Anda di halaman 1dari 10

MODEL DASAR STRATEGIK BAGI PEMBANGUNAN ORGANISASI SEKOLAH DALAM KONTEKS BIROKRASI PEMUSATAN SUFEAN HUSSIN Fakulti Pendidikan

Universiti Malqya Abstract This article discusses a strategic policy model relevant for the organizational development of schools u sing the school-based management concept. The strategic policy model is suitable/or attacking organizational problems at the micro level. The essential point of this model is that it emphasizes cooperative participation of various groups in handling criti cal educational issues in a school organization. The discussion of this model is based on the policy proem perspective, which encompasses three stages namely the formulation stage, implementation stage, and evaluation stage. School managers may use the p roposed model for designing programs that are suitable for solving some confounding critical i ssues and their underlying problems and variables. . PENGENALAN Pembangunan organisasi adalah satukonsep pengurusan pendidikan yang bertujuan memperbaiki keadaan organisasi sekolah secara komprehensif. Pembangunan ini meliputi dimensi pengurusan, kurikulum, kokurikulum, profesionalisme guru, dan hubungan komuniti, Konsep ini bukanlah satu perkara baru, Di Malaysia, konsep ini telah digunakan dengan pesat pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pada lingkungan beberapa tahun tersebut berlakunya proses pembinaan negara melalui reformasi sistem pendidikan, struktur pendidikan, dan kurikulum sejajar dengan keperluan pengisian Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Issues in Education, Volume 24, 2001

16 Pembangunan organisasi sekolah terus berlaku pada tahun 1980an dan 1990an, tetapi penekanan diberi kepada inovasi kurikulum dan petluasan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pendidikan. Arus pembangunan dalam sistem pendidikan dalam dua dekad tersebut menjurus kepada pengisian dasar pembangunan sumber manusia dalam konteks pelaksanaan pelbagai dasar yang dianjurkan oleh Laporan Kabinet (1979) dan Dasar Perindustrian Negara. Pada sudut makro, pembangunan sistem pendidikan telah berlaku dengan baik dan pada kadar yang menjurus kepada sasaran yang dirangkakan oleh Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Ketujuh. Namun pada sudut mikro, iaitu peringkat dalaman sekolah, banyak program pembangunan boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti organisasi sekolah. Inovasi pengurusan bagi pembangunan organisasi sekolah masih perlu dilaksanakan oleh semua sekolah kerana keadaan organisasi sekolah di Malaysia masih belum setaraf dengan beberapa sekolah di negara maju. Kekurangan usaha inovasi bagi pembangunan organisasi sekolah mungkin bersangkut-paut dengan fenomena pemusatan yang sentiasa menampilkan kekuasaan birokrasi dari atas ke bawah. Namun itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai faktor yang mengekang pembangunan sistem pendidikan di negara ini. Birokrasi ialah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian kerja mengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut tatatingkat dan tarafkedudukan jawatan dan kuasa. Birokrasi juga ditandai oleh aliran arahan dan maklumat daripada peringkat atas ke peringkat bawah dalam struktur pentadbiran. Saiz serta kompleksiti birokrasi bertambah besar mengikut peredaran masa. Sungguhpun birokrasi adalah baik sebagai satu sistem pentadbiran yang sistematik dan koheren, tetapi apa yang menjadi kemusykilan kebanyakan orang ialah semakin saiz dan kompleksiti birokrasi bertambah, maka sernakin lambatlah pemprosesan berbagai-bagai perkara, dari hal pesanan barangan sehinggalah kepada hal kenaikan gaji dan pangkat. lnilah kelemahan utama birokrasi,

Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001

17 Dengan kelemahan itu, kebanyakan orang mempunyai persepsi negatif terhadap birokrasi, dan beberapa konsep baru dianjurkan oleh para pentadbir yang kreatif untuk mengurangkan kecerewetan birokrasi. Antara konsep baru ialah uraipemusatan, pengurusan berasaskan organisasi setempat, dan perkasaan. Namun, pe1bagai konsep baru ini lenyap perlahan-lahan ditelan oleh gergasi birokrasi yang tidak mahu menerima perubahan dan inovasi. Artikel ini mencadangkan satu lagi inovasi baru, iaitu satu model yang menggabungkan dan memperkukuhkan usaha pembangunan organisasi sekolah. Model ini mendorong kepada pembangunan organisasi secara penyertaan demokratik dan penggubalan strategi yang sistematik. Model tersebut ialah model dasar strategik untuk peringkat organisasi atau mikro. Model ini sesuai untuk menangani sesuatu isu dasar pendidikan seperti integrasi kaum, vandalisme di sekolah, dan kelemahan murid dalam bahasa Inggeris. Birokrasi dan arahan dati pihak atasan tidak dapat menyelesaikan isu dasar ini. Hanya pihak sekolah sendiri yang berkuasa menangani isu yang sedemikian. Dalam konteks sistem atau organisasi yang pelbagai, dasar bermakna keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi dengan beberapa tujuan strategik, iaitu: a) b) c) d) Memberi panduan ke arah sesuatu wawasan pembangunan. Memantapkan kedudukan organisasi dalam arus perubahan. Menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Mendisiplinkan manusia tentang erika dan tatasusila organisasi.

Dalam rnasyarakat demokrasi di Malaysia, pelbagai dasar boleh digubal oleh organisasi pada beberapa peringkat sistem pentadbiran, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Dalam sistem pendidikan pula, sesebuah sekolah awam sendiri boleh menggubal dan melaksanakan pe1bagai dasar mikro mereka sendiri. Hal ini adalah kerana beberapa dasar pendidikan bersifat dinamik dan anjal, iaitu boleh diubahsuai dan anjal mengikut konteks tempat, masa, dan budaya

Issues in Education, Volume 24,2001

18 masyarakat. Namun demikian, semua dasar mikro yang dilaksanakan pada peringkat sekolah sewajamya sejajar dengan pelbagai dasar makro pada peringkat kebangsaan. Pelbagai dasar strategik dalam pengurusan berasaskan sekolah adalah beberapa dasar yang digubal oleh pihak sekolah secara kolektif, iaitu bersama guru, pentadbir, murid, dan ibu bapa untuk mencapai mana-mana empat tujuan yang dinyatakan pada perenggan kedua sebelum ini, Tujuan yang kerap menjadi sasaran dasar strategik di sekolah ialah mengenai penyelesaian beberapa masalah tertentu, seperti masalah pinjaman buku teks, masalah pengangkutan murid, masalah prestasi sains dan matematik yang rendah, dan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, dalam konteks tujuan pembangunan sekolah, pelbagai dasar strategik boleh digubal oleh pihak sekolah, Dasar tersebut perlu berbentuk inovasi baru demi membina sckolah yang berdaya maju, progresif, dan cemerlang. Contoh dasar pembangunan ialah dasar literasi komputer, dasar pusat sumber sains dan matematik sekolah, dasar pengajaran berpasukan, dasar pembelajaran ala kuliah untuk menengah atas, dasar pembelajaran secara penyelidikan untuk sekolah mcnengah, dan dasar pembelajaran pemikiran logik dan kritikal untuk mencngah atas, Dalam konteks tujuan etika dan tatasusila organisasi pula, pelbagai dasar strategik berfokus kepada usaha membina warga sekolah yang berhemah mulia perlu digubal. Contohnya ialah dasar kerjasama polis dengan sekolah, dan dasar penyertaan pelbagai pasukan kadet seperti kadet polis, bomba, tentera, dan bulan sabit. Matlamat dasar seperti ini ialah untuk meningkatkan disiplin murid dan guru secara terus, dan seterusnya memudahkan pembinaan budaya berhemah tinggi di sekolah. Faedahnya pula ialah beban dan tanggungjawab pembinaan disiplin sekolah dipikul oleh ramai, bukannya oleh beberapa orang guru dan pengawas sekolah.

