Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18

JALAN CUCUR 18/13 SHAH ALAM,


40200 SHAH ALAM,
SELANGOR

UJIAN BULAN APRIL 2022

NAMA: _____________________________________________________________
KELAS: ___________________________

BAHASA MELAYU
TAHUN 4

1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 20 soalan sahaja. Jawab semua soalan.


2. Bulatkan jawapan yang hendak dipilih
3. Jika hendak menukar jawapan, padamkan bulatan jawapan yang salah
dengan bersih dan bulatkan jawapan yang betul.
4. Serahkan kertas ujian pada guru bertugas setelah tamat waktu menjawab.
ARAHAN: Bulatkan jawapan yang betul. Pastikan anda menjawab semua soalan.

1. _____________ rokok dijumpai di hadapan rumah Zulaikha.

A. Sebuah

B. Sebuku

C. Sepuntung

D. Sebiji

2. Mak Senah menyediakan ________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.

A. lauk-pauk

B. kuih-muih

C. sayur-mayur

D. buah-buahan

3. Rozana mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan, ketika pulang ke
rumah, Rozana melihat buku kesukaannya dikoyakkan oleh adik. Keadaan Rozana boleh
diumpamakan:

A. Sudah jatuh ditimpa tangga

B. Bagai aur dengan tebing

C. Bagai lembu dicucuk hidung

D. Bala lalu dibawa singgah

4. Zaibidin berjaya menjawab kesemua soalan teka-teki Matematik dengan tepat.

Pilih perkataan sinonim yang sesuai digunakan bagi perkataan bergaris.

A. benar

B. sah

C. betul

D. sahih
5. “______________ masukkan sisa makanan dalam tong sampah.” Perintah Cikgu Alya kepada
murid-murid.

A. Jangan

B. Harap

C. Tolong

D. Usah

6. Pertikaian _____________ Zura dan Mira telah diselesaikan secara baik ________ Cikgu Aishah.

A. dengan ………. kepada

B. antara ………………dengan

C. akan …………… tentang

D. antara ………………. akan

7. Berikut bukan merupakan kata majmuk mantap, kecuali

i. Olahraga

ii. Bumiputera

iii. Warganegara

iv. Buah tangan

A. i, ii, dan iii

B. ii, iii, dan iv

C. i, ii, dan iv

D. Semua di atas

8. Lavanya memiliki _____________ baju kurung yang cantik walaupun dia bukan berbangsa Melayu.

Pilih kata bilangan yang sesuai bagi tempat kosong di atas.

i. semua

ii. banyak
iii. setiap

iv. berbagai-bagai

A. i dan ii

B. i, ii, dan iii

C. ii dan iv

D. ii, iii, dan iv

9.

Kakak mencuba __________ yang baru dibeli oleh ibu.

A. subang

B. kerongsang

C. gelang

D. cincin

10. Tunku Abdul Rahman merupakan __________ dan dikenali dengan gelaran _________.

i. Perdana Menteri pertama Malaysia

ii. Bapa Kemerdekaan

iii. Perdana Menteri kedua Malaysia

iv. Bapa Perpaduan

A. i dan i

B. ii dan i

C. iii dan iv

D. i dan iii

11. Berikut bukan merupakan kata hubung, kecuali


i. sambil

ii. telah

iii. akan

iv. lalu

A. i dan iii

B. i, dan ii

C. ii, dan iii

D. i, dan iv

12. Azizah _______________ lemang dan _____________ oleh adiknya, Aiman.

A. memasak ………………. ditolong

B. membakar ……………….. membantu

C. membakar ………………….. dibantu

D. menanak ……………….. menolong

13. Adam memiliki kaki yang _____________ manakala adiknya, Aiman memiliki kaki yang
________________.

A. tinggi ……. pendek

B. panjang ……. pendek

C. besar ……… halus

D. tebal ………. nipis

14. Rashdan _____________ membantu ibu memasak tetapi dia ____________ orang yang malas.

A. bukan ………….. tidak

B. tidak …………… bukan

C. bukan ……………. bukan

D. tidak ……………….. tidak


15. Rumah Aisyah lebih luas berbanding dengan rumah Kamila.

Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris di atas.

A. besar

B. halus

C. kecil

D. sempit

16. Razak memiliki badan yang _______________ serta otak yang __________________.

Pilih kata adjektif yang sesuai bagi tempat kosong di atas.

A. sihat …………… cergas

B. cergas ……………. sihat

C. cergas …………………. cerdas

D. cerdas ……………… cergas

17. Antara berikut, yang manakah bukan kata kerja pasif?

i. menggunakan

ii. memakai

iii. disebabkan

iv. dimakan

A. i dan ii

B. i dan iv

C. iii dan iv

D. ii dan iv

18. Antara berikut, yang manakah ayat yang menggunakan kata perintah dengan betul.

i. Tolong jangan bising

ii. Sila jangan pijak rumput di padang


iii. Silalah datang ke rumah saya

iv. Harap kamu bahagia dengan keluarga

A. i dan ii

B. ii dan iii

C. iii dan iv

D. i dan iv

19.

Pilih kata adjektif yang sesuai bagi gambar di atas, kemudian susun mengikut turutan

i. manis

ii. pedas

iii. pahit

iv. masin

v. kelat

vi. masam

A. iii, v, iv, i, vi, dan ii

B. v, iii, iv, i, vi, dan ii

C. i, iii, iv, v, vi, dan ii

D. iv, vi, v, ii, i, dan iii

20. “_____(i)______ sungguh kecewa dengan sikap para pembesar yang suka mengutip cukai yang
tinggi daripada masyarakat.”
“______(ii)_______ tidak perlu bimbang dengan kos hospital, _____(iii)______ akan membantu
melunasinya.”

“_______(iv)_______ perlu pergi ke lapangan terbang sekarang supaya tidak terlepas waktu
penerbangan.”

Pilih kata ganti nama diri di bawah yang sesuai bagi tempat kosong di atas, kemudian susun kata
ganti nama tersebut mengikut turutan yang betul.

i. Kalian

ii. Kita

iii. Beta

iv. Aku

A. iii, iv, i, dan ii

B. ii, iii, iv, dan i

C. iii, i, iv, dan i

D. iii, i, iv, dan ii

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………………. ……………………………………

(NURIN ALYA ATIQAH BT ABD RAZAK) (DR. BAHARUDIN BIN SALEH)

PISMP BM4 KETUA JABATAN

IPGKPT JABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPGKPT

Anda mungkin juga menyukai