Anda di halaman 1dari 44

Bab 4 Teori Kritikan Kesusasteraan

Pengenalan Teori Kritikan kesusasteraan merupakan salah satu genre dalam kesusasteraan. Hubungan karya kesusasteraan dengan teori kritikan kesusasteraan saling berhubung-kait. Teori kritikan kesusasteraan berfungsi mengenal-pasti ciri-ciri karya yang bermutu. Melalui ciri-ciri tersebut, kritikan sastera berperanan memberi saranan dan garis panduan kepada penulis menghasilkan karya bermutu. Definisi Kritikan Kesusasteraan Menurut Hashim Awang (1985) kritikan kesusasteraan ialah satu usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Yang dikatakan jujur kerana pengkritik mesti membukti status karya berkenaan sama ada bermutu atau tidak bermutu. Untuk membuktikan status karya, pengkritik mesti bersifat adil, benar dan sah. Manakala, sistematik kerana pembedahan terhadap karya dilakukan secara ilmiah dan setiap kesimpulan berasaskan analisis yang dilakukan. Proses menganalisis karya itu pula mesti berasaskan sesuatu teori atau pendekatan pilihan. Penggunaan teori atau pendekatan itu, sebaiknya, hendaklah dijelaskan oleh pengkritik. Dalam buku Glosori Mini Kesusasteraan Melayu (1987) Hashim Awang menjelaskan kritikan sastera sebagai kegiatan memerikan, mempertimbangkan, menganalisis atau menilai karya seni. Kritikan sastera berusaha mencari kekuatan dan kelemahan karya berdasarkan sesuatu teori atau pendekatan. Manakala Rahman Shaari (1989) menjelaskan kritikan sastera sebagai tulisan yang mengandungi penilaian atau reaksi pembaca terhadap karya sastera. Penilaian dan reaksi itu mungkin secara serius atau

49

sebaliknya. Jika penilaian atau reaksi itu berasaskan teori, maka ia dianggap serius, dan begitu sebaliknya. Daripada tiga pendapat itu didapati inti idea mengenai kritikan sastera ialah penilaian, analisis dan pertimbangan (keputusan analisis) dan teori atau pendekatan. Justeru, penekanan dan maksud kritikan sastera dapat dirumuskan sebagai satu usaha membuat penilaian terhadap sesebuah karya. Penilaian itu melibatkan usaha menganalisis dan mempertimbangkan analisis untuk menentukan kekuatan dan kelemahan karya. Analisis itu pula berdasarkan teori atau pendekatan tertentu sebagai kayu ukur karya. Mungkin hasil penilaian, antara satu teori dengan satu teori lain, adalah berbeza. Walaupun penilaian menggunakan teori A mendapati karya berkenaan tidak bermutu, belum tentu demikian juga apabila menilai menggunakan teori B. Jika kedua-dua teori, A dan B, mendapati karya itu lemah maka sahlah bahawa karya berkenaan lemah atau tiada nilai sastera. Dan, begitulah sebaliknya. Secara umum terdapat dua kategori pendekatan dalam kajian karya kesusasteraan. Pertama, pendekatan ekstrinsik, iaitu mengkaji karyakarya kesusasteraan dengan menggunakan ilmu bantu di luar bidang kesusasteraan seperti ilmu Sejarah, Sosiologi, Sains dan sebagainya. Kedua, pendekatan intrinsik, iaitu mengkaji karya-karya kesusasteraan dengan menggunakan teori, kaedah dan ilmu kesusasteraan. Terdapat beberapa teori mengkaji karya kesusasteraan yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan sarjana Malaysia. Antara teori-teori mengkaji karya kesusasteraan yang dikemukakan oleh sarjana Malaysia ialah Teori Takmilah oleh Shafie Abu Bakar, Teori Rasa Fenomenologi (Sohaimi Abdul Aziz), Teori Teksdealisme, dan Teori Taabudiyyah (Mana Sikana), Teori Puitika Sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh), Teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang), Teori SPB4L (Mohd Yusuf 50

Hassan), Teori Konseptual Kata Kunci (Mohammad Mokhtar Hassan), dan lain-lain. Dari segi pendekatan pula terdapat Pendekatan Adab oleh Zahir Ahmad dan Pendekatan Citra oleh Maniyamin bin Haji Ibrahim. Manakala antara teori mengkaji karya kesusasteraan dari Barat yang sering digunakan di Malaysia ialah Teori Formalistik, Teori Struktural, Teori Feminis dan Teori Sosial. Sebaik-baiknya, karya-karya kesusasteraan Malaysia hendaklah dikaji menggunakan teori dan pendekatan sendiri kerana cita rasa lebih menepati. Fungsi Kritikan Kesusasteraan Terdapat beberapa fungsi kritikan kesusasteraan, antaranya, pertama, membuat penilaian terhadap sesebuah karya. Ini merupakan fungsi utama kritikan kesusasteraan. Melalui kritikan akan dapat diketahui kekuatan atau keistimewaan, dan sebaliknya, sesebuah karya. Pengkritik akan menjelaskan sebab karya itu dianggap kuat / bermutu dan sebab karya itu dianggap lemah. Kedua, Mencetuskan pemikiran baharu dan percambahan minda. Pembaca atau penulis karya juga berhak menilai sesuatu kritikan. Ada kalanya, hasil kritikan itu diterima dan ada kalanya tidak diterima. Sama ada idea atau pemikiran pengkritik itu diterima atau ditolak, pembaca atau penulis boleh mengemukakan idea baharu untuk menyanggah atau memperkembangkan idea asal pengkritik. Ada kalanya pula, penulis atau pengkritik lain akan mempertahankan idea penulis berkenaan menyebabkan berlakunya polemik. Polemik adalah penting dalam kegiatan kesusasteraan. Ia membantu merancakkan perkembangan kesusasteraan dan ilmu. Dari polemik itu akan mencetus pemikiran baharu. Misalnya, pihak yang tidak bersetuju dengan Teori Formalistik akan mengemukakan idea baharu untuk menggantikannya. Teori pengganti dikenali sebagai Teori Struktural. Kemudian, Teori Struktural dikembangkan pula oleh pengkritik lain dan 51

dinamakan Teori Struktural Genetik, Teori Struktural Dinamis dan begitulah seterusnya. Idea menghasilkan Teori Persuratan Baru oleh Mohd. Afandi Hassan tercetus kesan daripada kritikan beliau terhadap Syarahan Perdana Dr. Muhammad Haji Salleh yang berjudul Puitika Melayu: Satu Pertimbangan. Idea menghasilkan Teori RasaFenomenologi oleh Suhaimi Abdul Aziz adalah kesan daripada kritikan terhadap Teori Fenomenologi (dari Barat) dan Teori Rasa (dari India). Ketiga, berkaitan dengan fungsi kedua ialah kritikan dapat

menghasilkan karya, genre atau subgenre baharu. Hasil daripada polemik atau ketidaksetujuan terhadap sesuatu idea akan melahirkan cadangan alternatif. Misalnya, penolakan oleh Mohd Afandi Hassan terhadap Teori Puitika Melayu oleh Muhammad Haji Salleh telah melahirkan Teori Persuratan Baru. Beliau juga menghasilkan subgenre cerpen yang dikenali sebagai espen.Reaksi Raja Azmi dan Ibrahim Ali terhadap novel Shit karya Shahnon Ahmad telah menghasilkan novel masing-masing bertajuk Jijik (Raja Azmi) dan novel bertajuk Babi (Ibrahim Ali). Keempat, menyedarkan penulis atau mempertingkatkan mutu ambil

penulisan. Walaupun penilaian pengkritik terhadap sesuatu karya itu dianggap buruk, namun pengarang atau penulis lain boleh iktibar untuk mempertingkatkan mutu karya berikutnya. Sebab-sebab sesebuah karya dianggap tidak bermutu merupakan tip paling berharga untuk penulis menghasilkan karya baharu yang lebih bermutu. Kelima, merancakkan kegiatan kesusasteraan. Dengan adanya kritikan terhadap sesebuah karya secara tidak langsung telah mewarnai dan memperkembangkan kegiatan kesusasteraan di tanah air. Penulis, pelajar dan masyarakat dapat memanfaatkan kritikan tersebut melalui saranan-saranan yang dikemukakan. Manakala organisasi berkaitan 52

seperti universiti, jabatan-jabatan kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan persatuan penulis misalnya, dapat turut sama merancakkan kegiatan kritikan melalui penganjuran seminar, bengkel dan pertemuan penulis. Aktiviti seumpama ini, selain mencetuskan motivasi, dapat juga mengeratkan hubungan kalangan penulis dengan khalayak, perpaduan antara kaum dan malah boleh menjadi salah satu sumber tarikan dalam industri pelancongan negara. Keenam, menurut Rahman Shaari (1981) fungsi kritikan sastera dapat memperjelaskan aspek-aspek penting dalam binaan sesebuah karya. Aktiviti menilai karya kesusasteraan tidak akan terlepas daripada memperkatakan perihal kekuatan dan kelemahan karya berkenaan. Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dianggap kurang bermutu oleh ahli panel Peraduan Mengarang Novel sempena 10 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pengkritik Mohd Affandi Hassan, namun bagi A. Teeuw novel Salina dianggap bermutu dan mencapai taraf antarabangsa. Perbezaan ini terjadi kerana bagi pihak yang menolak novel Salina, mereka menilai dari aspek moral manakala pihak yang menerima, mereka menilai dari aspek seni sastera dan nilai kemanusiaan sejagat. Oleh sebab itu saya menyarankan, lebih baik menganalisis karya-karya kesusasteraan Malaysia menggunakan teori atau pendekatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Hal inilah yang dikatakan dapat memperjelaskan aspek-aspek penting dalam karya sebagai bukti hujahan terhadap penerimaan dan penolakan. Seterusnya, apabila pengkritik membicarakan aspek-aspek yang membina karya secara tidak langsung telah memperkenalkan aspek-aspek kesusasteraan itu sendiri. imbas kembali dan sebagainya. Misalnya gaya bahasa jenis matafora, personifikasi, atau plot bentuk kronologi atau teknik naratif,

53

Ketujuh, mempraktikkan sesuatu teori kesusasteraan. Telah dijelaskan bahawa menganalisis karya-karya kesusasteraan hendaklah berasaskan sesuatu teori atau pendekatan. Hal ini bertujuan agar kritikan berkenaan tidak tersasar daripada tujuan / objektif, hasil kritikan lebih jelas difahami, idea dalam hasil kritikan tidak bercampur dengan elemen-elemen tidak diperlu atau bias, juga hasil analisis menjadi lebih tepat, novel benar Salina dan sah. Mengapakah manakala A. Teeuw hakim mengatakan bermutu, panel

Pertandingan Mengarang Novel Sempena 10 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Mohd. Afandi Hassan mengatakan novel Salina tidak bermutu. Hal ini wujud kerana perbezaan teori atau pendekatan yang digunakan. A. Teew merupakan sarjana Barat dan tidak sensitif dengan isu seks. Sebaliknya, sarjana Malaysia amat sensitif dengan isu seks. Oleh sebab itu, teori dari Barat tidak sesuai digunakan sewenangwenangnya untuk menganalisis karya-karya kesusasteraan Malaysia. Ciri-ciri Kritikan Kesusasteraan Terdapat sekurang-kurangnya enam ciri kritikan kesusasteraan. Pertama, sanjungan. Terdapat kritikan yang bersifat memuji karya, terutama karya yang dinilai itu menepati teori, idealisme dan cita rasa pengkritik. Pengkritik akan memaparkan aspek-aspek yang baik dan menarik dalam karya berkenaan sebagai bukti dan alasan sanjungannya itu. Pengkritik juga akan cenderung memuji pengarang. Demikian juga hal sebaliknya jika karya itu dianggap lemah. Walau bagaimanapun, sebaik-baik sanjungan atau kejian itu hendaklah jangan berlebih-lebihan dan berpadanan dengan hasil karya. Kedua, teguran. Dalam setiap kritikan akan ada teguran yang dikemukakan oleh pengkritik. hal ini merupakan lumrah kritikan dan teguran itu hendaklah diterima secara matang. Pengkritik akan menyatakan kelemahan-kelemahan binaan karya untuk diteladani oleh 54

pembaca atau penulis karya berkenaan. Aspek teguran adalah bergantung pada fokus kritikan. Ada kalanya aspek watak dan perwatakan, peristiwa, latar, gaya bahasa dan lebih-lebih lagi cara pengarang mengekspresi ceritanya. Novel Shit karya Shahnon Ahmad dibuat teguran kerana cerita, pengolahan cerita dan bahasa yang digunakan menjurus ke arah kelucahan dan melanggar adat kritikan Melayu. Demikian, cerpen Langit Makin Mendung dikritik kerana tema dan peristiwa cerita yang bersalahan dengan fakta sebenar. Ketiga, saranan. Di samping membuat teguran, pengkritik juga akan membuat saranan untuk membaiki kelemahan yang dipaparkan. Terpulang kepada penulis dan khalayak untuk memanfaatkan saranan tersebut. Keempat, menggunakan teori atau pendekatan. Mengkritik karya kesusasteraan adalah berbeza dengan menulis esei kesusasteraan. Dalam kritikan kesusasteraan hendaklah menggunakan teori atau pendekatan yang sesuai. Hal ini agar kritikan tidak terbabas, bercelaru, penerangannya jelas dan mudah difahami oleh khalayak. Teori atau pendekatan merupakan landasan arah dan corak kritikan. Kelima, menganalisis. Setiap kritikan melibatkan usaha mencarikcarikan karya. Carikan-carikan karya itu akan dibahas dan dianalisis berdasarkan teori atau pendekatan tertentu. Di samping itu, bahan yang dicarik-carikan itu akan dihubungkan dengan pelbagai aspek sama ada aspek dalam karya mahupun aspek di luar karya. Malah, akan dihubungkan juga dengan pendapat-pendapat tokoh, disiplin ilmu dan fenomena yang berlaku dalam masyarakat. Novel Tivi karya Shahnon Ahmad misalnya, ditolak oleh Hashim Awang kerana menganggap karya itu tidak sesuai dengan Teori Perkaedahan Melayu dan juga bertentangan dengan adab dan budaya Melayu. Aspek adab 55

dan budaya Melayu itu merupakan aspek luar karya. Walau aspek luar, hubungannya dengan karya adalah penting kerana ia akan menggambarkan moraliti masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Penolakan itu dibuat setelah pengkritik membuat analisis dan bahasan. Keenam, penilaian. Berkaitan dengan analisis ialah membuat

penilaian. Pengkritik akan merumuskan analisisnya setelah melakukan penilaian dalam pelbagai aspek. Melakukan penilaian adalah penting demi keadilan pada karya, penulis, pembaca dan diri pengkritik itu sendiri. Oleh sebab itu, pengkritik harus mempunyai beberapa ciri dan sekalgus sebagai prinsip untuk landasan kritikan. Ciri-ciri tersebut ialah; (a) tidak bias, (b) bersikap adil, (c) berilmu, (d) jujur, (e) bertanggungjawab, (f) berusaha sedaya-upaya, (g) matang atau rasional, (h) memahami teks dan persekitaran, dan (i) rajin membuat kajian berkaitan. Beberapa Contoh Teori Kritikan Kesusasteraan (a) Teori Formalistik Teori formalistik atau struktur atau disebut juga textbook merupakan pendekatan yang bertujuan mengkaji aspek-aspek dalaman atau intrinsik karya. Contoh aspek dalaman seperti tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Komponen yang membina karya sastera ialah tema, plot, perwatakan, latar, bahasa, teknik, persoalan, sudut pandangan dan sebagainya; meneliti bagaimana komponan itu 56

diadun

diolah;

apakah

ada

kesesuaian

dan

keseimbangan/

kesepaduan dalam bentuk dan isi karya.

Aspek dalaman sesebuah

karya yang dibincangkan dalam Teori Formalistik ialah; (a) tema

Tema sebagai gagasan atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Seseorang pengkritik akan dapat menentukan persoalan utama dalam karya setelah menghayati keseluruhan hasil karya dan menganalisis peristiwa-peristiwa penting dalam karya. (b) Plot

Pengkritik melihat plot berdasarkan hukum sebab akibat. Plot terbina dalam tiga segmen / bahagian, iaitu segmen permulaan / permukaan, segmen perkembangan (perumitan / konflik dan klimaks) dan segmen peleraian / pengakhiran. Kemantapan plot sesebuah karya sastera akan dianalisis oleh pengkritik dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan jalinan ceritanya (c) cerita. Watak dan perwatakan Watak mengalami diri. pelbagai Pengkritik peristiwa, watak bercerita, bagaimana

Watak menjadi penggerak utama dalam perkembangan plot dan tema berinteraksi dengan akan mengupas

pengarang memperkenalkan, mendedah dan mengindentifikasikan watak. Pengkritik juga melihat watak dari sudut peranan dan fungsi dalam karya. Seterusnya pengkritik akan membuktikan perwatakan yang ditampilkan itu berkesan atau tidak. (d) Berkenaan pengarang Gaya Bahasa sejauh mana kejayaan atau jadi kegagalan menarik seseorang dan tepat. menggolah bahasa hingga

Kejayaan sesebuah karya banyak bergantung pada kekuatan dan 57

keindahan bahasa. Aspek bahasa yang diberi penekanan ialah diksi, pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa perbandingan seperti simile, metafora, personifikasi, perlambangan, anafora serta nada. (e) Latar

Kajian berkenaan latar tempat, latar masa, latar budaya dan latar masyarakat. Ia melibat gambaran masa, latar tempat dan masyarakat pada masa lepas, masa kini atau masa akan datang. Tempatnya pula mungkin di alam realiti atau alam super natural (alam ghaib) atau di laut, di darat, di angkasa, di bandar, di kampung dan sebagainya. Antara ciri-ciri Teori Formalistik ialah (a) mengkaji karya kesusasteraan dari aspek unsur dalaman sahaja; (b) boleh mengkaji satu-satu aspek sahaja atau sebilangan aspek atau keseluruhan aspek dalam karya; (c) kajian meneliti unsur-unsur seni atau aspek yang membina karya atau aspek yang terdapat dalam karya itu sahaja; (d) analisis kajian tidak dikaitkan dengan unsur-unsur di luar karya seperti latar belakang pengarang, pengaruh masyarakat dan budaya sekitar; dan (e) tidak dibuat analisis perbandingan antara satu aspek dengan satu aspek lain dalam karya berkenaan. Misalnya, menghubungkaitkan aspek tema dengan watak dalam karya berkenaan. Ertinya, perbincangan dan penilaian terhadap aspek-aspek itu adalah secara terpisah. Di bawah ialah contoh kritikan menggunakan Teori Formalistik. SYAIR JONG PECAH DARI SUDUT FORMALISTIK Oleh Nassury Ibrahim Syair Jong Pecah karya Adibah Amin yang termuat dalam antologi Kerusi tergolong dalam syair peristiwa, iaitu tentang peristiwa sebab perpecahan dan akibat bangsa. Pengarang sesuatu 58 menceritakan perpecahan

bangsa pelbagai

serta

harapannya. untuk

Di

dalamnya iktibar

terkandung daripada

nasihat

diambil

perpecahan bangsa pada masa lampau. Syair Jong Pecah bertemakan cinta, iatu cinta kepada negara. Adibah Amin mengisahkan jatuhbangun sesebuah negara. Negara berkenaan pernah masyhur dan terkenal kerana rakyat dan pemerintah hidup bersatupadu. Akibat kelalaian rakyat, negara berkenaan telah jatuh ke tangan penjajah menyebabkan rakyat hidup menderita. Setelah sekian tahun dijajah, rakyatnya telah bersatu menentang penjajahan dan akhirnya berjaya. Walaupun kedaulatan negara itu dapat ditegak semula, namun kini rakyat negara itu telah kembali berpecah. Dari segi bentuk, Syair Jong Pecah mempunyai 12 rangkap yang setiap rangkap masing-masing mempunyai empat baris. Setiap baris pula mempunyai antara empat hingga lima patah perkataan. Suku katanya pula antara sembilan hingga sebelah suku kata. Syair ini dimulai dengan pengenalan pada dua rangkap awal dan satu rangkap akhir sebagai penutup. Kesemua rima akhirnya ialah a-a-aa. Terdapat beberapa jenis gaya bahasa dalam Syair Jong Pecah. Pertama, gaya anafora, iaitu perulangan diksi pada awal baris. Diksi yang diulang ialah entah yang terdapat dalam rangkap keempat, sebagaimana petikan di bawah. Entah di mana salah dan silap Entah siapa lalai dan lelap

