Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK PaMaH+S

[Pengetahuan + Memanfaatkan Masa + Hiburan+ Silaturahim]


KARANGAN FAKTA
Ruang kosong masukkan kata kunci soalan seperti faedah mengikuti lawan
sambil belajar, faedah kokurikulum, faedah bersukan atau faedah membaca.

Setiap sekolah sering mengadakan aktiviti _________. Guru-guru dan ibu bapa
menggalakkan kita mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Banyak
faedah yang diperoleh apabila menyertai kegiatan tersebut.
Apabila kita _________________, pengetahuan kita akan bertambah.
Sebagai contohnya, kita akan memperoleh pengetahuan daripada penglibatan
tersebut. Pengetahuan tersebut boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di
kelas.
Selanjutnya, apabila kita ___________________, bermakna kita
manfaatkan masa lapang kita dengan aktiviti berfaedah. Jika kita tidak
melakukan aktiviti tersebut kemungkinan kita melakukan aktiviti negatif seperti
bercampur dengan budak-budak nakal. Hal ini menyebabkan kita boleh terjebak
gejala tidak sihat seperti mencuri.
Seterusnya, aktiviti tersebut dapat memberi hiburan kepada kita. Jika hati
kita terhibur, hati dan perasaan kita akan menjadi tenang. Kesannya, mudahlah
untuk kita mengulang kaji pelajaran, sekali gus menjanjikan kecemerlangan
dalam peperiksaan.
Malah, penglibatan kita dapat merapatkan hubungan silaturahim. Kita
dapat mengenali kaum Melayu, Cina dan India dengan lebih rapat. Hal ini
menyebabkan perpaduan kaum dapat diperteguh.
Sebagai kesimpulannya, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang
berfaedah. Masa itu emas. Jadi, gunakanlah masa yang boleh menjamin kita
untuk menjadi model insan yang cemerlang

Anda mungkin juga menyukai