Anda di halaman 1dari 42

OUMH1603

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Kemahiran Belajar untuk


Abad ke-21
Learning Skills for 21st Century
May 2020

3
Kemahiran Numerasi
Numeracy Skills
1
Hasil Pembelajaran Topik 3

1 Mendefinisikan istilah numerasi dan buta angka


(innumeracy);
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Membincangkan kepentingan numerasi kepada


2 dunia masa kini;

3 Menghuraikan aspek2 asas numerasi;

Mengaplikasikan numerasi dalam kehidupan


4 seharian dengan menggunakan kaedah
matematik.
2
3.1 Numerasi

Bagaimanakah numerasi boleh melengkapkan kecelikan/


literasi?

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Mengapakah kecelikan dan numerasi
penting dalam pembelajaran pada abad
ke-21?

Apa itu NUMERASI?

3
3.1 Numerasi
 Gabungan antara prinsip sastera dan saintifik.
 Juga dikenali sebagai “pantulan imej kepada

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


kecelikan/literasi”
 Kebolehan memahami dan bekerja dengan nombor.
 Kemahiran asas matematik (analisis maklumat
bernombor, mengungkap idea berdasarkan maklumat
bernombor untuk membuat kesimpulan dan keputusan
dengan tepat).
 Asas pengetahuan aritmetik (tambah, tolak, darab dan
bahagi) adalah perkara pokok kepada kemahiran
numerasi.
 Aspek penting numerasi (nombor dan operasi,
pengiraan, pengukuran, geometri statistik dan
kebarangkalian). 4
3.1 Numerasi
3.1.1 Kepentingan Numerasi dalam Dunia Masa Kini

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Kemahiran yang digunakan dalam aktiviti seharian dalam membuat
keputusan (membeli belah, merancang percutian, memutuskan untuk
membuat pinjaman bank, penggadaian).

Kemahiran ini memudahkan kita memainkan peranan dan


tanggungjawab dalam menyumbang kepada masyarakat secara
berkesan.

Meningkatkan peluang dalam domain kerja dan sebagai asas


kemahiran yang dibina melalui pembelajaran sepanjang hayat (lifelong
learning).

5
3.1 Numerasi
3.1.1 Kepentingan Numerasi dalam Dunia Masa Kini

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Melatih minda berfikir secara logik dan kritis (asas numerasi ialah sistem yang
diperoleh secara logik).

Dengan belajar memanipulasi nombor asas, anda lalui proses pemikiran kritis.
Contoh, “ Adakah dengan mencabut palam perkakasan elektrik apabila tidak
digunakan akan mengurangkan bil utiliti?”

Numerasi bantu anda memahami statistic (data, carta, infografik dan risiko). Ia
membantu anda dalam membuat keputusan dalam hidup seperti:-
a) Membeli kereta pertama
b) Rumah pertama
c) …. Bagaimana untuk membelinya?

Dikatakan seorang dewasa yang punya kemahiran numerasi, TIDAK


AKAN SANGGUP membeli sesuatu yang mereka tidak mampu.
6
3.1 Numerasi
3.1.2 Buta Angka (Innumeracy)

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Kekurangan kebolehan untuk memahami dan menggunakan nombor di dalam
pengiraan (Kamus Cambridge).

Apa kesannya? Tidak terlalu ketara berbanding buta huruf (illiteracy). Tapi,
kelemahan tetap memberi impak dalam kehidupan (keyakinan dan harga diri
seseorang).

Buta angka dilihat dalam kehidupan (miskin, tidak berpendidikan dan kurang
diperkenalkan kepada numerasi semasa membesar).
Pola individu buta angka bergantung kepada umur, jantina dan kaum

Orang dewasa yang lebih tua dikaitkan dengan kemahiran numerasi yang
rendah berbanding mereka yang lebih muda. Ini boleh diperbaiki dan
ditambahbaik untuk meningkatkan keyakinan peribadi dan sosial masing2.

7
3.2 Asas Kemahiran Numerasi

3.2.1 Penaakulan Matematik (reasoning)

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


3.2.2 Penyelesaian Masalah (problem solving)
3.2.3 Membuat Keputusan (decision making)

8
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.1 Penaakulan Matematik (Reasoning)
Dua jenis penaakulan dalam numerasi:-

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


a) Penaakulan deduktif
b) Penaakulan induktif

9
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.1 Penaakulan Matematik (Reasoning)

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Apa itu penaakulan matematik? Proses pemikiran melibatkan maklumat
bernombor untuk selesaikan masalah dan buat kesimpulan secara logik.

