Anda di halaman 1dari 85

50 KOLEKSI PILIHAN

JENAR MALAYA

7 NOVEMBER 2022
NO. TAJUK MUKA SURAT

1 API NERAKA 3

2 HARI KIAMAT 5

3 SYURGA DAN NERAKA 6

4 ALAM BARZAKH 7

5 IBLIS DAN JIN 9

6 INSAN, JIN, SYAITAN DAN IBLIS 11

7 GHAIB 12

8 PENYAKSIAN SYAHADAH RASUL 14

9 SEMUA PERBUATAN DARI ALLAH? 16

10 BELENGGU 18

11 7 PEMUDA ALKAHFI 19

12 KUASA MINDA - TINGGALKAN DUNIA, KEJAR AKHIRAT 21

13 KASYAF 22

14 AGAMA MAJUSI 23

15 JAMBATAN/TITIAN CHINVAT ZOROASTRIAN 26

16 THE BOOK OF ARDA VIRAF 27

17 LA ILAHA 29

18 SIHIR 31

19 PERSANGKAAN 33

20 JALAN YG LURUS 35

21 PESAKIT, PERAWAT & SYIRIK 36

22 KEMBALIKAN AKU KE DUNIA 38

23 RITUAL SOLAT 39

24 SOLAT 40

25 NAFI ISBAT DAN SIFAT 20 42

26 AMANAH - JANGAN AMBIL AYAT SEKERAT² 44

27 IMAM MAHDI 46

1
NO. TAJUK MUKA SURAT

28 KISAH ADAM - PART I 48

29 KISAH ADAM - PART II 49

30 KISAH ADAM - PART III 51

31 HARUT DAN MARUT 52

32 WUDHUK DAN JUNUB 53

33 BULAN TERBELAH 55

34 REZEKI, JODOH & AJAL 56

35 PAKAIAN TAKWA 59

36 MANUSIA, PAKAIAN TAKWA DAN AURAT 60

37 KAUM JAHILIYAH YANG KELIRU 62

38 SYAITAN MENGHALANGI JALAN KEBENARAN 63

39 PERTEMUAN DENGAN ALLAH DI HARI PEMBALASAN 65

40 MATI DAN HARI KEBANGKITAN 67

41 POLIGAMI 69

42 YAHUDI & NASARA 71

43 HINA NABI? 72

44 FITNAH AKHIR ZAMAN 74

45 KITAB? 76

46 BERDUSTA KEPADA RASUL? 77

47 NABI IMAMKAN KAFIRUN BERSOLAT? 78

48 IHRAM 80

49 MALAIKAT 81

50 UMUR NABI NUH 950 TAHUN? 82

2
API NERAKA

APA ITU NERAKA?

SAUDARAKU, PERHATIKANLAH BAIK2 DALAM FIRMAN INI.. APAKAH API NERAKA


ITU SEBENARNYA..

"Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". Dan apa


jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu (Al-Hutamah) ialah API
Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); YANG NAIK MENJULANG KE HATI;
Sesungguhnya API NERAKA itu ditutup rapat atas mereka." (104:4-8)

API NERAKA YANG DISEBUT DALAM AQ BUKANLAH SEPERTIMANA API YANG KITA
LIHAT SETIAP HARI SEWAKTU MEMASAK ITU.. API NERAKA YANG SEBEGITU BUKAN
DARI KEFAHAMAN AQ TETAPI DARI KEFAHAMAM NENEK MOYANG, HINGGA
TURUT DIWARISI OLEH AGAMA LAIN.. APAKAH AGAMA ISLAM ITU SAMA DENGAN
AGAMA LAIN? JIKA TIDAK SAMA, MENGAPA BERIMAN API NERAKA SEPERTI YANG
MEREKA BERIMAN?

JELAS TERANG LAGI NYATA AQ MENYEBUT "API YANG NAIK MENJULANG KE HATI
ATAU KE LUBUK JIWA".. API APAKAH YANG MENJULANG KE HATI? API MEMASAK
ITU KAH?

PERHATIKAN PULA FIRMAN INI;

3
"Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan MUKA MEREKA DILIPUTI OLEH
JILATAN API NERAKA." (15:50)

DISEBUT DI DALAM AYAT "PAKAIAN" YANG MUDAH TERBAKAR.. APA PAKAIAN TU?
ITULAH PAKAIAN IBLIS YANG MUDAH TERBAKAR.. PENYAKIT HATI SEPERTI MARAH,
IRI, DENGKI, JAHIL, BAKHIL, BONGKAK, JAHIL, BENGONG DAN LAIN2.. PAKAIAN INI
MUDAH TERBAKAR.. DAN APABILA TERBAKAR, API MENJILAT KE MUKA..
MAKSUDNYA KELIHATAN DI MUKA MEREKA "MERAH PADAM".. PERHATIKANLAH
MEREKA YANG SEDANG MARAH, BAGAIMANA MUKA MEREKA? MERAH PADAM
SEPERTI DIJILAT API.. KITA DI ALAM FB INI PUN BOLEH MERASAKAN APABILA
SESEORANG ITU SEDANG DIJILAT API NERAKA MELALUI TULISANNYA..

MEMBARA2 DI JIWA.. SIKSANYA HANYA DIRI SENDIRI YANG TAHU.. PEDIH LAGI
MEMEDIHKAN..

ALLAH MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG SEJUK LAGI MENDAMAIKAN IAITU PAKAIAN


TAKWA.. PAKAILAH.. AGAR TIDAK DIJILAT API NERAKA.. WAHAI JIWA2 YANG
TENANG, KEMBALILAH KEPADA ALLAH..

SAUDARAKU, SETELAH MENGETAHUI AKAN API NERAKA YANG DISEBUT DI DALAM


AQ, MASIH LAGIKAH KITA INGIN BERIMAN SEPERTIMANA HINDU DAN KRISTIAN
BERIMAN?

MAHU IKUT KALAM ALLAH ATAU KALAM ULAR DALAM SEMAK YANG
MENGAJARKAN ILMU WARISAN NENEK MOYANG?

4
HARI KIAMAT

Hari Kiamat, (1) apakah hari Kiamat itu? (2) Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu? (3)
Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran, (4) dan gunung-gunung
seperti bulu yang dihambur-hamburkan. (5) Dan adapun orang-orang yang berat
timbangan [kebaikan]nya, (6) maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
(7) Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan [kebaikan]nya, ( maka
tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. (9) Dan tahukah kamu apakah neraka
Hawiyah itu? (10) [Yaitu] api yang sangat panas. (11) - AL QARIA'H

KEBANYAKAN AKAN BERFANTASI BAHAWA PADA HARI KIAMAT, BUMI INI AKAN
HANCUR DAN PEMBALASAN AKAN TERJADI.. DI MANA KEJADIAN INI? FANTASI
AKAN MEMBAWA KITA KE SATU ALAM ANTAH BERANTAH LANTAS KITA PUN AKAN
MENGKHAYALKAN HARI KIAMAT ITU.. BUKAN ITU SAHAJA, MALAH BANYAK FILEM
TERUTAMA DARI BARAT TELAH TURUT MENYUMBAT LAGI INFO2 FANTASI KE
DALAM AKAL KITA YANG SIHAT..

SAUDARAKU, HARI KIAMAT YG DISEBUT DALAM AQ BUKANLAH SEBEGITU.. HARI


KIAMAT ITU ADALAH HARI DI MANA KAMU MEMPEROLEH KESEDARAN.. KETIKA
MANA KAMU DITIMPA SESUATU SAMADA SAKIT, KESUSAHAN, KEMALANGAN DAN
LAIN2.. KERESAHAN JIWA YG DIRASAKAN PERIT AZABNYA.. HINGGA TIDUR PUN
JADI TAK LENA..

PADA KETIKA ITULAH DATANGNYA KESEDARAN KEPADA KAMU.. PADA KETIKA


ITULAH KAMU DIKEMBALIKAN KEPADA ALLAH YG BERMAKSUD INGATAN DAN
SELURUH ANGGOTA KAMU KEMBALI MENGINGAT ALLAH..

5
AYAT DI ATAS MENYEBUT "BAGAIKAN KUPU2 BERTEBARAN" DAN "GUNUNG
SEPERTI BULU YG DIHAMBUR".. ITULAH KEADAANNYA KAMU PADA KETIKA ITU YG
RESAH GELISAH DAN OTAK YANG KEBENGONGAN.. TERTANYA2 APAKAH YG
SEBENARNYA TERJADI? SEDANG DULU KAMU MENGINGKARI PERINTAH DAN
LARANGAN ALLAH MELALUI AQ..

JADI, DI MANA SEBENARNYA KEJADIAN INI BERLAKU? DI SINI BUKAN DI SANA..


KEBANYAKAN KITA SUDAH MELALUINYA, TERUTAMA YG SUDAH BERUSIA.. AQ ITU
BENAR.. NAMUN MASIH ADA YG MENGINGKARI DAN TIDAK SERIK DENGAN AZAB
YG DITERIMA SEBELUM INI.. YG BERJUDI TERUS BERJUDI, YG BERZINA TERUS
BERZINA, YG MENCURI TERUS MENCURI.. INGATLAH SAUDARAKU AKAN AZAB
ALLAH YG MAHA PEDIH.. KITA SEMUA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI HARI
KEBANGKITAN INI..

PEMBALASAN ALLAH ITU PASTI.. YG MANA AMAL KEBAIKANNYA BANYAK,


BERBAHAGIALAH.. SEBALIKNYA YG MENGINGKARI, AZAB ALLAH ITU MAHA PEDIH..

SYURGA DAN NERAKA

Adapun orang-orang yang celaka, maka [tempatnya] di dalam neraka, di dalamnya


mereka mengeluarkan dan menarik nafas [dengan merintih]. Mereka kekal di
dalamnya SELAMA ADA LANGIT DAN BUMI, kecuali jika Tuhanmu menghendaki
[yang lain]. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia
kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga,
mereka kekal di dalamnya SELAMA ADA LANGIT DAN BUMI, kecuali jika Tuhanmu
menghendaki [yang lain]; sebagai karunia yang tiada putus-putusnya [11:106-108]

6
syurga dan neraka itu tidak kekal abadi.. ianya wujud SELAMA ADA LANGIT DAN
BUMI.. apa itu langit dan bumi? langit berwarna biru di angkasa itukah? bumi yang
menghijau inikah?

bukan.. AQ itu bahasanya tinggi.. LANGIT dan BUMI yg dimaksudkan adalah JASAD
kita ini.. selagi kita bernyawa, selagi itulah wujudnya syurga dan neraka.. syurga dan
neraka itu di dalam diri kita, bukan di luar dan bukan juga di alam sesudah mati.. bila
sudah mati bercerai jasad dan nyawa, maka hilanglah sudah syurga dan neraka..
kembali kpd ALLAH ilaihi rojiun..

SELAMA INI KITA DIAJARKAN SYURGA DAN NERAKA YG DI PERCAYAI OLEH AGAMA
LAIN SEPERTI KRISTIAN DAN HINDU.. API NERAKA YG MENJULANG2, MEMBAKAR
AHLI2 NERAKA.. SEBENARNYA NERAKA YG DIRUJUK DI DALAM AQ BUKAN BEGITU..

ALAM BARZAKH

Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan
kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-
tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam
gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami
jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan. (6:122)

AYAT INI MENERANGKAN ORG YG DIHIDUPKAN SELEPAS MATI DAPAT BERJALAN


DI TENGAH² MASYARAKAT.. KEJAP! WAIT A SEC!... JGN INGAT HANTU POCONG
KELUAR DARI KUBUR PERGI PASAR PULAK YA..

7
YG DIMAKSUDKAN "MATI" ADALAH HATI.. KEMUDIAN HATI ITU DIHIDUPKAN
KEMBALI SETELAH MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK DAN ILMU PENGETAHUAN YG
HAQ IAITU ILMU TAUHID..

ORG YG TELAH MENDAPAT HIDAYAH, AKAN DPT MEMBEZAKAN YG HAQ DAN YG


BATHIL MANAKALA KEADAAN MEREKA YG MASIH DI DALAM KUBUR
(KEGELAPAN/KEJAHILAN) YG GELAP GELITA TETAPLAH MEMANDANG
PERBUATAN DAN PEGANGAN MEREKA ITU BENAR WALAUPUN SEBENARNYA
PEGANGAN MEREKA ITU ADALAH BATHIL..

ORG² YG DI DALAM KEGELAPAN, HATI MEREKA KERAS DAN TIDAK MAHU


MENERIMA KEBENARAN YG DIHIDANGKAN.. KERANA PANDANGAN,
PENDENGARAN DAN HATI MEREKA TELAH TERDINDING..
APAKAH DINDING ITU?

ITULAH BARZAKHUN.. KITA DUK INGAT ALAM BARZAKH TU ALAM SELEPAS MATI..
SEBENARNYA BUKAN.. ALAM BARZAKH ITU ADALAH ALAM DI MANA DIRI KITA
DALAM KEGELAPAN DAN KEJAHILAN.. BUKAN MUDAH NAK KELUAR DARI
KEGELAPAN NI.. TERUTAMA YG JENIS KERAS HATI DAN BERASA DIRI BETUL SGT
DAH DAN TAK MAHU BERLAPANG DADA SERTA MENGGUNAKAN AKAL YG SIHAT..

APAKAH BARZAKH ATAU DINDING YANG MENGHALANG KECAHAYAAN DAN


PETUNJUK?
1. JAHIL
2. LUPA
3. KHURAFAT
4. PEMALAS
5. TIDUR BERLEBIHAN
6. MAKAN MELAMPAUI BATAS
7. PENYAKIT CINTA DUNIA

PERUMPAMAAN KEGELAPAN ALAM BARZAKH;


Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di
atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih,
apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan)

8
barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai
cahaya sedikitpun. (24:40)

IBLIS DAN JIN

KISAH ADAM DAN IBLIS;

SEBELUM ADAM DIKELUARKAN DARI SYURGA, IBLIS TELAH TERLEBIH DAHULU


DIUSIR DARI SYURGA..
Al-Araf, 12-13:
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika
Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai
Allah) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku
sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan
yang hina".

PERSOALANNYA BAGAIMANAKAH IBLIS BOLEH MASUK SEMULA KE DALAM


SYURGA UNTUK MENGGODA ADAM? SUDAH TENTU SYURGA DIKAWAL RAPI OLEH
PARA MALAIKAT..

JAWAPANNYA, IBLIS BUKAN DI MANA², BUKAN DI LUAR TAPI DI DALAM DIRI


ADAM.. JADINYA, IBLIS ITU BUKANLAH SEKETUL MAKHLUK SEPERTIMANA YANG
DIKHAYALKAN KEBANYAKAN.. TETAPI IBLIS ADALAH SIFAT ADAM SENDIRI.. IBLIS
DIBUAT DARIPADA API, MAKA SIFAT APILAH YANG DIBAWANYA.. APAKAH SIFAT
ITU? IAITU SIFAT² YANG PANAS SEPERTI SOMBONG BONGKAK UJUB RIAK PEMARAH
PENENTANG DAN LAIN²

9
BAGAIMANA PULA DENGAN JIN?

BACA AYAT NI..


Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam, maka sujudlah mereka kecuali IBLIS. DIA ADALAH DARI GOLONGAN JIN, maka
ia mendurhakai perintah Rabbnya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-
turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu?
Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.
(18:50)

IBLIS DAN JIN TU SAMA SAHAJA.. DICIPTA DARI API.. SIFAT² YANG PANAS.. JIN
DALAM BAHASA ARAB BERMAKSUD TERSEMBUNYI MENYEMBUNYIKAN.. MAKA
SAMALAH JIN JUGA BUKANLAH SEKETUL LEMBAGA YANG DIKHAYALKAN TETAPI
JIN ADALAH SIFAT..

BACA NI UNTUK FAHAM SIFAT² INSAN, JIN, SYAITAN DAN IBLIS;

INSAN iaitu golongan yang berpaut atau terikat atau dipengaruhi oleh golongan lain..
JIN iaitu golongan yang menutup perkara yang haq dengan yang bathil..
SYAITAN iaitu golongan yang mengikat atau mempengaruhi atau menyandarkan
perkara bathil kepada golongan yang lain..
IBLIS iaitu golongan yang kecewa, ego, bersikap prejudis pada golongan tertentu,
berpaling, sakit jiwa seperti pemarah, dengki, iri hati, bakhil, ujub, riak, sombong dan
lain2..

JIN SYAITAN IBLIS ADALAH SIFAT² YANG ADA PADA ADAM IAITU SIFAT KAMU LAH..
ADA RETI?

PERHATIKAN DIRI KAMU DAN SEKELILING KAMU, APA TAK NYATA LAGI IBLIS, JIN
DAN SYAITAN? BUKAN GHAIB PUN..

10
INSAN, JIN, SYAITAN DAN IBLIS

INSAN iaitu golongan yang berpaut atau terikat atau dipengaruhi oleh golongan lain..
JIN iaitu golongan yang menutup perkara yang haq dengan yang bathil..
SYAITAN iaitu golongan yang mengikat atau mempengaruhi atau menyandarkan
perkara bathil kepada golongan yang lain..
IBLIS iaitu golongan yang kecewa, ego, bersikap prejudis pada golongan tertentu,
berpaling, sakit jiwa seperti pemarah, dengki, iri hati, bakhil, ujub, riak, sombong dan
lain2..

Surah Al-Anaam
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan,
manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata
dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika
Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah
mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
(112) Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
cenderung kepada bisikan itu dan supaya disetujui oleh mereka dan juga supaya
mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu. (113) (Katakanlah wahai
Muhammad): Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu
sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang
menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu
persatu (tentang yang benar dan yang salah)? Dan orang-orang yang Kami berikan
kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan
sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari
golongan yang ragu-ragu. (114) Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-
Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada
sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (115) DAN JIKA ENGKAU MENURUT
KEBANYAKAN ORANG YANG ADA DI MUKA BUMI, NESCAYA MEREKA AKAN

11
MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH; TIADALAH YANG MEREKA TURUT
MELAINKAN SANGKAAN SEMATA-MATA DAN MEREKA TIDAK LAIN HANYALAH
BERDUSTA. (116)

GHAIB

Surah Hud, 49:


ْ ‫ل َٰهذا فا‬
َ‫صبِ َْر إِنَ ْالعاقِبةَ ل ِْل ُمتقِين‬ َِ ‫ن أنباءَِ ْالغ ْي‬
َِ ‫ب نُوحِ يها إِليْكَ ما ُكنتَ تَ ْعل ُمها أنتَ ولَ ق ْو ُمكَ مِ ن ق ْب‬ َْ ِ‫ت ِْلكَ م‬
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari PERKARA² YANG GHAIB yang Kami wahyukan
kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak
mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang
baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa.

APA SEBENARNYA MAKSUD GHAIB YG DISEBUT DALAM AQ?

NABI MUHAMMAD ADALAH SEORANG YANG UMMIY.. UMMIY TU BUKAN


BERMAKSUD BUTA HURUF.. YANG KATA NABI MUHAMMAD BUTA HURUF TU
MEMANG TAK ADA AKAL YANG SIHAT LAH.. NABI SEORANG AHLI PERNIAGAAN YG
HEBAT, MANA MUNGKIN NABI BUTA HURUF..

UMMIY BERMAKSUD BAGINDA TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG


KITAB² SEBELUMNYA IAITU ZABUR, TAURAT DAN INJIL.. ITULAH MAKSUD UMMIY..

12
MAKA NABI TAK TAHU KISAH² ATAU BERITA² YANG ADA DALAM KITAB² TERSEBUT..
APABILA SUDAH DIWAHYUKAN KEPADA NABI, BARULAH BAGINDA MENGETAHUI..

RUJUK AYAT YANG AKU KONGSIKAN DI ATAS.. NABI MUHAMMAD TIDAK TAHU
AKAN KISAH NABI NUH, LALU ALLAH WAHYUKAN KISAH ITU KEPADA BAGINDA..
SEBELUM DIBERITAHU KEPADA BAGINDA, BERITA ITU GHAIB.. SETELAH
DIWAHYUKAN, BERITA ITU SUDAH TIDAK GHAIB LAGI..

ITULAH SEBENARNYA MAKSUD GHAIB..

PUAK² SYAITAN YANG SUKA MEMBENGKOKKAN JALAN YANG LURUS,


MEMESONGKAN MAKSUD GHAIB JADI ALAM JIN ALAM BUNIAN ALAM FANTASI
ALAM KARTUN.. HABIS ROSAK TERUK MASYARAKAT DIBUATNYA..

ALLAH MENCIPTA SESUATU MENGIKUT UKURAN.. ALLAH TAK CIPTA PERKARA²


YANG MENGARUT.. CIPTA HANTU BUNIAN YG TAK BOLEH NAMPAK KEMUDIAN
CAMPAK MEREKA HIDUP DI HUTAN DI TASIK DI LOMBONG DI LANGIT.. INI TAK
MENGIKUT UKURAN.. ALLAH TAK BUAT DAN TAK CIPTA BENDA² MENGARUT
WALAUPUN ALLAH MAHA MENCIPTA..

Surah Al-Qamar, Verse 49:


َ‫إِنا ُكلَ ش ْيءَ خل ْقناَهُ بِقدر‬
Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.

ALLAHU AKBAR.. SUNGGUH KITA SUDAH JAUH TERPESONG DARIPADA AJARAN


AQ YANG SEBENAR..

13
PENYAKSIAN SYAHADAH RASUL

14
BAGI AHLI MENGENAL DIRI, MUHAMMAD YG DISEBUT DI DALAM KALIMAH RASUL
ADALAH DIRI SENDIRI.. PELBAGAI ANDAIAN DIBUAT.. ADA YG BERANDAIAN
MUHAMMAD ITU ADALAH DIRI SEBENAR DIRI DAN ADA JUGA YG BERANDAIAN
MUHAMMAD ITU TERMASUK JASAD DAN ROHANI.. PELBAGAI ANDAIAN
BERDASARKAN KITAB2 ATAU PEMBIMBING YG MENYAMPAIKAN..

DALAM PENYAKSIAN SYAHADAH, ANDAIAN TIDAK BOLEH DIJADIKAN BUKTI.. JIKA


BERANDAIAN BAHAWA DIRI ADALAH MUHAMMAD, MANA BUKTINYA?
BERANDAIAN BAHAWA MIM (KEPALA) HA (DADA) MIM (PERUT) DAL (KAKI) ATAU
KETIKA SOLAT BERDIRI ALIF, RUKUK HA, SUJUD MIM, DUDUK DAL DAN MCM2 LG
ANDAIAN ITU BUKAN BUKTI MUHAMMAD.. ITU SEKADAR ILMU ANDAIAN..

JIKA BERDASARKAN ILMU SAHAJA, GAMBAR YG AKU KONGSIKAN INI PUN ILMU
ANDAIAN.. YHWH@YAHWEH.. SALAH ATAU TIDAK? TAK SALAH KERANA IANYA
ADALAH ILMU DAN ANDAIAN SAHAJA.. TIDAK BOLEH DIJADIKAN BUKTI DALAM
PENYAKSIAN..

JADI APAKAH SEBENAR2 PENYAKSIAN MUHAMMAD DI DALAM KALIMAH RASUL?

BAGI AHLI TAUHID, MUHAMMAD YG DISAKSIKAN DALAM KALIMAH RASUL


ADALAH SIFAT2 TERPUJI.. APA SIFAT2 TU?

SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATONAH & BERPERILAKU MANUSIA YG BAIK (AL


A'RADUL BASYARIYAH)

BILA SIFAT2 INI WUJUD DALAM DIRI, MAKA BARULAH DIKATAKAN MENYAKSIKAN
MUHAMMAD IAITU INSAN TERPUJI.. SELAGI TIDAK WUJUD SIFAT2 INI, ADAKAH
BOLEH MENYAKSIKAN MUHAMMAD? USAH BERANGAN DAN USAH BERMIMPI..
ANDAI MASIH MEMAKAI SIFAT IBLIS, YG DISAKSIKAN PADA DIRI ITULAH IBLIS
BUKAN MUHAMMAD..

SEKADAR BERKHAYAL DIRI ATAU ROH INI MUHAMMAD TETAPI PERILAKU SEPERTI
IBLIS, BELUMLAH LG KITA MENYAKSIKAN MUHAMMAD..

CONTOHNYA APABILA KAMU BERBUAT KEBAIKAN MEMBANTU ORANG LAIN


YANG KESULITAN, PADA KETIKA ITULAH KAMU MENYAKSIKAN MUHAMMAD PADA
DIRI KAMU.. YG MENERIMA BANTUAN KAMU AKAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
DAN KAMU AKAN MENERIMA PUJI2AN DARIPADA KEBAIKAN YG DIBUAT.. JADILAH

15
KAMU KETIKA ITU INSAN YG TERPUJI YAKNI MUHAMMAD.. BERSAKSILAH KAMU
AKAN MUHAMMAD..

PENYAKSIAN KALIMAH RASUL BUKAN SEKADAR MENGENAL DIRI KITA INI


MUHAMMAD WAHAI SAUDARAKU.. JIKA KAMU BERANDAIAN KAMU ITU
MUHAMMAD TETAPI TIDAK BERKELAKUAN MUHAMMAD, PENYAKSIAN KAMU
HANYA TINGGAL ANGAN2 DAN KHAYALAN SEMATA2...

MUHAMMAD ITU ADALAH AKHLAK YG TERPUJI..

SEMUA PERBUATAN DARI ALLAH?

benar.. semua perbuatan itu adalah dari ALLAH kerana tidak bergerak satu zarah pun
melainkan ALLAH.. semua kewujudan itu adalah ALLAH, semua kehendak itu adalah
ALLAH.. tidak terlepas walau sekecil²nya adalah ALLAH.. semuanya adalah dari ZAT
ALLAH semata².. milik ALLAH lah kerajaan langit dan bumi..

setiap yg wujud diwujudkan itu ada fungsi dan peranan masing².. matahari, bulan,
bintang, cakerawala, tumbuhan, binatang, angin, api, air, tanah, segala²nya ada
fungsinya masing².. semuanya bergerak dan semua pergerakan itu adalah pergerakan
ALLAH jua mengikut fitrah dan fungsi masing²..

bagaimana dengan manusia? selain diberikan AMANAH (sifat maani maanawiyah),


manusia juga diberikan AKAL dan NAFSU untuk bertindak dan berkehendak.. semua
kehendak telah disajikan kepada manusia samada baik mahupun buruk.. sebagai
KHALIFAHNYA, ALLAH yang maha pengasih dan penyayang telah pun memberikan

16
keizinanNya dalam apa jua kehendak manusia samada baik atau buruk.. diulang sekali
lg agar tidak gagal faham, semua kehendak adalah kehendak ALLAH samada baik
ataupun buruk namun KHALIFAH yg dikurniakan AKAL yang memilih kebaikan
ataupun keburukan.. pilihan di tgn manusia iaitu KHALIFAH itu sendiri untuk
menggunakan AMANAH yg diberi.. betapa ALLAH sangat mengasihi KHALIFAHNYA..

ALLAH mengadakan AQ sebagai panduan cara hidup yang sejahtera (ISLAM).. ALLAH
memberikan peringatanNya melalui kalamullah yakni AQ.. jika engkau berbuat baik,
engkau akan mendapat imbuhan kebaikan (PAHALA), dan jika engkau melakukan
keburukan, engkau akan mendapat balasan (DOSA)... dan ingatlah bahawa SIKSAAN
ALLAH AMATLAH PEDIH (NERAKA)..

ALLAH menyediakan pakaian taqwa iaitu MUHAMMAD (sifat yang terpuji).. jika kamu
ingin menjadi KEKASIH ALLAH, memakailah pakaian MUHAMMAD atau jika kamu
mengingkari, maka pakaianmu di tukar kepada IBLIS yang di laknat dan kamu akan
mendapat siksa yang pedih..

bagaimana yang dikatakan ALLAH itu menjadi penglihatannya, pendengarannya,


percakapannya, perbuatannya?

ya, apabila kamu sudah membuang segala syirik (jali, khafi, khafiyul khafi ilal khafi) dan
telah menjadi MUHAMMAD (insan yang terpuji) kekasihNya serta telah
mengembalikan HAQ kpd yg berHAQ, maka HAQ itu lah sahaja yang wujud tanpa
ada wujud selainnya pada diri kamu, tiada lg dinding² yg menghijab antara yg wujud
dan diwujudkan maka jadilah penglihatan, pendengaran, percakapan, perbuatan
DIA.. untuk mencapai ini bukan lah sesuatu yang mudah, sucikanlah JIWA dengan
sesuci²nya.. buanglah segala syirik dalam diri dan jadilah MUHAMMAD (sidiq amanah
tabligh fatonah).. selagi belum mencapai MUHAMMAD, kamulah sebenarnya IBLIS yg
dilaknat dan kamu kekal di dalam neraka selagi ada langit dan bumi..

17
BELENGGU

Al-Insan, 3 - 4
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan
ada pula yang kafir. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai,
BELENGGU dan neraka yang menyala-nyala.

APA SEBENARNYA BELENGGU? HAWA NAFSU..

BAGAIMANA NAK KENAL ATAU TAHU KITA TERBELENGGU?


ADA MATA, TP SUKA MELIHAT KEMUNGKARAN SEPERTI VIDEO PORNO, AURAT
LAWAN SEJENIS DAN LAIN²..
ADA TELINGA, TP SUKA MENDENGAR KEMUNGKARAN SEPERTI CERITA² GOSIP, AIB
ORG LAIN DAN LAIN²
ADA MULUT, TP SUKA BERCAKAP KEMUNGKARAN DAN MEMAKAN PERKARA²
SYUBHAH SEPERTI MENGUMPAT ORG LAIN, BERBOHONG, MAKANAN HARAM DAN
LAIN²
ADA TANGAN DAN KAKI, TP SUKA MELAKUKAN KEMUNGKARAN SEPERTI MENCURI,
PERGI KE TEMPAT² MAKSIAT DAN LAIN²
ADA RASA DAN KEINGINAN, TP TERARAH KEPADA KEMUNGKARAN SEPERTI
KEDEKUT, BAKHIL, IRI HATI, DENDAM, JAHIL, PEMARAH, UJUB, RIAK DAN LAIN²

DEMIKIANLAH CONTOH² ORG² YG TERBELENGGU.. TANPA MENILAI ORG LAIN,


RENUNGI DIRI SENDIRI.. ADAKAH KITA TERLEPAS DR BELENGGU?

18
SUSAH KAN? BUKAN MUDAH NAK MENUJU KE JALAN YG LURUS.. SYAITAN PASTI
MENGHALANGINYA DAN MENGAJAK KPD JALAN YG BENGKOK..

SIAPA SYAITAN TU? DIRI SENDIRI JUGA..

7 PEMUDA ALKAHFI

APA SEBENARNYA IKTIBAR KISAH TU?

AQ ITU HUDALINNAS, PETUNJUK KEPADA MANUSIA.. KETIKA MANA KITA


BERUSAHA UTK MEMAHAMI AQ, RENUNGLAH KE DALAM DIRI..

PERTAMANYA, GUA.. GUA DIKIASKAN SEBAGAI SEBUAH KEGELAPAN UMPAMA


KUBUR.. YG DIKATAKAN KEGELAPAN ITU ADALAH JAHIL.. BEGITULAH
DIIBARATKAN KPD PEMUDA².. MUDA BERERTI MASIH HIJAU DAN BELUM MATANG..
KEJAHILAN MENYELUBUNGI DIRI.. DARI DALAM GUA TERLIHAT MATAHARI YANG
MENYINAR.. MATAHARI ITU DIKIASKAN ILMU YG MENYULUH KEJAHILAN
(KEGELAPAN)..

KEDUA, 7 ORG DIKIASKAN UTK 7 PINTU² DOSA.. DARI 7 PINTU INILAH PUNCANYA
SEGALA DOSA.. APA 7 PINTU TU?

19
1. MATA 2. TELINGA 3. MULUT 4. TANGAN. 5. KAKI 6. PERUT 7. KEMALUAN.. KETIKA
JAHIL, SERING MELAKUKAN DOSA², SETELAH MENDAPAT KECAHAYAAN, PINTU²
DOSA ITU AKAN SEGERA TERTUTUP..
KETIGA, JASAD 7 PEMUDA DIBALIK²KAN.. IKTIBARNYA, HATI KITA INI SERING
BERBOLAK BALIK DALAM MENUJU KECAHAYAAN.. SGT SUSAH UTK MELEPASKAN
NIKMAT² DOSA..

KEEMPAT, ANJING.. DIKIASKAN HAWA NAFSU KITA YG BERSIFAT KEBINATANGAN..

KELIMA, 300 TAHUN DITIDURKAN TERASA BARU 3 HARI.. TIDUR JUGA DIKIASKAN
SEBAGAI KEGELAPAN ATAU KEJAHILAN.. DALAM AQ ADA MENYEBUT (SURAH
YAASIN), KETIKA SANGKAKALA DITIUP, ADA YG BINGUNG DAN ADA YG BERKATA
"SIAPAKAH YG MEMBANGKITKAN AKU DARI TIDUR?".. SANGKAKALA ITU ADALAH
PERINGATAN² DAN SERUAN² AGAR MENINGGALKAN KEJAHILAN, SEDANG KITA
MASIH LG DALAM KEJAHILAN (TIDUR).. SERUAN² ITU SGT PEDIH TERASA DI HATI,
LEBIH² LG APABILA KITA TAK SEDAR BAHAWA KITA SEBENARNYA JAHIL.. LIHAT SHJ
CONTOH POSTING² AKU MENGENAI "MUHAMMAD".. BRP RAMAI YG TERLONCAT
APABILA AKU MENYERU DAN MENYEDARKAN BAHAWA FAHAMAN ITU BENGKOK?
SENYUM

SELAIN ITU, IKTIBARNYA JUGA ADALAH MASA.. DEMI MASA.. MASA BERLALU
SANGAT PANTAS.. BERAPA UMUR KAMU SKRG? APAKAH TIDAK TERASA BEGITU
PANTASNYA MASA BERLALU? TERASA SEPERTI BARU SEMALAM KITA MELEWATI
ZAMAN KANAK² ATAU REMAJA.. MASIH LG INGIN DUDUK DLM KEJAHILAN..
SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN..

20
KUASA MINDA - TINGGALKAN DUNIA, KEJAR AKHIRAT

MINDA ADALAH ANUGERAH YANG HEBAT..

DARI SUDUT KUASA MINDA, "MENINGGALKAN DUNIA" ITU ADALAH MELUPAKAN


KEADAAN KITA PADA WAKTU KINI.. CONTOHNYA, SEKIRANYA KITA KINI SEDANG
DI DALAM KESUSAHAN, LUPAKAN KESUSAHAN.. JIKA KITA DALAM KESENANGAN,
LUPAKAN KESENANGAN.. SEMUA INI HANYALAH SEMENTARA SAHAJA DAN TIDAK
KEKAL..

MENGEJAR AKHIRAT ITU PULA ADALAH DENGAN MEMBAYANG SERTA


MERASAKAN KEADAAN MASA HADAPAN SEOLAH² IANYA SEDANG BERLAKU DAN
ANDA SEDANG MENIKMATINYA.. CONTOHNYA ANDA SEDANG MENIKMATI
KEBAHAGIAAN BERSAMA KELUARGA, BERCUTI DI LUAR NEGARA DAN
SEBAGAINYA..

DENGAN BERIMAGINASI TENTANG KEBAHAGIAAN, MINDA BAWAH SEDAR ANDA


AKAN MERAKAM KEBAHAGIAAN TERSEBUT SETERUSNYA MENGHANTAR MESEJ
KEPADA MINDA SEDAR ANDA.. SETERUSNYA MINDA SEDAR ANDA AKAN
MERUBAH DNA ANDA DAN MENARIK UNSUR² KEBAHAGIAAN KE DALAM
KEHIDUPAN ANDA..

MINDA SEDAR ANDA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA YANG PALSU DAN
REALITI.. MINDA SEDAR HANYA MENERIMA SIGNAL DARI RASA HATI ANDA IAITU
MINDA BAWAH SEDAR.. BILA ANDA MERASAKAN KEBAHAGIAAN WALAUPUN
REALITINYA ANDA SEDANG BERDUKA, MINDA SEDAR SECARA AUTOMATIS AKAN
MENGHAPUSKAN KEDUKAAN TERSEBUT DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN
KEBAHAGIAAN KE DALAM HIDUP ANDA..

21
BAGI ORG² YANG BERIMAN, AKAN SENTIASA MENIKMATI KEHIDUPAN WALAU
SUKA MAHUPUN DUKA.. KONSEP "BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH" ITU BENAR..

ANDA INGINKAN JODOH? USAH FIKIRKAN TENTANG MENCARI JODOH TETAPI


RASAKANLAH ANDA TELAH MENEMUI JODOH YANG ANDA IDAMKAN..

ANDA INGIN KAYA? USAH FIKIRKAN TENTANG KEKAYAAN TETAPI RASAKANLAH


ANDA TELAH KAYA..

ANDA INGIN BAHAGIA? USAH FIKIRKAN TENTANG KEBAHAGIAAN TETAPI


RASAKANLAH ANDA TELAH BAHAGIA..

SEMPURNA KHALIFAH ITU PADA AKALNYA.. KESEMPURNAAN KEJADIAN KHALIFAH


BERBANDING MAKHLUK YANG LAIN ADALAH PADA AKAL..

KASYAF

JAHIL SEKIRANYA MEMAHAMI BAHAWA KASYAF ITU TERBUKANYA


HIJAB@DINDING@BARZAKHUN MELIHAT ALAM GHAIB, ALAM JIN, ALAM
MALAKUT..

KASYAF ITU MAKSUDNYA TERBUKA TABIR MELIHAT KEBENARAN.. CTH


MUDAHNYA, DULU TGK NASI TP SEKARANG TGK NASI NAMPAK PADI ATAU

22
BENIHNYA.. DIPERLIHATKAN HAKIKAT NASI ITU.. ITU LAH NAMANYA KASYAF..
MELIHAT PERKARA YANG NYATA BUKAN ALAM GHAIB..

ISRAK, PERJALANAN DARI KEGELAPAN KEPADA KECAHAYAAN, ITULAH KASYAF..


HIJAB JAHIL TERBUKA..

YG MELIHAT ALAM GHAIB ITU JAHIL.. MASIH TERBELENGGU DENGAN PERMAINAN


KHAYALAN TAK BERTEPI.. BARANG YG TAK WUJUD, HANYA WUJUD DALAM
KHAYALAN SENDIRI.. LEPAS TU CLAIM ANUGERAH ALLAH.. ADUH DUH DUH...

KAMU NAK TENGOK ALAM MALAKUT?

SENANG JE NAK TGK, BUKAN KHAYAL PUN.. TAHU KE ALAM MALAKUT TU APA?

KALAU TANYA GENG SELAM MAKSIKULIPAT ALAM MALAKUT, MERAPU PERGINYA..


WALHAL ALAM MALAKUT ITU NYATA DAN SANGAT DEKAT..

AGAMA MAJUSI

posting kali ni lain sikit.. muak dah cakap pasal jan jin jun, syahadah, syurga neraka,
titian sirat dan seangkatannya.. kali ni aku nk bawak mereka2 yg suka menggunakan
akal mengkaji dan mencari kebenaran untuk merungkai tentang agama MAJUSI.. yg
jumud akalnya, tak baca pun tak apa..

agama MAJUSI adalah agama monotheistic (tuhan yang satu @ mengesakan tuhan)
tertua dalam sejarah manusia yang bermula di Parsi purba 1500 BCE.

mereka inilah pelopor agama yang menyatukan semua tuhan2 menjadikan hanya ada
satu tuhan.. mereka2 inilah kaum jahiliyah yg disebut dalam AQ yg tidak mengerti apa
yg diajarkan oleh nabi.. nabi suruh esakan ALLAH tp mereka esakan TUHAN.. kaum
yg keliru..

"Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang Satu saja? Sesungguhnya ini
benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan." (38:5)

23
jika diteliti, elemen ritual dan kepercayaan yang ada dalam agama MAJUSI mirip
dengan elemen ritual dan kepercayaan agama islam..

1. Tuhan yang satu: Allah vs Ahura Mazda


2. Wudhuk vs Padyab
3. Solat 5 waktu vs Geh 5 waktu
4. Solat asal 50 waktu vs Geh asal 50 waktu
5. Kiblat: Kaabah vs Api
6. Titian Sirat vs Titian Chinvat
7. Nabi : Muhammad vs Zoroaster
8. Israk Mirkraj : Nabi Muhammad tunggang Buraq vs Arda Viraf tunggang Barag

pendapat ulardalamsemak akan berkata agama Majusi tu adalah agama dari Allah
kerana persamaan yang dikongsi bersama islam..

jika diteliti lg, imam2 hadis berasal dari parsi juga.. hmmm kebetulan?

TUHAN AHURA MAZDA KIBLAT MAJUSI, API..

24
SOLAT vs GEH ARDA VIRAF YG NAIK KE LANGIT
MENUNGGANG BARAG

TITIAN CHINVAT @ SIRAT NABI ZOROASTER

25
JAMBATAN/TITIAN CHINVAT ZOROASTRIAN

Zoroastrianisme atau Agama Majusi diasaskan oleh Zoroaster di Iran kuno kira-kira
3500 tahun dahulu. Zoroastrianisme mempunyai kepercayaan tentang Jambatan
Chinvat.

Jambatan Chinvat atau "Bridge of Judgement" dalam Zoroastrianisme adalah


jambatan yang memisahkan dunia orang hidup dari dunia orang mati. Semua jiwa
mesti menyeberangi jambatan setelah mati.

Saiz dan lebar jambatan Chinvat berbeza-beza. Seperti yang dikisahkan dalam teks
yang dikenali sebagai Bundahishn, jika seseorang telah berbuat jahat, jambatan akan
kelihatan sempit dan Syaitan Vizaresh akan muncul dan menyeret jiwa mereka ke
dalam Druj-Demana (Rumah Kebohongan), tempat hukuman kekal dan penderitaan
(Neraka).

Jika seseorang banyak berfikiran baik, berkata-kata baik dan melakukan perbuatan
yang baik dalam kehidupannya, Jambatan Chinvat akan cukup luas untuk
menyeberang, dan Daena (Roh Wahyu) akan muncul dan membawa jiwa ke "House
of Song" (Rumah Kebahagiaan). Jiwa-jiwa yang berjaya menyeberangi Jambatan
Chinvat akan bersatu dengan Tuhan yang satu iaitu Ahura Mazda di Syurga.

26
THE BOOK OF ARDA VIRAF

Di dalam agama Zoroastrian terdapat sebuah buku di dalam Bahasa Pahlavi yang
diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Book of Arda Viraf".

Buku ini mengandungi 8,800 patah perkataan dalam Bahasa Pahlavi. Ia ditulis 400
tahun sebelum hijrah Nabi Muhammad.

Di sini aku kongsikan cerita Arda Viraf yang aku terjemahkan dari Bahasa Inggeris;
----------
Arda Viraf dipilih kerana ketakwaannya untuk menempuh perjalanan ke dunia
seterusnya untuk membuktikan kebenaran kepercayaan Zoroaster selepas suatu
tempoh ketika bumi Iran diganggu oleh kehadiran agama-agama yang mengelirukan
dan asing.

Arda Viraf meminum arak dan berhalusinasi, selepas itu jiwanya mengembara ke
dunia seterusnya di mana ia disambut oleh seorang wanita cantik bernama "Den"
yang mewakili iman dan kebajikannya (Bidadari ).

Arda Viraf menyeberangi Jambatan Chinvat (Titian Sirat ), dia kemudiannya


dipimpin oleh Srosh (Orang Alim) dan Adar (Malaikat) melalui "trek bintang", "trek
bulan" dan "trek matahari" - tempat di luar syurga yang dikhaskan untuk mereka yang
berbudi tetapi masih gagal untuk mematuhi peraturan Zoroaster (Roh-roh
Bergentayangan).

27
Di SYURGA, Arda Viraf bertemu dengan Ahura Mazda (Tuhan) yang menunjukkan
kepadanya roh-roh yang diberkati (Ahlav). Roh-roh tersebut telah menjalani
kehidupan baik di bumi sebagai pahlawan, petani, gembala atau profesion lain.
Kemudian, bersama para pembimbingnya Arda Viraf turun ke NERAKA untuk
diperlihatkan penderitaan orang jahat.

Setelah menyelesaikan perjalanannya, Arda Viraf diberitahu oleh Ahura Mazda


(Tuhan) bahawa kepercayaan Agama Zoroastrian adalah satu-satunya kepercayaan
agama yang betul dan benar dan ia harus dipelihara dalam kemakmuran dan
kesusahan.
----------
1. ARDA VIRAF mengembara ke langit bertemu tuhan.
2. ARDA VIRAF diperlihatkan syurga neraka.
3. diceritakan bahawa ARDA VIRAF naik ke langit menggunakan kuda terbang yg
dinamakan BARAG.
----------

hmmm kamu fikirlah sendiri

28
LA ILAHA

TIADA TUHAN.. CUKUP KAH KITA MENTIADAKAN TUHAN?

DALAM KALIMAH TAUHID ILAHA ITU MERUJUK KEPADA TUHAN2.. TUGAS DALAM
PENYAKSIAN ADALAH UNTUK MENTIADAKAN TUHAN ATAU MENOLAK SEMUA
TUHAN2.. SELAGI ADA TUHAN, SELAGI ITULAH TAUHID TIDAK AKAN DAPAT
DICAPAI.. SELAGI ADA TUHAN BERMAKNA MASIH ADA SYIRIK.. SELAGI ADA SYIRIK,
SELAGI ITULAH PENYAKSIAN KALIMAH TAUHID KITA TERBATAL.. TIDAK ADA
TUHAN DI SAMPING ALLAH..

Al-Anaam, 19:
ِ َ‫ن ِِلُنذِر ُكم بِ َِه ومن بلغَ أئِن ُك َْم لت ْشهدُونَ أنَ مع‬
َ‫ّللا‬ َُ ‫ل ّللاَُ ش ِهيدَ ب ْينِي وبيْن ُك َْم وأُوحِ يَ إِليَ َٰهذا ْالقُ ْرآ‬
َِ ُ‫ل أيَ ش ْيءَ أ ْكب َُر شهادةَ ق‬
َْ ُ‫ق‬
َ‫ل إِنما هُوَ إِ َٰلهَ واحِ دَ وإِننِي ب ِريءَ ِمما ت ُ ْش ِر ُكون‬
َْ ُ‫ى قُل لَ أ ْشه َُد ق‬ ََٰ ‫آلِهةَ أ ُ ْخر‬
Katakanlah: "Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?" Katakanlah: "Allah". Dia
menjadi saksi antara aku dan kamu. Dan Al Quran ini diwahyukan kepadaku supaya
dengan dia aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang-orang yang
sampai Al-Quran (kepadanya). Apakah sesungguhnya kamu mengakui bahwa ADA
TUHAN-TUHAN LAIN DI SAMPING ALLAH? Katakanlah: "AKU TIDAK MENGAKUI".
Katakanlah: "Sesungguhnya Dia adalah ALLAH Yang Maha Esa dan sesungguhnya
aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)".

AKU TAK NAK CERITA PANJANG LEBAR PASAL SYIRIK.. AKU NAK SENTUH SATU
PERKARA SAHAJA IAITU "HANTU" YANG DIKATAKAN DARI GOLONGAN JIN..

29
JIN HANTU SAKA BAKA TERMASUK DALAM SYIRIK.. SELAGI KITA PERCAYA ADANYA
HANTU, SELAGI ITULAH KITA MASIH BERADA DALAM KESYIRIKAN.. MAKNANYA
SYAHADAH KITA TERBATAL.. KITA LAFAZ DAN SAKSI TAPI DALAM HATI KITA MASIH
ADA SYIRIK.. JADI, APA YANG DISAKSI? HANTU?

SEBAB ITULAH AKU SELALU SEBUT DAN MENYERU AGAR KITA SEMUA BERLEPAS
DIRI DARI MEMPERCAYAI HANTU SAKA BAKA JIN ALAM GHAIB.. DAN
SEMEMANGNYA ALAM GHAIB TU TAK WUJUD PUN.. BETUL, PERCAYALAH IA
MEMANG TAK WUJUD.. IANYA SEBUAH KEJAHILAN NENEK MOYANG YG DIWARISI
HINGGA KINI SAHAJA..

MAAF CAKAP, YG MENGAKU MELIHAT JIN LANTAS MENGANGGAP IANYA ADALAH


ANUGERAH ALLAH SEBENARNYA TELAH TERTIPU DENGAN DIRI SENDIRI.. NAMUN
MASIH BELUM SEDAR DENGAN PENIPUAN DAN KHAYALAN SENDIRI.. SEBAB TU
AKU TEGUR.. BILA AKU TEGUR, JGN CEPAT MELENTING DAN PANAS.. RENUNGI
SEMULA TEGURAN AKU TU.. INI PERKARA BERAT BERKAITAN SYAHADAH.. BUKAN
PERKARA MAIN2.. MEMANG SUSAH NAK BUANG SESUATU YG KITA YAKINI BENAR
TAPI CUBALAH TENANGKAN DIRI DAN RENUNGI BETUL2 APA YG AKU CAKAP NI..
NAMUN, KALAU KAMU MASIH NAK PERCAYA DENGAN ULARDALAMSEMAK ATAU
MAHARAGU (GURU) KAMU, TERPULANGLAH..

BEGITU JUGA DENGAN GENG2 MAKSIKULIPAT, MUHAMMAD BATIN BAGAI.. KAMU


TERTIPU SEBENARNYA.. USAH FIKIR AKU CAKAP KOSONG.. JGN INGAT AKU TAK
LALU, AKU DH LALU.. DAH TGK PUN SEWAKTU AKU BERAMAL DENGAN AMALAN
ZIKIR SIRR NAFAS DAN JUGA BERJURUS.. DAN AKU TAHU SEBENARNYA APA YG
TERJADI.. TAK PERLU AKU HURAIKAN PANJANG LEBAR AMALAN AKU.. CUKUP AKU
KATAKAN IANYA CUMA PERMAINAN IBLIS DALAM DIRI SAHAJA.. PERMAINAN
MINDA.. KHAYALAN.. HALUSINASI..

KALAU KAMU BENAR2 INGIN MELIHAT NUR ILAHI NUR MUHAMMAD, TAK PERLU
PUN BERAMAL BERIBU2 ZIKIR.. TAK SAMPAI 1 MINIT KAMU DAH BOLEH MENYAKSI
CAHAYA2 TU.. CAHAYA ITU NYATA BUKAN KHAYALAN.. TAPI ITU TETAPLAH
TARAFNYA MAKHLUK.. JGN PULA BILA DAH MENYAKSI KAMU BERIKTIQAD ITU
ADALAH CAHAYA NUR ILAHI DAN ITULAH ALLAH YANG KAMU CARI.. BUKAN..
BUKAN.. BUKAN..

CUKUPLAH AKU MEMBEBEL.. KAMU NAK MARAH, SILAKAN.. AKU TAK RUGI APA2..
AKU DAH SAMPAIKAN.. DEMI MASA, GENERASI KITA DALAM KERUGIAN.. USAHLAH
DIHERET ANAK MUDA KE KANCAH YG SIA2..

30
SIHIR

SIHIR TU DARI SEGI ISTILAH BERMAKSUD SATU PERBUATAN MEMPENGARUHI HATI


ATAU AKAL SESEORANG..

SIHIR NI PERBUATAN SIAPA?

PERBUATAN MANUSIA JUGA YANG BERSIFAT SYAITAN.. YAKNI GOLONGAN YANG


MEMPENGARUHI ATAU MENYANDARKAN PERKARA BATHIL KEPADA GOLONGAN
YANG LAIN.. CONTOHNYA, MEMPENGARUHI GOLONGAN LAIN MEMPERCAYAI
ALAM GHAIB.. ATAU UCETAD² PERAWAT² MERAPU MEMBUATKAN SESEORANG ITU
PERCAYA TERKENA SIHIR JAN JIN JUN SAKA BAKA BAGAI.. SENYUM

BAGAIMANA SESEORANG TERKENA SIHIR?

SELAIN DARIPADA PERBUATAN DAN PERKATAAN MANUSIA BERTOPENGKAN


SYAIYAN, ZAMAN MODEN NI, ALAT SIHIR TERLALU CANGGIH, INTERNET ADALAH
SIHIR TERBESAR.. MEDIA² MASSA, MEDIA SOSIAL DAN SEBAGAINYA.. SETIAP
CONTENT ADALAH SIHIR.. APABILA SAHAJA KITA TERPENGARUH DENGAN
CONTENT, MAKA TERSIHIRLAH KITA.. CONTOH CONTENT FB SAYA INI JUGA SIHIR..
JAGA² YA, CONTENT SAYA SESAT LAGI MENYESATKAN.. SENYUM

MAK AYAH KITA JUGA PENYIHIR.. MASA KECIK² DULU KITA DI LARANG MAKAN
PINDAH TEMPAT, NANTI KAHWIN LEBIH DARI SATU.. KITA PERCAYA, MAKA
TERSIHIRLAH KITA DENGAN MAK AYAH.. KETAWA

31
"KISAH SIHIR NABI MUSA"

MAKA RAMAILAH YANG BERKHAYAL TONGKAT NABI MUSA MENJADI ULAR DAN
MEMAKAN ULAR² TUKANG² SIHIR FIRAUN.. INI KEPERCAYAAN KARUT LAGI
KARTUN.. ALAM FANTASI.. NI MAGIK.. SENYUM

DAH KU SEBUTKAN BAHAWA AQ ITU BAHASANYA TINGGI, AQ BUKAN KISAH


HIKAYAT TETAPI AQ ITU ADALAH HUDA (PETUNJUK) YANG SESUAI SEPANJANG
ZAMAN..

TAHUKAH KAMU ALLAH KURNIAKAN NABI MUSA KELEBIHAN BERHUJAH? NABI


MUSA DIKURNIAKAN KEPETAHAN BERKATA² DAN BERDEBAT..

PERISTIWA NABI MUSA DENGAN AHLI SIHIR ITU ADALAH PERDEBATAN.. MEREKA
BERDEBAT TENTANG KEBENARAN.. NABI MUSA MEMBAWA ILMU TAUHID YANG
HAQ.. APABILA DIBENTANGKAN HUJAH² BATHIL OLEH TUKANG² SIHIR, NABI MUSA
MEMATAHKAN HUJAH² MEREKA DENGAN ILMU TAUHID YANG HAQ.. APABILA
DATANG YANG HAQ MAKA TERTEWAS DAN HANCURLAH YANG BATHIL..
TONGKAT ITU SEBENARNYA ADALAH LIDAH.. MENJADI ULAR (LEMBUT) UNTUK
BERHUJAH..

BEGITU JUGA KISAHNYA NABI MUSA MENGETUK BATU DENGAN TONGKAT


SEHINGGA TERPANCUR AIR DARI BATU.. BATU ITU ORANG² JAHIL DAN KERAS HATI
MEREKA SEPERTI BATU.. SETELAH NABI MUSA MENYAMPAIKAN ILMU TAUHID,
TERPECAH BATU (KEJAHILAN) TU LALU MEMANCARKAN AIR (ILMU TAUHID)..

NABI MUSA BELAH LAUT?

LAUT ITU KIASNYA KEJAHILAN.. NABI MUSA MEMBELAH KEJAHILAN DENGAN


MENYAMPAIKAN ILMU TAUHID.. YANG MENGIKUTI NABI MUSA, TERSELAMATLAH
DARI KEJAHILAN.. YANG TENGGELAM, TERUS HANYUT DALAM KEJAHILAN DAN
KEGELAPAN..

DAH TAHU SEKARANG?

32
LEPAS NI USAHLAH PERGI CARI TONGKAT NABI MUSA TU.. TONGKAT TU ADA
DALAM DIRI KAMU.. BUANGLAH KEPERCAYAAN² KHURAFAT SIHIR MIHIR SEMUA
LEPAS NI YA..

PERSANGKAAN

Surah Al-Anaam, 116:


‫ون‬
َ ‫ص‬ُ ‫ن هُ َْم إِلَ ي ْخ ُر‬
َْ ِ‫ل ّللاَِ إِن يتبِعُونَ إِلَ الظنَ وإ‬
َِ ‫ُضلوكَ عن سبِي‬ َ ِ ‫وإِن تُطَِ َْع أ ْكثرَ من فِي ْاِل ْر‬
ِ ‫ضي‬
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka
akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan
SANGKAAN semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah BERDUSTA.

DISEBUT KEBANYAKAN MANUSIA DALAM PERSANGKAAN DAN BERDUSTA,


DITUJUKAN KEPADA KAUM JAHILIYAH.. AKU SEBUT DALAM POSTING YANG LAIN,
JAHILIYAH TU BUKAN GOLONGAN YG BODOH.. MEREKA CERDIK PANDAI.. TARAF
ZAMAN KITA SEKARANG NI PROFESOR, PENSYARAH, AHLI ILMUAN, AGAMAWAN,
USTAZ, ULAMAK DAN LAIN².. BILA KEPALA JAHIL, YANG EKOR MENURUT JAHIL LAH
JUGA.. SAMA² TERJUN KE LUBANG BIAWAK DENGAN GEMBIRA..

APAKAH YANG TERGOLONG DALAM MAKSUD "PERSANGKAAN"?

33
PERSANGKAAN ITU SESUATU YANG BUKAN HAQ ATAU TIDAK NYATA..
MEMPERCAYAI PERSANGKAAN ADALAH KEJAHILAN..

CONTOH PERSANGKAAN;
PERCAYA ADANYA ALAM GHAIB
PERCAYA ADANYA JIN IBLIS SYAITAN YANG GHAIB
PERCAYA KEPADA SIHIR² YANG GHAIB
PERCAYA KEPADA ALAM KUBUR YANG GHAIB
PERCAYA KEPADA SYURGA NERAKA YANG GHAIB
PERCAYA KEPADA ALAM AKHIRAT YANG GHAIB

SEMUA CONTOH KEPERCAYAAN DI ATAS ADALAH KEJAHILAN.. MEMPERCAYAINYA


MAKA SAMALAH JUGA DENGAN KAUM JAHILIYAH YANG DISEBUT DALAM AQ..

SEBENARNYA SEMUA CONTOH PERSANGKAAN DI ATAS TIDAKLAH GHAIB..


SEMUANYA NYATA ADANYA..

TAPI JANGAN SESEKALI DIUSIK ATAU MENGATA KEPERCAYAAN² TU.. NANTI YANG
MENGUSIK ATAU YANG MENGATA AKAN DITUDUH SESAT LAGI JAHIL.. EH EH JADI
TERBALIK PULAK, YANG TAK BERSANGKA² PULAK DITUDUH JAHIL..

34
JALAN YG LURUS

APAKAH JALAN YG LURUS? JALAN YG LURUS ITULAH TITIAN SIRAT.. TITIAN YG DI


BELAH TUJUH..

TERSANGATLAH SUKAR UTK MELINTASINYA.. PERJALANANNYA SANGAT SUKAR..


ADA YG TERABA2, ADA YG MERANGKAK, ADA YG MENGESOT DAN MCM2 LG..

NAMUN BAGI ORG2 YG BERIMAN, TITIAN ITU SGT MUDAH DILINTASINYA.. ADA
PULA YG SEPANTAS KILAT..

NANTI DULU, USAH TERUS DIBAYANGKAN CONTOH2 DI ATAS SEPERTI MENONTON


LAKONAN DI TV ATAU GAMBARAN2 DAN LUKISAN2 YG PERNAH KITA LIHAT
SEBELUM INI.. BUKAN ITU TITIAN SIRAT YG SEBENARNYA.. BUKAN BUKAN
BUKAANNN..

JALAN YG LURUS ITU SBNRNYA ADALAH MUHAMMAD (INSAN TERPUJI).. SIFAT2


INSAN YG TERPUJI.. SIDIQ AMANAH TABLIGH FATONAH, MANUSIA YG
BERPERILAKU BAIK.. TIADA HASAD DENGKI, IRI, DENDAM, MARAH, BAKHIL, JAHIL,
UJUB, RIAK DAN MCM2 LG PERKARA2 KEJI.. ITULAH JALAN YG LURUS..
SIRATULMUSTAQIM..

CUBA KITA BUANG SEMUA AKHLAK KEJI ITU DAN BERUBAH KPD AKHLAK YG
TERPUJI.. BUKAN MUDAH, SANGAT SUSAH.. NAK BUANG SIFAT IRI DALAM HATI,

35
CUBALAH.. NK MEMBUANGNYA UMPAMA MERANGKAK.. SIFAT UJUB RIAK,
BUANGLAH..

TAK PERLU JAUH, FB NI SHJ.. CUBA BUANG FB NI DARI HIDUP KITA UTK MENJAGA
HATI AGAR TERPELIHARA DRP NAFSU MAZMUMAH.. BRP LAMA MAMPU
BERTAHAN? TAK SAMPAI BEBERAPA JAM, HATI MEMBISIK2 "BUKA LAH FB, BUKA
LAH FB, BUKA LAH FB".. BETUL KE?

ITULAH TITIAN SIRATULMUSTAQIM, JALAN YG LURUS.. NK MENJAGA AMANAH


TERSANGATLAH BERAT.. CTHNYA PEKERJAAN, DALAM TEMPOH 8 JAM KITA
BEKERJA, BERAPA BYK WAKTU KITA SIA2KAN DENGAN BERBORAK, GOSSIP,
MELAYARI INTERNET FB YOUTUBE IG..?

JIKA AMANAH TIDAK MAMPU DIJAGA, BAGAIMANA DGN SIDDIQ TABLIGH DAN
FATONAH? USAH BERMIMPI MENJADI INSAN TERPUJI, USAH BERANGAN MENJADI
MUHAMMAD.. KITA JAUH SEKALI DARI AKHLAK MUHAMMAD..

AKU MUHAMMAD, BENARKAH? JAUH PANGGANG DARI API.. MASIH MEMAKAI


PAKAIAN IBLIS, MASAKAN MENGAKU MUHAMMAD.. (INI KENYATAAN UTK AKU
SENDIRI, BUKAN TERTUJU KPD SAUDARAKU SEMUA)

PESAKIT, PERAWAT & SYIRIK

ACAPKALI VIDEO² PERAWATAN JAN JIN JUN SAKA BAKA MELINTAS DI WALL AKU
NI, AKU KESIAN.. TERTANYA² SAMPAI BILAKAH BANGSAKU AKAN TERBELENGGU
DENGAN KEJAHILAN INI?

36
ADA VIDEO AKU TGK, PESAKIT WANITA BERPURDAH LAGI TU.. KESIAN.. BILA
DISENTUH PERAWAT DI POINT² TERTENTU (KONON SARANG JIN - MENURUT DIA
LAH) BERSERTA DENGAN BACAAN RUKYAH, MAKA TERJERIT²LAH PESAKIT SAMBIL
MENGELUARKAN FITNAH DARI MULUTNYA YANG KONONNYA JIN YANG
BERKATA².. "AKU BENCI DIA, AKU NAK BUNUH DIA".. MACAM TU LAH LEBIH
KURANG DIALOG FITNAH JIN SIHIR..

BANGSAKU MASALAH LAIN TAKDE.. SAKA, SIHIR, SANTAU.. PUNCA DARI DENGKI
DAN KHIANAT.. TU JE LAA DIALOGNYA DARI PERAWAT DAN PESAKIT... DARI
PERAWAT KE PERAWAT BERSILIH GANTI, JIN YANG SAMA TAK MATI².. DUIT HABIS
DAH..

WHY? WHY BANGSAKU? SAMPAI BILA NAK TERBELENGGU DENGAN KEJAHILAN


NI?

AYAT AQ PULA DIJADIKAN SASARAN FITNAH SYIRIK DAN MODAL AIR JAMPI.. BILA
BACA AYAT AQ, NAMPAKLAH ISLAMIKNYA PADAHAL SYIRIK NYATA..

TERMENUNG AKU.. BILALAH BANGSAKU NAK SEDAR.. HMMMM..

KEPADA PESAKIT, BERHENTILAH DARIPADA MEMPERCAYAI KHURAFAT..


HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL.. PERCAYALAH, JIKA KAMU TAK PERCAYAKAN
SIHIR, TAK KIRA BERAPA BANYAK JARUM TUKANG SIHIR CUCUK PATUNG ATAU
GAMBAR KAMU, KAMU TAK AKAN TERKENA PUN SIHIR TU.. SIPI² PUN TAKDE, KAMU
KETIS JE SIHIR TU TERUS KE DIRECTOR AHMAD NISFU..

KEPADA PERAWAT.. FIKIR²KANLAH..

"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan


yang telah mereka kerjakan." (6:88)
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni
segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa
yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."
(4:48)

37
KEMBALIKAN AKU KE DUNIA

WAHAI ADIK²KU, DENGARKANLAH PESANANKU INI.. BERIMANLAH KEPADA HARI


AKHIRAT, USAHLAH KAMU LALAI DENGAN DUNIAMU TIKA MANA USIAMU MASIH
MUDA.. BERBUATLAH KEBAIKAN (AMAL SOLEH) SEBANYAK²NYA..

AKAN TIBA SATU HARI NANTI, DI MANA MEREKA² YANG BERIMAN KEPADA
AKHIRAT AKAN BERBAHAGIA DAN YANG LALAI DENGAN DUNIA AKAN
SENGSARA..

TIKA MANA USIAMU MASIH MUDA, TINGGALKANLAH KESERONOKAN DUNIA


YANG SEMENTARA.. DAN BERUSAHALAH UNTUK AKHIRATMU YANG BAHAGIA..

