Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN MERDEKA

15/09/2023
JUMAAT
DEWAN SERI PUTERI, CSD

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirrabil alamani wassola


PEMBUKA
tuwassalamu ala ashrafl ambiya iwalmursalin wa ala alihi
MAJLIS
wasahbihi ajmain

Ulik Mayang nyanyian asli


Dilagu Si Gadis merdu sekali;
Terima kasih sekalung budi,
Sudi dating ke majlis ini.

1. Yang Berusaha, Puan Kalsom Binti Jab, Guru Besar SK


Convent Sentul 2

2. Yang Dihormati,
● Puan Kalsom Binti Mohamed, Penolong Kanan Pentadbiran

● Puan Ratnawati Binti Mohd Nordin, Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid,
● Barisan guru
● Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
● dan seterusnya murid-murid yang dikasihi

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan SELAMAT DATANG


KE MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN KE-
66 DAN HARI MALAYSIA KE-60 BAGI TAHUN 2023
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
izinNYA dapat juga kita berkumpul di Dewan Seri Puteri ini.
Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.
MAKLUMAN
Warga dewan yang dikasihi,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan supaya semua guru


dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring,
memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

Dengan tema, ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi


Harapan’ secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan
sambutan kemerdekaan ke-66 sekaligus menjadi lambang
kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan
harmoni dan muhibbah.

Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa


mengira bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.
BACAAN DOA Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Sebelum majlis beranjak jauh, majlis menjemput dan


mempersilakan Encik Mohd Nasrul Hafdzh untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

--------------------------------- DOA—----------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd


Nasrul Hafdzh atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi.

UCAPAN Pergi ke kota beli selasih,


ALUAN Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
PENYELARAS Sulamkan mesra satukan jiwa

Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan Encik


Marianshah Bin Sarudin, Penyelaras Pelancaran Program
Bulan Kemerdekaan ke-66 Tahun untuk menyampaikan
ucapan aluan. Dipersilakan.

-------------------------------------UCAPAN—-----------------------------

Terima kasih Encik Marianshah, atas ucapan itu sebentar


tadi.
UCAPAN
Hadiri yang dimuliakan,
PERASMI Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih,
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Puan Kalsom Binti Jab, Guru Besar CSD, untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Pelancaran Program Bulan Kemerdekaan ke-66 Tahun
Peringkat SK Convent Sentul 2. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

-------------------------------------- UCAPAN-----------------------------

Terima kasih Yang Berusaha, Puan Kalsom Binti Jab, Guru


Besar CSD, atas ucapan itu sebentar tadi.

GIMIK Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Puan


PERASMIAN Kalsom Binti Jab , Guru Besar CSD . Seterusnya, majlis sekali
lagi menjemput Yang Berusaha, Puan Kalsom Binti Jab, Guru
Besar CSD untuk bersama-sama di atas pentas bagi
menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan,

--------------------------- GIMIK PERASMIAN-----------------------------

Begitulah tadi, sesi _______________________ sebagai gimik


perasmian Majlis Pelancaran Program Bulan Kemerdekaan
ke-66 Tahun Peringkat SK Convent Sentul 2. Terima kasih
diucapkan kepada Yang Berusaha, Puan Kalsom atas
penyempurnaan gimik perasmian itu sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Warga dewan yang dikasihi,
SILAT
Tak tumbuh tak melata,
Akar kayu selalu dicari,
Pencak silat budaya kita,
Amalkan selalu pertahankan diri
Berkobar-kobar semangat merdeka, menyala-nyala semangat
perjuangan, oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan
Persembahan Seni Silat yang akan dipersembahkan oleh pesilat-
pesilat CSD. Dipersilakan

—----------------------------------SILAT—-----------------------------------

Alunan serunai yang mengiringi persembahan sungguh


menyemarakkan semangat perjuangan dalam diri setiap warga
Malaysia yang mendengarnya. Terima kasih diucapkan kepada
adik:

● Aerihanna
● Aerischa
● Aina
● Dan Sharifah Qaseh.
PERSEMBAHAN
Hadirin sekalian,
UKULELE Bagi merancakkan keriangan dan menghangatkan suasana,
marilah sama-sama kita saksikan persembahan ukulele
daripada CSD UKULELE GROUP atau dikenali sebagai
CSDUG di bawah pimpinan Cikgu Mohamad Nasrul Hafdzh.
Dengan lagu “STANDING IN THE EYES OF THE WORLD”, saya
mempersilakan CSDUG!

------------------------------- TARIAN—-----------------------------------

Begitulah tadi persembahan ukulele daripada CSDUG. Buat


pengetahuan hadirin, persembahan itu tadi adalah
melibatkan murid 3 Iris dan adik Rayhanna sebagai penyanyi
utama.

NYANYIAN 3 Hadirin yang dihormati,


BUAH LAGU
Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu
MERDEKA
patriotik iaitu:
Lagu Tema ● Lagu Tema Kebangsaan 2023
Kebangsaan
2023 ● Jalur Gemilang
Jalur Gemilang Hadirin dipersilakan berdiri.
Keranamu —--------------------------NYANYIAN 2 LAGU —-------------------------
Malaysi

Baiklah, hadirin dipersilakan… EH NAK LAGI KE?

Okay baiklah, kita teruskan majlis dengan satu lagi nyanyian


lagu patriotik. Kalini boleh semua nyanyi dengan penuh
semangat yang berkobar-kobar? Boleh tak boleh?
Baiklah, jom sama-sama kita nyanyikan Lagu Keranamu
Malaysia…
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu
patriotik yang penuh semangat daripada para guru dan
murid.

Hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PENUTUP Majlis sekali lagi mempersilakan Encik Marianshah Bin
PENYELARAS Sarudin, Penyelaras Program Pelancaran Bulan
Kemerdekaan untuk memberikan ucapan penutup.
Dipersilakan

—------------------------------UCAPAN PENUTUP—------------------

Terima kasih Encik Marianshah.

Seterusnya, untuk makluman murid-murid yang dikasihi,


MAKLUMAN simbolik majlis kita pada harini juga menandakan terdapat
PERTANDINGAN pelbagai aktiviti dan pertandingan yang bakal
dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Aktiviti-aktiviti ini nanti akan dikelolakan oleh guru subjek masing-


masing berdasarkan masa dan hari yang akan ditetapkan oleh
pihak guru. Pihak sekolah berharap murid-murid dapat terlibat
aktif, sentiasa hadir ke sekolah dan menyokong aktiviti yang
dijalankan sepenuhnya.

BOLEH?

BOLEH!!!!!!!
Baiklah, warga dewan yang dikasihi,

Inilah yang dikatakan,


umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama
berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan
telah sampai di destinasi

Malis Pelancaran Program Bulan Kemerdekaan ke-66 Tahun


berakhir di sini. Saya, Cikgu Fatihah, mewakili pihak urusetia
mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan sokongan
para guru, jawatankuasa PIBG dan murid-murid yang hadir
pada hari ini. Semoga kita bersua lagi pada masa yang akan
datang.

UCAPAN
PENUTUP Dengan ini, saya tutup majlis kita pada hari ini dengan
Tasbih Kafarah dan Suratul Asr.

Anda mungkin juga menyukai