BM F6 PPT 2023
BM F6 PPT 2023
(30 Markah)
Terdapat tiga puluh soalan dalam kertas ini.Tiap - tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.
Jawab semua soalan.
Soalan-soalan 1 hingga 5 berdasarkan petikan di bawah ini.
Krisis ekonomi ekoran peningkatan mendadak harga minyak mentah di pasaran dunia
membelenggu negara kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat ( AS ). Kejatuhan beberapa
institusi pembiayaan utama pasaran kredit AS, di samping tekanan daripada beberapa
bahagian lain dalam sektor kewangan, membawa ekonomi AS menyamai kemelut yang pernah
dialaminya pada tahun 1929.
Keruntuhan sistem ekonomi kapitalisme AS telah mendorong seluruh dunia ketika ini
mencari sistem ekonomi baharu yang lebih sistematik, kompetitif, adil, terjamin, serta
berasaskan pasaran yang nyata.Kebergantungan pada mata wang tunggal dalam urusan
perdagangan antarabangsa seperti dolar AS juga memperlihatkan bukti yang jelas bahawa
krisis ekonomi merebak dengan mudah ke seluruh dunia meskipun tidak dicetuskan oleh faktor
domestik.
Pakar ekonomi dunia ketika ini lebih teruja mengkaji dan mengimplementasikan sistem
kewangan Islam yang berasaskan syariah yang kekal kukuh di sebalik kerugian berjumlah AS$
400 bilion ( RM 1400 bilion ) sektor kredit perbankan konvensional. Malah, Bank Pembangunan
Asia ( ADB ) juga pernah menyebut, aset kewangan Islam mencatat pertumbuhan tahunan
sekitar 10 -15 peratus atau lebih tinggi berikutan perkembangan pesat industri kewangan Islam
yang menarik perusahaan dari luar negara Islam.
Turut dicadangkan untuk mengatasi krisis kewangan global sekarang ialah penggunaan
emas sebagai perantara urus niaga yang juga menepati sistem kewangan Islam yang
bersandarkan kepada dua jenis logam iaitu emas dan perak.Penggunaan emas diyakini mampu
mengimbangi masalah yang sering dihadapi dalam urus niaga yang terkesan apabila nilai mata
wang yang digunakan mengalami kejatuhan.
1
1 Apakah yang dimaksudkan “subprima”?
A Bentuk pelaburan dalam bursa saham, bon, pasaran wang dan nota janji B Bentuk
pinjaman pembelian rumah oleh peminjam yang tidak layak
B pasaran wang
C hartanah
D bon
3 Negara manakah yang menerima impak buruk ketidakstabilan ekonomi Amerika Syarikat
( AS )?
A Negara-negara yang miskin di Afrika dan Asia
B Negara-negara Eropah yang bergantung kepada perindustrian
4 Apakah tindakan negara Malaysia untuk tidak kebergantungan pada mata wang AS?
A Menggunakan pelbagai mata wang terutama menggunakan mata wang Yen dan Euro
B Mengenakan syarat perdagangan yang ketat kepada negara-negara luar supaya tidak
menggunakan mata wang AS
2
5 Mengapakah dikatakan penggunaan mata wang emas dan perak lebih baik daripada
menggunakan mata wang biasa?
B kerana wang perak dan emas tidak mudah luntur dan mudah digunakan
C kerana banyak negara yang menggunakan mata wang perak dan emas
D kerana bahan logam ini mudah diperoleh
3
6 X dalam carta alir merujuk kepada
A keluarga
B kepercayaan
C sosioekonomi
D gaya hidup
A Model keusahawanan
4
10 Peribahasa berikut dapat mendorong seseorang menjadi usahawan yang
berjaya kecuali
11. Bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa ilmu dengan penerimaan
A. bahasa Jawa
B. bahasa Sanskrit
C. bahasa Arab
D. bahasa lnggeris
A kerana mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa kuno
B kerana bahasa Melayu kuno merupakan bahasa utama di Asia Tenggara
C kerana bahasa Melayu kuno mempunyai sistem tulisan yang sama dengan tulisan
Palava
D kerana bahasa Melayu kuno digunakan oleh golongan istana pada zaman kerajaan
Sriwijaya
5
13 Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik
I Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit
II Digunakan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu
III Bahasa Melayu klasik berkembang antara abad ke-7 hingga ke-13
IV Tulisan jawi merupakan sistem tulisan yang terpenting pada zaman bahasa Melayu
klasik
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan
IV
15 Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara bahasa Melayu moden dengan
bahasa Melayu klasik?
