Kertas Cadangan Kidania (Sekolah)
Kertas Cadangan Kidania (Sekolah)
SESI 2023/2024
SK PULAU INDAH
PULAU INDAH, 42920 KLANG, SELANGOR
1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Guru Besar untuk menimbang dan
bersetuju :
a. mengadakan dan melaksanakan : LAWATAN EKSPLORASI KERJAYA KE
KIDZANIA, KUALA LUMPUR
b. dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 650.00
2. LATAR BELAKANG
Merujuk kepada mesyuarat induk Kokurikulum 1/2023 yang telah dijalankan pada
16 Mac 2023 telah memutuskan untuk melaksanakan aktiviti LAWATAN EKSPLORASI
KERJAYA KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR. Cik Auni Maisarah Binti Abd Manaf telah
dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras di bawah Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan Kerjasama Kelab Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Sekolah
untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan murid-murid kepada kepelbagain bentuk kerjaya yang
boleh diceburi
3.2 Meningkatkan perkembangan kognitif murid-murid berkaitan
pengetahuan kerjaya melalui kaedah bermain sambil belajar
3.3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai gambaran alam
pekerjaan sebenar
3.4 Murid sedar akan pentingnya pendidikan sebelum memasuki alam
kerjaya
3.5 Mendidik sikap kerjasama dan toleransi sepanjang eksplorasi
4. ASAS PERTIMBANGAN
4.1 Dengan terlaksananya program ini, adalah diharapkan murid-murid sekolah
akan terlibat secara langsung dalam pembangunan insaniah dan
pembentukan keyakinan diri sejak kecil, melalui pengalaman sebenar
daripada pelbagai aktiviti kerjaya di Kidzania. Hal ini supaya, murid-murid
dapat belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita. Sekaligus,
membolehkan murid-murid bersosial, saling berkomunikasi dan bekerjasama
antara satu sama lain dalam meneroka ilmu baharu.
5 KUMPULAN SASARAN
5.1 Murid Tahun 3,4, 5, dan 6
6 TENTATIF PROGRAM
6.1 Tarikh : 04 Oktober 2023 (Rabu)
6.2 Tempat : Kidzania, Kuala Lumpur
6.3 Pengisian program ini seperti berikut :
(Rujuk Lampiran 1)
7 IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan LAWATAN EKSPLORASI KERJAYA
KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR berjumlah RM 650.00
b. Sumber kewangan :
i. PCG Kaunseling – RM650.00
Rujuk Lampiran 2 (Pendapatan dan Perbelanjaan)
8 JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk lampiran 3
9 STRATEGI PELAKSANAAN
a. Mesyuarat Penyelarasan Program
i. Diadakan berdasarkan ketetapan takwim.
ii. Akan dikendalikan oleh Penyelaras program dan dikelolakan oleh
Cik Auni Maisarah Binti Abd Manaf
iii. Kumpulan sasaran : Murid tahun 3, 4, 5 dan 6
10 KAEDAH PEMANTAUAN
a. Pelaporan Jawatankuasa
11 PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan dan menyertai LAWATAN EKSPLORASI
KERJAYA KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR dikemukakan untuk pertimbangan dan
kelulusan.
AUNI MAISARAH BINTI ABD MANAF TN. HJ. MOHD AMIRUL HAKIM BIN
Penyelaras Lawatan Eksplorasi Kerjaya ABDULLAH
Ke Kidzania, Kuala Lumpur Penolong Kanan HEM
SK Pulau Indah SK Pulau Indah
07 September 2023 07 September 2023
Lampiran 2
RM 650.00
Lampiran 3
JAWATANKUASA INDUK
JAWATANKUASA PELAKSANA
MASA AKTIVITI
Atau
Ulasan :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
……………………………………………
PN WAN SALIZA BINTI WAN SALLEH
Guru Besar
SK Pulau Indah
LAWATAN EKSPLORASI KERJAYA KE KIDZANIA, KUALA LUMPUR SESI
2023/2024
Guru Pengiring :
Encik Mohd Ekhsan Bin Sallahudin
Encik Mohamad Fadli Fadhan Bin Hassan
Encik Muhammad Munir Bin Md Isa@Ishak
Puan Haslinda Binti Musripan
Cik Auni Maisarah Binti Abd Manaf
Cik Faidatul Syahira Binti Sabarudin
Guru Pengiring :
Encik Eddy Azrol Bin Mansor
Encik Muhammad Azril Bin Abu Bakar
Encik Fadli Bin Muhammad
Puan Farkha Binti Mohd Tahir
Puan Zahrina Binti Sudin
Puan Azlina Binti Jantan