Anda di halaman 1dari 16

<KOD KURSUS>

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER MAY/2023

HBEC2503

MATHEMATICS IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Bahagian 1, Soalan 1 : (i) Pengenalan kepada 2


pembelajaran matematik
2 (ii) Dua teori pembelajaran matematik 3-7
3 (iii) Kesimpulan 8
4 Soalan 2 : (i) Rancangan pengajaran harian 9-11
5 (ii) Refleksi kendiri
12-13
6 Bahagian II : Penyertaan kelas Dalam Talian :
Topik 1 & Topik 2 14
7 RUJUKAN 15

Page | 1
1.0 PENGENALAN

Secara ringkasnya terdapat beberapa cara praktikal mengenai bagaimana kanak-kanak


mempelajari matematik pada peringkat awal persekolahan dan bagaimana guru-guru dapat
mengajarinya secara lebih berkesan kepada mereka. Pendidikan prasekolah di Malaysia
memberi penekanan kepada usaha bagi menyediakan kepada kanak-kanak yang berumur
empat hingga enam tahun peluang pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
Kebelangkangan ini pengkaji dalam bidang psikologi kognitif telah memainkan peranan yang
penting dalam mengkonsepkan pengajaran dan pembelajaran pendidikan matematik kepada
kanak-kanak. Menurut Nur Aini Zaida (2018), memahami matematik awal adalah satu
matlamat yang penting dalam pembelajaran matematik untuk kanak-kanak. Ini menunjukkan
bahawa proses pembelajaran dan pengajaran tersebut disampaikan kepada kanak-kanak
bukan sahaja menghafal tetapi lebih memahami konsep objek konkrit. Melalui penguasaan
dan pemahaman ia akan memudahkan kanak-kanak dalam pembelajaran konsep matematik.
Norly Jamil (2015) pula menyatakan bahawa kanak-kanak belajar matematik melalui
pengalaman mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Peranan pendidik amat
penting untuk kanak-kanak memahami konsep matematik dengan betul. Sebelum pendidik
memulakan pengajaran, pendidik perlu memahami konsep matematik terlebih dahulu agar
kanak-kanak dapat belajar dan memahami konsep matematik dengan baik. Betapa pentingnya
pengetahuan dan kepercayaan guru terhadap awal matematik kanak-kanak dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep matematik akan
memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Hal ini akan menyebabkan
kanak-kanak sering melakukan kesilapan terutamanya dalam pemahaman matematik dan
kaedah untuk menyelesaikan masalah matematik. Matlamat yang perlu difokuskan dalam
pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada
peringkat awal persekolahan ialah pembinaan pemahaman konseptual awal matematik,
kebolehan berkomunikasi tentang matematik dan penggunaan matematik dalam penyelesaian
masalah (NCTM, 1989). Kajian lepas dalam bidang ini menunjukkan bahawa konsep-konsep
di atas dapat menolong kanak-kanak mempelajari matematik dengan lebih berkesan.
Tambahan pula, mereka juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka perolehi kepada
keadaan yang baru (Ginsburg & Baron, 1992).

Page | 2
1.1 DUA TEORI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN APLIKASI

Seseorang insan telah mula belajar sejak lahir. Bayi yang baru lahir mewarisi pelbagai
bentuk gerakan pantulan misalnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus
menghisap objek tersebut tanpa diajar kepadanya. Hal ini bererti wujud satu atur cara
genetik semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Sehari
demi sehari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan
peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi
orang dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecahkan menjadi pengetahuan
dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya. Mengikut Mohd Daud Hamzah (1996),
kanak-kanak mempelajari melalui kegiatan harian tertentu. Terdapat beberapa aktiviti
yang dapat membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik seperti
aktiviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan. Di samping itu, terdapat juga
beberapa teori daripada mempelajari matematik sedari usia awal kanak-kanak.