III Bahasa Melayu moden hanya menerima pengaruh bahasa Arab dan Inggeris, manakala
bahasa Melayu klasik dipengaruhi bahasa Sanskrit
IV Bahasa Melayu moden banyak menggunakan ayat pasif, manakala bahasa Melayu
klasik banyak menggunakan ayat aktif
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
6
16 Apakah kesan pengekodan tatabahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka ( DBP )?
A Aktiviti DBP seperti Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa dilaksanakan setiap tahun
B Sistem ejaan yang digunakan mengikut bahasa Za’aba telah ditukarkan kepada sistem
ejaan baru
C Bidang morfologi dan sintaksis berkembang pesat serta bertambahnya kosa kata,
pengimbuhan, dan struktur kata
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
III Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi, ayat gramatis,dan
tatabahasa
IV Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan menggunakan ragam bahasa
bebas
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan
IV
7
19
A Undangundang
B media massa
C ekonomi
D biasa
20
Pak Ali ada menjual durian, manggis, rambutan, buah mata
kucing, dan langsat.Buah-buahan itu dibeli dari kampung
berhampiran secara borong.
A sinonim
B hiponim
C kolokasi
D pengulangan
8
22
A pemujukan
B penerangan
C pemerian
D pendedahan
A Rumah Encik Muthu yang berharga sejuta ringgit merupakan rumah yang paling besar
sekali di daerah itu
B Suara penyanyi veteran itu sangat merdu sekali apabila mendendangkan lagu
keroncong
9
25
• Letupan dua bibir tidak bersuara
• Vokal depan luas
• Geseran gigi-gusi
• Vokal belakang sempit
A baku
B pasu
C batu
D catu
27
A Kata penguat
B Kata adjektif
C Kata pembenar
D Kata pembenda
10
28. Berdasarkan jadual berikut, yang manakah padanan frasa adjektif dengan fungsinya yang betul.
11
KERTAS 2
BAHAGIAN A
(40 Markah)
Tulis sebuah karangan berdasarkan salah satu daripada tajuk-tajuk berikut.Panjang karangan
anda hendaklah tidak kurang daripada 500 patah kata.
1. Kebelakangan ini, produk tiruan semakin banyak dijual di negara kita dan hal ini membimbangkan
semua pihak. Apakah punca keadaan tersebut berlaku dan jelaskan kesan yang akan dialami oleh orang
ramai dan negara kita?
2. Dalam menempuh kehidupan yang penuh mencabar ini, kesihatan mental individu mudah terganggu.
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan mental.
3. Terdapat berbagai-bagai jenis permainan tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun di negara ini.
Namun demikian permainan tradisional ini semakin dilupakan, terutamanya dalam kalangan generasi
muda. Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar diambil untuk mempopularkan permainan
tradisional di negara ini?
4. Kejadian jenayah di negara ini, khususnya di kawasan yang berisiko tinggi dari segi kekerapan
berlakunya jenayah masih membimbangkan. Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan
tahap keselamatan awam di negara ini.
5. Kemiskinan hidup bukanlah satu alasan untuk seseorang itu tidak berjaya dalam kehidupan. Tulis
sebuah cerpen berdasarkan pernyataan di atas.
12
BAHAGIAN B
RUMUSAN
(15 Markah)
Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkaskan
tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak
lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 hingga 180 patah perkataan. Jumlah
perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.