Bantu kembangkan kefahaman matematik dan bolehkan kita berfikir secara


kritis.

PENAAKULAN DEDUKTIF
• asas penghasilan penaakulan yang sah untuk membuat hujahan yang logik,
kesimpulan dan mengaplikasikan kesimpulan yang umum kepada situasi
yang khusus.
• Contoh, semua pelajar OUMH1603 lulus dalam ujian. Amy adalah pelajar
OUMH1603. Oleh itu, Amy lulus peperiksaan.
• Jika sesuatu yang benar didapati di dalam kelas secara umum, maka ia
juga benar bagi kesemua ahli di dalam kelas tersebut secara khusus.
• Teori diaplikasikan terhadap situasi yang khusus.
10
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.1 Penaakulan Matematik (Reasoning)

PENAAKULAN INDUKTIF

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


• Bertentangan dengan penaakulan deduktif
• Lihat pada pola2 khusus dan buat kesimpulan umum
• Contoh, angka 10 boleh dibahagi dengan angka 20. 10 ialah angka genap.
Oleh itu, kesemua angka genap boleh dibahagi dengan 2”
• Penaakulan induktif berguna untuk buat hipotesis dan teori.

Contoh 3.1 (mukasurat 42)


Penaakulan Induktif
Pen yang pertama diambil dari dalam beg berwarna hitam. Pen yang saya
ambil dari dalam beg berwarna hitam. Oleh itu, semua pen dalam beg saya
berwarna hitam.
Penaakulan Deduktif
Pen yang pertama diambil dari dalam beg berwarna hitam. Semua pen dalam
beg saya berwarna hitam. Oleh itu, pen kedua yang saya akan ambil dari
dalam beg juga berwarna hitam. 11
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Semak Kendiri 3.2

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


1. Buat satu kesimpulan menggunakan penaakulan induktif untuk berikut:-

a) Zain ialah perenang yang bagus dan keluarganya mempunyai kolam


renang. Maria ialah kakak kepada Zain. Oleh itu…
b) Kerusi di ruang makan berwarna perang. Kerusi di dalam bilik tidur
berwarna perang. Oleh itu…
c) Razak ialah pemain bola sepak. Berat badan semua pemain boleh sepak
di sekolah lebih daripada 60kg. Oleh itu…

2. Simpulkan situasi yang berikut:-

a) Semua pelajar semester pertama di OUM mesti mendaftar untuk kursus


Kemahiran Belajar dan Azman berada dalam semester pertama. Oleh itu…
b) Semua ikan lumba-lumba ialah mamalia dan semua mamalia mempunyai
buah pinggang. Oleh itu…
c) Daging merah mempunyai zat besi dan daging lembu ialah daging merah.
Oleh itu …
12
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.2 Penyelesaian Masalah (Problem solving)
Kemahiran numerasi melibatkan proses
matematik

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Menurut George PÓlya (1945), terdapat 4
langkah penyelesaian masalah:- Memahami masalah

Langkah 1
Fahami masalah dengan gunakan perkataan sendiri,
kenalpasti objektif masalah tersebut, dapatkan Membuat rancangan
maklumat tentang masalah tersebut.
Langkah 2
Kenalpasti pola, perhatikan masalah yang berkaitan Melaksanakan rancangan
dan gunakan teknik yang sama. Buat jadual/
gambarajah/ persamaan
Langkah 3
Aplikasi strategi dari Langkah 2. Periksa setiap Memeriksa semula
langkah dan rekod dapatan anda.
Langkah 4
Periksa hasil penyelesaian daripada masalah asal.
Tafsir penyelesaian ikut masalah asal. Tentukan
kaedah lain sebagai alternatif kepada jalan
penyelesaian 13
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.2 Penyelesaian Masalah (Problem solving)

Mengaplikasikan Langkah2 Penyelesaian Masalah oleh George PÓlya (1945),

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Contoh 3.2 (mukasurat 44)

Afiq, Zila dan Maria memetik strawberi. Afiq memetik 2 kali ganda strawberi
berbanding Zila dan Maria memetik 2kg lebih berbanding Zila. Mereka
bersama-sama memetik 30kg strawberi.