59

Kedua, simpulan bahasa, iaitu satu bahasa kiasan yang merujuk makna tersirat. Contohnya, perkataan bunga bangsa yang bermaksud pahlawan yang berjuang menuntut kemerdekaan. Selain itu, terdapat simpulan bahasa harga diri yang bermaksud maruah diri. Dari juga segi diksi, terdapat bahasa penggunaan daerah, iaitu bahasa rebeh Arab. yang

Contohnya, Assalamualaikum, rahman dan Ilahi. Terdapat penggunaan bermaksud robek atau terkulai. Perkataan sajikan pula adalah bermaksud mempersembahkan. Manakala diksi jong pula merupakan simbol yang bermaksud negara atau bangsa. Kalau Sebenarnya jong Jong ialah sejenis kapal. ia Pengarang mengibaratkan jong atau kapal sebagai sebuah negara. pecah akan menyebabkan tenggelam dan memusnahkan semua muatannya. Syair ini turut diwarnai oleh unsur bunyi asonasi dan aliterasi. Kedua-dua unsur ini telah menjadikan Syair Jong Pecah terasa indah dan menyakinkan apabila dibaca. Contoh asonasi ialah pada baris yang berbunyi, negara dan bangsa menempa nama. Dalam baris ini terdapat pengulangan vokal a. Manakala, contoh alisterasi ialah pada baris yang berbunyi, sebuah syair saya sajikan, iaitu pengulangan konsonan s. Kesimpulan, walaupun Syair Jong Pecah merupakan hasil karya yang dicipta dalam masyarakat moden dan tidak mengalami campur tangan anggota masyarakat lain sebagaimana kebanyakan karya tradisional, namun karya ini amat baik untuk diteladani. Ia menepati ciri syair yang 60

bermutu,

sebagaimana

ditunjukan

dalam

binaannya.

Tambahan pula syair ini kaya dengan nilai dan pengajaran. Antaranya, pertama, keteguhan, keamanan, kedaulatan dan kemasyhuran negara dapat dicapai jika rakyat dan pemimpinya hidup bersatu-padu dan bersama-sama menentang musuh; kedua, rakyat dan pemimpin yang lalai dan berpecah belah akan menyebabkan negara hilang kedaulatan dan dijajah oeh kuasa luar; ketiga, dalam negara yang berdaulat, rakyat akan hidup aman damai dan dapat menikmati setiap kekayaan mesti hasil ekonomi; dan untuk keempat rakyat berjuang

mendaulatkan negaranya. (b) Teori Struktural Teori Struktural (TS) dikemukakan oleh Claudio Levi Strauss, dan dikembangkan oleh Ferdinand de Saussure. Maksud struktur ialah susunan, sistem dan pengaturan sesuatu organisasi atau dinamakan bentuk. Istilah struktural digunakan dalam pendekatan formalistik, manakala strukturalisme merupakan aliran pemahaman atau pegangan seseorang. Antara tokoh-tokohnya ialah Roman Jacbson, Jan Mukarovsky, Felix Fodicka, Roland Bathes, Tvetzan Todorov, David Daiches, I.A. Richards, Rene Wellek, Austin Warren, Alan Tate, Cleant Brook dan lain-lain. Teori Struktural menganggap teks terhasil daripada gabungan

beberapa komponen yang membentuk karya. Setiap komponen itu saling berkaitan dan membantu membina mutu karya. Ia tidak berdiri sendiri. Sebaliknya, fungsi setiap komponen itu berperanan bagi melengkapkan kesatuan teks / karya sastera. Karya dibangunkan melalui jalinan harmonis setiap binaannya hingga menjadi utuh. Setiap komponen karya mempunyai perkaitan rapat hingga membentuk sebuah karya yang unggul. Jika salah satu daripada komponennya 61

tidak mantap, maka struktur karya itu dianggap pincang dan karya itu dianggap tidak bermutu. Ibarat sebuah rumah. Keteguhan sesebuah rumah kerana keteguhan binaan setiap komponennya. Komponen rumah terdiri daripada dinding, tiang, lantai, bumbung dan sebagainya. Jika salah satu daripada komponennya, misalnya tiang patah, maka binaan rumah dianggap tidak teguh dan tidak selamat dihuni atau rumah yang tidak sempurna. Demikianlah juga kekuatan sesebuah karya, sangat bergantung pada binaan binaan komponennya. setiap Apabila dan membicarakan menilai sesebuah karya menggunakan Teori Struktural, pengkritik harus menghubungkaitkan komponen kesesuaian, sebelum menganggap karya berkenaan bermutu atau tidak. Berkenaan hal ini, Rahman Shaari (1998: 141) menjelaskan; Pendekatan struktural sastera hakiki menitikberatkan hubungan-hubungan yang menjadikan sesebuah karya itu satu sistem. Pemerhatian terhadap aspek gaya mungkin meninggikan kesedaran seseorang terhadap aspek isi. Jalinan yang menyatukan gaya dengan isi diberikan perhatian. Tidak syak lagi Pendekatan Struktural akan mengarah ke Pendekatan Semiotik, kerana pemerhatian terhadap sesuatu aspek akan menyebabkan pembaca memperoleh makna yang lebih jauh daripada makna kamus kata-kata yang digunakan oleh sasterawan. Menilai karya menggunakan Teori Struktural boleh dilaksanakan dari aspek struktur fizik atau ekstrinsik atau struktur batin atau intrinsik. Atau, membandingkan binaan dua komponen karya berkenaan sahaja, sebagaimana dinyatakan oleh Rahman Shaari di atas. Struktur fizik terdiri daripada diksi, bahasa kias, pencitraan, versifikasi, tipografi, peristiwa, watak dan sebagainya. Manakala struktur batin: tema, perasaan, amanat, nada / suasana, pemikiran, perwatakan, plot dan sebagainya.

