Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA KELAB BADMINTON

KEJOHANAN BADMINTON BEREGU SMK MENGLEMBU TINGKATAN 6


PENGGAL 1 TAHUN 2022

Tajuk Program Kejohanan Badminton Beregu SMK Menglembu Tingkatan


6
Tarikh dan Masa 1 Disember 2022
2:30 petang hingga 5:30 petang
Tempat FALIM SPORTS CENTRE
A-2-1, Kompleks Falim, Laluan Falim 2A, Taman Falim
Indah, 30200 Ipoh, Perak
Bilangan Peserta Ahli Kelab Badminton dan Ahli Persatuan Bola Tampar
Sasaran Peserta Tingkatan 6 Rendah
Aktiviti - Pertandingan Badminton Beregu Lelaki
- Pertandingan Badminton Beregu Perempuan
Objektif  Membuka peluang kepada ahli untuk mencungkil
bakat dan mengeratkan hubungan antara satu sama
lain
 Mewujudkan semangat kesukanan dalam diri dan
aktif dalam sukan
 Memupuk semangat kerjasama antara peserta dan
ahli dalam menjalankan aktiviti ini
Jawatankuasa Pengerusi: Lai Yong Kit (L6A2)
Naib Pengerusi: Tan Jia Sheng (L6A3)
Setiausaha: Fong Yu Feng (L6A1)
Naib Setiausaha: Chan Xue Yee (L6A2)
Bendahari: Lai Wei Jie (L6A3)
Naib Bendahari: Yeap Zhi Hwa (L6A1)
AJK 1: Ng Syuen Ni (L6A1)
AJK 2: Kong Hai Yao (L6A1)
AJK 3: Chen Yu Fang (L6A2)
AJK 4: Tan Jun Xiang (L6A2)
AJK 5: Lee Gar Hoe (L6A2)
AJK 6: Wong Chee Yew (L6A3)
AJK 7: Soo Mun Fong (L6A3)
Disediakan oleh, Disemak oleh, Dilulus oleh,

( FONG YU FENG ) ( PUAN HASMIRA ) ( EN.PRAKASH A/L


Setiausaha Ketua Guru Penasihat SUBRAMANIAM )
Aktiviti Kejohanan Kelab Badminton SMK Penyelaras Ko-
Badminton Beregu SMK Menglembu Kurikulum Tingkatan 6
Menglembu Tingkatan 6 SMK Menglembu
LAPORAN
KEJOHANAN BADMINTON BEREGU SMK MENGLEMBU
TINGKATAN 6

Pada hari Khamis yang lalu iaitu 1 Disember 2022. Kelab Badminton
Tingkatan 6 telah mengadakan Kejohanan Badminton Beregu SMK
Menglembu Tingkatan 6 di Falim Sports Centre. Aktiviti ini dimulakan
pada pukul 2:30 petang. Seramai 27 dan 19 orang ahli Kelab Badminton
Tingkatan 6 Rendah dan Persatuan Bola Tampar Tingkatan 6 Rendah
SMK Menglembu masing-masing telah menyertai dalam aktiviti ini.
Aktiviti ini dibahagi kepada Kejohanan Badminton Beregu Lelaki dan
Kejohanan Badminton Beregu Perempuan. Pertandingan ini ialah
bersistem pembatalan. Encik Prakash telah mengikut kami untuk
menyelia aktiviti ini jalankan.

Sebanyak 3 buah gelanggang badminton iaitu B1, B2 dan B3 disewa


sebagai tapak pertandingan. Kami telah menyewa gelanggang
badminton B1 dan B2 selama 3 jam masing-masing manakala
gelanggang badminton B3 hanya selama 2 jam sahaja. AJK yang bertugas
adalah sebanyak 7 orang. Sebanyak 6 orang ahli AJK akan
bertanggungjawab untuk menentukan ‘outside’ sebagai Pembantu
Pengadil Video (VAR) fizikal. Tan Jun Xiang, Lai Yong Kit dan Tan Jia
Sheng bertanggungjawab dalam pengiraan dan perekodan markah
setiap pertandingan dengan bantuan jadual skor. Lai Yong Kit, sebagai
pengerusi aktiviti ini juga bertanggungjawab dalam merancang
gelanggang badminton yang ingin diberikan kepada peserta dalam
pertandingan untuk mengelakkan kekeliruan dalam aktiviti ini.