Berapakah jumlah strawberi yang dipetik setiap seorang daripada mereka?

14
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4

• Terjemah perkataan
kepada pesamaan

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


berangka

Penyelesaian:
Berdasarkan soalan, kita keluarkan maklumat berikut dalam perkataan:

(i) Afiq memetik dua kali ganda strawberi berbanding Zila


(ii) Maria memetik 2kg lebih berbanding Zila
(iii) Ketiga-tiga mereka memetik 30kg strawberi

Kita andaikan x = bilangan strawberi (dalam kg) dipetik oleh Zila.

15
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4
• Terjemah perkataan • Selesaikan masalah

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


kepada pesamaan menggunakan
berangka kaedah matematik
yang sesuai

Penyelesaian:

Tukarkan masalah menggunakan kaedah matematik yang sesuai.

16
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4
• Terjemah perkataan • Selesaikan • Aplikasikan
kepada pesamaan masalah teknik

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


berangka menggunakan dalam
kaedah matematik pelan untuk
selesaikan
yang sesuai masalah.

Penyelesaian:

Jumlah strawberi Jumlah strawberi Jumlah strawberi


yang dipetik oleh yang dipetik oleh Jumlah
yang dipetik oleh
Zila Maria keseluruhan
Afiq

2x x (x+2) 30

Cari nilai x.

2x + x + (x +2) = 30
4x+2 = 30
4x = 28 (30-2)
X = 7 (28/4)
17
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4

• Terjemah perkataan • Selesaikan masalah • Aplikasikan • Periksa


kepada pesamaan menggunakan teknik dalam hasil

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


berangka kaedah matematik pelan untuk penyelesaia
yang sesuai selesaikan n dengan
masalah. masalah
asal

Penyelesaian:
Gantikan x=7 ke dalam lajur ungkapan matematik.

Zila :x=7
Afiq : 2 x (7) = 14
Mariah : (7) = 2 = 9

Tambah semua jumlah strawberi yang dipetik oleh semua  7 +14 +9 = 30

∴ Afiq, Zila dan Maria masing2 memetik 14, 7, 9kg strawberi

18
3.2 Asas Kemahiran Numerasi

Semak Kendiri 3.3

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


1. Pak Karim menjumpai beberapa jubin lama di dapur. Dia mula membentuk segi
empat tepat yang berbeza daripadanya. Dia tertanya-tanya berapakah perimeter
yang terbesar dan terkecil daripada segi empat tepat tersebut untuk ruang
berukuran 100 cm2..

2. Emilia dan Alicia membuat perbandingan ketinggian mereka. Ketinggian Emilia


adalah 1.5 meter dan Alicia 15 sentimeter lebih tinggi daripada Emilia.
Berapakah tinggi Alicia dalam sentimeter (cm)?

19
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.3 Membuat Keputusan (Decision making)
Proses membuat pilihan dengan kenal pasti masalah,
kumpulkan maklumat, kenal pasti dan nilai
penyelesaian alternatif dalam memilih penyelesaian
terbaik.
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Bidang matematik penting dalam pengurusan


strategic, kesihatan, ekonomi, dasar dan undang2
masyarakat awam.

Terdapat 7 langkah membuat keputusan (Rajah 3.5).

Contoh 3.3
Katakan kita perlu membeli sepasang kasut. Terdapat
tiga pasang kasut menjadi pilihan. Harga untuk
sepasang kasut A berharga RM220. Kasut B dan
kasut C masing2 berharga RM320 dan RM250.
Jenama kasut B dikenali ramai berbanding A dan C
dan diberikan diskaun 30%.

Kasut yang mana menjadi pilihan anda?

20
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.3 Membuat Keputusan (Decision making)

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah


©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

• Kasut pilihan mana yang hendak dibeli?

Langkah 2: Mengumpul Maklumat

• a) Harga (A-RM220, B-RM320, C-RM250)


b) Jenama B lebih baik dari Jenama A dan C
c) Kasut B – diskaun 30%
d) Kasut A lebih murah dari Kasut B dan kasut C
e) Jenama kasut B lebih baik dengan diskaun harga
RM224

21
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.3 Membuat Keputusan (Decision making)

Langkah 3 & 4: Cari Alternatif2 dan Cari


Penyelesaian untuk Alternatif

• Pilih kasut murah memang jimat, namun, kasut


©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

mungkin tak tahan lama dan kita perlu beli lagi. Jika
kita berbelanja dengan membeli jenama yang lebih
elok, kasut mungkin tahan lebih lama. Kasut
berjenama lebih baik dan selesa.

Langkah 5: Memilih Penyelesaian Terbaik

• Kasut B menjadi pilihan.

Langkah 6 & 7: Melaksanakan Keputusan


dan Nilaikan Hasilnya

• Beli kasut B.

22
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
3.2.3 Membuat Keputusan (Decision making)

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah


©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

• Kasut pilihan mana yang hendak dibeli?

Langkah 2: Mengumpul Maklumat

• a) Harga
b) Jenama B lebih baik dari Jenama A dan C
c) Kasut B – diskaun 30%
d) Kasut A lebih murah dari Kasut B dan kasut C
e) Jenama kasut B lebih baik dengan diskaun harga
RM224

23
3.2 Asas Kemahiran Numerasi

Aktiviti 3.2

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Anda ingin membeli bijirin di pasar raya. Sekotak kecil bijirin dengan berat 500g
berharga RM8.50. Manakala, sekotak besar bijirin dengan berat 1000g berharga
RM15.

Yang mana satukah anda akan beli? Jelaskan sebab anda.

24
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.1 Nombor dan Operasi

• Jenis2 nombor (nombor nyata, nombor asli, integer, nombor nisbah dan
nombor bukan nisbah)
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

• Empat jenis operasi keatas nombor (tambah, tolak, darab dan bahagi)

Contoh 3.4
Encik Zamri adalah penternak lebah. Tahun lepas dia telah menuai 1,452 kg
madu mentah. Pada tahun ini, dia membeli beberapa sarang lebah yang
baharu dan hasil penuainnya telah meningkat sebanyak 2,385 kg. Berapa
kilogramkah hasil penuaian Encik Zamri pada tahun ini?

Penyelesaian:
Guna operasi tambah.
= 1452kg + 2385 kg = 3837 kg madu lebah dituai tahun ini.

25
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.1 Nombor dan Operasi

Contoh 3.5
Terdapat 1500 peserta menghadiri bengkel keusahawanan di OUM Kuala
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Lumpur dan 875 daripadanya adalah peserta perempuan. Berapakah


bilangan peserta lelaki?

Penyelesaian:
Guna operasi tolak
= Jumlah peserta – bilangan peserta perempuan
= 1500 – 875
= 625
∴ bilangan peserta lelaki yang menghadiri bengkel adalah seramai 625 orang.

26
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.1 Nombor dan Operasi

Contoh 3.6
Zainal mengisi 50 biji pinggan dengan beberapa keping biskut. Dia
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

meletakkan 5 keping biskut pada setiap pinggan. Berapa keping biskutkah


yang Zainal guna?

Penyelesaian:
Guna operasi darab.
Jumlah biskut yang digunakan = Bilangan pinggan x Bilangan biskut di setiap
pinggan
= 50 x 5
= 250
∴ Zainal menggunakan 250 keping biskut.

27
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.1 Nombor dan Operasi

Contoh 3.7
Pak Ali memetik 350 buah jambu di kebunnya. Dia perlu membahagikan jambu2 itu ke
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

dalam beberapa buah beg untuk dijual di pasar. Pak Ali ingin memasukkan jambu ke
dalam 70 buah beg. Berapakah biji jambu yang Pak Ali boleh letakkan ke dalam setiap
beg?

Penyelesaian:
Guna operasi bahagi.
Jumlah jambu = 350
Jumlah beg = 70
Jumlah jambu untuk setiap beg = Jumlah jambu/ jumlah beg
= 350/70
=5
∴ 5 biji jambu di dalam setiap beg.

28
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.2 Pola

• Juga dikenali sebagai aturan nombor


• Asas kepada matematik untuk memahami nombor untuk menjana formula
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

algebra
• Perhatikan urutan nombor berikut, dimana perbezaannya ialah dengan
menambah nombor 3:
1 ,4, 7, 10, 13, 16, …

29
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.2 Pola
Contoh 3.8
Yuran kemasukan untuk permainan paintball berjumlah RM 20 dan tambahan
sebanyak RM 5 untuk setiap pusingan permainan. Hubungan ini boleh
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

dipersembahkan dengan ungkapan 5b+20. Gunakan kaedah pola untuk melengkapkan


nilai di dalam jadual di bawah.

