Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS APRESIASI AKADEMIK SEMESTER 2 – 2023 MRSM BAGAN DATUK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Pengerusi Majlis.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjemput saya
untuk merasmikan Majlis Apresiasi Akademik Semester 2, bagi tahun 2023 ini. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan program ini
sebagai suatu program tahunan demi meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan
kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, mahupun kokurikulum.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5
yang telah berjaya mendapat pengiktirafan atas kecemerlangan pencapaian akademik dan pelajar
SPM 2022 yang cemerlng dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Hadirin yang diraikan,

Mutakhir ini, kita mendapati bahawa dunia pendidikan semakin mencabar. Para pelajar
bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan saranan pihak
kerajaan, iaitu untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Bagi
memudahkan para pelajar beradaptasi dalam era serba pantas ini. Oleh itu, pelajar seharusnya
mahir dalam tiga aspek utama iaitu kebolehan bekerja dalam pasukan (teamwork), keupayaan
membuat keputusan (decision-making) dan kemahiran menyelesaikan masalah (problem-
solving). Kebolehan berkomunikasi juga amat penting sebagai kunci untuk meyakinkan dan
menggerakkan individu dalam organisasi supaya sasaran yang telah ditetapkan dapat
direalisasikan. Saya percaya anda semua di sini sebolehnya ingin menjadi aset yang bernilau
walau di mana-mana anda berada. Oleh itu, bermula dari sekarang anda perlulah mengasuh diri
supaya memiliki kesabaran yang tinggi. Sifat sabar itu merupakan antara salah satu kunci untuk
menyelesaikan sebarang masalah yang melanda. Melalui liku perjalanan menuntut ilmu itu juga
memerlukan kesabaran untuk anda semua berjaya mengharunginya. Maka, belajarlah untuk
bersabar.

Para hadirin yang dikasihi,

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan serius kerana sesungguhnya
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan adalah begitu mustahak sebagai
platform untuk meneruskan hasrat menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Saya percaya
bahawa ibu bapa anda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap anda dan sentiasa mendoakan
kejayaan anakanda mereka. Para guru yang begitu setia membimbing anda sejak dari awal lagi
pastinya turut sama mendokong dan memberi sokongan demi melihat kejayaan anak didik
mereka. Jadikanlah ibu, bapa dan guru-guru anda insan yang paling bahagia saat anda menerima
keputusan peperiksaan yang membanggakan kelak. Pada kesempatan ini, saya ingin melantarkan
cabaran kepada pelajar agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan
yang lebih gemilang.

Sesungguhnya penganjuran program ini merupakan suatu inisiatif yang baik untuk
memotivasikan para pelajar di sekolah ini. Akhir kata, Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Apresiasi Akademik 2023 MRSM Bagan Datuk.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai