Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

STEM DECATHLON CHALLENGE

1.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN


1.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian untuk peringkat pertama dan secara
bersemuka untuk peringkat kedua.
1.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:

1.2.1. Sekolah Rendah (Murid tahun 4 hingga 6)


1.2.2. Sekolah Menengah (Murid Tingkatan 1 hingga 5)

1.3 Penyertaan adalah individu.

2.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

2.1 Terdapat 50 soalan berbentuk aneka pilihan yang perlu dijawab secara dalam talian. Masa
yang diperuntukkan adalah selama SATU JAM SAHAJA (60 minit).
2.2 Soalan merangkumi pengetahuan Sains dan Matematik mengikut Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), sejarah penemuan dalam teknologi dan perubatan,
pengetahuan saintifik serta soalan berbentuk penyelesaian masalah.
2.3 Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3.0 FORMAT PERTANDINGAN

3.1 PERINGKAT PERTAMA (DALAM TALIAN)


3.1.1.Murid hendaklah menggunakan emel MOE-DL masing-masing semasa mendaftar.
3.1.2.Murid perlu memastikan semua maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah
tepat. Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau
tidak tepat.
3.1.3.Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan ejaan nama murid dan maklumat
lain semasa pendaftaran.
3.1.4.Murid yang telah berdaftar akan diberikan pautan, tarikh dan masa yang ditetapkan oleh
penganjur peringkat negeri.

KARNIVAL STEM TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI WP LABUAN 1


STEM DECATHLON CHALLENGE
3.1.5.Peserta perlu menjawab 30 soalan dengan BETUL untuk mendapat sijil penyertaan
peringkat negeri.
3.1.6. TUJUH (7) peserta yang mendapat markah tertinggi bagi sekolah rendah dan
TUJUH (7) peserta yang mendapat markah tertinggi bagi sekolah menengah akan
terpilih untuk mara ke peringkat kedua.
3.1.7.Keputusan pengelola adalah MUKTAMAD.

3.2 PERINGKAT KEDUA (BERSEMUKA)

RAPID QUESTION
3.2.1. Soalan akan dipapar dan dibacakan kepada peserta.
3.2.2. Peserta yang menekan buzzer paling awal selepas pembaca soalan selesai
membacakan soalan akan mendapat peluang untuk menjawab.
3.2.3. Selepas menekan buzzer, peserta perlu memberikan jawapan dalam masa lima (5) saat.
Selepas tempoh masa lima (5) saat tamat, loceng akan dibunyikan dan beralih kepada
soalan seterusnya.
3.2.4. DUA (2) markah akan diberikan sekiranya peserta mendapat jawapan yang betul.
Manakala peserta yang menjawab salah atau menekan buzzer sebelum soalan selesai
dibacakan akan ditolak SATU (1) markah.
3.2.5. Pusingan ini merupakan soalan untuk individu dan peserta lain TIDAK DIBENARKAN
berbincang berkenaan soalan yang dibacakan.

MULTIPLE-CHOICE QUESTION
3.2.6. Setiap peserta akan diberikan DUA (2) peluang untuk memilih daripada LIMA (5) pilhan
soalan di skrin.
3.2.7. Pembaca soalan akan membacakan soalan di skrin. Selepas 30 saat, loceng akan
dibunyikan dan peserta perlu menjawab soalan tersebut.
3.2.8. Markah yang diperuntukkan adalah LIMA (5) markah kepada jawapan yang betul. Tiada
markah akan ditolak jika peserta memberi jawapan yang salah.

TIE BREAKER
3.2.9. Jika terdapat peserta yang mendapat markah seri selepas dua peringkat
dipertandingkan, maka soalan tie breaker akan diberikan.
3.2.10. Peserta hanya dibenarkan menekan buzzer setelah soalan selesai dibacakan oleh
pembaca soalan.
3.2.11. Peserta yang mendapat markah yang betul akan diberikan dua (2) markah. Manakala
peserta yang menjawab salah atau menekan buzzer sebelum soalan selesai dibacakan
akan ditolak satu (1) markah.

KARNIVAL STEM TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI WP LABUAN 2


STEM DECATHLON CHALLENGE
4.0 TARIKH PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan akan dijalankan pada 5 OGOS 2023 secara dalam talian.
4.2 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

NOORDIANA BINTI SARAMALI


017 838 3516
PEGAWAI TEKNIKAL NEGERI
KHAIRUL NISAH BINTI BUJANG
013 942 5464
KETUA PEGAWAI TEKNIKAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ
NEGERI 013 630 1575
PEGAWAI MEJA KOAD STEM MARIAM BINTI BASIR
JPWPL 014 655 2996

KARNIVAL STEM TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI WP LABUAN 3


STEM DECATHLON CHALLENGE

Anda mungkin juga menyukai