62

Berkaitan rapat dengan Teori Struktural ialah Teori Formalistik, Teori Struktural Genetik dan Teori Struktural Dinamik. Teori Formalistik membicarakan setiap komponen karya tanpa menghubungkaitkan antara komponen dan menilai kesesuaian antara komponen-komponen lain dalam karya berkenaan. Teori Struktural membicarakan satu-satu komponen dan menghubungkaitkan kesesuaiannya dengan komponen lain dalam karya berkenaan. pula Teori Struktural Genetik menilai latar komponen karya dan kesesuaiannya dengan komponen lain, dan menghubungkaitkan dengan sejarah pengarang dan belakang masyarakat yang melahirkan karya tersebut. Mereka anggap struktur karya tidak dapat difahami tanpa memahami masyarakat yang telah melahirkan atau mencetuskan idea hingga lahir karya berkenaan. Contohnya, kelahiran novel Shit oleh Shahnon Ahmad. Manakala Teori Struktural Dinamik pula mengkaji karya dalam rangka semiotik, membincangkan sistem tanda yang digunakan oleh pengarang. Ada dua fungsi yang merujuk pada tanda, iaitu pertama, bersifat otonom tidak menunjuk di luar dirinya, dan kedua, bersifat informasi menyampaikan fikiran, perasaan dan gagasan. Keduaduanya saling berkaitan dan dianggap dinamis. Kedinamisan itu kerana sifat kreatif pembaca yang mempunyai konvensi yang selalu berubah, gemar membaca sistem tanda dan mencipta sistem tanda, menyebabkan masyarakat. tafsir sastera terus berkembang selaras dengan perubahan dan perkembangan sistem tanda dan sistem nilai dalam Dalam hal ini, di samping menjelaskan elemen yang membentuk karya, pengkritik juga bertanggungjawab menjelaskan perkaitan sistem tanda antara pengarang, realiti, karya dan pembaca dengan bersumberkan konvensi kod sastera, kod bahasa dan kod budaya masyarakat.

63

Antara kebaikan dan Keburukan Teori Struktural ialah analisis karya bersifat adil kerana dapat mengelakkan pengkritik daripada memihak kepada pengarang, terutama pengarang yang ada hubungan sosial dengannya. Manakala, antara keburukannya pula ialah penekanan hubungan antara komponen dalam karya secara tidak langsung menafikan kebebasan pengarang dan unsur-unsur estetika semasa dalam karya. Berikut ialah contoh kritikan menggunakan Teori Struktural. Perhatikan ayat yang dihitamkan. Isi ayat itu menghubungkan antara satu aspek dengan satu aspek yang lain. SYAIR JONG PECAH DARI SUDUT STRUKTURAL Oleh Nassury Ibrahim Syair Jong Pecah karya Adibah Amin yang termuat dalam antologi Kerusi tergolong dalam syair peristiwa, iaitu tentang peristiwa sebab perpecahan dan akibat bangsa. berlaku Pengarang perpecahan menceritakan

sesuatu bangsa dan

harapannya. Dalamnya terkandung

pelbagai nasihat untuk diambil iktibar kesan daripada perpecahan bangsa pada masa lampau. Syair Jong Pecah bertemakan cinta, iatu cinta kepada negara. Adibah Amin mengisahkan jatuhbangun sesebuah negara. Negara berkenaan pernah masyhur dan terkenal kerana rakyat dan pemerintah hidup bersatupadu. Akibat kelalaian pemerintah dan rakyat, negara berkenaan telah jatuh ke tangan penjajah menyebabkan rakyat hidup menderita. Setelah sekian tahun dijajah, rakyatnya telah bersatu menentang penjajahan dan akhirnya berjaya. Walaupun kedaulatan negara itu dapat 64

ditegak semula, namun kini rakyat negara itu telah kembali berpecah. Pemilihan konsep dan imej jong dan dipadankan dengan konsep negara adalah sesuai dengan tema syair kerana jong yang rosak akan tenggelam. Demikian sesebuah negara yang rosak (rakyat dan pemerintah tidak bersatu) juga akan musnah (tenggelam). Dari segi bentuk, Syair Jong Pecah mempunyai 12 rangkap yang setiap rangkap masing-masing mempunyai empat baris. Setiap baris pula mempunyai antara empat hingga lima patah perkataan. Suku katanya pula antara sembilan hingga sebelah suku kata. Syair ini dimulai dengan pengenalan pada dua rangkap awal dan satu rangkap akhir sebagai penutup. Kesemua rima akhirnya ialah a-a-aa. Dari segi binaan dan penstrukturan bentuk adalah sesuai sebagai sebuah syair yang sempurna dan tema cinta akan negara seumpama sebuah negara yang berdaulat, lengkap dengan pemerintah, yang diperintah dan sistem pemerintahan sebuah negara merdeka. Terdapat beberapa jenis gaya bahasa dalam Syair Jong Pecah. Pertama, gaya anafora, iaitu perulangan diksi pada awal baris. Diksi yang diulang ialah entah yang terdapat dalam rangkap keempat. Gaya pengulangan itu menimbulkan kesayuan dan kekesalan rasa. Nada kesayuan itu penting dan sesuai dengan tema dan mesej syair yang membicarakan tentang kejatuhan sesebuah kerajaan. Perhatikan gaya perulangan itu sebagaimana petikan di bawah. 65

Entah di mana salah dan silap Entah siapa lalai dan lelap Kedua, simpulan bahasa, iaitu satu bahasa kiasan yang merujuk makna tersirat. Contohnya, perkataan bunga bangsa bahasa dengan yang harga ciri bermaksud diri yang pahlawan bermaksud syair ini, yang berjuang diri. ciri menuntut kemerdekaan. Selain itu, terdapat simpulan maruah juga Penggunaan lambang dan kiasan itu berpadanan dan tema dan kesusasteraan itu sendiri. Apabila mengkritik

pemerintah atau golongan lebih berkuasa adalah sesuai dengan penggunaan kata-kata kiasan demi menjaga statusnya dan hubungan dengan golongan bawahan. Dari juga segi diksi, terdapat bahasa penggunaan daerah, iaitu bahasa rebeh Arab. yang atau merujuk istana. syair ini

Contohnya, Assalamualaikum, rahman dan Ilahi. Terdapat penggunaan bermaksud robek atau terkulai. Perkataan sajikan pula adalah bermaksud Frasa mempersembahkan sajikan yang bahasa kerana menghidangkan. menghidang Penggunaannya

merupakan sesuai

menggambarkan perpecahan di istana, pengendali jong

golongan pentadbir pemerintah

iaitu pengendali jong. Jika raja merupakan pemerintah merupakan sepanjang pelayaran jong berkenaan. Manakala diksi jong pula merupakan simbol yang bermaksud negara atau bangsa. Sebenarnya Jong ialah sejenis kapal. Pengarang mengibaratkan jong atau kapal sebagai sebuah 66

negara,

manakala

penumpangnya

ialah

rakyat.