Dahulu,sampah sarap dibuang di dalam tong sampah atau di merata-rata tempat dan dianggap
tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada manusia. Kini dengan adanya kemajuan sains dan
teknologi,sampah sarap masih boleh digunakan kerana bahan tersebut dapat dikitar semula. Proses ini
melibatkan proses mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang terbuang.
Walaupun begitu,bahan-bahan yang tertentu sahaja dapat dikitar semula. Antaranya surat khabar lama,
majalah lama, botol, kaca, aluminium dan plastik. Bahan-bahan yang terbuang ini merupakan punca
berlakunya pencemaran alam sekitar.
Berbagai-bagai bentuk kempen telah dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada kempen secara
bergerak di seluruh negara atau melalui iklan-iklan di televisyen, akhbar dan majalah. Kempen ini
diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya kitar semula. Melalui
program kempen secara intensif, masyarakat kini mula memperlihatkan tanda positif tentang usaha yang
dijalankan itu. Orang ramai mula peka akan kepentingan kitar semula ini walaupun terpaksa memakan
masa yang agak lama untuk membina sikap yang positif terhadap perkara tersebut.
Sampah merupakan bahan yang berharga dan bernilai selain bahan-bahan yang kita buang
setiap hari. Bahan bernilai yang kita buang ini jika dikitar semula akan lebih meningkatkan lagi nilainya
dengan penghasilan barangan baharu yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Langkah ini juga
secara tidak langsung akan mengurangkan pengimportan bahan-bahan kitar semula dari luar negara,
khususnya dari negara Australia, Amerika Utara dan Singapura. Pengurangan import tersebut juga sekali
gus mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.
Warganegara yang bertanggungjawab harus mengambil tahu tentang kepentingan penjagaan
kebersihan alam sekitar. Mereka juga seharusnya menyedari bahawa pembuangan sampah-sarap yang
sewenang-wenangnya akan mencemarkan dan mengotorkan alam sekitar yang seterusnya memberikan
gambaran buruk kepada pelancong asing yang melawat ke negara kita. Dengan situasi yang demikian,
industri pelancongan di negara kita ini akan terjejas dan negara kita akan hilang sumber pendapatan.
Dari aspek lain pula,program kitar semula dapat menjimatkan kos penyelenggaraan yang meliputi
kos kawasan pelupusan sampah, kerja-kerja pengutipan sampah dan mengurangkan kos pertambahan
lori sampah. Kos tersebut penting untuk dimanfaatkan kepada aktiviti yang lain untuk kepentingan orang
ramai. Melalui program kitar semula juga,masalah kekurangan ruang dapat diatasi. Hal ini demikian
kerana program ini dapat menyelamatkan ruang pelupusan sampah dan kawasan berkenaan boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan. Kitar semula kertas dapat mengurangkan bilangan pokok yang
ditebang.Sebelum ini kita perlu menebang sebanyak 17 batang pokok untuk menghasilkan satu tan
kertas. Bayangkan kalau proses penebangan untuk pembuatan kertas berterusan selama-lamanya.
Kepentingan hutan hendaklah difahami. Kita seharusnya memelihara hutan untuk tatapan
generasi masa akan datang. Selain itu, hutan merupakan salah satu sumber yang istimewa dan
merupakan pembekal oksigen kepada manusia dan semua makhluk yang hidup di muka bumi ini.
Sampah ialah bahan yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai dan mencacatkan persekitaran.
Kawasan yang bersih akan menjadi kotor. Jika sampah dibiarkan begitu sahaja dan dikumpulkan
sebelum dilupuskan, tempat tersebut akan menarik minat haiwan pembawa kuman dan penyakit,
terutama burung gagak dan tikus.Oleh sebab itu, melalui program kitar semula kita dapat mengelakkan
pengumpulan sampah dan bawaan penyakit dan sekali gus dapat mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar.
Soalan Satu
Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan
bentuk dialog ke dalam cakap pindah
14
Soalan Dua
Alih bentuk bahasa syair di bawah kepada bentuk prosa biasa.
15