Anda di halaman 1dari 7

Sayyid Qutb

Tafsir Fi Zilalil Quran


Surah Al-Insyirah

Siri Tafsir

KONSIS Media
Surah Al-Insyirah____________________________________________________________________

‫ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺸﺮﺡ‬
Surah Al-Insyirah
Surah Kelapangan Hati
Surah (94) - Makkiyah - 8 ayat

‫ﺮﺣِﻴ ِﻢ‬ ‫ﻤ ِﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺴ ِﻢ ﺍﻟﹼﻠ ِﻪ ﺍﻟ‬


 ‫ِﺑ‬
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

(1) ‫ﻙ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺻ‬


 ‫ﻚ‬
 ‫ﺡ ﹶﻟ‬
 ‫ﺮ‬ ‫ﺸ‬
 ‫ﻧ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﹶﺃﹶﻟ‬
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?

(2) ‫ﻙ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺯ‬ ‫ﻚ ِﻭ‬


 ‫ﻨ‬‫ﺎ ﻋ‬‫ﻌﻨ‬ ‫ﺿ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﻭ‬

2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.

(3) ‫ﻙ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﺾ ﹶﻇ‬


 ‫ﺍﱠﻟﺬِﻱ ﺃﹶﻧ ﹶﻘ‬
3. Yang telah memberatkan belakangmu.

(4) ‫ﻙ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻚ ِﺫ ﹾﻛ‬


 ‫ﺎ ﹶﻟ‬‫ﻌﻨ‬ ‫ﺭﹶﻓ‬ ‫ﻭ‬
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).

(5) ‫ﺍ‬‫ﺴﺮ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﺴ ِﺮ‬
 ‫ﻌ‬ ‫ﻊ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﹶﻓِﺈ ﱠﻥ‬
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.

(6) ‫ﺍ‬‫ﺴﺮ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﺴ ِﺮ‬
 ‫ﻌ‬ ‫ﻊ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ِﺇ ﱠﻥ‬
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.

Tafsir Fi Zilalil Quran 2


Surah Al-Insyirah____________________________________________________________________

(7) ‫ﺐ‬
 ‫ﺼ‬
 ‫ﺖ ﻓﹶﺎﻧ‬
 ‫ﺮ ﹾﻏ‬ ‫ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﹶﻓ‬
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.

(8) ‫ﺐ‬
 ‫ﺭ ﹶﻏ‬ ‫ﻚ ﻓﹶﺎ‬
 ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﻭِﺇﻟﹶﻰ‬
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.

Surah ini diturunkan selepas Surah ad-Duha, seolah-olah merupakan


surah yang menyempurnakannya. Dalam surah ini terdapat naungan kasih
mesra dan semangat bermunajat dengan orang kesayangannya. Dalam surah
ini juga disebut gejala-gejala dan peristiwa-peristiwa yang membuktikan
Inayah dan perhatian Ilahi terhadap RasuI-Nya, juga disebut berita gembira
yang menjamin kesenangan dan kelapangan, dan disampaikan bimbingan
untuk mencapai rahsia kesenangan dan tali hubungan yang kukuh dengan
Allah 'Azzawajalla.

(Pentafsiran ayat-ayat 1 – 4)

(1) ‫ﻙ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺻ‬


 ‫ﻚ‬
 ‫ﺡ ﹶﻟ‬
 ‫ﺮ‬ ‫ﺸ‬
 ‫ﻧ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﹶﺃﹶﻟ‬
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?

(2) ‫ﻙ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺯ‬ ‫ﻚ ِﻭ‬


 ‫ﻨ‬‫ﺎ ﻋ‬‫ﻌﻨ‬ ‫ﺿ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﻭ‬

2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.

(3) ‫ﻙ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﺾ ﹶﻇ‬


 ‫ﺍﱠﻟﺬِﻱ ﺃﹶﻧ ﹶﻘ‬
3. Yang telah memberatkan belakangmu.

(4) ‫ﻙ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻚ ِﺫ ﹾﻛ‬


 ‫ﺎ ﹶﻟ‬‫ﻌﻨ‬ ‫ﺭﹶﻓ‬ ‫ﻭ‬
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
Ayat-ayat ini menyarankan bahawa jiwa Rasulullah s.a.w. sedang
mengalami kesulitan dan kesusahan dalam usaha menyebarkan da'wah yang
ditugaskan kepadanya dan dalam menghadapi berbagai-bagai halangan,
rintangan dan tipu daya di jalan da'wah. Dadanya penuh sebak dengan

