Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM Tarikh : 14 Julai 2008 Tingkatan : 1 Ibn Sina Masa : 8.00-9.

20 pagi Bilangan Murid : 35/36 Tajuk Umum : Ibadat Tajuk Pelajaran : Solat Objektif Am :(1)Pelajar dapat mengaplikasikan solat lima waktu dalam kehidupan seharian dengan betul dan sempurna. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat: (1 ) Menyatakan sekurang-kurangnya 5 syarat-syarat wajib solat. (2 ) Menghuraikan sekurang-kurangnya 5 syarat-syarat sah solat. (3 ) Mengenalpasti 13 rukun solat. Kemahiran Berfikir :Pelajar dapat menghubungkan kepentingan solat dengan fakta sains. Penghayatan Nilai :Memahami konsep sabar dan ikhlas kerana Allah dalam melaksanakan ibadah solat. Penggabung Jalinan : Sains dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: - Menyihatkan tubuh badan. - Menghindarkan penyakit. Akhlaq Islamiyyah: - Menghindarkan diri dari perkara-perkara yang mungkar. - Mendidik diri berakhlaq mulia. Pengetahuan Sedia Ada : (1) Pelajar mengetahui bahawa solat itu adalah wajib ditunaikan. (2) Pelajar telah mengetahui cara-cara menunaikan solat fardhu. Bahan Bantu Mengajar : Sampul & kertas Kepingan kad Slide

Rujukan Guru : (1 ) Nor Azmi, Noraini Said, Mohd Sukki Othman(2009). Nota Poket PMR Gred A Pendidikan Islam. Shah Alam, Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor.m/s 84-85. Isi Pelajaran :(1 ) Dalil wajib solat (2 ) Waktu-waktu solat fardhu (3 ) Syarat-syarat wajib solat (4 ) Syarat-syarat sah solat (5 ) Rukun-rukun solat KOMPONEN PENGAJARAN

Induksi Set 1.Menceritakan tentang kisah perjalanan Rasulullah semasa Israk Miraj yang berkaitan dengan kewajipan solat lima waktu kepada umat nabi Muhammad. 2. Mengaitkan kisah Israk Miraj tersebut dengan topik pelajaran iaiti Solat. Perkembangan Isi -Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan 1. Dalil wajib solat 1)Mempamer dan memperdengarkan ayat beserta terjemahan dari surah Al-Baqarah, ayat 43 yang menunjukkan dalil wajib menunaikan solat fardhu. 2)Pelajar diberi masa 2 minit untuk mengeluarkan isi-isi penting yang terdapat di dalam ayat tersebut. 3) Memilih 3 orang pelajar untuk mencatat isi-isi penting di papan putih. 4) Membuat rumusan hasil daripada idea pelajar dan membuat penegasan tentang dalil wajib solat. 2. Waktu-waktu solat fardhu 1)Memberi penerangan tentang waktu masuk dan waktu akhir setiap solat dengan menggunakan slide 3. Syarat-syarat wajib solat: - Islam - Berakal - Baligh - Suci daripada haidh dan nifas - Boleh mendengar dan melihat 1) Guru menyoal pelajar tentang syaratsyarat wajib solat. 2) Guru membetulkan jawapan dan memberi penerangan yang betul dan lengkap. Sebagai satu penilaian tentang syarat-syarat wajib solat. 4. Syarat-syarat sah solat: - Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis - Suci daripada hadas besar dan hadas kecil

- Menutup aurat - Menghadap kiblat - Yakin masuk waktu solat 1) Membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan yang dianggotai oleh 2)Memberi satu sampul yang mengandungi situasi berkenaan perbuatan yang menyebabkan solat tidak sah. 3)Menyuruh setiap kumpulan mengeluarkan perbuatan perbuatan yang terdapat di dalam situasi tersebut yang menyebabkan solat seseorang itu tidak sah. Sebagai satu penilaian tentang syarat-syarat sah solat. 5. Rukun solat: - Niat - Takbiratulihram - Berdiri betul - Membaca surah al 1) Mengedarkan 13 kepingan kad yang di dalamnya mengandungi satu rukun solat setiap kad. Sebagai satu penilaian tentang rukun-rukun solat. fatihah - Rukuk serta thomakninah - Itidal serta thomakninah - Sujud serta thomakninah - Duduk di antara dua sujud serta thomakninah - Duduk ketika membaca tasyahhud akhir - Membaca tasyahhud akhir - Membaca selawat ke atas nabi - Mengucap salam

pertama - Tertib 2) Pelajar menyusun kepingan kad tersebut mengikut urutan yang betul dalam masa 10 minit. 3) Melantik wakil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan. Rumusan 1.Guru membantu pelajar merumuskan tentang perbuatan yang wajib dilakukan ketika menunaikan solat (rukun). 2.Guru menegaskan bahawa dengan menunaikan solat tepat pada masanya akan mendisiplinkan kita dalam kepentingan menjaga masa. Penilaian 1. Hasil pembelajaran 1, 2 dan 3 telah dinilai sewaktu perkembangan isi. Latihan Susulan 1.Pelajar diminta mencari satu permasalahan dan jawapan yang berkaitan dengan solat fardhu.

Penilaian Kendiri

Ulasan Penyelia

Ulasan Pengetua