Masalah Pendidikan ,Jilid 24, 2001

19 Dalam konteks tujuan penyesuaian organisasi dalam arus perubahan pula, dasar strategik berfokus kepada menyerlahkan peranan dan organisasi dalam menghadapi cabaran, persaingan, atau ancaman daripada persekitaran luar ataupun dalaman harus difikirkan. Contohnya, dasar pembe1ajaran teknologi multimedia, dasar kehidupan tanpa AIDS, dan dasar pendidikan pelbagai budaya (multicultural education) boleh digubal bagi mencapai matlamat tersebut PROSES PEMBUATAN DASAR STARTEGIK BERASASKAN SEKOLAH Proses bermakna penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk membuahkan hasil yang tertentu tertentu. Oleh itu, proses dasar strategik ialah penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk memperoleh hasil yang tertentu. Di sinilah letaknya konsep teras dasar, iaitu sesuatu dasar yang dilaksanakan oleh pihak pelaksana mesti mengenai kumpulan sasaran yang sewajarnya menerima faedah. Dasar yang baik membuahkan faedah yang maksimum dalam jangka panjang kepada organisasi, dan dasar yang tidak baik ialah dasar yang tidak mendatangkan faedah serta menimbulkan pelbagai masalah lain. Pembuatan dasar yang baik mesti memenuhi kriteria yang berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) Penyertaan wakil-wakil yang pe1bagai. Pembentukan beberapa jawatankuasa. Perbincangan mengenai isu dasar berdasarkan pelbagai fakta. Perbincangan dan pen~tapan nilai utama dalam isu dasar, Mengenalpasti jenis dan sifat masalah di sebalik isu dasar, Merangka beberapa strategi alternatif tindakan untuk sesuatu masalah, Menjangka aras kejayaan sesuatu strategi altematif tindakan. Membuat anggaran kos dan faedah.

Penyertaan wakil daripada pelbagai kumpulan manusia dalam sekolah adalah bersandarkan konsep demokrasi. Pandangan dan kritikan daripada pelbagai kumpulan boleh menimbulkan berbagai idea

Issues in Education, Volume 24, 2001

20 dan juga memurnikan sesuatu ketctapan dasar, atau memperbanyakkan pendekatan dan strategi pelaksanaan dasar, Selain daripada itu, pelbagai kumpulan, khususnya yang terdiri daripada kumpulan sasaran akan membawa nilai, motif, dan fakta yang peIbagai dalam sesi perbincangan penggubalan dasar. Contoh kumpulan sasaran ialah guru baru, mutid nakal, kctua panitia, dan guru penasihat. Contoh nilai pula ialah nilai profesionalisme, nilai hormat, dan nilai persaingan. Pembentukan beberapa jawatankuasa teknikal bertujuan membahagikan kerja dalam komponen penggubalan dasar, pelaksanaan dasar, dan penilaian dasar perlu dilakukan. Sebagai contoh penubuhan beberapa jawatankuasa penting seperti jawatankuasa kewangan, disiplin, kurikulum, kokurikulum, kantin, perhubungan, penyelidikan atau penyiasatan, peperiksaan, dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) perlu dilakukan. Penyertaan beberapa jawatankuasa tersebut boleh juga membina pemerkasaan, sumbang saran dan semangat partisipatif Perbincangan isu-isu dasar, khususnya oleh pelbagai kumpulan dan jawatankuasa, mestilah berasaskan fakta-fakra agar julat dan darjah sesuatu isu dapat dikenalpasti setepat mungkin. Hal ini boleh menolak andaian dan prejudis dan seterusnya memberikan justifikasi yang kukuh bagi pelaksanaan sesuatu dasar, Antaranya ialah pelbagai persoalan penting dalam perbincangan boleh dikemukakan seperti: Apakah isunya? Berapa ramai yang terlibat? Sudah berapa lamakah isu tersebut wujud? Apakah masalah di sebalik isu tersebut? Apakah faktor yang menyebabkan isu tersebut timbul? Sesuatu dasar yang hendak digubal mestilah mempunyai matlamatnya dan seterusnya nilai penting di sebalik matlamat berkenaan, Misalnya, matlamat membina sekolah yang selamat berkait dengan nilai seperti kebersihan, kecermatan pemeriksaan penggunaan e1ektrik, pemadam api, bahan makanan, dan kepekaan terhadap aduan yag diterima. Matlamat meningkatkan kefasihan bahasa Inggeris pula berkait dengan nilai komersial, ketrampilan diri, dan globalisasi. Nilai yang dikenal pasti menjadi panduan keutamaan pada masa memilih

Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001

25 Rajah 1 di atas menunjukkan model kitaran dasar strategik, yang mempunyai tiga peringkat asas, iaitu peringkat penggubalan dasar, peringkat pelaksanaan dasar, dan peringkat penilaian dasar. Petingkat penggubalan ialah petingkat yang paling besar dan rumit, dan peringkat ini meliputi aspek perbincangan isu dasar hinggalah kepada penaksiran kejayaan pelaksanaan dasar. Aspek mengenal pasti masalah dan pelbagai faktor berkaitan memerlukan ketelitian agar pelaksanaan dasar mengenai sasarannya. Selain daripada itu, strategi pelaksanaan juga memerlukan ketelitian agar prosedur kerja boleh dibuat secara berperingkat-peringkat dan sistematik. Strategi diperolehi melalui analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Threats) untuk sesetengah organisasi pendidikan. Bagi organisasi sekolah contohnya, strategi jangka pendek ialah jenis tindakan untuk tempoh antara satu bulan hingga dua tahun, dan strategi jangka panjang ialah jenis tindakan untuk tempoh antara riga hingga lima tahun. Peringkat pelaksanaan dasar pula terdiri daripada menggerakkan pelbagai pihak yang terlibat seperti PIBG, ketua panitia, guru, dan murid. Pelaksanaan dasar juga melibatkan penggunaan wang, oleh itu pentadbir sekolah wajar sekali mendapatkan bantuan dengan berbagai cara untuk menaja pelaksanaan dasar. Aspek pemantauan wajar sekali diberi perhatian agar pelbagai halangan dapat dikenal pasti dan diatasi oleh pelaksana dan tiada berlaku pembaziran kewangan. Halangan utama ialah ketiadaan komitmen para guru dan murid untuk me1aksanakan sesuatu dasar, Bagi mengatasi masalah ini kadangkala memerlukan pengetua sekolah bertindak secara paksaan atau kolaboratif. Hal ini bergantung kepada tahap keseriusan komitmen itu. Penyelesaian secara kolaboratif boleh dilakukan dengan membina kumpulan aliran teras yang sentiasa menyakang tindakan inovatif pengetua. Namun demikian, penggunaan elemen paksaan boleh menimbulkan tentangan di kalangan guru. Hal ini kerana andaian penggunaan kuasa baleh menyelesaikan semua masalah sekolah ialah satu andaian yang salah.

Issues in Education, Volume 24, 2001

26 Peringkat penilaian dasar strategik pula memberi perhatian terhadap penilaian faedah kepada kumpulan sasaran, penilaian terhadap keberkesanan jentera pelaksanaan menjalankan kerja, serta analisis terhadap kos-faedah. Penilaian wajar mengambil kira faedah nyata dan tersirat dari segi jangka pendek dan jangka panjang. Faedah tersirat biasanya sukar diukur tetapi dapat dilihat atau dikesan perubahannya di kalangan warga sekolah. Sebagai contoh, perubahan keceriaan, perubahan komitmen guru, dan perubahan sikap mood adalah beberapa faedah tersirat yang sukar diukur oleh sesiapa pun, tetapi perubahan ini adalah perubahan yang positif dan baik. Perubahan begini hanya boleh dianggarkan sahaja nilai wangnya dalarn menaksir koskeberkesanan sesuatu dasar. Nilai nisbah kos-faedah dan kos-keberkesanan yang tinggi menunjukkan pelaksanaan dasar yang mencapai tahap tinggi dan dasar tersebut telah berjaya. PENUTUP Kemajuan dan pembangunan organisasi sekolah boleh berlaku dengan cara melancarkan beberapa dasar strategik, iaitu dasar yang mengambil kira perkembangan dan pelbagai isu luar dan dalam persekitaran sekolah. Keadaan masyarakat global, negara, dan tempatan kerap berubah-ubah, khususnya dalam bidang ekonomi, bahasa, dan budaya, sentiasa memaksa sekolah melakukan inovasi agar proses pendidikan dan pengurusan sentiasa relevan dengan kehendak semasa, Walau bagaimanapun, dasar strategik juga boleh berfokus kepada usaha-usaha mengatasi kelemahan dan ancaman terhadap sesebuah sekolah. Antara kelemahan utama sekolah sekarang ini ialah keadaan fizikal, prasarana, serta pusat sumber yang daif, taraf penguasaan bahasa Inggeris yang rendah, taraf pencapaian matematik dan sains yang rendah, dan kesesakan bilik darjah di sekolah ban dar. Ancaman terhadap sekolah pula ialah seperti golongan perosak harta benda sekolah, akhbar yang memburukkan guru sekolah, dan jenayah di sekolah. Pihak sekolah tidak wajar berdiam diri terhadap ke1emahan dan ancaman berkenaan kerana hal tersebut boleh merosakkan usaha

Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001

27 pembangunan sekolah dan pembangunan sumber manusia dalam proses pembinaan negara yang maju. Berdiam diri bererti membiarkan masalah dan menunjukkan kelemahan pengurusan sekolah. Hal ini akan menjadi ancaman yang menjerut warga sekolah dari semasa ke semasa. Sekolah wajar memakai metafora "organisasi sebagai organisme hidup", iaitu sekolah sebagai institusi sosial yang sentiasa belajar memperbaiki keadaan diri dengan cara mengatur sttategi untuk terus membina imej dan prestij yang cemerlang. Hal ini kerana kemajuan dan pembangunan ialah sifat penting tamadun manusia.

Essuess Education, Volume 24, 2001

28 RUJUKAN Azali Atan (2001). Inovasi pengurusan di kalangan pengetua di daerah Muar, Johar. Kertas Projek Sarjana, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Azizah Md Isa (2001). Persepsi guru-guru terhadap iklim organisasi sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kertas Projek Sarjana, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Bryson, J. M. (1991). Strategic planning for public and nonprofit organizations. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Institut Tadbiran Awam Negara (1994). Dasar-dasar pembangunan Malqysia, Kuala Lumpur: INTAN. Kaufman, R. (1992). Strategic planning plus: An organizational guide. Newbury Park: Sage Publications. Malaysia (1998). Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: International Law Book Series: Malaysia (1997). Peke/ding kemqjuan pentadbiran awamI991-1993. Kuala Lumpur: International Law Book Series. Malaysia (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkqji pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Mauriel, J. J. (1989). Strategic leadership for school: Creating and sustaining productive change. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Schmuck, R. A., & Runkel, P J. (1994). The Handbook of organizational defopment in (thools and college ( Prospect Heights' Waveland Press. Smith, S. c., Mazzarella, J. A., & Piele, P. K. (1982). School leadership: Handbook for survival. Eugene: ERIC, University of Oregon. Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malqysia: S~jarah, sistem dan falsa/ah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Wan Nab Wan Deraman (2001). Kepimpinan pengajaran guru besar sekolah di empat buah sekolah berkesan di daerah Kinta, Perak. Kertas Projek Sarjana, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Weimer, D. V, & Vining, A. R. (1992). Policy analysis: Concepts and practice. (2nd ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.