Anda di halaman 1dari 9

IKHTIAR HIDUP

Takrifan Ikhtiar Hidup: "USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING" 1. Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup 2. Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am. 3. Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein) 4. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat 5. Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya 6. Garam - gantikan mineral badan yang hilang Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (cuba rasa) CIUM ATAU HIDU

Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau tengik mungkin beracun/berbahaya dan memabukkan.

GATAL KULIT

Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan/perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.

BIBIR, LIDAH, MULUT

Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yg dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.

MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)

Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntahmuntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.

Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut, antara ketakutan yang timbul ialah:

Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya Takut kepada ancaman hidupan liar Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum Takut kepada persekitaran itu sendiri Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui (makhluk halus, jin, hantu dan lain-lain)

Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:


Berdoa kepada Tuhan Bertekad untuk terus hidup, kemandirian

Dalam keadaan IH, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk terus hidup. Antaranya:

Air Rehat Perlindungan Makanan Kecergasan Psikologi, mental Penjagaan dan rawatan

Sentiasanya, dalam keadaan IH, seseorang itu akan kekurangan bekalan air, antara cara yang bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:

Banyak berehat Bekerja hanya pada waktu malam Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan Bernafas melalui hidung Jangan merokok Jangan berbaring di atas tanah yang panas Makan dalam kuantiti yang minimum Elakkan makanan berlemak/alkohol

Pengetahuan Perkhemahan
Apakah asas dan motif suatu perkhemahan diadakan?

Membina semangat perpaduan di kalangan ahli Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan. Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem perntauliahan.

Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam satu khemah? Walaupun khemah rangka A atau jenis igloo, satu khemah biasanya mempunyai:

Tiang rangka Pancang Flysheet

Khemah Beg khemah Tali

Apakah syarat-syarat yang penting apabila ingin mendirikan satu tapak perkhemahan? Antara syarat-syarat penting adalah:

Bentuk muka bumi dan salirannya Jenis tanah Iklim semulajadi Jenis tumbuhan(tumbuhan yang reput)

Kemudahan asas (sungai, tandas, dll) Keselamatan (serangan haiwan, anai-anai dll)

Pertolongan Cemas
Teknik-Teknik Rawatan Pertolongan Cemas

Luka/Pendarahan Rawatan: 1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan Tanda-tanda:

maklumat dari mangsa mangsa sakit dengan tiba-tiba kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan:
1. 2. 3. 4.

Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. Segera hubungi hospital Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terkejut Tanda-tanda:

badan berpeluh pucat rasa nak pengsan resah nafas kerap tapi tipis kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan:
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Baringkan mangsa Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery' Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan Selimutkan jika suhu badan menurun Segera hantar ke hospital

Terbakar Klasifikasi terbakar: 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh 2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3. Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
* Orang
dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu

dimasukkan ke hospital

Rawatan: 1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih 3. baringkan mangsa 4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar 5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 6. hantar segera ke hospital

Melecur Rawatan: 1. sejukkan dengan air sejuk 2. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian 3. rawat seperti mangsa terbakar Kejutan Elektrik Rawatan: 1. putuskan hubungan elektrik 2. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti 3. rawat bagi terbakar jika ada Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE 1. 2. 3. 4. 5. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] Balut tempat yang cedera [Compression] Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation] Hantar ke hospital

Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. 2. 3. 4. 5. Berikan rawatan renjatan. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. Jangan lakukan banyak pergerakan. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. Hantar segera ke hospital.

Asas Kawad Kaki KRS


Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman jadikan tiga barisan di hadapan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris bertiga-tiga di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (3x). Jadi tiga barisan di hadapan saya, gerak.

Jadikan tiga barisan Hukuman: Skuad masuk baris Kesalahan biasa: - datang beratur tiada berlari - bercakap-cakap -barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih Paras Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras Nombor Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor! Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerak Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan. Hukuman : Ke kanan lurus. Kesalahan biasa : - tidak bilang nombor dengan cepat - menyebut nombor dengan suara yang perlahan - lupa nombor masing-masing Sedia Hukuman : Skuad,skuad......sedia Kesalahan biasa : -kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan -berdiri tidak tegap dan mata bergerak -kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat -tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan -belakang tangan menghala ke hadapan -badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata -tidak memandang 200m ke hadapan -semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri Hukuman : Senang ......diri Kesalahan biasa : -siku bengkok -lutut tidak tegap dan tiada bertahan -jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu -menggerakkan kaki kiri -pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan -jatuh tumit atau hujung kaki dahulu Rehatkan diri Hukuman : Rehatkan ...... diri Kesalahan biasa : -kedua-dua tapak kaki bergerak -menggeliat dan bercakap-cakap Membetulkan barisan Hukuman : Ke kanan...... lurus Pandang......depan Kesalahan biasa : -kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus -pinggang lemah semasa kaki bergerak -badan dan kepala tidak tegak -siku bengkok -turun tangan dengan lambat Buka dan tutup barisan Hukuman : Buka barisan......gerak Tutup barisan......gerak Kesalahan biasa: -kedua-dua badan tidak rapat ke badan -tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang -tangan dan bahu bergerak -mata pandang ke bawah -badan tidak tegak Berpusing Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa : -badan berlonjak semasa berpusing -tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing -tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing -kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki -keberatan badan di atas kaki yang belakang -menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang -membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang Bersurai dan keluar baris Hukuman : Ber......surai Hukuman : Keluar......baris Kesalahan biasa ; -bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris Berjalan Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit ) ~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci ~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci ~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci ~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci Masa berjalan ~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit ~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit ~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih ~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit Cepat jalan Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan Ingatan: - Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. - Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. Kesalahan biasa : -lutut kendur -lenggang tidak lurus -hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit -pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. -apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama

Berhenti Hukuman : Skuad, skuad...... henti Kesalahan biasa : - bergoyang selepas berhenti -badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti -lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti -turun tangan terlalu lambat - menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan Pusing ke belakang Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing Kesalahan biasa : - lutut bengkok semasa pusing -membiarkan tangan berayun-ayun -tidak mengangkat kaki cukup tinggi -pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan Tukar langkah (cepat jalan) Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa : -melenggangkan bahu dan tangan - tidak membongkokkan lutut -tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga (semasahentak kaki sahaja) Hukuman : tukar langkah Kesalahan biasa : -badan seolah-olah mengeliat -terlalu pantas Hormat semasa berjalan Ke kanan hormat Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat hadapan hormat Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat Kesalahan biasa : -melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.