Perlambangan ini sesuai dan tepat dengan maksud syair berkenaan. Pengarang menggunakan istilah jong pecah untuk menggambarkan tema perpecahan kalangan pemerintah. Syair ini turut diwarnai oleh unsur bunyi asonasi dan aliterasi. Kedua-dua unsur ini telah menjadikan Syair Jong Pecah terasa indah dan menyakinkan apabila dibaca. Ia sesuai dengan tema dan mesej kekesalan pengarang terhadap peristiwa yang berlaku. Contoh asonasi ialah pada baris yang berbunyi, negara dan bangsa menempa nama. Dalam baris ini terdapat pengulangan vokal a. Manakala, contoh alisterasi ialah pada baris yang berbunyi, sebuah syair saya sajikan, iaitu pengulangan konsonan s. Kesimpulan, walaupun Syair Jong Pecah merupakan hasil karya yang dicipta dalam masyarakat moden dan tidak mengalami campur tangan anggota masyarakat lain sebagaimana kebanyakan karya tradisional, namun karya ini amat baik untuk diteladani. Ia menepati ciri syair yang bermutu, sebagaimana ditunjukan dalam binaannya. Tambahan pula syair ini kaya dengan nilai dan pengajaran. Antaranya, pertama, keteguhan, keamanan, kedaulatan dan kemasyhuran negara dapat dicapai jika rakyat dan pemimpinya hidup bersatu-padu dan bersama-sama menentang musuh; kedua, rakyat dan pemimpin yang lalai dan berpecah belah akan menyebabkan negara hilang kedaulatan dan dijajah oleh kuasa luar; ketiga, dalam negara yang berdaulat, rakyat akan hidup aman damai 67

dan

dapat

menikmati setiap

kekayaan mesti

hasil

ekonomi;

dan untuk

keempat

rakyat

berjuang

mendaulatkan negaranya. Jika kritikan di atas dihubungan dengan mana-mana negara yang pernah wujud atau mengaitkan pengalaman penulis hidup dalam masyarakat berpecah belah, misalnya dikaitkan dengan peristiwa krisis moral pemimpin Malaysia sejak tahun 1997, maka kritikan itu tidak lagi menepati pendekatan struktural, sebaliknya menjurus pada pendekatan strukturalisme genetik. (c) Teori Femenisme Dari segi sejarah fahaman Femenisme bermula sejak abad ke 18 di Barat apabila golongan wanita berasa mereka tidak mendapat hak sewajarnya dalam bidang pendidikan, pemilikan harta, hak mengundi dan bergerak bebas dalam masyarakat, sebagaimana kaum lelaki. Hal ini bukan bermakna kaum Feminis menentang kaum lelaki. Pendokong Feminis menganggap bahawa mereka menentang lelaki bukan secara melulu atau radikal. Mereka hanya menentang hargemoni lelaki yang berlaku dalam masyarakat. Secara umumnya, feminis ialah gerakan wanita menuntut hak dan kewanitaannya daripada monopoli lelaki. Dalam sastera, gerakan feminis mula dicetuskan olehVirginia Woolf, seorang sasterawan wanita Inggeris. Virginia Woolf bertindak memberontak dan cuba menghancurkan bentuk-bentuk konvesional novel yang diwarnai dan mewarnai kaum lelaki. Ahli keluarganya, terutama ayah dan ibunya sangat mendasari karya Virginia. Malah, ayahnya menjadi contoh bagi Virginia dalam hal keintelektualan dan minatnya terhadap kesusasteraan. Beliau sedaya-upaya berusaha mengangkat kaum wanita, dalam novel-novelnya, agar setaraf dengan kaum lelaki. 68

Setelah menghasilkan novel terakhirnya, Virginia Woolf mengalami krisis jiwa, yang akhirnya membawa kematian. Menurut Goefe (Sugihastuti, 2000: 37) feminisme ialah teori tentang persamaan antara laki-laki dan perempuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Ia juga merujuk kegiatan berorganisasi yang memperjuangkan hak-hak dan kepentingan wanita. Terdapat beberapa konsep dasar berkenaan Feminis yang perlu difahami. Konsep-konsep tersebut ialah feminis, femele, dan feminin. Menurut Toril Moil, yang dikatakan feminis ialah merujuk kepada isu dan kedudukan politik; femele (wanita) merujukkepada aspek fizikal atau biologi, manakala feminin (kewanitaan) pula merujuk kepada tingkah laku yang bersesuaian dengan adat kebudayaan. Pelbagai definisi Femenisme dikemukakan oleh para pendukungnya. Antaranya ialah Juliet Mitchel (1971) yang menganggapnya sebagai aliran yang menyokong kuat hak asasi dan emansipasi wanita, pembebasan kepercayaan dan hak persamaan wanita. Cecilia Ng (1994) wanita mengatakan ideologi yang mendasari pembebasan wanita ini ialah bahawa wanita menderita kerana mereka sedangkan wanita juga perlukan ruang untuk bergerak bebas dalam masyarakat serta negara. Sebenarnya, definisi Feminis bergantung pada pemahaman, ideologi, persepsi, agama, adat budaya bangsa yang memperjuangkannya serta meliputi pelbagai disiplin ilmu. Mary Wollstonecraff dalam bukunya Vindication of the Rights of Woman (1789) cuba mengangkat taraf wanita secara berhemah. Pandangan beliau dalam bukunya itu dianggap sebagai manifesto feminisme moden kerana menggalakkan 69 turut menyumbangkan kepada perkembangan

dan

mempertahankan

wanita

dalampencarian

ilmu.

Beliau

menyarankan agar wanita membentuk peribadi dan minda wanita sejati yang perkasa. Kritikan Feminisme dalam karya kesusasteraan berusaha

menyelongkar peranan dan kedudukan wanita sama ada dalam karya penulis lelaki mahupun wanita dalam karya-karya penulis wanita sendiri. Aspek yang ditekankan ialah berkenaan pendapat dan persepsi pengarang lelaki terhadap kaum wanita yang meliputi aspek perasaan, aksi dan pemikiran, dan menghubungkannya dengan kehidupan nyata. Adakah ia bersifat dan memberi kesan positif, atau sebaliknya. Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada sesebuah karya untuk dimasukkan dalam kategori Femenis. Mengikut Cheri Register (1975) mengatakan antara ciri-ciri tersebut seperti (a) karya hendaklah menjadi forum untuk wanita, (b) pengetahuan mengenai pengalaman lelaki dan wanita penting bagi mewujudkan persefahaman, (c) menyarankan watak contoh yang dapat diteladani, (d) karya juga mestilah menonjolkan semangat persaudaraan dan kasih-sayang, dan (e) karya atau peranan wanita itu hendaklah dapat menimbulkan kesedaran melalui pengalaman yang dilalui oleh watak-watak wanita berkenaan. Kesimpulannya, Teori Feminisme merupakan teori yang

membincangkan peranan dan kedudukan wanita dalam pelbagai aspek. Peranan wanita meliputi sumbangan wanita yang digambarkan dalam karya, manakala kedudukannya pula meliputi status dan persepsi para penulis dalam menjanakan watak wanita dalam karya. Justeru, teori ini sebenarnya menyaran pembaca mengkaji perihal wanita dalam karya dalam pelbagai sudut. Di bawah ialah contoh kritikan sastera menggunakan Teori Feminisme. 70

