dua dokumen perlu dirujuk bersama untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran prasekolah. kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum
bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah. walau
bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan
situasi. pelaksana juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak,
prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta
peka terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini. justeru, guru dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan
perkembangan murid (abp).

rukun negara

bahawasanya negara kita malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

maka kami, rakyat malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

kepercayaan kepada tuhan


kesetiaan kepada raja dan negara
10

keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan

falsafah pendidikan kebangsaan

pendidikan di malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

matlamat

pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
masuk ke sekolah rendah.

objektif
pendidikan prasekolah membolehkan murid:
mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik;
menggunakan bahasa melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa
untuk berkomunikasi;
menggunakan bahasa cina dan bahasa tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah
yang menggunakan bahasa pengantar bahasa cina dan bahasa tamil;
menggunakan bahasa inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai
bahasa kedua;
mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama islam.
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan
11

keselamatan yang baik; dan


mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan
budaya

tujuan kurikulum

setiap kurikulum mempunyai tujuan-tujuan tertentu, sama ada dinyatakan secara khusus atau
secara implisit dalam pemilihan dan susunan kandungan. tujuannya adalah berasaskan konsep
pendidikan yang ditentukan oleh pakar-pakar yang membentuk kurikulum itu. tujuan-tujuan
yang menekankan keperluan serta minat murid-murid akan mewujudkan organisasi yang
memusatkan aktiviti. semasa mengelolakan tujuan-tujuan kurikulum, empat prinsip berikut
seharusnya ditekankan.
tujuan-tujuan perlu selaras dengan tujuan-tujuan pendidikan kebangsaan.
tujuan-tujuan am sesuatu kurikulum perlu dinyatakan.
tujuan-tujuan khusus setiap mata pelajaran dan unit isi atau kandungan perlu jelas.
tujuan-tujuan seharusnya boleh diubah kepada tujuan-tujuan bagi setiap pelajaran atau
aktiviti.
biasanya hanya tujuan-tujuan am sesuatu kurikulum dan tujuan khusus setiap mata
pelajaran dan unit isi atau kandungan yang dinyatakan. tujuan-tujuan keselarasan dengan
tujuan pendidikan kebangsaan biasanya difikirkan oleh perancang pendidikan, manakala
tujuan lain adalah bergantung pada inisiatif guru.

p em i l i h a n i s i a t a u k a n d u n g a n
menurut smiths, stanley clan shores, pemilihan isi kurikulum perlu mematuhi empat prinsip,
iaitu kepentingan isi bagi satusatu bidang pengetahuan, nilai tinggalan, minat belajar, dan
sumbangan kepada pembentukan semula nilai sosial.

tyler pula mencadangkan lima prinsip lain. beliau berpendapat, sesuatu isi atau kandungan itu
sepatutnya mengandungi pengalaman-pengalaman yang menyediakan peluang-peluang
bagi murid-murid mengamalkan tingkah-tingkah laku yang diharapkan oleh tujuan-tujuan,
mencapai kepuasan hati, mempelajari pada aras kesukaran yang sesuai, mencapai berbagai-
bagai hasil bagi setiap pengalaman, clan mencleclahkan kepada pengalaman-pengalaman
yang sama jenis.
12

senarai prinsip itu menunjukkan isi kurikulum sepatutnya mengandungi pengalaman-


pengalaman pembelajaran yang di susun mengikut dua keperluan asasi. pertama, mengikut
keperluan-keperluan masyarakat yang menghendaki kanak-kanak mempelajari kemahiran
3m, iaitu membaca, menulis dan mengira, konsep-konsep asasi tentang aspek sosial, politik
dan ekonomi masyarakat dan teknik-teknik asas bagi penyertaan dalam kehidupan
bermasyarakat seperti perbincangan dan pemikiran kritikal dalam sistem demokrasi. kedua,
mengikut keperluan-keperluan perkembangan dan pembelajaran murid-murid yang
memerlukan isi atau kandungan itu disusun mengikut data psikologi dan pelajaran, supaya
selaras dengan peringkat kebolehan mereka.

penerangan modul kebangsaan konseptual kurikulum prasekolah

kurikulum prasekolah kebangsaan ini digubal berasaskan empat prinsip utama iaitu:
perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu memberi fokus kepada penyuburan
potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek
perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. individu yang seimbang dan
harmonis memiliki:
kepercayaan kepada tuhan
ilmu pengetahuan
kemahiran asas
akhlak mulia
emosi yang stabil
kesihatan dan kecergasan
13

model konseptual kurikulum

(abp = amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak)

pembelajaran yang menggembirakan memberi penekanan kepada minat dan bersemangat


untuk belajar. semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran
pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. suasana yang
kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan
14

yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.


pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid
secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran
dengan pengalaman kehidupan seharian. usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang
berkesan dan bermakna.
pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk pemerolehan dan
pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. pengalaman pendidikan prasekolah
yang menggembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar
dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. perkembangan murid akan dicapai
melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. komponen
tersebut adalah seperti berikut :
i. bahasa dan komunikasi;
ii. perkembangan kognitif;
iii. kerohanian dan moral;
iv. perkembangan sosioemosi;
v. perkembangan fizikal; dan
vi. kreativiti dan estetika.
penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa
penting dalam proses pembelajaran. penguasaan kemahiran bahasa diperolehi melalui
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. kecekapan berbahasa akan
membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea,
berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. pelaksanaan kurikulum adalah secara
bersepadu yang dirancang melalui amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid
(abp). amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid adalah satu pendekatan yang
menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. pendekatan kurikulum
berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) iaitu memberi penekanan
kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada
apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid itu. melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri
berikut:
i. kecekapan berbahasa dan berkomunikasi;
ii. kemahiran berfikir;
15

iii. berakhlak mulia dan beretika;


iv. berkeyakinan dan berdisiplin;

pendekatan pengajaran dan pembelajaran


16

BAHAGIAN-
CARTA ALIR BAHAGIAN LAIN
JAWATANKUASA KPM
PROSES PERANCANGAN  Bahagian Pendidikan
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN Guru
KURIKULUM  Bahagian Teknologi
Pendidikan
JAWATANKUASA  Bahagian
KURIKULUM Perancangan &
Input dari PUSAT Penyelidikan Dasar
Pendidikan
Bahagian KPM &
Institusi  Bahagian Sekolah
Pendidikan  Bahagian Buku Teks
PUSAT
PERKEMBANGAN  Jemaah Nazir
Sekolah
KURIKULUM
 Lembaga
Pendapat  Analisis Peperiksaan
orang ramai keperluan  Institut Aminuddin
Baki
 Perancangan
 Bahagian Kewangan
 Pembangunan&
Pengembangan  Bahagian
Pembangunan
Trend Dunia Organisasi dan
 Uji Rintis/
dan Perkhidmatan
Pelaksanaan
Dapatan Kajian
terhad  Jabatan Pendidikan
Teknikal
 Penyebaran &
 Jabatan Pendidikan
Pelaksanaan
Islam & Moral
Dasar / Arahan /  Penilaian &  Jabatan Pendidikan
Mandat Penyeliaan Negeri

PENILAIAN DAN MAKLUMBALAS

CARTA ALIR INPUT


PROSES
PENGGUBALAN
PERANCANGAN & PENYELIDIKAN
KURIKULUM
PEMBANGUNAN & PENGEMBANGAN

MESYUARAT JAWATANKUASA
KURIKULUM PUSAT

YA KEPUTUSAN TIDAK

UJI RINTIS / PELAKSANAAN


TERHAD

MESYUARAT JAWATANKUASA
KURIKULUM PUSAT

YA KEPUTUSAN TIDAK

PENYEBARAN/ PELAKSANAAN
17

FOKUS PROSES Menengah Atas


( Tingkatan 4 – 5 )

PENDIDIKAN
perkembangan bakat & minat,
perkembangan sahsiah, sikap dan nilai,
pengkhususan , kerjaya

PERSEKOLAHAN
dan pendidikan tinggi

Menengah Rendah
( Tingkatan 1 – 3 )

)
pendidikan umum, peningkatan kemahiran yang
N diperolehi semasa di sekolah rendah, pra vokasional,
HU
perkembangan bakat & minat, perkembangan
TA

sahsiah, sikap dan nilai


1
(1

Tahap ll Rendah Kelas Peralihan


( Tahun 4 – 6) pengukuhan dan
pengukuhan dan aplikasi kemahiran 3M, penguasaan
kemahiran yang lebih kompleks, Bahasa Melayu
pemerolehan pengetahuan, pra
vokasional, perkembangan sahsiah, sikap
dan nilai

Tahap l Rendah
( Tahun 1 – 3 )
penguasaan 3M, perkembangan
sahsiah, sikap dan nilai

Prasekolah
proses sosialisasi, perkembangan
sahsiah, persediaan ke sekolah rendah

PRINSIP-PRINSIP
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
-KBSR -

Pendidikan Yang Sama Perkembangan Individu


Untuk Semua Murid Secara Menyeluruh

PRINSIP
KBSR

Pendidikan Seumur Hidup Pendekatan Bersepadu


18

peranan guru dalam penggubalan, perlaksanaan dan kejayaan


kurikulum

berjaya atau tidak satu-satu kurikulum adalah bergantung pada peranan seseorang guru dalam
melaksanakannya. guru yang memahami falsafah, matlamat, objektif serta rasional pemben-
tukan satu-satu kurikulum akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk
menjamin kejayaannya. oleh itu, sumbangan guru dengan pelbagai bentuk dalam
pembentukan kurikulum amatlah digalakkan.

