Anda di halaman 1dari 6

PENCERAIAN

Statistik Perceraian dan Perkahwinan Pasangan Islam di Malaysia! Statistik perceraian yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di akhbar Harian Metro sangat mengejutkan. Ini kerana ia makin meningkat berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mengikut laporan ini jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah 20,259 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung. Di setiap negeri pula, dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan oleh negeri Selangor dengan 3,722 kes (dah agak pun) diikuti Kelantan sebanyak (2,257), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551), Terengganu - yang dikatakan janda teramai di Malaysia di tangga keenam dengan (1,537), Pahang (1,502), Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37) Dikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan,poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta kurung pasangan, dan kurangnya didikan moral -penderaan dan pengabaian.

Menurut laporan ini lagi, perkahwinan yang tertinggi pada tahun 2007 dicatatkan oleh negeri Kedah sebanyak 20,889 diikuti sekali lagi di tangga kedua, Kelantan sebanyak 17,201, Selangor (14,817) cerai no 1 kahwin no 3?, Johor (13,241), Perak (11,446), Sabah (9,941), Pahang (9,519), Terengganu (8,953), Sarawak (5,393), Negeri Sembilan (5,151), Pulau Pinang (4,458), Melaka (3,559), Kuala Lumpur (3,538), Perlis (2,484) dan Labuan (486).

Soal rezeki, jodoh, ajal dan yang seumpamanya di tangan yang Esa. Namun seperti yang tertulis di dalam al Quran Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri. Sehubungan itu,kita tidak boleh dengan mudah-mudah berserah segalanya pada takdir tanpa ingin berusaha. Kebanyakan kes perceraian berlaku kerana pasangan belum cukup persiapan dan bersedia dalam menghayati alam rumah tangga. Berkahwin tanpa

arah tuju dengan niat semata-mata kerana nafsu saja tidak akan membawa keharmonian dalam membina masjid Ia seperti seorang lelaki yang ingin terjun ke dalam sebuah lubang yang gelap, yang dikatakan mempunyai emas dan intan permata di dalamnya. Lelaki itu terjun blindly, tanpa sebarang persiapan dan kemungkinan risiko yang menanti lebih tinggi. Bahaya dipatuk ular atau tercedera tidak disedarinya kerana terlalu ingin mengejar kemewahan yang diangan-angan. Tapi bandingkan jika lelaki ini terjun dengan memakai helmet, sut keselamatan, bersama lampu suluh dan pisau sebagai persiapan, jika apa-apa yang buruk berlaku dia mempunyai kesempatan untuk mempertahankan diri. Malah, jika dia pulang dari lubang itu dengan tangan kosong pun, dia tidaklah rugi banyak sangat. Paling kurang dia telah berusaha dan barulah berserah. Akhirnya kalau tidak menjadi, penyesalannya tidaklah sedalam mana. Begitulah juga dengan perkahwinan yang dibawa dengan persedian dan persiapan dari sudut agama, mental, fizikal dan pelbagai sudut lain

Dikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan,poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta kurung pasangan, dan kurangnya didikan moral penderaan dan pengabaian. kurang didikan agama.1 masyarakat Malaysia kurang didikan agama.semua org.dari pemimpin smpai pencacai. Yang membezakan mereka adalah kurang didikan agama tapi mahu mencari ilmu agama untuk membetulkan diri sendiri atau kurang didikan agama tapi tidak endah lalu terus merosakkan pegangan diri dan orang yang seharus dipimpinnya. pokok pangkal dlm perkahwinan, mesti dibina kerana Allah.cinta keranaNya dan Benci keranaNya.bila dah ikhlas gitubarulah masjidyang dibina dapat kekal utuh.bukan kerana nafsu semata apa yang berlaku pada hari ini kerana kita meninggalkan agama. Memang betul kewujudan sekolah agama begitu banyak. Tetapi sukatannya tidak meliputi kehendak agama itu sendiri. Contohnya pendidikan agama hanya menjurus kepada ilmu feqah semata-mata. Jika mempelajari ilmu tauhid hanyalah perkara-perkara yang asas dan paling-paling tidak menghafaz sifat 20. Apa yang dihafaz tidak tahu dalam sudut penghayatan dan aplikasi kehidupan. Ilmu tasawwuf jauh sekali mendapat tempat di sekolah agama. Bahkan sudah ramai ustaz-ustazah yang mencela dan menasihati pelajarnya agar tidak mempelajari tasawwuf. Tareqat!!? Sudah lama terpinggir kononnya bidaah dan segera disabitkan dan disamakan dengan Al-Arqam dan Al-Maunah. Kita hendaklah rujuk kembali kepada sejarah bagaimana orang Melayu yang pertama memeluk Islam bernama Pra Ong Mahawangsa diislamkan oleh ulama sufi bernama Syeikh Abdullah Jaafar Al-Qumairi serta 12 orang rakannya. Tidak dinafikan sesetengah pandangan sarjana mengatakan aliran Syiah terlebih dahulu sampai ke nusantara sehingga tertegaknya Kerajaan Mataram di Pulau Jawa.Jangan sebab kerana fakta ini semua ilmu tasawwuf dan tareqat disamakan dengan fahaman Syiah. Kita mengamalkan Islam secara runcit-runcit. Enggan mengamalkan Islam secara borong. Maka itu kita terhukum oleh

