Anda di halaman 1dari 2

DOA BUKA MAJLIS




.


Ya Allah ya Tuhan kami, kami mulakan dan kami akhiri majlis kami ini dengan
nama-nama-Mu yang Maha Agung, serta kami memohon kepada-Mu agar
Engkau berkatilah dan limpahkanlah rahmat-Mu ke atas perjalanan majlis kami
ini dari permulaan hinggalah ke akhirnya.
Ya Allah, perkenankanlah, restuilah dan terimalah segala amalan baik yang
telah kami lakukan dan ampunkanlah serta maafkanlah segala kesalahan kami,
keburukan dan kekurangan dalam amalan kami jika terdapat padanya kecelaan
dan kecacatan.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar engkau bukakanlah bagi kami pintupintu rahmat, belas kasihan dan pengampunan, kesihatan dan kekuatan,
keberkatan dan keselamatan, kebijaksanaan dan kefahaman, dan bukakanlah
juga bagi kami pintu-pintu syurga dan kurniakanlah bagi kami rezeki yang
halal, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kehidupan kami di dunia ini dan

kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak serta jauhkanlah kami daripada
azab siksa api neraka yang amat pedih.
Ya Allah, jadikanlah tujuan kami berhimpun di dalam majlis ini semata-mata
untuk mengharapkan keredhaan-Mu, satukanlah hati-hati kami, damaikanlah
segala permusuhan di antara kami kerana Engkaulah Tuhan yang Maha
Bijakasana, Maha Berkuasa serta Engkaulah Tuhan yang memegang dan
memiliki segala hati manusia. Kami memohon agar Engkau perbaikilah hatihati kami dan jadikanlah kami manusia yang baik lagi berguna yang berupaya
untuk menjadi khalifah-Mu yang memakmurkan bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai