Anda di halaman 1dari 6
(oz ) LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA | Pengarang: Abdul Latip Bin Talib (NOVEL ‘Adnan meminta ayahnya iaitu, Pak Saidi mengajarnya ilmu persilatan kerana dia bereita-cita menjadi pahlawan seperti Hang Tuah. Pak Saidi berbangga kerana Adnan ingin mencontohi pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah. Pak Saidi yang berketurunan pahlawan merupakan cucu Datuk Siamang Gagap. Mak Milah mengingatkan suaminya, ilmu pengetahuan juga penting. Mereka perlu menghantar anak-anak ke sekolah supaya masa depan mereka lebih baik dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan tanah ait. ei Sir nenn) Adnan bermimpi bertemu dengan Hang Tuah dan menyaksikan pertempuran Hang Tuah lima bersaudar menentang penyamun yang membuat onar di kampung mereka. Dia kagum dengan keberanian dan kegagahan Hang Tuah, Pak Saidi mengajak Adnan pergi ke kebun getah, tujuannya adalah untuk mengajar Adnan betapa sukarnya mencari rezeki. Pak Saidi seorang yang r: tidak seperti kebanyakan penduduk kampung yang suka menghabiskan masa dengan bersembang di warung Pak Samad dari pagi sampai ke petang Geen Pak Saidi berasa gembira melihat telatah anak- anaknya bermain silat. Dia bangga dengan semangat kepahlawanan yang ada pada Adnan. Pak Saidi berharap anak-anaknya tidak mewarisi pekerjaannya. Dia ingin masa depan anaknya lebih baik. Pak Saidi selalu bercerita tentang perkembangan terbaharu tanah air melalui pembacaannya daripada majalah Al-Imam terbitan Syed Syeikh al-Hadi kepada penduduk kampung ketika minum kopi di warung Pak Samad. Bab 4: Dusun Durian di Tanah Perkuburan Pak Saidi dan Adnan membersihkan dusun buah- buahan di tepi tanah perkuburan. Sambil bekerja, Pak Saidi bercerita tentang keturunan dan asal usul keluarga mereka. Keturunan Pak Saidi berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau. Alang, iaitu moyang mereka antara orang yang membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Pak Saidi menjelaskan kepada Adnan sebab dia terpaksa merahsiakan asal usul mereka. Adnan berasa sangat bangga kerana dia merupakan keturunan pahlawan yang menentang penjajah. Pak Saidi berbincang dengan Mak Milah untuk menghantar anaknya ke sekolah Inggeris agar anak- anaknya memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mak Milah tidak begitu setuju kerana bimbang orang kampung akan berprasangka buruk terhadap keluarga mereka. Pak Saidi tidak mahu ambil pusing pandangan orang kampung. Baginya pendidikan anak-anaknya adalah lebih penting. Mak Milah gusar anak-anaknya tidak diterima untuk bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi perlu berjumpa guru besar dan mendapat kebenaran sebelum dia dibenarkan menghantar anaknya belajar di sekolah tersebut. Given too) Pak Saidi berjumpa dengan Guru Besar Steward supaya Adnan dapat belajar di sekolah _Inggeris. Pak Saidi bersabar apabila disindir sebagai Melayu yang miskin dan tidak berpelajaran. Dia bersabar demi menyekolahkan Adnan. Setelah dibenarkan bersekolah di sekolah itu, Pak Saidi membeli kelengkapan sekolah Adnan di pekan Kajang. Keesokan paginya, Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah. Adnan berasa sangat gembira kerana dapat bersekolah. Pak Saidi membawa Adnan bertemu dengan Cikgu Nazri sebelum pulang untuk menoreh getah. Pada waktu malam pula, Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji. E a ree Penduduk © kampung = membantah —_tindakan Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Mereka bimbang Adnan akan menukar agama’ dan mempengaruhi penduduk kampung yang lain. Abu dan Lebai Pian meminta Tok Ketua memberikan kata dua kepada Pak Saidi sama ada memberhentikan Adnan atau menghalau mereka dari kampung, Tok Ketua tidak bersetuju dengan cadangan mereka kerana baginya Pak Saidi mahupun Adnan baik orangnya. Tok Ketua memberitahu Abu