Anda di halaman 1dari 3

Tema Kehebatan anak-anak raja menangani pelbagai rintangan.

Indera Nata mengembara untuk menunaikan hasrat bapanya, iaitu Raja Rom yang memintanya mencari gajah yang bergading emas. Tuan puteri tujuh orang pula bijak menggunakan kesempatan melepaskan diri daripada raksasa dengan bantuan Indera Nata.

Persoalan Persoalan tentang keberanian anak raja. Indera Nata masuk ke mahligai raksasa dan cuba menyelamatkan tujuh puteri tawanan raksasa. Persoalan tentang kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Tuan Puteri Cendana Kesuma berbuat helah kepada raksasa jika mahu hati mereka cepat besar untuk raksasa memakannya, raksasa gajah bergading emas. Persoalan tentang kasih saying seorang ibu. Tuan Puteri Cenderawati tidak makan, minum, dan tidur sejak berpisah dengan anaknya, Indera Nata. Persoalan tentang kebolehan bercakap dengan binatang. Indera Nata boleh bercakap dengan ular sakti dan naga semasa haiwan tersebut membantu menyelamatkannya daripada dikejar raksasa oleh raksasa.

Watak dan Perwatakan Indera Nata Merupakan anak Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati. Merupakan seorang yang berani. Indera Nata telah menyelamatkan 7 orang puteri daripada pelbagai negeri yang telah diambil oleh raksasa. Seorang yang penyayang. Indera Nata sangat menyayangi kesemua isterinya dan tuan puteri. Seorang yang rendah diri dan hormat akan orang lain. Indera Nata tidak mahu raja-raja daripada pelbagai negeri memberi hormat kepadanya tetapi sebaliknya, mengatakan bahawa baginda sebagai menantu adalah orang yang patut memberi hormat kepada mereka. Seorang yang bijaksana. Indera Nata telah berjaya menangkap dan mengalahkan raksasa kerana kebijaksanaannya mengatur strategi. Raja Rom Ayahanda kepada Indera Nata. Bertindak tanpa usul periksa. Raja Rom menyangka anak dan isterinya adalah orang hutan dan orang hutan disangka anak dan isterinya disebabkan fitnah Si Batu Kembar. Menyesali akan perbuatannya yang bertindak tanpa usul periksa. Raja Rom telah meminta maaf akan perbuatannya terhadap Tuan Puteri Cenderawati

dan Indera Nata yang telah disangkanya orang hutan disebabkan fitnah Si Batu Kembar. Latar 1. Latar masyarakat a. Masyarakat yang TAAT KEPADA RAJA. Indera Nata sanggup menjunjung perintah Raja Rom supaya mencari gajah bergandingkan emas. b. Masyarakat yang memiliki hikmat dan kesaktian. Indera Nata memiliki kesaktian, iaitu berkebolehan berkata-kata dengan binatang buas. c. Masyarakat yang mempercayai perkara-perkara yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Lembur dan naga yang dating membantu Indera Nata dan tujuh orang puteri 2. Latar tempat a. Di sebuah bukit. Bukit yang amat tinggi terdapat sebuah rumah dan sebelahnya terdapat sebuah mahligai, iaitu tempat raksasa. b. Di dalam mahligai. Tempat Indera Nata berjumpa dengan tujuh orang puteri. c. Hutan. Tempat raksasa bertemu dengan Raja Rom yang sedang berburu dan tempat raksasa mencari kijang putih bertanduk emas. d. Tepi pantai. Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih dan merupakan tempat Indera Nata mendapat pertolongan daripada ular sakti dan naga. 3. Latar masa a. Pada waktu siang. Contohnya semasa raksasa keluar mencari gajah bergading emas. b. Pada waktu petang. Contohnya semasa raksasa tidur sebelum keluar mancari kijang putih bertanduk emas. c. Pada waktu tengah malam, iaitu sewaktu Indera Nata sampai di rumah bondanya. Gaya bahasa Bahasa Arab. Contohnya :hatta (m/s 59) Allah (m/s 64) Bahasa Istana. Contohnya : kakanda, adinda (m/s 61), bonda, anakanda (m/s 67) Simile. Contohnya : ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata- kata seperti ia berkata dengan manusia juga (m/s 59), Maka ia mendengar bunyi seperti ribut (m/s 63) Hiperbola. Contohnya :..carikanlah gajah bergandingkan emas supaya hati kami lekas besar! (m/s 64) maka raksasa yang laki-laki itu pun kijang putih bertandukkan emas. (m/s 65)

Nilai murni Nilai keberanian. Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan cuba menyelamatkan tujuh puteri tawanan raksasa. Baik hati. Indera Nata berusaha menyelamatkan tujuh puteri daripada raksasa selepas tujuh puteri meminta Indera Nata kasihan akan mereka yang sedang ditawan oleh raksasa. Kasih sayang. Tuan Puteri Cenderawati tidak makan, minum dan tidur sejak berpisah dengan anaknya, Indera Nata.

Bekerjasama. Tuan Puteri Cendera Kesuma menyembunyikan Indera Nata di dalam peti emas supaya terselamat daripada raksasa, manakala Indera Nata membawa Tuan Puteri Cendera Kesuma keluar dari mahligai raksasa.

Pengajaran Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu. Indera Nata sanggup menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti dan berhadapan dengan raksasa semata-mata mencari gajah bergading emas seperti yang disuruh oleh Raja Rom. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah. Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah kepada raksasa jika mahu hati mereka cepat besar, hendaklah mencari gajah bergading emas. Kita hendaklah tolong-menolong diantara satu sama lain. Ular sakti dan naga menolong menyelamatkan Indera Nata daripada raksasa.

Anda mungkin juga menyukai