AKAN TIBA SATU HARI NANTI, KAMU AKAN MELIHAT RAKAN²MU YANG
DAHULUNYA KAMU KEJI, KAMU CACI MEREKA SKEMA, KAMU PERLI MEREKA
BUDAK NERD, KAMU HINA MEREKA TAKDE LIVE, AKAN BERBAHAGIA ATAS
KEIMANAN MEREKA DI HARI AKHIRAT..

KAMU AKAN MELIHAT MEREKA BAHAGIA DI SAMPING KELUARGA, PEKERJAAN,


KEJAYAAN DAN SEBAGAINYA.. SEDANG KAMU MASIH DI TAKUK YANG LAMA..

38
MENGAPA? KERANA KETIKA DULU MEREKA YANG KAMU KEJI SEDANG TEKUN
BELAJAR ATAU BEKERJA, KAMU LALAI DENGAN MEREMPIT, KAMU LALAI DENGAN
KESERONAKAN MEMBONCENG AWEK², KAMU LALAI DENGAN BERBANGGA
DILIHAT HEBAT.. ATAS KELALAIAN KAMU ITU, KAMU LUPA AKHIRAT..

PADA HARI KEBANGKITAN ITU YAKNI AKHIRAT, PENYESALAN TIADA GUNANYA..


KAMU BERMOHON UNTUK KEMBALI AGAR DAPAT MERUBAH SEGALANYA.. KAMU
MENYESAL SESUNGGUHNYA.. NAMUN, MASA YANG BERLALU TAK AKAN KEMBALI..

DEMI MASA, MANUSIA DALAM KERUGIAN..

PERCAYALAH UNGKAPAN DARI ORANG² LAMA, "AKU MAKAN GARAM DULU


SEBELUM KAMU“..

RITUAL SOLAT

AKU DAH SAMPAIKAN SEBELUM NI BAHAWA PERBUATAN 17 RAKAAT SEHARI


SEMALAM TU NAMANYA "RITUAL SOLAT" BUKAN SOLAT.. RITUAL SOLAT TU HANYA
SEBAHAGIAN DARIPADA SOLAT..

APA MAKSUD SOLAT SEBENARNYA? PUN AKU DAH PERNAH SHARE SEBELUM NI..
KALAU RAJIN, SCROLL LAH CARIK POSTING AKU PASAL SOLAT..

SEKARANG NI MEH KITA PERHATIKAN AYAT NI PULAK;

39
"Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan
di bumi dan burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah
mengetahui SOLAT dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan." (24:41)

JELAS DALAM AYAT TU SEBUT BURUNG BERSOLAT.. BAGAIMANA BURUNG


BERSOLAT? TONGGENG² 17 RAKAAT SEHARI SEMALAM JUGA KAH?

TAK.. BURUNG PUN ADA CARA SOLAT DIA.. DALAM AYAT TU SEBUT "BURUNG
MENGEMBANGKAN SAYAPNYA".. BEGITULAH CARANYA BURUNG BERSOLAT..

JADI, FIKIRLAH BALIK GUNA AKAL YG CERDAS, ADAKAH 17 RAKAAT ITU ADALAH
SOLAT YG DIMAKSUDKAN DALAM AQ? APAKAH SEBENARNYA MAKSUD SOLAT YG
DISEBUT DALAM AQ?

SOLAT

hari tu, aku ada tgk video setajah selebriti share doa ni.. hari ni, doa ni lalu lg kat wall
aku..

bila baca maksud doa ni, aku yakin kebanyakan akan membayangkan yg solat dalam
doa nabi ibrahim ni adalah ritual 5 waktu.. betul kan? jgn bohong

40
soalan aku.. macamana nabi ibrahim solat 5 waktu sdgkan perintah solat 5 waktu
hanya bermula selepas israk mikraj nabi nuhammad?

aku yakin lg, mcm2 jawapan konar sana sini akan keluar bila ditanya soalan ni kpd
setajah² dan ucetad².. pasti jawapan konar baring cecah janggut cecah awning
punyalah.. yg mendengar jawapan pula akan terkebil² kagum dgn kehebatan
jawapan setajah² dan ucetad²..

aku cuma nk sampaikan ayat alquran ni..

"Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang telah diwasiatkan-Nya


kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa
yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu tegakkanlah agama
(keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah belah di dalamnya. Sangat
berat bagi orang-orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada
mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi
petunjuk kepada (agama)-Nya bagi orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)

ayat ni jelas lg terang.. semua syariat nabi² tu sama.. tak ada beza ya.. jgn nk kata nabi
ibrahim solat tauhid, nabi muhammad solat 5 waktu bla bla bla bla.. memandai je
ubah maksud alquran ya?

ALQURAN KATA LAIN, PENDITA-PENDITA AGAMA (SETAJAH UCETAD) KATA LAIN..


KAMU NAK IKUT YG MANA?

41
NAFI ISBAT DAN SIFAT 20

DAH MEMBARAH SGT SKRG NI, MENAFI DIRI, KEMUDIAN ISBATKAN ALLAH..
JADINYA "AKU ALLAH"..

BENGKOK NI BANG.. KAMU TU BUKAN ALLAH SEKALIPUN KAMU NAFI BERJUTA


KALI.. KAMU TETAPLAH MAKHLUK CIPTAANNYA..

SURAH AL BAQARAH MENYEBUT;

"Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KEPUNYAAN-NYA APA YANG DI
LANGIT DAN DI BUMI. Tiada yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisi Allah
tanpa izin-Nya (255)

APA SEBENARNYA YG KAMU NAFI?

AYAT TADI MENERANGKAN BAHAWA SEMUANYA ADALAH MILIK ALLAH,


TERMASUK LAH DIRI KAMU..

42
DIRI KAMU TU MILIK ALLAH..

DARI HUJUNG KAKI HINGGA UBUN² LUAR DALAM KIRI KANAN ATAS BAWAH
ADALAH MILIK ALLAH..

SIFAT² KUDRAT IRADAT ILMU HAYAT SAMAK BASAR KALAM KAMU ADALAH MILIK
ALLAH..

MILIK MUTLAK ALLAH DAN TIADA SEKUTUNYA.. DISEBUT DALAM AYAT TADI "TIADA
YANG DAPAT MEMBERI PERTOLONGAN MELAINKAN ALLAH".. JIKA KITA MENGAKU
ADANYA SELAIN ALLAH, SYIRIK..

PERHATIKAN BAIK², DISEBUT "MILIK ALLAH" BUKAN "ALLAH".. TIDAK DISEBUT


DALAM AQ BAHAWA SEGALA YG ADA DI ANTARA LANGIT DAN BUMI ITU ADALAH
"ALLAH" .. YG DISEBUT SEMUANYA ADALAH "MILIK ALLAH"..

NAFI ISBAT YG HAQ ITU MENAFIKAN SEMUA YG ADA PADA KAMU ADALAH MILIK
KAMU DAN MENGISBATKAN SEMUANYA ADALAH MILIK ALLAH.. BUKAN
MENAFIKAN DIRI KAMU DAN MENGISBATKAN KAMU TU ALLAH..

INILAH SBBNYA KENAPA AKU TEGUR ILMU SIFAT 20.. ILMU TERSEBUT
MENGATAKAN SIFAT 20 ITU SIFAT ALLAH.. MAKA RAMAILAH YG TERPESONG
SAMPAI MENGAKU ALLAH.. SEBETULNYA SIFAT² ITU BUKAN ALLAH TAPI SIFAT ITU
MILIK ALLAH.. DAN ALLAH BUKAN MEMPUNYAI 20 SIFAT SAHAJA.. SIFAT ALLAH
TIDAK TERBILANG.. BULU KUCING PUN KAMU TAK MAMPU NAK BILANG, INIKAN
PULA NAK BILANG SIFAT ALLAH? LEMAHLAH ALLAH JIKA DIA ADA 20 SIFAT
SAHAJA.. DALAM KAMU TIDAK SEDAR, KAMU SEBENARNYA TELAH MENGHINA
ALLAH..

SIFAT² MAANI MAANAWIYAH YG ADA PADA KAMU BUKAN ALLAH TAPI MILIK
ALLAH.. DISURUH KAMU MEMIKIRKAN KEJADIAN DIRI KAMU SUPAYA KAMU SEDAR
BAHAWA TIDAK ADA SATU PUN MILIK KAMU.. KAMU TU HANYALAH SEORG YG
FAKIR YG TIDAK MEMILIKI APA².. DAN DIRI KAMU YG FAKIR ITU JUGA MILIK ALLAH..

SETELAH KAMU NAFI SEMUANYA BUKAN MILIK KAMU, MASIH PANTASKAH KAMU
MELAKUKAN KEMUNGKARAN? DI SINILAH PULA ALLAH MENJADIKAN RASUL
SEBAGAI IKUTAN DAN PANDUAN.. SYAHADAH RASUL.. MUHAMMAD ITU SIFAT² YG
TERPUJI YG DIREDHAI.. MUHAMMAD ITU PAKAIAN TAKWA PAKAIAN IMAN..

43
BERBEZA KALAU KAMU MENGAJI SIFAT 20, AKHIRNYA KAMU BENGKOK MENGAKU
ALLAH DAN TAK FAHAM DAH PENYAKSIAN RASUL.. KAMU BUAT JAHAT PUN
ALLAH, BERZINA PUN ALLAH, MEROGOL ORG PUN ALLAH, MENCURI PUN ALLAH..
NAMPAK TAK? KE KAMU BUTA LG MELIHAT KEBENARAN NI?

HMMM KALAU NK KARANG LG, MMG PANJANG LG NI.. MAKIN TERBAKAR JIWA²
KAMU YG TAKSUB ILMU SIFAT 20.. CUKUPLAH DULU NI, AKU RENDAM SIKIT JE
DALAM KUALI PANAS..

AMANAH - JANGAN AMBIL AYAT SEKERAT²

BILA BERBICARA TENTANG "AMANAH" KEBANYAKAN AKAN MERUJUK SURAH AL


AHZAB AYAT 72 INI;

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab AMANAH (Kami) kepada


langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan
memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada
mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan
persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat
perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

44
MAKA DENGAN SATU AYAT TERSEBUT DITAFSIRKAN OLEH AHLI KHAYAL
MENGENAL DIRI BAHAWA AMANAH ITU ADALAH MERUJUK KEPADA DIRI ALLAH
ITU SENDIRI.. MANUSIA MENANGGUNG RAHSIA DIRI ALLAH.. MANUSIA ITU
SEBENARNYA WUJUD ALLAH ATAU KENYATAAN ALLAH..

NAMUN BENARKAH TAFSIRAN AHLI KHAYAL MENGENAL DIRI TU? JOM SEMAK
AYAT SETERUSNYA IAITU AYAT 73;

(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya ALLAH AKAN
MENYIKSA orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang
munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang
musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta
orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

JELAS AYAT TU SEBUT ALLAH AKAN MENYIKSA YG MUNAFIK (BERPURA²) DAN


MUSYRIK (ORG² YG SYIRIK)..

JIKA AMANAH ITU BERMAKSUD DIRI ALLAH SENDIRI, JADINYA, ALLAH SIKSA ALLAH
LAH YA?

HMMM KAMU FIKIRLAH SENDIRI.. KALAU AKU CAKAP BYK² NANTI KENA COP TAK
SAMPAI DAN TAK MAKRIFATULLAH PULAK YE DAK?

ADA AKAL, FIKIR² DAN RENUNG²KAN LAH..

45
IMAM MAHDI

IMAM bermaksud ketua


MAHDI bermaksud org yg mendapat petuntuk..
mahdi berasal drp perkataan HUDA.. huda bermaksud petunjuk.. apakah sebenarnya
petunjuk?

Surah Al-Baqara, 2:
َ‫َٰذلِكَ ْالكِتابَُ لَ ريْبَ فِي َِه هُدى ل ِْل ُمتقِين‬
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa (HUDA LILMUTTAQIIN);

Surah Al-Baqara, 185:

ِ ‫ى و ْالفُ ْرق‬
َ‫ان‬ ََٰ ‫اس وب ِيناتَ ِمنَ ْال ُهد‬ ِ ُ ‫ش َْه َُر رمضانَ الذِي أ‬
َُ ‫نزلَ فِي َِه ْالقُ ْرآ‬
َ ِ ‫ن هُدى لِلن‬
bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk
bagi manusia (HUDA LINNAS) dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda (antara yang hak dan yang bathil).

46
ketahuilah bahawa AQ ada di dalam dirimu..

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),


dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu) (75:17)

(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat
keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang
berilmu; (29:49)

persoalannya siapakah MAHDI?

diulang, MAHDI itu adalah org² yg mendapat petunjuk.. siapa dia?

kamulah, siapa lg? hindu baca AQ tak? org yg beriman kpd AQ itulah MAHDI..

siapa pula IMAM atau KETUA kpd MAHDI?


dh jelas kan? AQ lah IMAMnya.. kamu nak ikut siapa lg selain AQ? jika kamu ikut selain
AQ, bengkoklah jalan kamu..

AQ itulah sebenarnya IMAM MAHDI yg dicari selama ini.. dan AQ itu sbnrnya ada di
dalam diri kamu.. carilah AQ tu.. hidupkan AQ, cahaya petunjuk bg kegelapan kamu
..

47
KISAH ADAM - PART I

DARI SYURGA DICAMPAK KE DUNIA.. APA MAKSUDNYA?

USAH BERKHAYAL².. KISAH INI BUKAN BERLAKU DI SATU ALAM YANG TIDAK TAHU
DI MANA, TAPI KISAH ADAM INI ADALAH KISAH KITA SEMUA, KISAH MANUSIA
SEKELIANNYA..

"SYURGA" DALAM KISAH ADAM SEBETULNYA BERMULA KETIKA MANA SEORANG


BAYI DILAHIRKAN SEHINGGALAH UMURNYA MENCAPAI DEWASA ATAU BALIGH..
ITULAH TEMPOHNYA ADAM ATAU MANUSIA BERADA DI DALAM SYURGA..

KETIKA BAYI DILAHIRKAN SEHINGGALAH DIA BALIGH, SEKELIAN ALAM TUNDUK


KEPADANYA KECUALI IBLIS.. APA MAKSUDNYA?

MAKSUDNYA, SEGALA² TELAH TERSEDIA UNTUKNYA.. MAKAN MINUMNYA,


PAKAIANNYA TERSEDIA DAN DIJAGA.. APA SAHAJA YG DIMINTA, PASTI
DITUNAIKAN.. ITULAH MAKSUDNYA SEKELIAN ALAM TUNDUK KEPADA ADAM..

APA PULA MAKSUD KECUALI IBLIS TIDAK TUNDUK?

YA, IBLIS TIDAK TUNDUK.. IBLIS ITU SEBENARNYA ADA DI DALAM ADAM ATAU
MANUSIA..

48
BAGAIMANA NAK KENAL IBLIS TU?

PERHATIKANLAH ANAK² KECIL, KETIKA MANA PERMINTAANNYA TIDAK


DITUNAIKAN, APA YG TERJADI?

DIA AKAN MENJADI "TANTRUM" ATAU BAHASA MUDAHNYA MENANGIS,


MENGAMUK, MERONTA².. ITULAH "IBLIS" YG TIDAK TUNDUK KEPADA ADAM,
ITULAH HAWA NAFSU SI ADAM ATAU ANAK KECIL ITU TADI..

DI DALAM TEMPOH MANUSIA MEMBESAR HINGGALAH DIA MENCAPAI


KEDEWASAAN IAITU BALIGH, MANUSIA TIDAK DIPERTANGGUNGJAWABKAN
DENGAN SEBARANG DOSA DAN PAHALA.. ITULAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN
"TINGGAL DI DALAM SYURGA"..

BERSAMBUNG DI PART II

KISAH ADAM - PART II

DALAM KISAH PART I, KITA SUDAH MENGERTI BAHAWA SYURGA YANG DIDIAMI
ADAM ADALAH KETIKA SESEORANG ITU LAHIR HINGGALAH DIA MENCAPAI UMUR
DEWASA IAITU BALIGH..

BAGI LELAKI LINGKUNGAN PURATA UMUR BALIGH ADALAH 12 - 15 TAHUN


MANAKALA PEREMPUAN 9 - 12 TAHUN..

49
APABILA TERCAPAINYA BALIGH, MENANDAKAN SESEORANG ITU TELAH DEWASA
DAN MATANG.. APAKAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN MATANG?

MAKSUDNYA, SUDAH DAPAT MENGENAL DAN MEMBEZAKAN BAIK DAN BURUK..


SUDAH DAPAT MENGERTI DOSA DAN PAHALA..