bahawa dia menerima banyak aduan penduduk kampung tentang anaknya, Nordin yang selalu mencuri, Abu berasa marah lalu merotan Nordin sebaik sahaja pulang ke rumah. Nordin menyangka bahawa Pak Saidilah yang telah mengadu tentang perbuatannya lalu berazam untuk membalas dendam. Bab Ratinen 5 Pak Karim menemui Pak Saidi untuk menyerahkan hasil jualan getah kepada Ah Chong. Pak Karim juga memberitahu Pak Saidi perihal Abu yang menghasut ketua kampung untuk menghalaunya —_kerana menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Karim juga ingin tahu sebab Pak Saidi menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi memberitahu bahawa orang Inggeris lebih maju kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Oleh sebab itu, mereka berjaya menjajah Tanah Melayu dan menguasai_kekayaan ekonominya. Pak Saidi ingin Adnan mempelajari ilmu itu, menjawat jawatan tinggi serta mampu mentadbir sendiri tanah air mereka. Pak Karim juga berhajat menghantar anaknya bersekolah tetapi semua anaknya perempuan. Dia risau akan menjadi buah mulut orang ramai. Pak Saidi menasihatinya agar_memberikan peluang anak-anak perempuannya mendapatkan ilmu pengetahuan. Rumah Pak Saidi dikunjungi oleh ketua kampung, Lebai Pian, Pak Karim dan Isa. Pak Saidi menerangkan sebab dia menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Niat Pak Saidi itu difahami oleh orang lain kecuali Lebai Pian. Cea Setelah Adnan menceritakan _pengalamannya belajar di sekolah Inggeris, Mamat juga berminat untuk belajar tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya. Nordin yang berdendam dengan Pak Saidi telah merosakkan basikal Pak Saidi, Pak Saidi terpaksa bersetuju untuk membeli sahaja basikal yang baharu daripada Ah Chong memandangkan kerosakan teruk pada basikalnya. Akhirnya, Pak Saidi tahu bahawa basikalnya dirosakkan oleh Nordin yang sakit kaki akibat terkena kayu yang dibaling oleh Adnan pada malam kejadian. Di sekolah, Adnan dipuji kerana dia seorang budak yang rajin. Apabila ditanya tentang cita-citanya, Adnan memberitahu Cikgu Anderson bahawa dia ingin menjadi askar, Menurut Adnan, dia mahu menjaga keselamatan orang ramai dan menjaga keamanan negara daripada serangan musuh, Pet he snk eee Adnan telah dikhatankan atau masuk jawi oleh Tok Mudim semasa berumur 12 tahun, Sebelum itu, Pak Saidi pernah berjanji untuk membelikan Adnan basikal baharu setelah berkhatan, Dua minggu selepas berkhatan dan lukanya sembuh, Pak Saidi menunaikan janjinya dengan ‘membavwa pulang sebuah basikal baharu. Cikgu Nazri_ membuat pengumuman tentang pertandingan syarahan bahasa Inggeris yang akan berlangsung, Adnan memberanikan diri untuk mendaftar, Nizam dan Ah Chong mentertawakan Adnan kerana dia belum fasih berbahasa Inggeris. Kata-kata semangat daripada Cikgu Nazri dan ayahnya menyebabkan Adnan menaruh keyakinan yang tinggi. ‘Adnan berlatih bersungguh-sungguh dalam = masa sebulan. Pada hari pertandingan, Adnan menyampaikan syarahannya dengan penuh penghayatan. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut. Kekalahan pasukan bola sepak Kampung Sungai Merab kepada pasukan Kampung Sungai Ramal menyebabkan timbul rasa tidak puas hati. Oleh sebab itu, remaja Kampung Sungai Merab mengadakan pertandingan tinju untuk membuktikan kebolehan fen mereka. Adnan mewakili Kampung Sungai Ramal manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Walau bagaimanapun, mereka berdua yang menyedari perbuatan itu menyalahi undang-undang tidak jadi bertinju. Mereka berdua telah berbaik. Semaun, dari pasukan Budin berasa tidak berpuas hati. Kisah tinju heboh diperkatakan oleh penduduk kampung di warung Pak Samad. Pak Husin, ayah Budin telah merotan anaknya. Sebaliknya, Pak Saidi bertanya perkara sebenar kepada Adnan. Pak Saidi memberikan amaran_ akan merotan Adnan jika dia bergaduh, mencuri atau berperangai tidak