30
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.2 Pola
Contoh 3.8
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Penyelesaian:
b = jumlah pusingan, jika b=1, maka…
Pusingan 1: 5(1) +20 = 25
Dengan ungkapan 5b+20, jumlah kos setiap pusingan boleh dikira seperti berikut:-

31
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.3 Pecahan, Nombor perpuluhan dan Peratusan

Pecahan – mewakili nombor sebahagian dari nombor bulat dan dikenali dengan tanda
slash (/). Nombor diatas dikenali sebagai merujuk kepada pecahan.
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Pecahan biasa digunakan dalam situasi kehidupan seharian kita. Contoh, ke pasar
raya untuk membeli baju baru kerana adanya tawaran separuh harga.

Nombor perpuluhan penting ketika penukaran wang dan pengukuran. Digunakan


apabila ketepatan sesuatu nilai nombor diperlukan berbanding nilai nombor bulat.

Peratus berasal dari frasa “per seratus” = per satu ratus.

32
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.3 Pecahan, Nombor perpuluhan dan Peratusan
(Fractions, Decimal Numbers and Percentages)
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Contoh 3.9

Alif bekerja sebagai jurujual di firma hartanah. Dia mendapat kadar komisen sebanyak
4%. Berapakah komisen yang diperoleh Alif apabila menjual hartanah bernilai
RM300,000.00?

Penyelesaian:
Komisen = 4% daripada RM300,000.000
= RM12,000.00
∴ Alif mendapat komisen sebanyak RM12,000.

33
3.2 Asas Kemahiran Numerasi

Semak Kendiri 3.4

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


1. Bayangkan anda membeli empat barang yang berharga RM36.99, RM22.99,
RM16.85 dan RM 8.25 daripada kedai di atas talian dan kos pengeposan
sebanyak RM 10.90. Bundarkan harga2 ini kepada nilai RM terdekat dan
anggarkan kos keseluruhan.

2. Sekumpulan 480 orang dewasa ditanya mengapakah mereka mendaftar


sebagai pelajar OUM. Daripada 480 orang pelajar, 240 pelajar memberi
justifikasi untuk meningkatkan kerjaya mereka, 160 pelajar memilih OUM kerana
waktu pembelajaran yang fleksibel dan 80 pelajar lagi kerana yuran yang
berpatutan. Tulis pecahan untuk setiap kumpulan pelajar dan dapatkan
peratusannya.

34
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.4 Mentafsirkan Maklumat Statistik

Maklumat statistic sering dibentangkan dalam berita dan media mengenai kesihatan,
pendidikan, ekonomi, politik, isu alam sekitar dan sebagainya.
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Mentafsir maklumat statistik termasuk graf statistik dan infografik untuk buat
kesimpulan dan keputusan.

Contoh 3.10
Infografik menunjukkan penduduk rakyat Malaysia mengikut kumpulan etnik pada
tahun 2017 dan 2018.

35
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.4 Mentafsirkan Maklumat Statistik (Interpreting Statistical Information)

Penyelesaian:
Berdasarkan infografik, bilangan penduduk (2017)
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

= Bumiputera+Cina+India+Lain2
= 20.07 juta +6.67 juta +2 juta +0.29 juta
= 28.74 juta

Berdasarkan infografik, bilangan penduduk (2018)


= Bumiputera+Cina+India+Lain2
= 19.78 juta +6.69 juta +2.1 juta +0.29 juta
= 28.77 juta

Perbezaan antara 2018 dan 2017 = 28.77 juta -28.74 juta


= 0.03 juta
∴ Bilangan penduduk telah meningkat sebanyak 0.03 juta pada tahun 2018.

36
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.5 Pengukuran (Measurement)

Menyediakan piawai untuk sesuatu perkara dan proses dalam kehidupan.


Pengiraan melibatkan berat, tinggi, luas, isi padi, dan masa untuk membolehkan
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

penilaian dibuat dengan tepat.

Contoh 3.11
Mary membeli segulung benang untuk menjahit. Segulung benang panjangnya 10
meter. Dia menggunakan 210 sentimeter benang. Berapakah benang yang tinggal
dalam sentimeter?