perbuatan kita. Moralnya di sini ialah tidak memadai untuk menjana INSAN YANG KAMIL dengan hanya mengamalkan ilmu feqah. remaja sekarang mudah tertipu dengan cinta maklumlah cinta itu buta.. sampaikan kadangkala mereka merasakan apa-apa yang mungkar itu merupakan kebaikan yang belum tentu membawa kepeda semua yang mereka mimpikan inilah remaja zaman sekarang! bila ditegur kita kembali yang akan dimarah. walaupun banyak paparan yang menunjukkan balasan kepada mereka yang melakukan kemungkaran tetapi hanya ibarat mencurah garam ke dalam laut.. lebih menakutkan apabila remaja hari ini lebih berbangga dengan melakukan kemaksiatan dan rasa malu apabila melakukan kebaikan.. ADAKAH INI YANG DIKATAKAN BANGSA MODEN? WALLAHUALAM

Jawapan parlimen mengenai statistik kes cerai di Malaysia mengikut kaum.


Daripada: YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) Tarikh: 2 November 2009 (Isnin) Soalan: YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik kes penceraian di kalangan kaum Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain di negara kita pada 10 tahun yang lepas. Nyatakan bilangan kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian dalam 5 tahun yang lepas dan bilangan pasangan yang menghadiri kursus berkenaan. Jawapan: Tuan Yang di-Pertua, Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan perceraian bagi Orang Islam dan Orang Bukan Islam bagi tahun 2000 hingga 2007 adalah seperti berikut:

Statistik Perceraian di Malaysia Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 Orang Islam 13,536 13,187 13,841 15,543 16,509 17,708 21,419 20,529 Orang Bukan Islam 1,613 3,238 3,793 3,318 3,291 3,804 5,747 4,335

Sumber: JAKIM dan Jabatan Pendaftaran Negara Statistik perceraian mengikut suku kaum seperti kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain tidak diperolehi oleh Kementerian. Sungguhpun bilangan perceraian telah meningkat bersesuaian dengan pertambahan bilangan perkahwinan, peratusan bercerai/berpisah bagi penduduk yang berumur 15 tahun dan ke atas adalah kecil iaitu 0.8 peratus berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2000. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2004 pula mendapati perceraian/perpisahan di kalangan wanita Melayu/Bumiputera ialah 2.7 peratus di Semenanjung Malaysia dan 2.1 peratus di Sabah dan 3.2 peratus di Sarawak. Meskipun peratusan ini kecil, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius akan pertambahan bilangan perceraian dan perpisahan tetap dan sentiasa meningkatkan program untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pemantapan perkahwinan. Mulai tahun 2006, Kementerian melalui LPPKN memperkenal dan melaksanakan program Kursus Praperkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan dan baru berkahwin tempoh perkahwinan 5 tahun ke bawah. Sehingga September 2009, sejumlah 243 program telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 8,084 orang (3,931 lelaki dan 4,153 perempuan).

Statistik perkahwinan dan perceraian seluruh negara 2007-2008


Negeri/Tahun Kahwin 2007 Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah Labuan Jumlah 2,884 20,889 4,458 11,220 14,817 4,507 5,230 3,559 13,241 9,519 8,953 17,201 5,393 10,144 486 132,511 2008 1,768 14,750 4,388 11,778 13,481 5,502 5,271 4,084 15,932 11,122 10,498 14,699 5,149 11,327 565 130,314 Cerai 2007 309 2,188 917 1,551 3,722 1,459 907 758 1,931 1,502 1,537 2,257 910 1,040 63 21,051 2008 458 2,407 937 1,951 3,558 1,444 1,054 889 2,329 1,719 1,341 2,266 1,076 746 114 22,289

Sumber: Bahagian Kesuma (Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid), Jakim