senonoh. Fen 0 Adnan telah tamat belajar di sekolah Inggeris manakala Ahmad dan Amarullah masih belajar_ di sekolah yang sama. Adnan mengajar anak-anak kampung yang mahu belajar bahasa Inggeris. Adnan ditawarkan bekerja sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Walaupun tidak berminat menjadi guru, Adnan menerima tawaran sebagai guru sementara menunggu peluang menjadi askar. Semasa mengajar di situ, semangat kebangsaan yang membara semakin terasa. Mereka berasa tidak puas hati kerana hidup dikongkong ‘oleh penjajah. E Te Pasukan Askar Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1933. Peluang itu diambil oleh Adnan untuk mencapai cita-citanya menjadi askar. Adnan ingin membela nasib bangsa dan negaranya, Pada petang itu, jip tentera British datang ke Kampung Sungai Ramal untuk mempelawa anak-anak muda Melayu menyertai pasukan Askar Melayu. Adnan dan Mamat berhasrat untuk mencuba dan menjalani ujian di Port Dickson. Sebaliknya, Nordin dan kawan-kawannya hanya mengejek. Setelah_mendapat persetujuan Pak Saidi, ‘Adnan memujuk ibunya agar merestui cita-citanya. Walaupun berat hati untuk memenuhi kehendak Adnan, Mak Milah terpaksa merestui anaknya itu yang ingin menjadi anggota tentera. Adnan dan kawan-kawannya pergi ke Port Dickson untuk menjalani temu duga di Kem Latihan Haig Lines. Mereka sanggup berjalan kaki ke pekan Kajang sebelum menumpang lori untuk ke Seremban dan Port Dickson. Beberapa minggu kemudian, Tuan Richard dan Sarjan Hasan datang ke rumah Adnan untuk menyampaikan perkhabaran bahawa Adnan dan Mamat berjaya dalam ujian tersebut. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Nordin. mengganggu Adnan dan Mamat. Pergaduhan berlaku apabila Nordin menggelar Adnan sebagai pengkhianat. Adnan berjaya_mengalahkan Nordin. Penduduk kampung yang mengetahui hal itu juga menyalahkan Nordin yang selama ini dengki terhadap Adnan. Pada hari keberangkatannya, Pak Saidi mengadakan majlis kesyukuran untuk Adnan. Adnan berasa sedih dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan keluarganya. Adnan dan Mamat menjalani latihan di Kem Haig. Lines, Port Dickson bermula dari 1 Mac 1933. Jadual latihan amat padat namun Adnan tidak pernah patah semangat. Semua arahan kawad disampaikan dalam bahasa Inggeris. Mereka dilatih dengan ilmu ketenteraan, ilmu undang-undang, etika dan ilmu agama. Pada mulanya, mereka menghadapi kesukaran kerana masalah bahasa. Semuanya menjadi lancar setelah Adnan bersetuju untuk membantu mereka memahami arahan dalam bahasa Inggeris. Mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh. Setelah tamat latihan, Adnan ditukarkan ke Singapura manakala Mamat dihantar ke Kedah. Mereka diberikan cu selama seminggu sebelum memulakan tugas di tempat baharu. Adnan pulang ke kampung untuk bertemu dengan keluarganya. Mak Milah yang sering bersedih kembali ceria dengan kepulangan anak kesayangannya itu. Adnan kembali bertugas di Singapura dan dinaikkan pangkat menjadi sarjan. Adnan turut terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberihormat sempena upacara pertabalan King George VI di London. Ahmad, Amarullah serta Nordin dan kawan-kawannya turut menjalani latihan ketenteraan. Sebelum ke London, Adnan pulang ke kampung. Pada ketika inilah Mak Milah mencadangkan supaya Adnan berkahwin dengan Sophia, anak Pakih Muda yang menjadi guru di Sekolah Sungai Ramal. Sekembali dari London, Adnan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Muda berdasarkan prestasi cemerlang ketika menjalankan tugas. Adnan mengetuai Platun ke-7, Kompeni C. Semasa cuti selama seminggu di kampungnya, Adnan telah berkahwin dengan Sophia, gadis pilihan keluarganya. Qecerrnn rk nent ‘Adnan sangat gembira kerana dapat menyambut hari raya di kampungnya. Setelah beberapa tahun berkahwin, Adnan dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Mokhtar dan Zainuddin serta seorang anak’ perempuan bernama Fatimah. Selama_u: perkahwinannya, Adnan terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya. Pangkalan Bukit Candu di Singapura tidak sesuai untuk anggota yang berkeluarga. Hanya selepas berpindah ke pangkalan tentera Pasir Panjang Singapura, Adnan membawa isteri dan anak- anak tinggal bersama dengannya. Ternyata Sophia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya. Dia juga mengajar kanak-kanak di situ membaca dan menulis. eee E Ts Sire Apabila Perang Dunia Kedua meletus antara Jerman dan Itali dengan Amerika Syarikat dan British, Jepun mengambil kesempatan ini untuk menakluki Asia Tenggara. Adnan terpaksa menghantar Sophia dan anak- anaknya pulang ke kampung, Ketika pulang ke kampung Adnan bertemu Mamat dan Nordin, Adnan terkejut melihat perubahan Nordin. Adnan turut menyuntik semangat baharu ke dalam diri Mamat dan Nordin. Mereka berjanji akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Suasana sayu menyelubungi keluarga ‘Adnan yang menghantarnya di stesen kereta api untuk berangkat ke Singapura. Masing-masing berasa bimbang akan keselamatan Adnan. Adnan dan pasukannya membuat persediaan untuk menghadapi_ serangan musuh. Penduduk sekitar turut diarahkan berpindah. Penduduk kampung juga turut memberikan kerjasama kepada pihak tentera untuk mengawal kampung. E Em Leftenan Adnan mendapat arahan supaya mengawal pangkalan tentera di Bukit Candu dan Pasir Panjang, Adnan mengarahkan Sarjan Arshad bertugas di Pasir Panjang manakala beliau mempertahankan Bukit Candu. Leftenan Adnan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Bukit Candu bagi mengawal keselamatan kampung. Kawalan terpaksa diperketat kerana penduduk kampung tidak mahu berpindah. Mereka tidak percaya bahawa tentera Jepun akan menyerang kampung tersebut. Pihak British hanya membekalkan senjata ringan kepada askar Melayu manakala senjata berat seperti meriam dan kereta kebal dibekalkan kepada tentera British. Gee i Satu persidangan tertutup diadakan di Manila antara pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dengan British. Tentera British mengatur strategi untuk mengawal kemaraan Jepun ke Asia Tenggara. Laksamana ‘Thomas C. Hart bersetuju untuk mengadakan pesawat peninjau bagi mengesan pergerakan Jepun dan pesawat pejuang bagi menghalang laluan musuh. Laksamana Sir ‘Thomas Philips mengatur strategi dengan mengarahkan supaya diperhebat kawalan di perairan Singapura, Manila dan Tanah Melayu. Mereka menjangkakan tentera Jepun akan mendarat di Kelantan atau di Singapura. EEE g Resah Kapten Rix melawat Pangkalan BukitCandu dan Pasir Panjang di bawah jagaan Leftenan Adnan. Beliau tidak berpuas hati dengan kekuatan yang ada di pangkalan tersebut. Leftenan Adnan telah meminta tambahan tentera dan senjata tetapi masih belum tiba. Laksamana ‘Thomas C. Hart menghantar pesawat peninjau untuk mengintip pergerakan tentera Jepun. Cuaca yang buruk memberikan kesempatan kepada Jeneral Tomoyuki yang menyedari akan hal itu mengubah laluan mereka Laksamana Thomas C. Hart berasa resah apabila pasukan peninjau memberitahu bahawa konvoi tentera Jepun telah hilang dari laluannya. Leftenan Adnan dan anggotanya bersolat hajat bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Manakala, di Kampung Sungai Ramal, Sophia resah kerana berasa bahawa sesuatu yang malang akan menimpa suaminya. Jeneral Tomoyuki Yamashita meminta_keizinan Maharaja Jepun untuk menakluki Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, besi dan getah. Sementara itu, ketua-ketua Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu mengadakan mesyuarat tergempar di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut British di Singapura. Jeneral A.E. Percival mencadangkan agar digerakkan plan tindakan Ops Matador, iaitu menyerang angkatan Jepun yang berada di Tanah Melayu