Penyelesaian:
1 meter = 100 sentimeter
Panjang segulung benang = 10 x 100 = 1000 sentimeter
210 sentimeter digunakan, bermakna = 1000-210 sentimeter
= 790 sentimeter

37
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Aktiviti 3.3

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


Ukuran lilitan pinggang adalah tanda aras untuk mengetahui risiko penyakit
berkaitan dengan lemak di sekeliling pinggang. Mari ukur lilitan pinggang kita
menggunakan langkah mudah ini:

1. Cari bahagian atas tulang pinggul dan bahagian bawah tulang rusuk.

2. Letakkan pita pengukur di tengah-tengah antara dua titik ini dan lilitkan pita
pengukur di pinggang anda.

3. Semak ukuran anda:-

Anda berisiko sekiranya ukuran pinggang anda


Lelaki Melebihi 94 cm (lebih kurang 37 inci)
Wanita Melebihi 80cm (lebih kurang 31.5 inci)

38
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.6 Gandaan, Faktor dan Nombor Perdana
(Multiplies, Factors, and Primes)

Menyediakan piawai untuk sesuatu perkara dan proses dalam kehidupan.


©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Pengiraan melibatkan berat, tinggi, luas, isi padi, dan masa untuk membolehkan
penilaian dibuat dengan tepat.

Contoh 3.12
Florence, si penjual bunga mempunyai 24 bunga ros putih, 42 bunga ros merah dan 36
bunga ros kuning. Berapakah jumlah jambangan bunga yang sama yang boleh
digubah oleh Florence daripada keseluruhan jumlah bunga yang ada.

Penyelesaian:
Gunakan fator sepunya terbesar (GCF) untuk 3 nombor:
a) Senaraikan faktor perdana bagi setiap nombor
b) Darabkan faktor2 berikut dengan semua nombor yang mempunyai persamaan.
Jika tiada, GCF = 1.

39
3.3 Kontinum Numerasi & Amalan Kehidupan
Harian
3.3.6 Gandaan, Faktor dan Nombor Perdana
(Multiplies, Factors, and Primes)

Contoh 3.12
©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader

Penyelesaian:
Gunakan fator sepunya terbesar (GCF) untuk 3 nombor:
a) Senaraikan faktor perdana bagi setiap nombor
b) Darabkan faktor2 berikut dengan semua nombor yang mempunyai persamaan. Jika
tiada, GCF = 1.

Faktor perdana bagi 24 : 2 x 2 x 2 x 3


Faktor perdana bagi 36 : 2 x 2 x 3 x 3
Faktor perdana bagi 42 : 2 x 3 x 7

Faktor perdana yang sama = 2 dan 3. Darabkan nombor tersebut = 2x3=6


Nombor terbesar = 6.
∴ Florence boleh menggubah 6 jambangan bunga yang sama menggunakan kesemua bunga.

40
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Semak Kendiri 3.5

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


1. Andaikan markah penuh ujian matematik adalah 80 markah dan pelajar perlu
mendapat sekurang2nya 45 peratus untuk lulus. Berapakah markah diperlukan
untuk lulus?

2. Berat Alina adalah 65kg dan tingginya adalah 146cm. Kira indeks jisim badan
(BMI) dan nyatakan sama ada BMI Alina di dalam julat yang sihat ataupun
tidak? Diberi julat yang sihat adalah antara 18.5kg/m2 – 24.9kh/m2.

3. Sekiranya perjalanan percutian anda sejauh 720km, anda perlu tahu berapa jam
yang diperlukan untuk merancang perjalanan anda. Pada purata kelajuan
120km/j, berapa jamkah masa yang diambil untuk sampai ke destinasi?

41
3.2 Asas Kemahiran Numerasi
Semak Kendiri 3.5

©All Rights Reserved 2020– Saleena Abdul Kader


4. Rajah berikut menunjukkan label nutrisi pada bekas makanan. Bagaimanakah
anda membantu rakan yang mempunyai tekanan darah tinggi berdasarkan
maklumat ini? Bagaimanakah rakan anda dapat menggunakan maklumat ini
untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat?

5. Berikut diberikan penggantian sifer (enkodan) mudah bagi 26 abjad.

plain alphabet : a b c d e f g h I j k l m n o p q r s t u v w x y z
cipher alphabet: p h q g I u m e a y l n o f d x j k r c v s t z w b

Cari teks enkodan (sifer) bagi kod sulit: epxxw nipkfafm


42

Anda mungkin juga menyukai