Anda di halaman 1dari 3

Tugasan ISL 3

1. Dalam kumpulan bertiga melaksanakan aktiviti berikut : - Membina peta cerita mengenai kepekaan deria. - Bayangkan diri anda berada dalam situasi berikut : a. Tepi laut,stesen keretapi,pasar malam - Kenalpasti dan senaraikan perkara perkara yang anda tinjau dalam salah satu situasi di atas.

Manusia mempunyai 5 kepekaan deria yang asas iaitu deria lihat, deria dengar, deria rasa , deria sentuh dan deria hidu. Kepekaan deria-deria ini membantu manusia dalam kehidupan seharian untuk melakukan aktiviti aktiviti yang dikehendaki. Kerosakan yang berlaku pada salah satu deria manusia akan membataskan aktiviti aktiviti yang hendak dilakukan.

LIHAT - kita melihat mengunakan organ mata DENGAR - kita mendengar mengunakan organ telinga SENTUH - kita sentuh mengunakan organ tangan

DERIA

HIDU - kita menghidu mengunakan hidung

RASA - kita merasakan mengunakan lidah

PASAR MALAM

DERIA LIHAT

KEPEKAAN 1. Melihat orang ramai sedang bersesak sesak untuk bergerak dari satu gerai ke satu gerai. 2. Melihat para peniaga sedang sibuk melayan pengunjung yang singgah di gerai mereka. 3. Melihat para pengunjung tawar menawar harga dengan peniaga

DENGAR

1. Mendengar suara para peniaga mempromosikan barangan jualan masing masing. 2. Mendengar suara pengunjung sedang tawar menawar harga barangan dengan peniaga. 3. Mendengar suara bayi menangis kerana tidak selesa dengan suasana pasar malam.

RASA

1. Merasai kerangupan keropok lekor yang dibeli dari gerai makanan. 2. Merasai kemanisan air tebu yang dibeli dari kedai minuman.

HIDU

1. Menghidu bau masakan yang sedang digoreng dari kedai makanan. 2. Menghidu bau harum dari gerai yang menjual minyak wangi. 3. Menghidu bau hanyir dari gerai yang menjual ikan dan daging.

SENTUH

1. 2. 3. 4.

Menyentuh permukaan buah durian yang tajam. Menyentuh permukaan buah tembikai yang licin. Menyentuh permukaan buah cempedak yang kasar. Menyentuh permukaan baju yang lembut.

Di hujung minggu sebegini, aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang adalah mengujungi pasar malam. Ketika tiba di hujung minggu, ramai pengunjung telah berada di sana. Kami memulakan langkah di pasar malam dengan mengunjungi gerai yang menjual pakaian. Ketika tiba di gerai di sebut, terdapat beberapa orang pengunjung sedang melihat dan memilih pakaian yang dijual di situ. Kami mencari baju yang sesuai. Kami menyentuh permukaan setiap baju di situ dan merasai kelembutan kain yang digunakan untuk menghasilkan baju. Setelah melihat pakaian dijual di situ kami ke gerai buah buahan yang berada tidak jauh disitu. kami mengambil beberapa jenis buah disitu dan merasai permukaan buah yang berlainan rasa. Buah duria permukaan kulitnya rasanya tajam, buah cempedak permukaan rasanya kasar dan buah tembikai pula licin. Kemudian kami bergerak untuk melihat gerai gerai lain yang terdapat di pasar malam tersebut. Ketika itu, saya melihat orang ramai bersesak sesak bergerak dari satu gerai ke satu gerai yang lain. Kami juga melihat para peniaga sibuk melayan para pengunjug yang berkunjung ke gerai mereka. Di samping itu, kami juga melihat para pengunjung sedang tawar menawar harga dengan para peniaga. Ketika berjalan di pasar malam tersebut, kami mendengar para peniaga mempromosi barangan jualan masing masing untuk menarik para pengunjung. Kami juga mendengar suara para pengunjung sedang menawar harga barang yang hendak dibeli dari para peniaga. Kedengaran juga suara bayi menangis kerana tidak selesa dengan suasana pasar malam yang hingar- bingar. Ketika berjalan di laluan antara gerai gerai tersebut, kami mengidu beberapa bau yang menyenangkan dan kurang menyenangkan. Antara bau yang menyenangkan, kami mengidu bau masakan yang sedap dari gerai yang menjual makanan. Kami menghidu bau haru dari kedai yang menjual minyak wangi. Kami juga mencium bau yang kurang menyenangkan iaitu bau hanyir dari gerai basah yang menjual ikan dan daging. Setelah penat kami berehat sebentar dengan membeli minuman dan makanan. Ketika minum kami dapat merasai kemanisan air tebu. Manakala makanan, kami merasai kerangupan keropok lekor yang dibeli.

AHLI KUMPULAN : MUHD SUKARDI BIN MISRAEH NURUL AIN BINTI MOHD RANI NUR ATHIRAH BINTI MOHD NASIKIN