peranan guru dalam penggubalan, perlaksanaan dan kejayaan satu-satu kurikulum boleh
dilakukan di pusat perkembangan kurikulum, kuala lumpur atau di daerah-daerah di setiap
negeri. usaha kementerian pendidikan untuk memusatkan aktiviti penggubalan di kuala
lumpur disebut sentralisasi. kadangkala, setengah-setengah pejabat pendidikan daerah telah
diberi kuasa oleh pentadbiran pusat untuk menjalankan setengah-setengah aktiviti.
pemberian kuasa seperti ini disebut desentralisasi. guru memainkan peranan dalam
penggubalan, perlaksanaan dan kejayaan kurikulum di peringkat pusat dan di peringkat
daerah.

dalam penggubalan satu-satu kurikulum baru, guru-guru terutamanya guru mata pelajaran
kanan dipelawa untuk memberi pandangan dalam satu panitia di peringkat sekolah atau
di peringkat pejabat pendidikan daerah. sumbangan atau peranan guru tersebut tergolong
dalam kategori desentralisasi. kemudiannya, guru yang sama mungkin dijemput memberi
pandangan atau pendapat di peringkat pusat dalam usaha penggubalan kurikulum. usaha
seperti ini adalah dalam kategori sentralisasi.

selain daripada penggubalan, guru juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan
satu-satu kurikulum di sekolah. dalam usaha ini, guru perlu menentukan bahan-bahan, penge-
tahuan serta kemahiran-kemahiran yang diperlukan. di samping itu, guru juga perlu
membuat perancangan tentang strategi perlaksanaan yang hendak digunakan bagi menjamin
kejayaan sesuatu kurikulum. selain daripada strategi, guru perlu memikirkan bahan-bahan
pengajaran-pembelajaran, teknik dan aktiviti-aktiviti sokongan yang seharusnya digunakan
agar kejayaan kurikulum itu terjamin. segala usaha pelaksanaan kurikulum di sekolah sekali
lagi merupakan satu usaha dalam kategori desentralisasi.
19

penutup

kurikulum adalah ilmu teras dalam bidang pendidikan. ia penting dalam mencorak
masyarakat akan datang. oleh itu, kebanyakan negara maju berusaha membangunkan
kurikulum sejajar dengan keperluan dan matlamat pembangunan negaranya. penekanan
utama adalah kemahiran asas 3m iaitu membaca ,menulis dan mengira. berjaya atau tidak
satu-satu kurikulum adalah bergantung pada peranan seseorang guru dalam melaksanakanya.
guru yang memahami falsafah, matlamat, objektif serta rasional pembentukan satu-satu
kurikulum akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjamin kejayaannya.
oleh itu, sumbangan guru dengan pelbagai bentuk dalam pembentukan kurikulum amatlah
digalakkan. walaupun kurikulum prasekolah yang menjadi teras dalam analisis ini, namum
kurikulum yang lain perlu juga dihuraikan secara ringkas untuk mendapatkan gambaran yang
lebih jelas terutama tentang sejarah pembentukan sesuatu kurikulum itu dari dahulu sehingga
sekarang. pada tahun 1982 kbsr mulai diperkenalkan. kbsm pula diperkenalkan pada tahun
1988. pada hari ini pelan induk pendidikan 2006-2010 adalah dianggap sebagai kemuncak
untuk memperkasakan semua kurikulum dalam system pendidikan negara. aspek yang
tekandung dalam kemahiran asas ialah 3m ialah kemahiran pertuturan, pendengaran,
pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi. penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh
melalui semua mata pelajaran.
20

rujukan

kurikulum dan pedagogi , prof. t. subahan mohd meerah, prof. madya datin dr. zahara aziz
(ukm) 2007

panduan kurikulum prasekolah rohani abdullah, nani menon, mohd sharani ahmad, pts
publications & distributors sdn bhd(2003)

pn hjh salimah bt mohammad ali (upsi) perspektif kajian-kajian rentas terhadap proses dan
kesan pelaksanaan kurikulum prasekolah.(2003)

http://72.14.235.104/search?q=cache:yidrpwemco8j:www.moe.gov.my/pusat_jab_pdf/2007/s
p_prasekolah.pdf+kurikulum+prasekolah&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra_sek.htm

www.kemas.gov.my/aktiviti/tabika.htm

http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=lihat_prosedur&bhs=en&id=31&info=edu
praskolah

http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksriaman/index.cfm?h=page&a=pra

http://www.usm.my/beru/tadikapage.htm

http://www.e-learning2u.com/index.html

www.jpnns.gov.my/ukbsr/taklimat%20kbsr.ppt

Anda mungkin juga menyukai