1.1(a) Jean Piaget


Toeri piaget dikenali sebagai teori perkembangan kognitif Piaget telah mendapat
perhatian meluas dalam bidang psikologo sejak kajiannya dikemukakan. Kajian ini dapat
menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran
berasaskan perkembangan skema. Bagaimanapun, teori dan kajiannya tetap menerima
kritikan terutamanya berkaitan kelemahan teori dan metadologi yang diguanakn. Terdapat
gambaran secara ringkas tentang beberapa cara praktikal mengenai bagaimana kanak-kanak
mempelajari matematik pada peringkat awal persekolahan dan bagaimana guru-guru dapat
mengajarnya secara lebih berkesan kepada mereka. Kebelangkangan ini pengkaji dalam
bidang pskiologi kognitif telah memainkan peranan yang penting dalam mengkonsepkan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan matematik kepada kanak-kanak. Konsep
pembelajaran matematik ini dikonsepkan sebagai sesuatu proses konstruktif, sesuatu proses
dimana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu didalam matematik dengan
memperkaitkan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Terdapat beberapa teori yang
terdapat dalam pembelajaran matematik. Antaranya ialah, teori Jean piaget dan
Dari zaman piaget lagi, kajian dalam bidang pemikiran awal kanak-kanak dalam
matematik popular dikaji. Kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan pemikiran
kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat. Jean Piaget
Page | 3
dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland, adalah ahli psikologi yang agung dalam bidang
pendidikan. Beliau mendapat latihan awal dalam bidang biologi dan mendapat Ijazah Doktor
Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22 tahun. Tetapi beliau lebih menumpukan
perhatiannya terhadap kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum meninggal dunia
pada tahun 1980, beliau adalah Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi Genetik di
Geneva.
Jean Piaget yang dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland, adalah ahli psikologi yang
agung dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat latihan awal dalam bidang biologi dan
mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22 tahun. Tetapi beliau
lebih menumpukan perhatiannya terhadap kajian perkembangan kognitif kanak-kanak.
Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau adalah Pengarah Pusat Antarabangsa
Epistimologi Genetik di Geneva. kologi pembelajaran kanak-kanak. Beliau berpendapat
bahwa pemikiran kanak-kanak berbeza pada masing-masing tingkatan. Ia dibahagikan
perkembangan pemikiran kanak-kanak menjadi empat tingkatan iaitu tingkatan sensorimotor,
tingkat praopersai, tingkatan operasi konkrit, dan tingkatan operasi formal. Setiap tahap
mempunyai tugas kognitif yang harus diselesaikan. Peringkat sensori motor (0-2 tahun),
pemikiran anak berdasarkan tindakan indrawinya. Peringkat operasional (2-7 tahun),
pemikiran anak ditandai dengan penggunaan bahasa serta tanda untuk menggambarkan
konsep. Peringkat tingkat operasi (7-ll tahun) ditandai dengan penggunaan aturan logis yang
jelas. Tahap Operasi Formal dicirikan dengan pemikiran abstrak, hipotesis, deduktif, serta
induktif. Dalam teori kognitif ini, Piaget menyatakan juga kanak-kanak mempelajari
matematik melalui empat konsep utama iaitu skema, penyerapan, pengubahsuaian dan
keseimbangan. Walau bagaimanapun, dalam pembelajaran Matematik kanak-kanak hanya
dikaitkan dengan tiga konsep iaitu penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan. Konsep-
konsep ini melibatkan perubahan dalam pemikiran kanak-kanak mengenai pembelajaran
sesuatu konsep dalam mempelajari asas matematik. Sekiranya konsep matematik dapat diajar
dengan betul daripada peringkat awal, maka kanak-kanak akan terus mengekalkan konsep
yang mereka pelajari pada awal umur sehingga mereka dewasa. Untuk menciptakan suasana
belajar yang memudahkan dan ingin menarik perhatian kanak-kanak untuk menjadi lebih
aktif supaya kanak-kanak tidak cepat bosan dengan apa yang diajarkan didalam kelas, guru
perlu mencipta aktiviti yang menarik yang menarik terutamanya aktiviti-aktiviti yang
menarik terutamanya aktiviti yang melibatkan ‘hands on’ yang merupakan model
pembelajaran dengan tidak hanya melihat dan mendengar penjelasan guru, tetapi dalam
pembelajaran ini kanak-kanak turut melakukan aktiviti, memerhati dan mengidentifikasi
secara langsung pada objek yang dipelajari. Antara aktivitinya ialah mencipta permainan
Page | 4
seperti menggunakan lidi untuk menghasilkan betuk seperti segi tiga, empat segi, bintang dan
pelbagai lagi. Oleh itu,kanak- kanak akan lebih aktif didalam kelas.