Imej Wanita Peniup Semangat dalam Kumpulan Sajak Debu di Kaca Karya Zahari Hasib Oleh Nassury Ibrahim Terdapat 24 daripada 83 buah sajak dalam kumpulan sajak Debu di Kaca karya Zahari Hasib yang membicarakan tentang wanita. Daripada 24 itu pula hanya dua sahaja yang membicarakan tentang wanita peniup semangat. Imej wanita sebagai peniup semangat sesuai dengan falsafah orang tua-tua yang mengatakan bahawa tangan yang menghayun buaian itu boleh menggegarkan dunia dan di sebalik kejayaan seseorang lelaki tersembunyi peranan wanita. Mereka menjadi penyumbang motivasi kepada kaum lelaki dan ahli keluarganya. Dalam sejarah Islam, kaum wanita turut sama membantu kaum lelaki dalam pelbagai peperangan. Nabi Bahkan, sebahagian s.a.w penyumbang kejayaan Muhamamad

menegakkan syiar Islam datangnya daripada isteri baginda sendiri iaitu Siti Khadijah (rh). Zahari Hasib membicarakan imej wanita sebagai peniup semangat lewat puisinya berjudul Dongeng Tukang Kasut, dan Esok Saya Mati. Tukang kasut yang dipuji oleh gadis cantik menganggapnya sebagai upah yang tidak ternilaikan. Lebih-lebih lagi, apabila gadis berkenaan 71

membuat perbandingan seorang tukang kasut yang sihat lebih baik daripada empat orang raja yang sakit. Ada alasan bagi tukang kasut rasa gembira. Pertama, beliau dipuji oleh gadis cantik. Kedua, gadis cantik menganggap beliau sebagai lelaki sihat. Ketiga, beliau dibandingkan dengan raja, satu institusi yang dianggap mulia dalam masyarakat, dan keempat, status kesihatan beliau lebih baik daripada status kesihatan empat orang raja. Dari segi hukum alam, raja dianggap mempunyai sumber ekonomi dan kekuasaan yang kukuh berbanding dengan tukang kasut. Sepatutnya raja mempunyai tahap kesihatan yang tinggi. Puji-pujian merupakan motivasi penting kepada manusia. Nilainya tidak terbanding dengan wang ringgit. Seorang buruh akan lebih kuat bekerja apabila dipuji oleh majikan. Seorang suami akan rasa bangga apabila dipuji isteri, dan sebaliknya. Berkenaan hal ini, melalui sajak Esok Saya Mati, Zahari Hasib mencatatkan; bila aku hidup aku dapat beristeri lembut dan cantik dia suruh aku supaya rajin-rajin menu lis Di manakah bukti motivasi bahawa dorongan isteri

menjadi sumber semangat dan tenaga kepada seorang suami? Zahari Hasib menegaskan: dan bila esok saya mati lalu tinggallah mereka tapi aku bangga sebab sebelum mati aku telah sempat menjadi penyair.

72

Demikian, betapa pentingnya peranan wanita dalam hidup lelaki. Mereka bukan sahaja sebagai teman hidup, malahan wanita berperanan sebagai peniup semangat kaum lelaki mencapai kejayaan. (d) Teori kemasyarakatan / sosiologi Pendekatan sosiologi adalah mengkaji ini perihal masyarakat dan persekitarannya. Pendekatan amat menganalisis perihal

masyarakat dalam karya dan menghubungkaitkannya dengan realiti masyarakat di luar karya kesusasteraan. Ia termasuklah berkenaan ideologi terhadap penulis dalam karya sikap dan kesannya, sikap masyarakat masyarakat umum terhadap karya terhadap karya dan kesannya, peranan penulis dan pengaruhnya masyarakat, kesusasteraan, hak cipta dan sebagainya. Para sosiologi melihat bahawa karya kesusasteraan menjadi cerminan corak masyarakat pada zamannya. Dalam karya kesusasteraan dipercayai terakam pandang dunia masyarakatnya. Hal-hal yang dirakam dalam karya dipercayai diambil daripada peristiwa benar yang berlaku dalam masyarakat. Penulis hanya merakam kembali sebagai renungan para pembaca. Selain perihal kemasyarakatan, dalam Teori Sosial juga tidak terlepas perihal budaya, politik, ekonomi dan sebagainya kerana semuanya berperanan mencorakkan susun lapis masyarakatnya. Umumnya, hasil-hasil karya yang berkaitan dengan masyarakat mementingkan dua perkara, iaitu berkenaan dengan sasterawan yang mencipta genre sastera itu sendiri, dan berkaitan dengan fungsi dan pengaruh kesusasteraan terhadap masyarakat. Biodata pengarang akan membantu untuk memberi maklumat kenapa sesebuah karya itu dihasilkan. Contoh novel Salina dihasilkan disebabkan kesan langsung yang dialami oleh pengarangnya. Kesan langsung itu cuba dipindahkan kepada pembaca untuk menilai kesannya. Novel Salina bukanlah 73

imaginasi melulu pengarang tanpa sebarang fakta benar yang terjadi. Manakala fungsi dan pengaruh karya kesusasteraan terlihat daripada kesan yang dirasai oleh pembaca. Kesimpulannya, Teori Sosial mengkaji perihal masyarakat dalam karya dan kesannya terhadap pembaca, atau pengaruh masyarakat di alam realiti dan kesannya terhadap pengarang dan karya kesusasteraan. Aspek yang dibicarakan meliputi semua hal yang berkaitan tingkah laku manusia. Di bawah ialah contoh kritikan sastera menggunakan Teori Sosial. Imej Sungai dalam Sajak Oleh Nassury Ibrahim Imej sungai telah lama terungkap dalam sajak. Sungai dalam kalangan orang-orang India bukan sahaja memberi ilham kreatif, malah mereka yang beragama Hindu menganggap sungai sebagai suci. Sungai Gangga yang tidak henti mengalir dipercayai dapat membersihkan dosa manusia. Demi sucinya Sungai Gangga sering diungkapkan lewat mantera, nyanyian dan sajak / puisi. Li Po, penyair genius Tiongkok klasik, juga tidak

ketinggalan mengungkapkan imej sungai dalam sajaknya. Sungai dengan sifat semula jadi, di kelilingi bukit dan tumbuhan, dihiasi biru langit, jerit siamang dan cerah bulan, sering memercikkan ingatan terhadap temanteman. Perjalanan (berperahu) tidak terasa jauhnya. Hal ini menjadi kelaziman dalam sajak-sajak Tiongkok sebagaimana tergambar dalam petikan puisi Li Po berjudul Belayar Ke Chiang-Ling di bawah.