Pada pukul 2:25 petang, semua peserta, ahli jawatankuasa dan guru
berkenaan telah tiba di Falim Sports Centre. Aktiviti ini dimulakan
dengan senamrobik untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa
aktiviti ini dijalankan. Lai Yong Kit, sebagai pengerusi aktiviti ini telah
membimbing kami melakukan senamrobik yang efektif selama 10 minit.
Seterusnya, peserta akan memulakan pertandingan mereka dengan
memeriksa racket dan bola bulu tangkis untuk memastikan tiada hancur
terhadap peralatan tersebut. Bola bulu tangkis akan ditukar apabila
berlaku hancur semasa pertandingan dijalankan. Pada pukul 3:00 petang
tepat, Kejohanan Badminton Beregu SMK Menglembu Tingkatan 6
dimulakan. Setiap peserta akan berusaha untuk mendapatkan keputusan
yang cemerlang.

Akhirnya, semua pertandingan telah habis dijalankan pada pukul


5:10 petang. Pengurusan pemarkahan dan penghormatan telah
dijalankan oleh jawatankuasa. Aktiviti ini ditamatkan dengan Majlis
Anugerah penyampaian pingat dan hadiah kepada Johan, Naib Johan
dan Tempat Ketiga dalam Kejohanan Badminton Beregu Lelaki SMK
Menglembu Tingkatan 6 dan Kejohanan Badminton Beregu Perempuan
SMK Menglembu Tingkatan 6. Lai Yong Kit, sebagai pengerusi aktiviti ini
akan menyampaikan pingat dan hadiah kepada pemenang aktiviti ini.
Kami juga membersihkan tapak gelanggang badminton untuk
memastikan tiada sampah dibuang merata-rata. Kami juga mengambil
gambar sewaktu aktiviti dijalankan dan gambar-gambar ini akan
dijadikan bukti perjalanan aktiviti ini dan juga sebagai peringatan kami.
Kesimpulannya, kami berasa gembira kerana aktiviti ini dapat dijalankan
dengan lancar dengan kerjasama semua peserta , ahli jawatankuasa dan
guru. Kami berharap bahawa aktiviti sedemikian ini akan diadakan
dengan kerap dan lebih banyak ahli sudi menyertai aktiviti ini kerana ini
akan mendatangkan banyak manfaat kepada kami.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

( FONG YU FENG ) ( PUAN HASMIRA ) ( EN.PRAKASH A/L


Setiausaha Ketua Guru Penasihat SUBRAMANIAM )
Aktiviti Kejohanan Kelab Badminton SMK Penyelaras Ko-
Badminton Beregu Menglembu Kurikulum Tingkatan 6
SMK Menglembu SMK Menglembu
Tingkatan 6
SENARAI NAMA AHLI KELAB BADMINTON TINGKATAN 6 RENDAH