1.1(b) Jerome Bruner

Jerome bruner dilahirkan dalam tahun 1915. beliau bertugas sebagai profesor
psikologi di universiti harvard di amerika syarikat dan dilantik sebagi pengarah di pusat
pengajaran kognitif dari tahun 1961 sehingga 1972, dan memainkan peranan penting dalam
struktur projek madison di amerika syarikat. setelah itu, beliau menjadi seorang profesor
psikologi di universiti oxford di England. Beliau berpendapat bahawa seseorang murid
belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak
membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan
perbezaan. Selain itu, pengajaran didasarkan kepada perangsang murid terhadap konsep itu
dengan pengetahuan sedia ada. Misalnya, kanak-kanak membentuk konsep segiempat dengan
mengenal segiempat mempunyai 4 sisi dan memasukkan semua bentuk besisi empat dalam
kategori segitempat dan memasukkan bentuk-bentuk bersisi tiga kedalam kategori segitiga.
Berdasarkan pengetahuan sedia ada tentang konsep segiempat, murid-murid membina konsep
segiempat, murid-murid membina konsep segiempat sama dengan mengasingkan bentuk-
bentuk, segiempat-segiempat yang bersisi sama dan membezakan rombus dengan segiempat
sama mengikut ciri sudutnya. Melalui teori ini, Bruner menyatakan bahawa kanak-kanak
mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman mereka dalam mempelajari matematik iaitu
mellaui perwakilan enaktif, ikonik dan simbolik. Peringkat enektif ialah berperingkat bagi
kanak-kanak membuat manipulasi pengajaran secara langsung dan aktiviti yang dilakukan
oleh kanak-kanak adalah berdasarkan pergerakan tubuh badan mereka sendiri. Contohnya,
kanak-kanak mempelajari mengenai jarak jauh dan dekat melalui aktivit berlari dalam dua
jarak yang berbeza iaitu jarak jauh dan jarak yang dekat. Dalam peringkat ikonik pula,
kanak-kanak akan menunjukkan bahawa mereka berupaya untuk belajar dengan
menggabungkan penggunaan mental mereka dengan imej. Sebagai contoh, kanak-kanak
dapat menggunakan simbol (+) bagi mewakili operasi tambah yang dilakukan dalam
pembelajaran matematik. Seseorang kanak-kanak juga boleh menukarkan ayat penyelesaian
masalah kepada ayat matematik yang menglibatkan simbol operasi sama ada penambahan
atau penolakan. Peringkat simbolik pula menyatakan bahawa kanak-kanak berupaya
membuat manipulasi mengenai simbol-simbol dalam operasi matematik dan berkeupayaan
untuk memahami konsep abstrak. Ini dapat dibuktikan melalui penggunaan kad nombor
dalam pengajaran matematik kanak-kanak. Hal ini menunjukkan kanak-kanak sudah boleh

Page | 5
membayangkan simbol nombor yang mereka pelajari. Bruner juga percaya bahawa kanak-
kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh
mereka dengan mudah seandainya tidak dapat menguasai isi kandungan mata pelajaran dan
kemahiran tertentu. Kajian Jerome Bruner menunjukkan bahawa guru seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka menemui
idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Untuk itu, Bruner mengalakkan pembelajaran
induktif untuk memotivasikan pembelajaran induktif untuk memotivasikan pembelajaran
yang aktif dan pembentukan konsep yang difahami. Bruner adalah seorang yang menyokong
pemikiran induktif yang bermula dari spesifik ke umum.
Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting, kerana ini akan
mempengaruhi persepsi dan sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik sepanjang
hayat mereka ( Renga & Dalla 1992). Ilmu awal dalam bidang matematik juga memainkan
peranan dalam bagaimana seseorang membina dan memperolehi ilmu matematik pada masa
hadapan. Ginsburg (1977) dalam kajiannya telah mencadangkan bahawa pemikiran informal
tentang matematik telah wujud dalam kanak-kanak sejak sangat awal lagi. Sebenarnya ,
kebanyakan kanak-kanak, termasuk mereka yang berasal daripada keluarga yang miskin,
datang ke pra-sekolah denganserba sedikit kemahiran informal (Russell & Ginsburg, 1984).
Kanak-kanak pra-sekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari ahli
keluarga, rakan,TV dan permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka bawa ini
akanmempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal yangmereka
akan pelajari di peringkat sekolah secara formal. Dalam bukunya, Children’s Mathematical
Thinking: A developmental Framework For Preschool, Primary andSpecial Education
Teachers, Baroody (1987) menyatakan bahawa tidak kira bagaimana kemahiran, simbol atau
konsep matematik diajar di sekolah seseorang kanak-kanak akan mentafsirkan dan cuba
menggunakan kemahiran yang formal ini berdasarkan pengetahuaan matematik informal
yang sedia ada pada mereka. Kajian antara budaya menunjukkan bahawa terdapat banyak
persamaan antara bagaimana kanak-kanak dari budaya yang berbeza belajar membilang dan
mengira(Ginsburg & Baron, 1992). Kajian secara am (Klein & Starkey, 1988) dari berbagai
budaya dan negara, termasuk mereka yang berpendidikan, tidak berpendidikan, kayadan
miskin menunjukkan persamaan dari segi perkembangan pemikiran informaltentang
matematik. Ini termasuk mencampur dua nombor secara informal, sistemmenyebut nombor
dan membilang angka. Kajian yang dijalankan oleh Ginsburg &Russell (1981) mendapati
bahawa strategi yang digunakan oleh kanak-kanak di Afrikaadalah sama dengan strategi yang
digunakan oleh kanak-kanak di Amerika. Dapatankajian yang dijalankan di Brazil pula
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak bersekolah dan bekerja di tepi jalan,
Page | 6
menunjukkan perkembangan pemikiran yangefektif dalam pengiraan secara mental tentang
angka-angka.

