Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN GERKO PERMAINAN - HOKI 1.0 1.

1 KEMAHIRAN MENGUIS & MENCEDOK (SCOOP) Kemahiran Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan. Kemahiran menguis juga membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol. Berikut adalah kaedah dalam kemahiran menguis. Terdapat dua kaedah iaitu : Kaedah Pertama Pegangan tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Bola diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit. Badan berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan. Kaedah Kedua Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran. Cara pengangan kayu lebih kurang sama dengan pegangan menolak. Jarak kaki diebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan. Bola berada dekat kaki kiri. Codongkan kayu dengan permukaannya menghadap ke atas. Kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada kaki kanan ke kaki kiri. Ikut lajak.

Foto 1 : Kemahiran menguis untuk hantaran melepasi kayu pemain lawan. P A G E |1

KEMAHIRAN GERKO PERMAINAN - HOKI 1.2 Kemahiran Mencedok Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara. Berikut merupakan teknik mencedok dalam permainan hoki : Teknik Mencedok Lurus Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. Pastikan bola dan badan seperti lakuan menguis. Codongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan yang lebih tinggi Teknik Mencedok Shovel Berdiri dalam keadaan bersedia. Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan. Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola. Letakkakkan permukaan kayu di bawak bola. Lakukan cedokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

Foto 2 : Berdiri dan mata sentiasa memandang bola, pegangan seperti pegangan untuk kemahiran menguis.

Foto 3 : Bola dicedok sepenuh tenaga ke hadapan tinggi.

P A G E |2