supaya kemaraan mereka dapat disekat. Malangnya, Sir Robert Brooke-Popham tidak membenarkan dan mengarahkan supaya pihak British bertahan sahaja. Berita serangan Jepun di ‘Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu di Kampung Sungai Ramal berpecah dua, iaitu menyokong dan menentang, Mereka percaya dengan propaganda Jepun untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Pak Samad, Pak Saidi dan ketua kampung meminta penduduk Kampung Sungai Ramal berhati-hati kerana mereka yakin Jepun akan menjajah ‘Tanah Melayu. Penduduk kampung mula bersengketa. Pihak Jepun berjaya mengesan pertahanan British dan pelan tindakan perang Ops Matador untuk menghalang kemaraan Jepun di Kelantan, Jepun di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Saeki Shizou menggunakan pangkalan tentera Thailand setelah berjaya mengalahkan tentera Thailand di Prachuab Khirikhan, Angkatan tentera Jepun telah bersedia dengan kelengkapan perang yang besar berbanding dengan pertahanan British. Jepun melakukan serangan serentak di Pantai Sabak, di Pantai Kuala Pak Amat, dan di Pantai Badang menyebabkan British tidak dapat sebarang bantuan. Akhirnya, tentera Jepun berjaya mendarat di Pantai Sabak, Pantai Badang dan Pantai Kuala Pak Amat tetapi mengalami jumlah korban yang tinggi. Brigedier B.W. Key dan Mejar J.B. Soper terpaksa mengerahkan pasukan tenteranya berundur. Sir Robert Brooke-Popham hanya membenarkan Ops Matador dilancarkan setelah Jepun berjaya mendarat di pantai-pantai di Kelantan. Pasukan Jepun berjaya masuk ke Kota Bharu dan menawan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dalam masa 24 jam. Pihak British berjaya melakukan serangan udara menyebabkan angkatan laut Jepun beralih ke tengah laut. Walau bagaimanapun, Jepun memasang strategi dengan melakukan serangan balas apabila menyerang Lapangan Terbang Kuantan dan pangkalan tentera British di Butterworth. Pada 9 Disember 1941, pasukan Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Setar. Serangan hebat daripada tentera Jepun mengakibatkan tentera British tidak mampu bertahan di utara Tanah Melayu. Kemaraan tentera Jepun tidak mampu disekat. Penawanan itu membolehkan tentera Jepun mengatur strategi bagi menakluk seluruh Kedah dan Pulau Pinang, eo Pada 10 Disember 1941, Jeneral AE. Percival menyalahkan Sir Robert Brooke-Popham tas kekalahan itu kerana beliau enggan_melancarkan Operasi Matador sebelum ini. Setelah serangan udara gagal, tentera British menggunakan kapal perang HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dengan diiringi oleh empat buah kapal pembinasa dari Singapura menuju ke Kota Bharu. Namun, kapal-kapal tersebut terbakar selepas diserang dari udara oleh tentera Jepun. Pada 14 Disember 1941, pasukan Jepun menguasai Alor Setar dan Gurun. TenteraJepunmengetahuirahsiapergerakan tentera British kerana Kapten Patrick Heenan, seorang pegawai tentera India telah memberikan maklumat rahsia pergerakan tentera British kepada pihak Jepun. Tentera British terpaksa berundur ke Singapura. Ahmad yang berada di dalam kapal perang British HMS Pelanduk turut terkorban dan seluruh keluarga Pak Saidi bersedih atas pemergian Ahmad. Dalam masa yang singkat, tentera Jepun telah berjaya_menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu. British berasa yakin bahawa Singapura akan selamat setelah Tambak Johor dirobohkan. Pengintip Jepun telah sampai ke Pasir Panjang, Singapura, Mereka mengintip selama tiga hari dan berjaya memujuk Samad untuk menjadi tali barut Jepun dengan memberikan maklumat tentang pertahanan Rejimen Askar Melayu di situ. Mereka turut berjanji akan memberikan hadiah yang lumayan jika dia bersetuju. Leftenan Jeneral A.E. Percival dan Panglima Tentera Australia, iaitu Henry Gordon Bennett mula menyusun strategi. Jeneral A.E. Percival menambah kekuatan tentera di tepi pantai untuk