BIL. NAMA KELAS JANTINA KEHADIRAN


1. FONG YU FENG L6A1 L 1
2. LEE JIA JUN L6A1 L 1
3. YEAP ZHI HWA L6A1 L 1
4. CHAU YUNG XIN L6A1 P 1
5. CHOONG XIN TONG L6A1 P 1
6. HIEW SHI JIE L6A1 P 1
7. LEE XIAO WEN L6A1 P 1
8. LEE KAI YAO L6A1 P 1
9. LIEW SUH TENG L6A1 P 1
10. LOKE KAH KEI L6A1 P 0
11. NG QIAO NI L6A1 P 1
12. CHAN YI HIN L6A2 L 1
13. CHIN WEN WEI L6A2 L 1
14. LAI YONG KIT L6A2 L 1
15. LEE SHUN YAP L6A2 L 1
16. CHAN XUE YEE L6A2 P 1
17. PANG JING WEN L6A2 P 0
18. SOO ZI JING L6A2 P 1
19. WONG SIEW YING L6A2 P 1
20. DESMOND THAM DICK MUN L6A3 L 1
21. LAI WEI JIE L6A3 L 1
22. LEONG KAR BOH L6A3 L 1
23. POONG ZHEN FENG L6A3 L 1
24. TAN JIA SHENG L6A3 L 1
25. YIN KAH CHUN L6A3 L 1
26. CHOONG ZE ROU L6A3 P 1
27. FU ZU YEE L6A3 P 1
28. HAR CAI LIN L6A3 P 1
29. JAISHREE A/P RAJA KUMARAN L6A3 P 0
30. KER YAN YING L6A3 P 1
31. LISHA NIHARTHIRNI A/P MOORTHY L6A3 P 0
SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN BOLA TAMPAR TINGKATAN 6 RENDAH
BIL. NAMA KELAS JANTINA KEHADIRAN
1. DICKSON HOI KWONG SHEN L6A1 L 0
2. HEW JIA BAO L6A1 L 1
3. NG KOK CHUNG L6A1 L 0
4. SOO JIA HAO L6A1 L 0
5. LAW JIA SHENG L6A1 L 1
6. KONG HAI YAO L6A1 P 1
7. LIP KUAN NI L6A1 P 0
8. LIEW CHENG YAN L6A1 P 0
9. MAK KAR WING L6A1 P 0
10. WONG SUET YENG L6A1 P 0
11. YIM PUI YOU L6A1 P 0
12. NG SYUEN NI L6A1 P 1
13. CHAN KEN JI L6A2 L 1
14. CHING LAP HENG L6A2 L 1
15. CHONG CHEE SHUEN L6A2 L 1
16. LAM KIM WING L6A2 L 1
17. LEE GAR HOE L6A2 L 1
18. TAN JUN XIANG L6A2 L 1
19. CHEN YU FANG L6A2 P 1
20. KOK SIN YIE L6A2 P 0
21. KONG HUI NEE L6A2 P 0
22. MOK CHUI YI L6A2 P 0
23. NG JI NEE L6A2 P 0
24. CHUAH CHENG ZE L6A3 L 1
25. KOH XIN JIAN L6A3 L 0
26. LAM JING XIAN L6A3 L 1
27. PHANG JUN HAO L6A3 L 1
28. SOO MUN FONG L6A3 L 1
29. WONG CHEE YEW L6A3 L 1
30. LAI YAN TING L6A3 P 1
31. SEK YONG SHAN L6A3 P 1
32. TEOH SIN AI L6A3 P 0
33. YEP HUI YENG L6A3 P 1
34. SALANI A/P SELVARAJ L6A3 P 0
PENYATA SUMBER KEWANGAN

BUTIRAN Jumlah
(RM)
Penerimaan
Yuran pendaftaran 380
(RM10/peserta)
Pembayaran
Bola bulu tangkis 141
Belanja sewa gelanggang 64
badminton (RM8/jam)
Jadual skor 25
Hadiah 94
Pingat (4 emas, 4 perak, 8 56
gangsa)

*Urus niaga tersebut dibuat secara tunai sahaja


*Tidak melibatkan sebarang hutang
*Sumber kewangan ini adalah adil dan rasional
Peraturan Kejohanan Badminton Beregu
SMK Menglembu Tingkatan 6

1. Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis


dari gelanggang servis kanan.

2. Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis dan
lawan kekal dalam petak servis masing-masing.

3. Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada
pihak lawan.

4. Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima


servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak
menghalang
pandangan pembuat servis dan penerima servis.

5. Pasangan beregu yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’


berikutnya

6. Sistem kiraan mata dalam permainan ialah 30 mata rali sahaja.

7. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi


rali.

8. Setelah mana-mana pasangan beregu mencapai mata 15, rehat


selama 60 saat akan diberikan. (Bergantung kepada keperluan
peserta)

9. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu.


Bulu tangkis digunakan dalam undian.

10. Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.

11. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk


menukar kelajuan.
12. Jangan memijak garis semasa membuat servis dan menyentuhi
jaring.

13. Berlaku batal sekiranya:-


 Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau
pakaian.
 Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak
lawan.
 Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan
isyarat tangan.

14. Servis semula diberikan sekiranya:-


 Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
 Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
 Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
 Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
 Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan
 Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

15.

Anda mungkin juga menyukai