MAKA KETIKA TERCAPAINYA UMUR BALIGH INI, "WAJIB SETIAP ANAK ADAM
MENGAMBIL KESAKSIAN".. KESAKSIAN APA? KESAKSIAN SYAHADAH.. APA
MAKSUDNYA?

MAKSUDNYA DIBERIKAN PENCERAHAN ILMU (CAHAYA) KEPADANYA TENTANG


SYAHADAH.. INILAH SEBENARNYA PERISTIWA "ALASTUBIRABBIKUM... QOLU BALA
SYAHIDNA"..

Dan ketika Rabbmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang
mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya
dengan firmanNya): "Bukankah Aku Rabb kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar
(Engkaulah Rabb kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak
berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (7:172)

PERISTIWA PENYAKSIAN INI BERLAKU KETIKA ANAK YG TELAH DEWASA TADI


DIBERIKAN ILMU PENCERAHAN TENTANG SYAHADAH, BUKANNYA KETIKA BAYI
DALAM PERUT.. TIDAK LOGIK LANGSUNG KESAKSIAN DIAMBIL KETIKA BAYI DI
DALAM PERUT.. ISLAM ITU AGAMA AKAL.. BAYI DALAM PERUT BELUM BERAKAL
(BALIGH) LAGI..

ALLAH TAK ZALIM MENGAMBIL KESAKSIAN DARIPADA BAYI YG BELUM BERAKAL..


ZALIMLAH ALLAH JIKA AMBIL KESAKSIAN DALAM PERUT, KEMUDIAN
MEMBUATKAN BAYI ITU LUPA DENGAN KESAKSIAN.. ADA RETI?

BERSAMBUNG DI PART III

50
KISAH ADAM - PART III

SAMBUNGAN DARI PART II.. SEBELUM INI TELAH DIKONGSIKAN BAHAWA


PERJANJIAN ATAU PERSAKSIAN SEBENARNYA BERLAKU PADA KETIKA SESEORANG
ITU DIBERIKAN PENCERAHAN TENTANG SYAHADAH..

JOM KITA LIHAT KEMBALI AYAT TERSEBUT..

Dan ketika Rabbmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang
mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya
dengan firmanNya): "Bukankah Aku Rabb kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar
(Engkaulah Rabb kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak
berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (7:172)

AYAT MENGELUARKAN ZURIAT DARI TULANG BELAKANG ITU SEBENARNYA


MEMBAWA MAKSUD "MENGELUARKAN SESEORANG DARIPADA KEGELAPAN ATAU
KEJAHILAN"..

DENGAN APA CARA NAK KELUARKAN TU?

DENGAN KALIMAH TAUHID LA ILAHA ILALLAH TIADA TUHAN SELAIN ALLAH..

SETELAH DICERAHKAN, MAKA BERSAKSILAH SI ADAM ATAU MANUSIA YG SUDAH


BALIGH TADI.. SETELAH BERSAKSI, MAKA DIPERINGATKAN SUPAYA MEMEGANG

51
ERAT KALIMAH TAUHID TERSEBUT DALAM PERJALANAN KEHIDUPANNYA.. USAH
LALAI DENGAN PERSAKSIAN TERSEBUT.. KELAK PADA HARI KIAMAT ATAU HARI
KEBANGKITAN, MEREKA TIDAK AKAN MENDUSTAINYA.. DISEBUT DALAM AQ,
"CELAKALAH ORANG² YG LALAI"..

SETELAH BALIGH, MANUSIA KINI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DIRI MEREKA


SENDIRI.. BERMULALAH TANGGUNGJAWAB MEMIKUL DOSA DAN PAHALA..

DI SINILAH PULA KIASNYA "POHON KHULDI".. APA ITU POHON KHULDI?


CARI SENDIRI YA..

HARUT DAN MARUT

HARUT DAN MARUT DIKATAKAN 2 MALAIKAT YANG MENGAJARKAN SIHIR DI


ZAMAN NABI SULAIMAN.. NAMUN, AJARAN MEREKA TELAH DISALAHGUNAKAN
OLEH MANUSIA² IBLIS DAN SYAITAN..

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan
Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal
Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir
(mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang
diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu HARUT dan MARUT,
sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum
mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu
kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu,
mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu
(ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali
52
dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat
kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini
bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya
keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan
sihir, kalau mereka mengetahui. (2:102)

TAHUKAH KAMU BAHAWA AJARAN HARUT MARUT ITU KEKAL HINGGA HARI INI
DISALAHGUNAKAN?

YA, SAMPAI SEKARANG "RAHSIA" ITU DIPEGANG OLEH KELOMPOK TERTENTU DAN
MENYALAHGUNAKANNYA UNTUK MENGUASAI DUNIA..

APAKAH SEBENARNYA HARUT DAN MARUT?

dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? (Adh
Dhariyat:21)

YA.. SEBENARNYA HARUT DAN MARUT ITU ADA DI DALAM DIRI KAMU..

WUDHUK DAN JUNUB

Surah Al-Maeda, 6:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat

53
KETIKA KAMU HENDAK MELAKSANAKAN SESUATU

maka (berwuduklah)

MAKA BERTAUHIDLAH.. NAFI DAN ISBAT..

iaitu basuhlah muka kamu,

IAITU BUANGLAH EGO DAN KESOMBONGAN KAMU..

dan kedua belah tangan kamu meliputi siku,

DAN INGATLAH TIADA KEKUATAN BAGI KAMU UNTUK MELAKSANAKANNYA


MELAINKAN ALLAH.. LAHAWLAWALA..

dan sapulah sebahagian dari kepala kamu,

DAN BERSUJUDLAH.. ABDIKAN DIRI KAMU KEPADA ALLAH.. KEHAMBAAN..

dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;

DAN TEGAKKANLAH KEBENARAN (HAQ).. HAPUSKAN KEBATHILAN..

dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;

DAN JIKA KAMU LALAI DALAM SOLAT KAMU, MAKA BERTAUBATLAH DENGAN
NAFI DAN ISBAT SEPENUHNYA.. LA ILAHA ILALLAH

dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),

DAN JIKA KAMU KEBINGUNGAN..

atau dalam pelayaran,

ATAU DALAM PENCARIAN ILMU..

atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air,

ATAU KAMU BERASAL DARI KEJAHILAN..

54
atau kamu sentuh perempuan,

ATAU KAMU TEWAS KEPADA NAFSU KAMU..

sedang kamu tidak mendapat air,

SEDANGKAN KAMU MASIH DALAM KEKELIRUAN KERANA TIDAK MENDAPAT


ILMU..

maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah
muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.

MAKA HENDAKLAH SEKECIL² ATAU SEKURANG²NYA, INGATLAH AKAN USUL


KAMU DARI TANAH.. KAMU ADALAH HAMBA ALLAH..

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),


tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

MAKA NIKMAT RABB KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

BULAN TERBELAH

PERCAYA KE DENGAN IMEJ NASA NI?


APA KATA AQ? JOM SEMAK..

55
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. (54:1)

KIAMAT DAH HAMPIR? BUKANKAH BULAN DAH TERBELAH MASA ZAMAN NABI
LAGI?

BUKAN BEGITU.. SEBETULNYA AYAT TADI TU MENCERITAKAN SAAT HARI KIAMAT


KAMU HAMPIR TIBA..

BULAN KIASNYA ADALAH ILMU.. APABILA BULAN DIKATAKAN TERBELAH,


BERMAKSUD SEGALA ILMU YANG KAMU ADA SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI..

WAIMA KAMU SEORANG DOKTOR PAKAR SEKALIPUN, ILMU KAMU SUDAH TIDAK
DAPAT MENOLONG KAMU LAGI PADA SAAT KIAMAT KAMU..

KIAMAT ITU HARI KEBANGKITAN.. APA YG BANGKIT? KESEDARAN KAMU AKAN


BANGKIT.. BARULAH KETIKA ITU KAMU BENAR² MENGINGATI KEKUASAAN ALLAH..
MENYESAL PUN DAH TAK ADA GUNANYA..

ITULAH MAKSUDNYA "BULAN TERBELAH".. DAN INILAH BUKTI AQ ADALAH


MUKJIZAT NABI..

REZEKI, JODOH & AJAL

soalan: salam Tuan, boleh jelaskan tentang rezeki,jodoh dan ajal? kata org 3 perkara
tu ketetapan ditangan Allah

56
KALAU AKU JELAS SATU PERSATU, AKAN JD PANJANG SANGAT POSTING NI.. JD,
AKU RINGKASKAN YA.. TAPI TAK RINGKAS JUGA NI..

KETIGA² NI DALAM KATEGORI TAKDIR.. SBLM NI AKU PERNAH SHARE PASAL TAKDIR
TP AKU DELETE POSTING TU.. TAKPE, AKU ULANG BALIK BAB TAKDIR NI.. AQ KATA
TAKDIR TELAH TERTULIS DI DALAM KITAB DI LAUH MAHFUZ..

DI MANA LAUH MAHFUZ TU?


DI ARASY

DI MANA ARASY?
DI LANGIT

LANGIT YG MANA YG DIRUJUK?


BAGI TAJUK TAKDIR MANUSIA INI, LANGIT YG DIRUJUK ADALAH LANGIT DI ALAM
SAGHIR

DI MANA LANGIT ALAM SAGHIR TU?


DI KEPALA KAMU..

JADI, APAKAH SEBENARNYA KITAB YG DIMAKSUDKAN DI LAUH MAHFUZ TU?


KITAB YG DIMAKSUDKAN ITU SEBENARNYA ADALAH AKAL KAMU..

JADINYA TAKDIR SESEORANG MANUSIA ITU ADALAH YG TERTULIS DI AKAL


FIKIRAN?
BENAR.. MANUSIA MENULIS TAKDIRNYA DI ATAS PILIHAN² YG ALLAH ILHAM DAN
KURNIAKAN.. PILIHAN² TERSEBUT ADALAH HAK MUTLAK ALLAH..

BERMAKSUD ALLAH LAH YG MEMBERIKAN ILHAM KEPADA AKAL UNTUK MEMILIH?


BENAR, ALLAH YG MENGURNIAKAN SEGALA PILIHAN DAN MANUSIA LAH YG
MEMILIH DAN MENULIS TAKDIRNYA SENDIRI BERDASARKAN PILIHAN² DAN ILHAM²
DARI ALLAH..

57
ALLAH TELAH MEMBENTANGKAN SEGALA PILIHAN SAMADA JODOH, REZEKI DAN
AJAL, SETERUSNYA MANUSIA MEMILIH DI ANTARA PILIHAN² YG ADA..

CONTOHNYA;

DIILHAMKAN KEPADA MANUSIA MENCARI JODOH, MANUSIALAH YG MENCARI


JODOH.. MANUSIALAH YG MENULIS TAKDIR JODOHNYA YG BAGAIMANA..
SAMADA YG PUTIH GEBU, YG KACAK, YG COMEL, YG KAYA RAYA BERHARTA, YG
SOPAN BERAKHLAK MULIA., YG BERJANGGUT BERJUBAH ARAB.. SEMUANYA
DITULIS OLEH MANUSIA ITU SENDIRI.. TAK PERCAYA? YG SUDAH BERKAHWIN,
LIHATLAH ISTERI/SUAMI KAMU, BUKANKAH KAMU YG MEMILIH? BUKANKAH ITU YG
KAMU ANGAN²KAN? BUKANKAH ITU YG KAMU INGINKAN? TEPUK DADA TANYA
IMAN.. YG BERPISAH, BUKANKAH ITU PILIHAN KAMU JUGA UNTUK BERPISAH?
BUKAN TIADA JODOH LAGI, TAPI KAMU SENDIRILAH YG MEMILIH UTK
MEMENDEKKAN JODOH TU..

BEGITU JUGA DGN REZEKI, KAMULAH YG MEMILIH BAGAIMANA REZEKI YANG


TELAH ALLAH BENTANGKAN SELUAS²NYA INI MENJADI MILIK KAMU.. DIKATAKAN
DALAM AQ "KAMILAH YG MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU".. BENAR ALLAH LAH YG
MENGURNIAKAN REZEKI.. LALU BAGAIMANA ALLAH MENGURNIAKANNYA..
MELALUI AKAL KAMU DIBERIKAN ILHAM REZEKI TERSEBUT.. KAMU INGIN MAKAN
KFC, DAPAT KFC.. KAMU NAK MAKAN PIZZA, DAPAT PIZZA.. BEGITULAH IANYA
BERJALAN TANPA KAMU SEDARI.. KAMU SENDIRI YG MENCIPTA DAN MEMILIH
REZEKI KAMU ATAS PILIHAN² YG ALLAH BENTANGKAN..

BAGAIMANA DGN AJAL? PUN SAMA JUGA.. KAMU NAK UMUR PANJANG,
JAGALAH MAKAN MINUM KAMU.. APAKAH KAMU TIDAK MELIHAT ORG² DAHULU
YG UMURNYA PANJANG²? APA YG MEREKA MAKAN? SKRG NI APA PULA YG KITA
MAKAN?

ALLAH SEBUT DALAM AQ, SETIAP YG BERNYAWA PASTI MATI.. ITU KETETAPAN YG
TIDAK DPT DIUBAH LANGSUNG.. TAPI KAMU DIBERI PILIHAN BILA KEMATIAN KAMU
TIBA DAN BAGAIMANA KAMU MATI.. INGIN MATI CEPAT, BUNUHLAH DIRI, BAWA
MOTOR MACAM PELESIT, MAKAN MINUM YG MEMUDARATKAN, AMBIL DADAH
BERLEBIHAN..

ADA SATU BUKTI NYATA KAMU BOLEH LIHAT.. SEORG PEMIMPIN NEGARA
MENCAPAI HAMPIR 100 TAHUN.. APA DIA BUAT? DIA JAGA BADAN DIA.. TUKAR
DARAH MUDA TIAP TAHUN.. MASUK BATERI DALAM JANTUNG.. APAKAH KAMU

58
TIDAK PERHATIKAN? NAMUN, JIKA KITA BERUMUR PANJANG TAPI HIDUP DALAM
KESENGSARAAN NERAKA, TIADA GUNANYA JUGA..

KESIMPULANNYA, TAKDIR ITU KAMULAH YG SEBENARNYA YG MENULIS UTK DIRI


KAMU.. KITAB LAUH MAHFUZ ITU ADALAH AKAL KAMU SENDIRI.. JADI, JANGAN
SALAHKAN ATAU MENGKAMBING HITAMKAN ALLAH DALAM TAKDIR YG KAMU
CIPTA SENDIRI..

DAN PADA HAKIKATNYA SIAPA SEBENARNYA DIRI KAMU TU? YG NI CARILAH


SENDIRI JAWAPANNYA..

PAKAIAN TAKWA

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu PAKAIAN untuk
menutup AURATmu dan PAKAIAN indah untuk perhiasan. Dan PAKAIAN TAKWA
itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia
telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya
PAKAIANnya untuk memperlihatkan kepada keduanya AURATnya. Sesungguhnya ia
dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa
melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-
pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. [Al-Araf:26-27]

59
APAKAH PAKAIAN TAKWA?
MUHAMMAD (YANG TERPUJI)
SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATONAH

APAKAH SEBENAR2 AURAT?


SEBENAR2 AURAT ADALAH AKHLAK YG BURUK

AKHLAK YG BURUK ITULAH PAKAIAN IBLIS/SYAITAN YANG INGKAR DAN


MELANGGAR PERINTAH ALLAH

TUTUPILAH AURAT DENGAN PAKAIAN TAKWA AGAR KITA MENJADI INSAN YANG
TERPUJI MUHAMMAD KEKASIH ALLAH..

MANUSIA, PAKAIAN TAKWA DAN AURAT

manusia bila berpakaian iblis, dialah iblis


manusia bila berpakaian syaitan, dialah syaitan

60
manusia bila berpakaian jin, dialah jin
manusia bila berpakaian takwa, dialah MUHAMMAD

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk
menutup AURATmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan PAKAIAN TAKWA
itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-Araf:26)

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia


telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan
TERLUCUTNYA PAKAIAN MEREKA BERDUA untuk memperlihatkan kepada mereka:
AURAT mereka (yang sebelum itu tertutup)." (Al-Araf:27)

faham ke maksudnya?

bila manusia menanggalkan PAKAIAN TAKWA, maka terbukalah AURATnya..

apa maksud AURAT?