Tafsir Fi Zilalil Quran 3


Surah Al-Insyirah____________________________________________________________________

kerungsingan-kerungsingan memikul tugas da'wah yang berat itu dan


merasa betapa perlunya kepada pertolongan, bantuan dan bekalan semangat
daripada Allah.
Kemudian berlakulah munajat yang manis dan bisikan yang mesra:

(1) ‫ﻙ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺻ‬


 ‫ﻚ‬
 ‫ﺡ ﹶﻟ‬
 ‫ﺮ‬ ‫ﺸ‬
 ‫ﻧ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﹶﺃﹶﻟ‬
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
Yakni bukankah Kami telah bukakan dadamu untuk memikul tugas
da'wah ini dan Kami berikan kemudahan-kemudahan kepadamu untuk
melaksanakannya? Bukankah Kami telah jadikan tugas da'wah itu satu tugas
yang amat disukai hatimu? dan Kami licinkan jalan-jalannya untukmu serta
Kami terangi jalan-jalan itu hingga engkau dapat melihat penghabisannya
yang bahagia.
Wahai Muhammad periksalah dadamu, tidakkah engkau dapati di
lubuknya perasaan senang dan lapang hati, perasaan terang-benderang oleh
nur iman? Pulihkan kembali kecapan citarasa dari kurniaan-Ku ini di dalam
perasaanmu dan jawablah: Tidakkah dengan kecapannya yang citarasa itu
melapangkan hatimu dari segala kesusahan, merehatkan dirimu dari segala
kepenatan, memberikanmu perasaan senang dalam menghadapi setiap
kesukaran dan perasaan rela terhadap segala penafian?

(2) ‫ﻙ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺯ‬ ‫ﻚ ِﻭ‬


 ‫ﻨ‬‫ﺎ ﻋ‬‫ﻌﻨ‬ ‫ﺿ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﻭ‬

2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.

(3) ‫ﻙ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﺾ ﹶﻇ‬


 ‫ﺍﱠﻟﺬِﻱ ﺃﹶﻧ ﹶﻘ‬
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
Yakni kami ringankan bebanan da'wah yang amat berat itu dengan
melapangkan hatimu, dan dengan memberi taufik dan kemudahan
kepadamu untuk melaksanakan da'wah, dan dengan menurunkan wahyu
kepadamu untuk menerangkan hakikat-hakikat yang sebenar dan untuk
menolongmu menyerap ke dalam jiwa manusia dengan cara yang lemah-
lembut.
Tidakkah engkau dapati semuanya itu ketika menanggung beban yang
telah memberatkan belakangmu? Tidakkah kini engkau dapati beban itu
telah menjadi ringan setelah Kami lapangkan dadamu?

(4) ‫ﻙ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻚ ِﺫ ﹾﻛ‬


 ‫ﺎ ﹶﻟ‬‫ﻌﻨ‬ ‫ﺭﹶﻓ‬ ‫ﻭ‬
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).

Tafsir Fi Zilalil Quran 4


Surah Al-Insyirah____________________________________________________________________

Yakni Kami angkatkan namamu di kalangan para Malikat al-mala'ul


a'la, Kami angkatkannya di bumi dan di seluruh 'alam buana dan kerana
itulah Kami gandingkan namamu dengan nama Allah setiap kali bibir
manusia menyebut Laa ilaa ha illal laah, Muhammadar Rasulullaah. Tidak
ada lagi darjah yang setinggi dan semulia ini, itulah satu-satunya darjah yang
hanya dicapai oleh Rasulullah s.a.w. di antara seluruh isi 'alam.
Kami telah angkatkan namamu di dalam Lauh Mahfuz ketika Allah
memutuskan supaya namamu disebut pada setiap zaman dengan ucapan
doa, selawat dan taslim dan dengan perasaan kasih-sayang yang mendalam.
Kami telah angkatkan namamu yang telah terikat dengan agama Allah
yang luhur ini, kerana pemilihanmu untuk menyampaikan agama ini
merupakan satu pengangkatan nama yang paling tinggi yang belum pernah
dicapai oleh seseorang pun di 'alam buana ini baik sebelummu atau
selepasmu.
Oleh itu kesusahan, kepenatan dan keletihan tidak mempunyai tempat
lagi dibandingkan dengan pengurniaan Allah yang besar yang boleh
menghapuskan segala penderitaan itu.