menyekat kemaraan Jepun. Henry Gordon Bennett pula membina kubu pertahanan di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Leftenan Adnan ditugaskan untuk mempertahankan pangkalan Pasir Panjang dan Bukit Candu. Kedua-dua pangkalan itu amat penting kerana terletaknya hospital tentera dan depot peluru. Tentera Jepun menyerang Singapura dari tiga penjuru, jaitu barat laut, timur dan utara. Mr ee eee ees Serangan bertubi-tubi oleh tentera _Jepun menyebabkan tentera India dan tentera British terpaksa berundur, Jeneral Yamashita memindahkan markasnya ke Istana Bukit Serene. Selain dapat melihat kedudukan tentera Australia dari istana, dia juga yakin bahawa pihak British tidak akan menyerang istana pusaka Sultan Johor itu. Jeneral A.E. Percival mengarahkan pegawai-pegawainya menubuhkan pasukan pertahanan ‘ekeliling Singapura, Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu diarahkan untuk mempertahankan Jurong bersama-sama tentera India, Apabila tentera Jepun menyerang bertubi-tubi, tentera India telah berundut, Jeneral Yamashita menulis surat kepada Jeneral A. Percival dan memintanya supaya menyerah kalah. Permintaan beliau ditolak menyebabkan jeneral Yamashita meneruskan serangan. Pangkalan Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan sasaran terakhi Jepun. Sekali lagi Jeneral Yamashita meminta Jeneral A, Percival menyerah kalah namun dia enggan. Dua buah pangkalan itu akan dipertahankan oleh Rejimen Askar Melayu di bawah pimpinan Kapten Rix dan Leftenan Adnan. Ere Leftenan Adnan mengesyaki Samad menjadi pengintip Jepun, Leftenan Adnan meminta Penghulu Deraman, Budin dan Leman mengintip pergerakan Samad. Leftenan Adnan dan sepuluh orang. askar menyerbu tempat pertemuan Samad dan tiga orang askar Jepundisebuahrumahusang.Tigaorangpengintip Jepun berjaya dibunuh manakala Samad telah mati itembak oleh salah seorang pengintip Jepun. Jeneral Yamashita menggerakkan Divisyen Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun di bawah pimpinan Leftenan Renya Mutuguchi untuk menyerang Pangkalan Pasi Panjang dan Bukit Candu. Pada masa itu, pasukan askar Melayu hanya dibantu oleh penduduk kampung untuk mempertahankan Pasir Panjang, Genre rs Jepun sampai ke Pangkalan Pasir Panjang pada waktu Subub, Mereka meminta askar Melayu menyerah kalah tetapi Leftenan Adnan enggan, Kubu pertahanan askar Melayu dibedil bertalu-talu oleh pasukan meriam Jepun dengan bantuan pasukan udara, Kapten Rix dan pasukannya datang membantu, Ramai askar Jepun cedera menyebabkan Leftenan Renya Mutuguehi mengarahkan askarnya berundur untuk menyusun strategi baharu, Leftenan Renya Mutuguchimengarahkan beratus-ratus askarnya menyamar sebagai tentera Sikh untuk mengelirukan pasukan askar Melayu, Leftenan Adnan yang mengetahui penyamaran tersebut telah mengarahkan ahli pasukannya menembak tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh, Sebanyak dua puluh orang tentera Jepun berjaya dibunuh, Bab 31: Biar Putih Tulang Jepun melancarkan serangan udaraterhadap barisan pertahanan askar Melayu di Bukit Candu. Leftenan Adnan mengarahkan anggotanya menembak tentera Jepun yang sedang mendaki bukit. Banyak tentera Jepun yang terkorban. Kapten Rix dan askar India yang memberikan bantuan telah pun terkorban, Leftenan Adnan dan saki-baki askar Melayu telah terkepung. Sarjan Arshad mencadangkan kepada Leftenan Adnan agar mereka menyerah kalah namun Leftenan Adnan enggan. Beliau meminta mereka semua berjuang hab habisan, Pada masa yang sama, Penghulu Deraman cuba meminta pertolongan daripada askar British tetapi tiada jalan keluar dari kampung tersebut. Leftenan Adnan terus melepaskan tembakan sehingga dia sendiri terkena tembakan Jepun. Pasukan tentera Australia yang datang membantu pasukan askar Melayu terpaksa berundur setelah diserang hendap oleh tentera Jepun. Leftenan Adnan yang cedera parah terus menikam beberapa orang tentera Jepun. Leftenan Renya Mutuguchi mengarahkan tenteranya menangkap Leftenan Adnan hidup-hidup. Pada masa itu, tinggal Leftenan Adnan dan Koperal Yaakub sahaja askar Melayu yang masih hidup. Leftenan Adnan diserkup dengan sehelai guni. Tentera Jepun menendang dan menyeksa Leftenan Adnan. Mereka menggantung tubuh yang tidak bermaya itu pada dahan pokok ceri, Leftenan Renya Mutugi menikam beliau dengan bayonet secara bertubi-tubi sehingga menghembuskan nafas yang terakhir Penduduk kampung datang menyiasat tetapi tidak dapat mengumpulkan semua mayat kerana hari sudah gelap. Pada keesokan harinya, Penghulu Deraman serta anak buahnya datang semula untuk mengumpul lalu mengebumikan mayat-mayat tersebut. PIEEa nacre cebu s) Jepun menyerang Hospital Alexandra _lalu membunuh beberapa orang pegawai perubatan British yang disangka menyamar dan menangkap 200 orang kakitangan serta pesakit. Mereka dikurung di dalam sebuah banglo berhampiran sebelum dibunuh dengan kejam pada keesokan harinya, Pada 15 Februari 1942 jam 5.15 petang, Jeneral A.E. Percival menyerah kalah secara rasmi di Kilang Kereta Ford, Alexandra Jepun berasa_gembira kerana_berjaya_menakluki Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura dalam masa 69 hari, Kekalahan British telah menjatubkan kredibiliti mereka sehagai penjajah, Peperangan itu juga telah menyebabkan kehilangan nyawa yang tinggi pada kedua-dua belah pihak. Berita Leftenan Adnan yang gugur di medan perang menyebabkan salit Mak Milah semakin tenat lalu meninggal dunia, Mamat dan Nordin yang telah berjaya melepaskan diri daripada tawanan askar Jepun di Kota Bharu pulang ke Kampung Sungai Ramal dengan selamat, Selepas dua hari pertempuran di Bukit Candu, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung pergi semuta ke rumah banglo dan terperanjat kerana di celah-celah mayat askar Melayu itu, mereka menemui Koperal Yaakob yang masih hidup. Beliau menceritakan cara askar-askar Jepun menyeksa Leftenan Adnan hingga menghembuskan nafas terakhir, E Jeneral Yamashita tidak berpuas hati kerana banyak tentera Jepun mati ketika berperang dengan ar Melayu di Bukit Candu, Adiknya pula telah mati citikam oleh Leftenan Adnan dengan bayonet. Jeneral Yamashita mengarahkan Leftenan Renya Mutuguchi mencari keluarga Leftenan Adnan di Sungai Ramal. Apabila mendapat tahu khabar itu, Pak Saidi meminta Sophia dan tiga orang anaknya disembunyikan di rumal bapanya. Pak Saidi diarahkan mengikut tentera Jepun menaiki tral. Ketika berjalan kaki menuju ke trak, Pak Saidi telah menikam hingga mati lima orang tentera Jepun dan mencederakan 15 orang yang lain menggunakan keris pusaka tinggalan datuknya, Akhirnya, Pak Saidi ditembak hingga mati oleh tentera Jepun, Semasa mengebumikan jenazah Pak Saidi, penduduk kampung menganggapnya sebagai seorang wira, Ez on Soc ngan B Rakyat hidup susah dan menderita di bawah pemerintahan Jepun, Mereka terpaksa meneruskan hidup dengan makan nasi yang dicampur dengan ubi rebusatau pisang untuk menjimatkan beras. Kesedihan Sophia yang baru sahaja kehilangan suami, bertambah apabila anak bongsunya, Fatimah meninggal dunia akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, pihak Amerika Syarikat bertindak menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sehingga memaksa pihak Jepun untuk menyerah kalah, Tanah Melayu diperintah semula oleh British, Setelah keadaan semakin selamat Sophia kembali mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal. Di sekolah itu, Sophia bertemu jodoh dengan Ustaz Ridwan yang juga seorang duda. Mereka mendidikx Mokhtar dan Zainuddin dengan penuh kasih sayang. Mereka kemudiannya berpindah ke Melaka. Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Ridwan dan hidup bahagia, Sophia meninggal cunia kerana menghidap penyakit leukemia.

Anda mungkin juga menyukai