AURAT tu PERANGAI BURUK atau pakaian² selain pakaian takwa yakni pakaian iblis,
pakaian syaitan, pakaian jin.. (malaikat bukan pakaian ya)

bila manusia tidak memakai pakaian takwa, merekalah iblis, syaitan dan jin.. panas
baran, hasad dengki, menipu, menyembunyikan kebenaran, sombong, bongkak,
menindas, zalim dan sebagainya..

apakah sebenarnya PAKAIAN TAKWA?

pakaian takwa tu adalah sifat² terpuji (MUHAMMAD).. siddiq, amanah, tabligh,


fatonah dan 'aradul basyariah..

perhatikan baik² disekeliling kamu, yg memakai pakaian takwa mendapat puji²an


manakala yg menanggalkan pakaian takwa mendapat keji²an..

61
ISLAM itu selamat sejahtera.. pakailah PAKAIAN TAKWA agar menjadi ISLAM..

jubah² arab bukan pakaian takwa.. kesian yg terpedaya dgn pak arab mabuk sampai
jadi hantu kum kum, jadi ninja nampak mata je.. pakaian tutup habis dari atas sampai
bawah tapi AURAT sebenar iaitu perangai iblis syaitan jin tak tertutup pun mcm
gambar aku share ni..

dah faham?

KAUM JAHILIYAH YANG KELIRU

Sad 38:4-5

(4) Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan,
bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka
sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi
pendusta.

(5) " Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan:
Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
----------

62
jahiliyah ada banyak tuhan.. kemudian didatangkan rasul yang menyeru TAUHID
mengesakan allah.. tapi jahiliyah tak faham kerana mereka fikir allah itu tuhan.. jadi
mereka menentang dengan mempersoalkan kenapa harus dibuang tuhan² lalu hanya
menyembah tuhan yang satu..

kejahilan ini masih berlaku hingga sekarang.. kebanyakan berprasangka allah itu
tuhan.. maka terbitlah ilmu² seperti sifat 20, awaluddin makrifatullah dan sebagainya..

sebetulnya mengesakan allah itu bukan menjadikan tuhan² itu hanya ada satu tuhan..
propaganda menjadikan tuhan hanya ada satu telah pun dimulai oleh agama majusi
atau zoroastrian.. mereka ada satu tuhan iaitu AHURA MAZDA.. iselam hanya
mewarisi kejahilan mereka..

TUHAN BUKAN ALLAH


ALLAH BUKAN TUHAN

SYAITAN MENGHALANGI JALAN KEBENARAN

seringkali aku terbaca;


"jangan baca alquran tanpa guru, nanti kamu belajar dengan syaitan"
"kalau nak faham alquran, wajib ada buku² tafsir"

63
aku hairan.. kenapa menakut²kan manusia yang mencari kebenaran? bukankah
firman allah dalam alquran;

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan
pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
(daripadanya)? (54:22)

Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.


(17:12)

tahukah kamu perbuatan siapakah sebenarnya yang menakut²kan manusia supaya


kekal dalam kegelapan?

alquran menyebut;
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar MENGHALANGI mereka dari jalan
yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (43:37)

siapakah syaitan² yang disebut dalam alquran? di antara syaitan² yang disebut dalam
alquran;

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara PENDITA-


PENDITA dan AHLI-AHLI UGAMA memakan harta orang ramai dengan cara yang
salah, dan MEREKA MENGHALANGI (manusia) dari jalan Allah. (9:34)

Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? Mereka menjadikan


PENDITA-PENDITA dan AHLI-AHLI UGAMA mereka sebagai pendidik-pendidik selain
dari Allah (9:30-31)

alquran berpesan lagi;


Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung
dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-
tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan. (22:3)

SYAITAN telah menjadikan MEREKA MEMANDANG INDAH PERBUATAN-


PERBUATAN MEREKA lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka
tidak dapat petunjuk (27:24)

64
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang nyata. (2:208)

PERTEMUAN DENGAN ALLAH DI HARI PEMBALASAN

Al-An'am 6:31
Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan PERTEMUAN DENGAN ALLAH;
sehingga apabila Kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba, mereka berkata,
“Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang KIAMAT itu,”
sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa
yang mereka pikul itu.

byk kekeliruan dlm menafsirkan perkataan PERTEMUAN dan KIAMAT dalam ayat ini..
ada yg tafsir pertemuan tersebut berlaku pada hari kiamat iaitu hari alam semesta ini
hancur..

lebih parah ada yg menggambarkan pertemuan tu adalah pertemuan seperti hamba


menghadap raja.. ini parah kerana menafsirkan allah itu umpama setongkol makhluk
kemudian kita menghadap makhluk tersebut..

sebetulnya KIAMAT itu adalah HARI KEBANGKITAN.. telah byk posting aku terangkan
tentang maksud hari kebangkitan tu.. ringkasnya, hari kebangkitan itu adalah hari di
mana jiwa kamu dibangkitkan dr kegelapan.. cth kegelapan adalah sombong, jahil,
kedekut, bakhil, iri hati, pemarah, riak, takabbur, syirik, dan seumpamanya.. perkara2
ini semua termasuk di dalam perkara2 yg membatalkan syahadah kita.. itulah alam
kubur, alam kegelapan..

65
sebelum hari kiamat, manusia ditiupkan sangkakala terlebih dahulu yakni diberikan
nasihat2, peringatan2 dan petunjuk2 kebenaran daripada alquran.. tetapi yg jahil
tetap degil, buta dan tuli.. hatinya keras dan mati utk menerima kebenaran alquran..

sehinggalah hari kebangkitan atau hari pembalasan tiba... ketika itu, semua yg
sombong degil jahil ingkar semuanya bersujud kembali mengingat allah.. segala ilmu
harta anak sanak saudara tidak lg mampu utk menolong..

pada ketika itulah sebenarnya yg dikatakan hari PERTEMUAN dgn allah.. pada hari itu,
siapakah yg berkuasa? yg menguasai hari pembalasan itu siapa? ALLAH....

setiap juzuk tubuh kamu sujud kepada allah.. ketika itu baru kamu benar2 mengerti
akan LAHAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH.. namun, sudah terlewat.. merayulah
kamu utk kembali ke dunia iaitu zaman silam yg kamu sia2kan dahulu, agar kamu dpt
beramal soleh.. namun, demi masa, ia tak akan kembali..

faham erti pertemuan? pertemuan tu bukan bermaksud kita berhadapan dgn


setongkol makhluk bernama allah ya.. itu fahaman jahil..

skrg dh faham kan? apakah yg kamu tunggu lg? jika dah faham, cepat2 lah bertemu
dgn allah.. lahaulawala quwwatailla billah.. bawalah sifat2 terpuji siddiq amanah
tabligh fatonah aradul basyariah..

jangan tunggu hari pembalasan utk bertemu dgn allah..

dan yg paling awal yg perlu didahulukan utk bertemu allah adalah membuang segala
syirik dlm diri.. syirik jali, syirik khafi, syirik khafiyul khafi ilal khafi..

salah satu syirik jali iaitu syirik yg nyata yg susah sgt dibuang oleh masyarakat
nusantara adalah syirik mempercayai wujudnya makhluk hantu jin iblis syaitan.. cuba
kamu semak ucetad2 yg duk ada sekarang ni, rasanya tak ada seorg pun ucetad
termasuk ucetad selebriti popular yg membuang syirik jali yg nyata ni.. ada jugak
ucetad yg keluar tv siap mengajar kaedah membakar jin.. kelakar sungguh.. teruk
jahilnya tu

66
sesungguhnya bertemu dgn allah itu mudah dalam pengertiannya tetapi berat dalam
perbuatannya... nak sampai kepada bertemu tu umpama meniti titian sirat rambut di
belah 7...

MATI DAN HARI KEBANGKITAN

Surah Al-Anaam, 122:


Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan
kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-
tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam
gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami
jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.

Surah Fatir, 22:


dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.
Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan
kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat
mendengar.
-----
fahami alquran baik2.. mati yg dimaksudkan bukan habis nyawa.. tp yg mati itu adalah
jiwa.. sbb apa jiwa mati? sbb jahil dan enggan menerima pencerahan cahaya ilmu..
degil nak juga ikut nenek moyang

67
perhatikan ayat 122 tu, baca satu2 dan tanya diri kita, apakah org yg mati tak ada
nyawa kemudian dihidupkan semula dapat berjalan di tengah2 masyarakat? logik ke
org mati dalam kubur, hidup balik, kemudian keluar kubur dan balik rumah atau pergi
pasar?

ayat 22 pulak kata kita tak sanggup nk ckp kat org dalam kubur.. logik ke kita nak ckp
dgn org yg dalam kubur yg dh takde nyawa tu? di sini jelas, kubur yg dimaksudkan tu
bukan kubur org mati tu tp kubur yg dimaksudkan adalah kegelapan dan kejahilan..
mereka yg jahil dan degil ni, tak sanggup kita nk bg pencerahan atau nasihat.. masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri..

org yg jahil, hatinya mati kerana mereka duduk dalam kubur (kejahilan).. ckp apa pun
mereka tak boleh nak digest dh.. sbb kejahilan mereka telah menutup penglihatan
dan pendengaran mereka.. mereka itu buta dan tuli..

ckp apa pun kpd mereka2 ni umpama mencurah air ke daun keladi.. sia2.. mereka2 ini
disebut dalam alquran, bila di depan nabi mengaku beriman, bila di blkg nabi mereka
kembali kufur..

dh faham? ok harapnya dh jelas lah ya bahawa HARI KEBANGKITAN itu berlaku ketika
kamu hidup, bukan selepas kamu mati tak ada nyawa.. yg dihidupkan semula adalah
jiwa kamu, bukan kamu tu akan hidup balik selepas kamu dh mati.. ada faham?

68
POLIGAMI - ULAMARMAK GILA SEKS PASTI MENENTANG POSTING AKU NI

An-Nisa' 4:1-3
(1) Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)-nya;
dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang
banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan
(peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasimu.

(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah dewasa) harta mereka,
janganlah kamu menukar yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan
harta mereka bersama hartamu. Sungguh, (tindakan menukar dan memakan) itu
adalah dosa yang besar.

(3) Dan jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain)
yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khawatir tidak akan
mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba sahaya perempuan
yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zhalim.

-----

para ularmak akn gunakan ayat 3 ni utk menghalalkan poligami.. ada yg lebih lg gila
seks, mereka tafsir ayat 3 tu jd nikah mutaah 10 orang sekaligus (1+2+3+4=10)..
selepas itu utk menguatkan alasan mereka, mereka tambah pula cerita karut jahiliyah
nabi beristeri 11 org.. dan nabi mampu selesaikan tanggungjawab kpd 11 isteri dalam
1 malam kerana kekuatan nabi bersamaan dgn kekuatan 30 lelaki..

69
sebenarnya mereka yg gila seks, lalu mereka mengabaikan ayat2 sebelum semata2 utk
melampiaskan nafsu mereka sendiri utk memiliki lebih dari seorg pasangan
perempuan..

ayat pertama jelas allah sebut dia menjadikan manusia berpasangan.. lelaki dan
perempuan itu sepasang.. tidak disebut pun lelaki + 4 perempuan itu sepasang.. sgt
jelas ayat tu..

kemudian di ayat 2, disebut anak2 yatim.. dan ayat ke 3 itu juga sebenarnya merujuk
kepada anak2 yatim, bukan merujuk kpd poligami..

siapakah anak2 yatim yg disebut dalam ayat 3 tu? mereka adalah anak2 yatim yg di
bawah jagaan kita.. cthnya ayah ibu mereka merupakan abg, kakak atau adik kita yg
telah meninggal.. maka kita lah waris yg menjaga mereka..

boleh jadi ank2 yatim yg kita jaga itu ramai perempuan.. sampai ketikanya mereka
baligh, dan kita perlu melepaskan tanggungjawab kita menjaganya supaya dijaga
pula oleh lelaki lain.. bukankah lelaki itu pelindung kpd wanita dan wanita itu
pelindung kepada lelaki? cukup sempurna kejadian yg allah jadikan.. lelaki dan
perempuan saling memerlukan.. sepasang..

makanya ayat ketiga tu sbnrnya menyuruh kita KAHWINKAN mereka, bukan KAHWIN
DENGAN mereka.. apa gila kamu nak kahwin dgn ank saudara kamu sendiri?

andai kamu mampu byk duit, kahwinkan keempat2 mereka sekaligus.. kalau tak
mampu untuk berbelanja secara adil kepada keempat2 mereka, kahwinkan seorang
shj dulu.. ikut turn masing2..

begitu juga ayat 3 tu menyebut tentang hamba perempuan yg kamu miliki..


kahwinkan lah hamba perempuan tu.. bebaskan dia.. itu lebih dekat agar kamu tidak
berbuat zalim.. sampai bila kamu nak tahan hamba kamu? mereka ada nafsu juga..
zaman dulu lah ramai hamba2 ni.. skrg ni takde dh.. ada pun org gaji je.. sampai masa
mereka nk kahwin, lepaskan mereka..

ada faham? jgn nak gatai sgt haih.. cukup lah 1 pasangan.. ularmak gila seks x cukup
1 pasangan, hingga menciptakan helah untuk memperdaya perempuan dgn gula2 di
syurga.. konon dpt payung emas lah ketua bidadari lah.. ini semua POYOOOOO...

70
fitrah wanita tak ada seorang pun yg sanggup bermadu.. yg sanggup tu, percayalah
bahawa sbnrnya mereka telah terpedaya dgn gula2 syurga yg dimomokkan..

samalah lelaki, sanggup ke kamu isteri kamu kahwin lebih? isteri sorg + 4 lelaki, ok ke?
tak sanggup kan? dah tu? ada akai, pakai lah bro

YAHUDI & NASARA

yahudi = org² yg mendakwa mendapat petunjuk dan mengikuti jalan ALLAH


nasara = org² yg mendakwa sbg penolong yg menolong nabi

siapakah mereka?

jika dilihat pd dunia hari ini, mereka² yg paling layak digelar YAHUDI & NASARA
adalah agamawan²..

agamawan² mendakwa mereka mendapat petunjuk dan mengikuti jalan yg ditunjuki


ALLAH..

agamawan² mendakwa mereka adalah penolong nabi dgn menyampaikan


perkataan² (hadis) nabi..

71
kedua² golongan ini saling berbantah²;
Dan orang Yahudi berkata, “Orang Nasrani itu tidak memiliki sesuatu (pegangan),”
dan orang-orang Nasrani (juga) berkata, “Orang-orang Yahudi tidak memiliki sesuatu
(pegangan),” padahal mereka membaca Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak
berilmu, berkata seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili mereka pada
hari Kiamat, tentang apa yang mereka perselisihkan. (2:113)

dah kenal siapa YAHUDI dan NASARA?

kalau dh kenal, maka ikutilah firman ALLAH ini;

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan
Nasrani sebagai teman setia(mu) [wali, pelindung atau pemimpin]; mereka satu sama
lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman
setia [wali, pelindung atau pemimpin], maka sesungguhnya dia termasuk golongan
mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(5:51)

HINA NABI?

HOT TOPIK SKRG NI KAN? TUDUH MENUDUH TUDING MENUDING, MASING²


MENYALAHKAN..
TAPI TAHUKAH ANDA.. ;
SIAPAKAH SEBENAR²NYA MENGHINA NABI?

72
DARI MANA PENGHINAAN NABI BERMULA?
APAKAH YG SEBENAR²NYA MENGHINA NABI?
SEBENARNYA PENGHINAAN DAN FITNAH KEPADA NABI TELAH LAMA BERMULA..
SIAPA YG MULAKAN?

JANGAN MARAH YA BILA AKU BGTAHU NI.. USAH SENTAP.. GUNAKANLAH AKAL
KAMU UTK BERFIKIR..

YG MEMULAKAN PENGHINAAN DAN MEMFITNAH NABI ADALAH IMAM² HADIS YG


KAMU JUNJUNG.. MEREKA LAH PUNCA FITNAH AKHIR ZAMAN..

CONTOHNYA HADIS NI;


Dari Qatadah berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik radliallahu
'anhu berkata,: "Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendatangi isterinya pada
waktu yang sama di malam hari atau siang hari, ketika itu jumlah isteri-isteri beliau
sebelas orang". Aku bertanya kepada Anas bin Malik radliallahu 'anhu: "Apakah beliau
mampu?". Jawabnya: "Beliau diberikan kekuatan setara tiga puluh lelaki". Berkata, Sa'id
dari Qatadah bahwa Anas radliallahu 'anhu menerangkan kepada mereka bahawa
jumlah isteri-isteri beliau shallallahu 'alaihi wasallam ketika itu sembilan orang".
(Rujukan: Sahih Bukhari, Kitab Mandi, hadith no 260)

KAMU RASA SERONOK KE DGN HADIS MCM NI? NI FITNAH.. DAN ADA BYK LG
FITNAH² TERHADAP NABI DLM HADIS.. NABI BUTA HURUF, NABI PEDO, NABI
HALALKAN DARAH DAN SEBAGAINYA..