Page | 7
KESIMPULAN

Teori pembelajaran matematik dalam awal kanak-kanak ialah semua pihak


bertanggungjawab untuk membantu kanak-kanak dalam proses mereka mempelajari
matematik walaupun dalam peringkat umur yang awal. Seorang bayi yang tidak pernah
didedahkan dengan konsep awal matematik seoerti mengira nombor kecil (1 hingga 6) akan
mempunyai kesedaran matematik yang lambat berbanding dengan kanak-kanak yang telah
diberi pendedahan mengenai matematik sedari usia yang awal. Sebagai contoh, kanak-kanak
yang berusia 2 tahun boleh mengira 1 hingga 10 anak tangga dalam bahasa inggeris. Hal ini
terjadi kerana orang dewasa akan mengajak kanak-kanak untuk mengira tangga ketika
menaiki tangga. Seterusnya guru perlu selalu berkomunikasi dengan pelajar dalam kelas
untuk mengetahui tahap penguasaan mereka dalam konsep matematik. Sekiranya mereka
hanya tahu tentang simbol dan tidak tahu bagaimana nilai sebenar nombor tersebut, guru
sepatutnya membantu mereka supaya konsep ini dapat difahami dan diperteguhkan dalam
minda mereka. Apabila mereka sudah mula mengetahui nilai sebenar sesuatu nombor,
mereka akan berasa lebih teruja dan seronok untuk belajar mengenai perkara yang melibatkan
nombor. Implikasi terakhir ialah ibu bapa dan guru perlu terus membimbing kanak-kanak
untuk belajar matematik sedari awal sehingga tiba waktu mereka dirasakan yakin dapat
menyelesaikan masalah mereka sendiri. Sebagai contoh, bimbing kanak-kanak untuk
mempelajari proses tambah yang mudah dan berikan mereka banyak latihan sama ada dalam
bentuk penulisan atau aktiviti lain. Sekiranya kita merasakan bahawa masalah tersebut dapat
diselesaikan oleh kanak-kanak, maka berikan mereka peluang untuk menyelesaikannya
supaya wujud rasa yakin dalam diri mereka bahawa mereka sudah boleh menguasai ilmu
tersebut.

Page | 8
Tajuk: Matematik
Jumlah pelajar: 8 pelajar
Umur Kanak-kanak: 4 tahun
Objektif:
Hasil pembelajaran:
MASA: 9:00 PAGI HINGGA 9:30 PAGI (1/2 JAM)
FASA TEMPOH TINDAKAN GURU RESPON KANAK- BAHAN

MASA (MINIT) KANAK YANG

DIGUNAKAN

Set induksi 9:00am-9:05am  Guru memberi salam  Murid menjawab

(5 minit)  Guru bermain salam


mencari ’warna dan  Murid
Bbm: Tiada
bentuk’ di sekeliling memerhatikan
kelas. sekeliing kelas dan Mi: linguitsik
mula mencari Kaedah: kelas
objek yang guru pampran nilai,
yakin
minta
 Murid menjawab
soalan guru

Pengenalan 9:05-9:15 • Guru menunjukkan  Murid memerhati


(10 minit) beberapa keping kad nombor
Menunjukkan nombor yang guru
1 hingga 10
kad nombor 1 tunjukkan dan
Bbm: Kad
hingga 10 menjawab soalan nombor
montessori
Page | 9
guru
Mi: linguitsik

