Anda di halaman 1dari 3

Ekspedisi ini diadakan pada 19-23 Oktober 2009 dan disertai oleh 32 orang

pelajar dan 7 orang guru daripada 5 buah sekolah ASPnet di zon utara.
Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin iaitu
selaku tuan rumah, SM Sultan Abdul Halim, Jitra, SMK Jalan Damai, SMK
Taman Tasik dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

Isnin (19 Oktober)

Kami berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi dan bertolak pada pukul
8.00 pagi dengan menaiki bas Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh
Shahabudin. Bas kami berhenti untuk makan tengah hari dan sembahyang.
Akhirnya selepas 10 jam perjalanan, kami sampai di Sekolah Menengah
Berasrama Penuh Integrasi, Temerloh untuk bermalam di situ. Kami disambut
oleh sekumpulan pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Selepas makan
malam, kami beredar ke asrama untuk mandi dan berehat.

Selasa (20 Oktober)

Pada awal pagi selepas kami mengemaskan diri dan bersarapan pagi kami
berkumpul untuk bertolak ke Taman Negara. Apabila sampai ke Kuala Tahan,
kami menaiki bot di jeti untuk ke destinasi pertama iaitu kanopi walkway.
Bag-bag kami diletak di dalam bot yang kami naiki. Apabila kami sampai di
Kanopi Walk Way, seorang pegawai renjer telah menunggu ketibaan kami.
Kanopi Walkway ini bertujuan membolehkan orangramai memerhatikan
kanopi di dalam hutan serta menikmati keindahan flora dan fauna. Jambatan
tersebut dibina 40 meter dari paras tanah dan sepanjang 534 meter. Ia
merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia. Kanopi walk way ini,
mempunyai 9 platform dan 10 jambatan, tetapi kami hanya berjalan 8
jambatan dan 4 platform sahaja karana sebahagian kanopi walk way terpaksa
tutup untuk kerja membaiki. Kami dapat mengenali beberapa jenis pokok
seperti mersawa, keruing dan keladan.
Selepas itu, kami bertolak ke destinasi kedua iaitu Gua Telinga.
Suatu ketika dahulu, gua ini dikenali sebagai Gua Tangis tetapi telah
ditukar oleh orang asli di situ. Dalam perjalanan ke Gua Telinga
kami berjumpa dengan perkampungan orang asli Batek. Mereka
hidup berpindah-randah dan sumber ekonomi mereka adalah
bergantung kepada pelancongan. Ketua kampung mereka bernama
Kumbang dan juga dipanggil dengan nama samaran John
Kumbang. Selepas melihat kampung kaum Batek kami pun
meneruskan perjalanan kami ke Gua Telinga tetapi sebelum kami
sampai ke Gua Telinga kami terpaksa merempuh jalan berlumpur.
Gua ini dipanggil Gua Telinga kerana lubang gua tersebut sangat
sempit seperti terowong telinga kita ‘ear canal’. Gua ini juga
merupakan habitat untuk pelbagai jenis kelawar.

Seterusnya kami bertolak dengan bot ke Kuala Atok, tempat


penginapan kami sepanjang ekspedisi ini. Selepas minum petang,
sesi suai kenal diadakan dan pelajar-pelajar dibahagikan kepada
empat kumpulan kecil. Pada waktu malam pul,a sebuah tayangan
video dimainkan untuk mengenali Taman Negara dan fungsi
Jabatan Perhilitan. Kami juga diberi taklimat ringkas mengenai cara
mengenalpasti burung yang ada di situ.

Rabu (21 Oktober)

Aktiviti pertama pada hari ini ialah pemerhatian burung. Sebelum


masuk ke hutan, setiap kumpulan diberi 3 buah binoculars. Selain
itu, kami juga diberi pensil, buku rujukan tentang jenis-jenis burung
dan kertas A4 sebanyak 3 helai untuk membuat catatan mengenai
burung-burung yang diperhatikan. Selepas makan tengah hari, kami
menjalankan aktiviti jejak si buta. Di sebelah petang pula, kami
bermain beberapa permainan seperti ‘buaya dan biawa’ dan
permainan ‘sifar’. Selepas makan malam, kami berkumpul untuk
menjalankan aktiviti Night Walk. Tujuan aktiviti ini ialah untuk
melihat serangga dan binatang yang aktif pada waktu malam. Pada
masa yang sama kami telah banyak belajar tentang nama saintifik
pokok serta binatang.

Khamis (22 Oktober)

Aktiviti Orienteering diadakan pada sebelah pagi. Kami belajar


tentang cara-cara menggunakan kompas dan menentukan arah. Di
sebelah petang, kami menjalankan aktiviti karya hutan. Kami
diminta membuat karya hutan dengan menggunakan daun-daun
yang sudah mati dan pasir di tanah. Melalui aktiviti ini, kami dapat
melihat kreativiti kumpulan masing-masing. Pada waktu malam,
kami mengadakan persembahan kumpulan masing-masing.

Jumaat (23 Oktober)

Ini merupakan hari yang terakhir kami berada di Taman Negara.


Majlis penutup diadakan selepas sarapan pagi. Kira-kira pada pukul
11.00 pagi, kami menaiki bot balik ke jeti Kuala Tahan. Kami sampai
ke sekolah selepas 12 tengah malam

Anda mungkin juga menyukai