NABI YG SEBENAR ADALAH SEORANG YG SIDDIQ AMANAH TABLIGH FATONAH..


MUSTAHIL NABI SEPERTIMANA YG DICERITAKAN DALAM HADIS.. CTHNYA NABI YG
MENGHALALKAN DARAH.. NABI YG FATONAH TIDAK AKAN SESEKALI
MENGGUNAKAN KEKERASAN DAN KEZALIMAN SEPERTI ITU.. BAHKAN KETIKA
DICERCA, NABI SENYUM JE

JADI, SIAPAKAH SEBENARNYA NABI YG DICERITAKAN DALAM KITAB HADIS, KITAB


SIRAH DAN KITAB² LAIN SELAIN DRP AL QURAN?

JAWAPANNYA, YANG DICERITA DAN DIGAMBARKAN ITU SEBENARNYA ADALAH


NABI PALSU IAITU NABI REKAAN IMAM² DAN PENGARANG² KITAB..

73
MAKANYA, TAK PERLU PUN KAMU NAK MELENTING BILA ADA YG MENGHINA NABI
KERANA MEREKA HANYA MENGHINA NABI YG PALSU, BUKAN NABI DAN RASUL
UTUSAN ALLAH YG ASLI..

FITNAH AKHIR ZAMAN YG SEBENARNYA ADALAH...

jalan yg lurus itu ada pada kitab² diturunkan ALLAH.. namun jalan yg lurus itu
dibengkokkan oleh kitab² karangan IBLIS bertopengkan manusia..

zabur dibengkokkan oleh kitab tanakh

taurat dibengkokkan oleh kitab talmud

injil dibengkokkan oleh kitab bible


bagaimana dgn AQ?

ya, AQ juga tidak terlepas drp anasir dan muslihat IBLIS sepertimana janjinya;
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,
pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka
bumi, dan pasti aku akan menyesatkan MEREKA SEMUANYA, kecuali hamba-hamba
Engkau yang MUKHLIS di antara mereka". (15 : 39-40)

AQ pula dibengkokkan oleh kitab hadith dan beratus² lg kitab² karangan manusia
penyambung KALAM IBLIS selepas itu..

hadith² adalah KALAM IBLIS yg memfitnah RASULULLAH utk membengkokkan AQ..


rasulullah adalah nabi akhir zaman, hadith² jugalah sebenarnya FITNAH AKHIR

74
ZAMAN.. hanya hamba yg MUKHLIS dpt melepaskan diri dari fitnah iblis fitnah akhir
zaman ini..

namun ALLAH berfirman bahawa Dia menjaga dan memelihara AQ;


"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara
dan menjaganya." (15:9)

ALLAH akan tetap menjaga dan memelihara AQ.. sejauh mana pun IBLIS yg
bertopengkan manusia cuba membengkokkan AQ, pasti gagal..

ALLAH berfirman lagi;


"Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana
Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya." (8:30)

oleh itu, hanya satu² jalan utk kembali kpd jalan yg lurus adalah AQ.. tidak ada kitab²
lain yg menuntun kpd jalan yg lurus kecuali AQ..

maka kajilah AQ, baca dan fahamilah AQ.. usah dihiraukan ilmu kamu yg sedikit krn
bukan ilmu yg membimbing kamu tetapi ALLAH lah yg membimbing sepertimana
disebut dalam AQ;

"Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki" (24:35)

para IBLIS akn terus menghalang kamu dgn membisikkan pelbagai helah agar kamu
terus sesat, cthnya "kamu perlu berguru, jika tidak, kamu akan berguru dgn syaitan"..
inilah kalam iblis.. sdgkan ALLAH berfirman lg;
"Dia (ALLAH) mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (96:5)

ALLAH lah yg mengajar kamu, bukan manusia yg kamu anggap guru itu yg mengajar
kamu.. usahlah kamu mendewakan guru kerana AQ sudah memberi peringatan dan
amaran;

"mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka,
bagaimana mereka sampai berpaling? Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-
ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah" (9:30-31)

75
sekian... salamun alaikum.. sehingga ketemu lg

~ JENAR MALAYA | 30.06.2022 ~

KITAB?

Maka celakalah orang-orang yang menulis kitab dengan tangan mereka (sendiri),
kemudian berkata, “Ini dari Allah,” (dengan maksud) untuk menjualnya dengan harga
murah. Maka celakalah mereka, karena tulisan tangan mereka, dan celakalah mereka
karena apa yang mereka perbuat. (2:79)

(1) Agama Yahudi berpandu kepercayaan dan amalan-amalan mereka mengikut


kitab-kitab Talmud dan Mishnah yang menjadi kitab-kitab induk kepada kitab-kitab
sampingan yang lain yang ditulis oleh ularmak-ularmak atau rabbi mereka mengikut
kepercayaan mazhab masing-masing. Orang-orang yahudi berkata kitab-kitab ini
adalah sumber kedua kepada Kitab Taurat.

(2) Agama Kristian pula berpandukan kepercayaan dan amalan-amalan mereka


mengikut kitab-kitab yang ditulis oleh ularmak-ularmak mereka mengikut apa yang
diajar oleh St Mark, St John, St Mathew dan St Luke serta kitab sampingan yang
dikatakan ditulis oleh ST Paul. Mereka membentuk sebuah majlis yang dinamakan
sebagai ”The Council of Nicene” untuk menulis kitab-kitab ini 325 tahun selepas Nabi
Isa wafat. Orang-orang Kristian berkata kitab-kitab ini adalah apa yang mereka tafsir
dari ”Injil” yang disampaikan oleh Nabi Isa. Tiada siapa pun diantara mereka
mempunyai dokumen asal yang boleh dikata ianya sebagai ”Injil”.

76
(3) Agama SELAM pula berpandukan kepercayaan mereka dan melakukan amalan-
amalan ritual mereka mengikut kitab-kitab hadis yang ditulis oleh ularmak-ularmak
seperti Bukhari, Tarmizi, Muslim, Shafie di samping kitab-kitab yang ditulis ularmak-
ularmak yang mempunyai mazhab masing-masing. Kitab-kitab ini ditulis lebih dari 200
tahun selepas Nabi Muhammad wafat. Orang-orang SELAM berkata kitab-kitab tulisan
oleh tangan-tangan ularmak ini adalah ”di sisi Allah” dan ianya adalah sumber kedua
kepada Al Quran. Kebanyakan dari pengikut-pengikut agama SELAM yang tidak
pernah membaca dan memahami Al Quran – mereka sanggup berdusta mengatakan
kitab-kitab hadis ini menjelaskan ayat-ayat Quran.

jgn marah.. bukan hina mana² agama tp sekadar nk bg berfikir je.. ada AKAL kan?

kajilah.. tak nak terima takde masalah

BERDUSTA KEPADA RASUL?

Saba' 34:43-45
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, mereka berkata,
“Orang ini tidak lain hanya ingin menghalang-halangi kamu dari apa yang disembah
oleh nenek moyangmu,” dan mereka berkata, “(Al-Qur'an) ini tidak lain hanyalah
kebohongan yang diada-adakan saja.” Dan orang-orang kafir berkata terhadap
kebenaran ketika kebenaran (Al-Qur'an) itu datang kepada mereka, “Ini tidak lain
hanyalah sihir yang nyata.” DAN KAMI TIDAK PERNAH MEMBERIKAN KEPADA

77
MEREKA KITAB-KITAB YANG MEREKA BACA dan Kami tidak pernah mengutus
seorang pemberi peringatan kepada mereka sebelum engkau (Muhammad). DAN
ORANG-ORANG YANG SEBELUM MEREKA TELAH MENDUSTAKAN (PARA RASUL)
sedang orang-orang (kafir Mekah) itu belum sampai menerima sepersepuluh dari apa
yang telah Kami berikan kepada orang-orang terdahulu itu namun mereka
mendustakan para rasul-Ku. Maka (lihatlah) bagaimana dahsyatnya akibat kemurkaan-
Ku.

JELAS DALAM FIRMAN NI, KAUM JAHILIYAH DULU MEMBACA KITAB² KARANGAN
PARA PENDUSTA RASUL.. MEREKA BERIMAN KEPADA KITAB² YANG DITULIS OLEH
PENDUSTA, BUKAN KITAB YG ALLAH TURUNKAN..

NAMPAK TAK KISAH DALAM AQ BERULANG² HINGGA HARI INI?

TANYA DIRI KAMU, KITAB YANG MANAKAH KAMU BERIMAN? ADAKAH KAMU
SAMA SEPERTI KAUM JAHILIYAH YG BERIMAN KEPADA KITAB SELAIN AQ?

JANGAN MARAH.. AKU HANYA MENYAMPAIKAN.. TAK SUKA DENGAN


PENYAMPAIAN AKU, SILA UNFRIEND.. SIMPLE KAN?

NABI IMAMKAN KAFIRUN BERSOLAT?

An-Nisa' 4:101-102
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
"mengqasarkan" (memendekkan) SOLAT jika kamu takut diserang oleh orang-orang
kafir. SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG KAFIR ITU ADALAH MUSUH YANG AMAT
NYATA BAGI KAMU. DAN APABILA ENGKAU BERADA DALAM KALANGAN MEREKA,

78
LALU ENGKAU MENDIRIKAN SOLAT DENGAN MEREKA, maka hendaklah sepuak dari
mereka berdiri bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata
masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka
berundur ke belakang; dan hendaklah datang pula puak yang lain yang belum solat,
maka hendaklah mereka bersolat bersama-samamu

AKAL KAMU YG TAJAM PASTI AKAN DAPAT MENGESAN MAKSUD SOLAT DALAM
AYAT INI SEBENARNYA BUKANLAH SEBUAH RITUAL.. MANA MUNGKIN NABI
BERRITUAL BERSAMA KAFIRUN

TAPI KALAU MASIH BUTA LAGI, TAK TAHU LAH AKU NAK CAKAP APA.. TEBAL SGT
TUTUPAN BERLAPIS² PADA DIRI KAMU TU

CUMANYA KALAU KAMU BACA TERJEMAHAN, KAMU AKAN NAMPAK DALAM AYAT
NI TERLALU BANYAK AYAT² DI DALAM KURUNGAN UNTUK MENGHALALKAN
RITUAL LALU DITAFSIRKAN AYAT INI SEBAGAI PANDUAN RITUAL KETIKA
BERPERANG.. HMMM BEGITULAH CARANYA MEREKA MEMESONGKAN AQ
DARIPADA MAKSUD YG SEBENAR..

WALHAL AYAT INI MUDAH SAHAJA.. NABI SOLAT MENYAMPAIKAN KEBENARAN


AQ DENGAN BERHUJAH.. SI KAFIR PULA BERBALAS HUJAH DGN NABI.. HUJAH
ITULAH YG DIKATAKAN SEBAGAI "SENJATA".. BILA SI KAFIR DAH KALAH HUJAH
DAN DIA SUJUD KPD KEBENARAN, MAKA DIA BERUNDUR.. DAN PUAK KAFIR LAIN
PULA BERHADAPAN DAN BERHUJAH DENGAN NABI.. ITU JE SBNRNYA..

SAMA JUGA DGN KISAH NABI MUSA.. ULAR NABI MUSA MEMAKAN ULAR² AHLI²
SIHIR FIRAUN.. MAKSUDNYA, HUJAH NABI MUSA MENGATASI HUJAH² AHLI² FIKIR
FIRAUN.. TU JE

79
IHRAM

apa sbnrnya IHRAM? adakah ihram itu bermaksud pakaian yg dipakai menyerupai
biksu buddha atau pendeta hindu?

tak benar.. ihram tu bukan pakaian tetapi bermaksud sesuatu yg diharamkan.. AQ


telah memperjelaskan dgn sempurna tentang BAITULLAH..

apa itu baitullah? baitullah bukanlah rumah ALLAH kotak 4 segi tu tetapi ia adalah
SISTEM DAN KETETAPAN ALLAH.. SISTEM ALLAH (BAITULLAH) sgt sempurna..

berbalik kpd IHRAM.. IHRAM itu sbnrnya merujuk kpd LARANGAN² yg telah
ditetapkan ALLAH, HARAM MELAKUKANNYA..

dalam sistem ALLAH telah ditetapkan beberapa bulan yg diharamkan memburu


binatang.. tujuan larangan ini adalah utk memberikan ruang dan peluang agar
binatang dpt membiak dan mencapai kedewasaan.. nampak? bukankah ia sebuah
sistem yg sgt sempurna?

ALLAH berfirman;
dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. (5:2)
Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang
berihram. (5:95)
diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang
berihram. (5:96)

80
jelas firman ALLAH diatas melarang kamu utk pergi berburu binatang ketika bulan² yg
diharamkan berburu.. di arab ada 4 musim.. salah satu musim adalah musim yg
dilarang berburu.. pd musim tersebut, binatang akan membiak..

jelas skrg IHRAM tu bukan bermaksud pakaian.. kamu pakai kain yg kamu panggil
ihram kemudian kamu keliling batu 4 segi sbnrnya adalah dr fahaman jahiliyah nenek
moyang shj..

faham skrg? ke buta lg?

MALAIKAT

tadi aku meronggeng la kejap kat satu grup ni.. ada mamat ni bicara soal malaikat..
aku cakap malaikat tu bukan makhluk yg kebanyakan khayalkan.. lepas tu, dia suruh
aku intai² ayat yg aku share gambar bwh ni iaitu annisa ayat 136 & fatir ayat 1..

annisa 136 sebut, wajib beriman kepada malaikat,


fatir ayat 1 pulak sebut pasal malaikat bersayap

jika bacaan dan faham kita lurus macam pembaris, maka kita akan kata malaikat tu
adalah seketul makhluk yg ada sayap macam burung, maka wajiblah kita beriman

81
sepertimana penganut² kebanyakan agama beriman seperti iselam dan kristian.. maka
tak ada beza lah kristian dgn selam kan?

aku ulang lagi ya.. alquran tu bahasanya tinggi.. sebab tu dipesan dalam alquran
jangan cepat² habiskan bacaan.. amik masa, bertenang, perlahan² untuk memahami
setiap ayat..

annisa 136, malaikat yg dimaksudkan dalam ayat tu adalah KEKUASAAN, KEKUATAN,


KEILMUAN ALLAH..

manakala fatir 1 pula menceritakan tentang malaikat bersayap.. sayap itu maksudnya
bercabang².. cthnya seperti ilmu, ada pelbagai cabang dan bidang..

itulah malaikat yg dimaksudkan dalam ayat² tu.. bukannya makhluk bersayap mcm
gambar aku share kat bawah ni.. malaikat bersayap seperti gambar aku share ni
datangnya dari kefahaman jahiliyah

UMUR NABI NUH 950 TAHUN?

aku beronggeng lagi .. kali ni kat grup athiest..

ada sorg mamat ni nickname melayu faizal, mengaku dulu sekolah pondok, jadi imam,
skrg ni jd athiest kot..

82
dia pertikaikan alquran, kononnya alquran tu cerita dongeng.. dia petik ayat nabi nuh
berumur 950 tahun, tak logik katanya..

"Dan sungguh, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal bersama
mereka selama seribu tahun kurang lima puluh tahun. Kemudian mereka dilanda
banjir besar, sedangkan mereka adalah orang-orang yang zhalim." (29:14)

ni jawapan aku kat dia

beginilah jadinya bila tak gunakan akal tajam untuk memahami ayat2 alquran.. bila
sebut seribu tahun, akal tumpulnya fikir bersamaan dgn tahun hari minggu bulan
sekarang ni.. bila sebut kapal, dibayangkannya kapal yg kat laut tu

"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang


mendatangkan iktibar bagi ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN."
(12:111)

alquran tu sepanjang zaman bro.. peristiwa² dalam alquran berlaku sampai sekarang..
alquran tu petunjuk dan iktibar.. bahasa alquran tinggi maksudnya..

kisah tu mengkiaskan seseorang yg berada dalam kejahilan berasa lamanya masa


berlalu.. pernah dengar org kata sehari rasa macam setahun?

usahlah jadi pembaris bila baca alquran ya.. kapal yg dimaksudkan bukan kapal di laut
tp ilmu TAUHID yg akan menyelamatkan kamu dari kejahilan.. dalam alquran, laut tu
kiasnya kejahilan.. begitu juga nabi musa membelah laut..kamu fikir laut mcm selat
melaka tu dibelah² ke?

ni kias laut;
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di
dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak;
di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-
lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama
sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang
peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh
sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (24:40)

83
TERIMA KASIH

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah manakala yang


buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri
84

Anda mungkin juga menyukai