Kaedah: kelas
pampran nilai,
yakin

Aktiviti 9:15-9:25  Guru menyediakan  murid-murid perlu


mengira dan
pembelajaran ( 10 minit) 10 cawan kertas yang
memasukkan
dilabel nombor 1
batang aiskrim
hingga 10. didalam cawan
 setelah selesai, Bbm: Aktiviti
 Kemudian, guru
murid-murid mengira
labelkan gambar- mengunakan
bertukar cawan batang aiskrim
gambar yang menarik dengan kawan dan cawan
yang lain. Mi: linguitsik
dan tampalkan pada

batang aiskrim Kaedah: kelas


pampran nilai

Page | 10
Pengukuhan 9:25-9:30  Guru menyediakan  Murid-murid

(5 minit) lembaran kerja perlu

kepada murid-murid menggunakan

warna air dan

cap jari
Bbm: Lembaran
kerja
kedalam
Mi: linguitsik
bulatan
Kaedah: kelas
tersebut.
pampran nilai

Page | 11
JURNAL REFLEKSI

Pada semester ini, saya mempelajari subjek matematik dalam pendidikan awal kanak-

kanak. Setelah melalui proses dalam menghasilkan kerja kursus bagi subjek matematik

dalam pendidikan awal kanak-kanak saya memperolehi pelbagai manfaat yang berguna dari

segenao aspek turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. Tugasan matematik dalam

matematik awal kanak-kanak yang telah diberikan serba sedikit telah membuka minda kami

sebagai guru, Sesi pembelajaran yang perlu disediakan akan membuatkan pelajar semakin

hari semakin minat untuk menuntut ilmu.

Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi.

Pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata

bahkan turut perlu mempunyai aktiviti-aktiviti seperti belajar sambil bermain supaya dapat

menarik minat kanak-kanak. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, antara perkara yang

berjalan dengan lancar adalah saya dapat mengakses maklumat di internet sepanjang saya

menyiapkan tugasan saya. Hal ini menjadikan saya lebih faham terhadap subjek ini. Saya

dapat simpulkan bahawa membuat rancangan pengajaran harian adalah mudah kerana saya

merupakan seorang guru yang mengajar kanak-kanak berusia 4 sehingga 6 tahun. Bukan

sahaja itu, dengan adanya teknologi moden ianya telah banyak membantu saya untuk mencari

lebih banyak aktiviti menarik yang boleh dimasukkan ke dalam rancangan pengajaran harian.

Melalui pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini saya dapat pengalaman

baru. Namun saya berasa bahawa saya boleh melakukan dengan lebih baik jika saya dapat

mengikuti kesemua e-tutorial secara langsung supaya saya dapat menanyakan soalan dan

berbincang bersama tutor semasa kelas dijalankan. Namun disebabkan oleh kekangan kerja,

saya tidak dapat melibatkan diri untuk memasuki e-tutorial secara langsung dan hanya boleh

mendengarkan recording e-tutorial sahaja.

Secara keseluruhannya, setelah saya menyiapkan tugasan ini saya menyedari bahawa

dengan adanya guru-guru yang kreatif dapat membantu kanak-kanak menarik minat mereka

Page | 12
untuk ke sekolah. Oleh itu, rancangan pengajaran harian bagi setiap guru-guru amatlah

penting sebagai rujukan supaya guru-guru dapat menjalankan kelas pdp dengan baik.

Page | 13
BAHAGIAN II

PERBINCANGAN DALAM KELAS

Page | 14
RUJUKAN

1. BAROODY, A.J. (1987) CHILDREN'S MATHEMATICAL THINKING: A

DEVELOPMENT FRAMEWORK FOR PRESCHOOL, PRIMARY AND SPECIAL

EDUCATION TEACHERS. NEW YORK: TEACHERS COLLEGE PRESS.

2. BAROODY, A. J. & GINSBURG, H. P. (1986). THE RELATIONSHIP

BETWEEN INITIAL MEANING AND MECHANICAL KNOWLEDGE OF

ARITHMETIC. IN HIEBERT, J. (ED.), CONCEPTUAL AND PROCEDURAL

KNOWLEDGE: THE CASE OF MATHEMATICS. NEW JERSEY: ERLBAUM

3. NORLY JAMIL. (2015). PEMAHAMAN GURU PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK TERHADAP KONSEP AWAL MATEMATIK. JURNAL

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN, 4 (1), 64 – 80

4. NUR AINI ZAIDA. (2018). IMPROVING THE UNDERSTANDING OF THE

GEOMETRIC SHAPES THROUGH GEOBOARD (CLASSROOM ACTION

RESEARCH IN GROUP B TK AL-WAFA, SAWANGAN, KOTA DEPOK, 2017).

SCIENTIFIC JOURNAL OF PRESCHOOL AND EARLY SCHOOL EDUCATION, 3

(2), 116-128

5. PIAGET, J. (1952). THE CHILD'S CONCEPTION OF NUMBER. NEW YORK:

NORTON

Page | 15

Anda mungkin juga menyukai