(Pentafsiran ayat-ayat 5 – 6)

Walaupun begitu, namun Allah terus berlemah-lembut dengan Rasul


kesayangan-Nya yang terpilih itu dan terus menghibur dan menenangkan
hatinya di samping menerangkan rahsia kesenangan yang tidak terpisah
darinya. Kerana:

(5) ‫ﺍ‬‫ﺴﺮ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﺴ ِﺮ‬
 ‫ﻌ‬ ‫ﻊ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﹶﻓِﺈ ﱠﻥ‬
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
Kesukaran dan kesusahan tidak sunyi dari kesenangan dan
kemudahan yang menemanimu di mana-mana sahaja. Apabila bebanan
da'wah menjadi sebegitu berat, Kami lapangkan dadamu lalu bebanan yang
memberatkan belakangmu itu menjadi ringan. Kesenangan sentiasa
menemani kesusahan untuk meringankan tekanan dan keberatannya.
Ini adalah satu hakikat yang diyakinkan dan kerana itu ia disebut
berulang-ulang kali dengan ungkapan yang sama.

(6) ‫ﺍ‬‫ﺴﺮ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﺴ ِﺮ‬
 ‫ﻌ‬ ‫ﻊ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ِﺇ ﱠﻥ‬
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
Pengulangan ayat ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. benar-benar
berada dalam kesulitan dan kesukaran yang memerlu kepada pengamatan
dan peringatan ini, memerlukan kenangan kepada gejala-gejala Inayah Allah
ini, memerlukan kepada penayangan tempat-tempat Ri'ayah Allah ini, dan
memerlukan kepada penegasan dengan segala cara penegasan yang seperti
ini. Tidak syak lagi bahawa urusan da'wah yang telah memberatkan

Tafsir Fi Zilalil Quran 5


Surah Al-Insyirah____________________________________________________________________

penanggungan hati Nabi Muhammad s.a.w. sebegini rupa adalah satu urusan
yang amat besar.

(Pentafsiran ayat-ayat 7 – 8)

Kemudian datang pula arahan Ilahi supaya ia mencari sebab-sebab yang


boleh melahirkan kelapangan dan kesenangan hati dan mencari tempat
simpanan bekal untuk menempuh perjalanan da'wah yang jauh dan sukar:

(7) ‫ﺐ‬
 ‫ﺼ‬
 ‫ﺖ ﻓﹶﺎﻧ‬
 ‫ﺮ ﹾﻏ‬ ‫ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﹶﻓ‬
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.

(8) ‫ﺐ‬
 ‫ﺭ ﹶﻏ‬ ‫ﻚ ﻓﹶﺎ‬
 ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﻭِﺇﻟﹶﻰ‬
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.
Selepas kesulitan ialah kesenangan. Oleh itu gunakanlah punca-punca
kesenangan dan kemudahan itu. Yakni jika engkau telah selesai dari urusan-
urusanmu dengan orang ramai dan dari urusan-urusan kehidupan, maka
hadapilah dengan seluruh hatimu kepada kegiatan-kegiatan yang lain yang
wajar dilakukan dengan susah payah dan penat jerih, iaitu kegiatan ibadat
dan bertawajjuh kepada Allah:

(8) ‫ﺐ‬
 ‫ﺭ ﹶﻏ‬ ‫ﻚ ﹶﻓﺎ‬
 ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﻭِﺇﻟﹶﻰ‬
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.
Tumpukan seluruh perhatian dan minat kepada Tuhanmu semata-
mata dan kosongkan hatimu dari segala sesuatu termasuk urusan orang
ramai yang engkau da'wahkan mereka. Sudah tentu engkau memerlukan
bekalan dan senjata. Di sinilah engkau akan mendapat bekalan untuk
menempuh jalan da'wah, di sinilah engkau akan mendapat alat-alat senjata
untuk kelengkapan berjihad. Di sinilah engkau akan menemui kesenangan
dan kemudahan setiap kali engkau menempuh kesulitan dan kesukaran.
Inilah jalan perjuangan da'wah.
Surah ini berakhir sama seperti berakhirnya Surah ad-Duha.
meninggalkan dalam hati dua perasaan yang bercampur-aduk, iaitu perasaan
betapa besarnya kasih mesra Allah terhadap kesayangan-Nya Rasulullah
s.a.w. dan perasaan betapa besarnya timbangrasa dan belas-kasihan-Nya
terhadap Rasulullah s.a.w. dan kita sendiri seolah-olah merasa bagaimana
perasaan kesulitan yang sedang berkecamuk di dalam hati Rasulullah s.a.w.
pada waktu itu yang benar-benar memerlukan kepada kasih mesra Ilahi.
Itulah da'wah. Itulah amanah dan tugas yang amat berat, namun
demikian ia tetap merupakan tempat pancaran dan tempat turunnya nur

Tafsir Fi Zilalil Quran 6


Surah Al-Insyirah____________________________________________________________________

Ilahi. Ia merupakan tali hubungan yang menyambung fana' dengan baqa' dan
'alam dengan wujud.

Tafsir Fi Zilalil Quran 7