74

Waktu subuh kutinggalkan Po-ti di tengah mega dadu pulang ke Chiang-ling jauhnya seribu batu tak sunyi kedengaran jerit siamang di dua tebingnya tanpa sedar perahuku melewati gunung nan luas. Hal yang sedemikian juga terlihat dalam kalangan orangorang Jepun. Imej sungai di samping gunung, bunga, bulan, salju, rumput dan pohonan merupakan lambanglambang keindahan yang mengiringi upacara minum teh menjelang bulan Mei. Malah menurut Yasunari Kawabata, Ikenobo Seno, pakar pengubah bunga, memilih sungai (dan gunung) sebagai perbandingan terhadap kejayaan dan kegembiraannya. Sebenarnya, tamadun imej sungai kedapatan Demikian dalam juga semua sungai

seni

manusia.

imej

terungkap dalam kesusasteraan Melayu. Imej sungai digunakan sebagai rujukan teladan, rasa kekaguman, percintaan, hal-hal spiritual dan rekreaksi. Paling ketara ialah dalam pantun, baik sebagai pembayang mahupun mengungkapkan maksud hati. Sungai kantan bertembok batu, Tempat orang membuat perahu; Ayam jantan memang begitu, Pandai berkokok bertelur tak tahu. Anak punai anak merbah, Pandai ia membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Ini pula hati orang. Dalam seni persembahan dan pengubatan Melayu juga mempunyai hubung kait dengan sungai. Misalnya dalam mantera pembomohan sering kedapatan imej-imej tempatan. Masyarakat yang tinggal berhampiran sungai 75

akan menggunakan imej sungai dengan segala isinya sebagai sebahagiaan daripada ilmu perbomohan. Sungai dan segala isinya dianggap mempunyai penjaga yang perlu dihormati. Keceluparan mulut dan pelakuan negatif terhadap sungai dan segala isinya akan membawa padah seperti penyakit dan mala petaka. Tidak ketinggalan, imej sungai juga terungkap dalam seni mantera pengasih, sebagaimana mantera yang diucapkan oleh Jiwa bt. Hj. Omar di bawah, yang dipetik oleh Harun Mat Piah.. Sungai Nipah Sungai Gemuruh Tiga dengan Sungai Ati-Ati Bagai dikipas engkau tubuh Bagai dilambai engkau hati. Kalau kau tak makan susu ibu Tak kena buatan aku Kalau engkau makan Engkau terkena buatan aku.

Penggunaan imej sungai dalam karya kreatif menjangkau sajak moden. Pada peringkat awal pertumbuhan sajak Melayu moden Semenanjung amat sukar ditemui imej sungai. Para penyair dekad 1940-an dan 1950-an lebih gemar mengungkap sajak-sajak perjuangan kemerdekaan. Dalam tahun 1969, Latiff Mohidin telah menulis sebuah sajak berjudul Sungai Mekong. Sajak kemanusiaan ini berbeza dengan Latiff sajak-sajak tidak sezaman dari daya segi juang buruk pengolahan. dan membangkitkan akan

pembaca. Sebaliknya, Latiff berusaha mencari kedamaian menginsafkan pembaca kesan peperangan. Katanya

76

Sungai Mekong akhirilah tari siang riakmu kulihat di dasarmu kuntum-kuntum berdarah batu-batu luka Sajak ini merakamkan penderitaan rakyat Vietnam di tangan tentera Amerika. Penderitaan itu digambarkan secara metafora bahawa ribut dari utara akan tiba / tebingmu akan pecah / airmu akan merah / dan arusmu akan lebih keras / dari Niagara. Latiff Mohidin mengingatkan bahawa air Sungai Mekong akan dipenuhi darah pemiliknya. Sebuah lagi sajak berimej sungai dituliskan oleh Zakaria Ali berjudul Sungai. Zakaria Ali memetaforakan sungai sebagai manusia. Arus sungai sebagai usia, hulu sungai sebagai pemulaan kelahiran manusia, dan muara sebagai alam kehidupan selepas alam dunia. Pada dua baris terakhir puisi, Zakaria Ali mencatatkan; Dan di lautan ia belum pasti ingin bercampur sebab dirinya tawar dan badannya penuh lumpur. Dengan memfokuskan kepada manusia, ungkapan dua baris itu sangat filosofis. Wujudnya pertentangan batiniah antara alam sebelum dengan alam bakal dihadapi. Adakah alam baharu itu sama dengan alam yang telah dilalui? Adakah alam baharu itu dapat menerima arus sungai seadanya sebab terdapat perbezaan antara alam sungai dengan alam lautan: tawar-masin, tenang-berombak,

77

berlumpur-jernih dan panjang-luas. Merenungi mesej sajak ini mampu mendidik manusia berjiwa takmilah. Perihal sungai juga mendapat perhatian kalangan penyair generasi baharu. Abu Bakar Othman misalnya, mengarap rasa kesalnya kerana masyarakat tidak menghargai sungai. Melalui sajak Cinta Manusia Mudah Berubah, Abu Bakar Othman mendedahkan sikap manusia yang seolaholah habis manis sepah dibuang atau susu diberi dibalas tuba. Kian hari manusia semakin hilang perasaan cinta terhadap sungai. Tidak ada lagi tenang jiwa, jernih wajah, kemeras menongkah mudik atau seluang, keli, kelah dan seberau kerana kini sungai dipenuhi titik-titik hitam cemar melukis sejarah duka daripada tangan manusia. Pelbagai sisa makanan dan teknologi dibuang ke dalam sungai sehingga airnya busuk dan segala hidupannya mati. Walhal, sungai sangat berguna dan penting dalam kehidupan harian manusia. Demikian sekilas pandang berkenaan imej sungai dan kehidupan manusia. Sejak dahulu hingga kini dan dalam semua tamadun, sungai membantu manusia melestarikan hidupnya. Malangnya, manusia tidak pernah menghargai peranan terhadap mereka. Sungai sering dicemari dengan segala macam aktiviti manusia. (e) Teori Teksdealisme Teori Teksdealisme dikemukakan oleh Mana Sikana sewaktu berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kata teksdealisme adalah gabungan daripada perkataan teks dan idealisme. Desakan yang melahirkan teori ini ialah (a) kejayaan atau pengaruh rakan-rakan yang mencipta teori sendiri. Misalnya, Muhammad Haji Salleh 78

mencipta Teori Puitika Sastera Melayu, dan Hashim Awang mencipta Teori Perkaedahan Melayu; (b) kesan pembacaan, mengkaji, mengaplikasi, pemikiran dan proses penciptaan teori oleh sarjana Barat Derrida, Lacan dan Kristeva; (c) kesan daripada membaca dan mengkaji Hikayat Hang Tuah dan tulisan-tulisan mengenainya; (d) demi untuk melahirkan karya-karya yang bersifat unggul yang ditulis oleh pengarang-pengarang tempatan. (e) untuk memberi satu landasan kepada penulis-penulis muda berkarya dan mencapai karya yang unggul; (f) perubahan aliran atau pemikiran dalam kritikan karya kesusasteraan dari moden kepada pascamoden; dan (g) kesan membaca pengalaman penteori-penteori Barat mencipta teori mengkaji karya kesusasteraan. Menurut Mana Sikana, falsafah teori ini berasaskan keinginan setiap pengarang mahu meletakkan karyanya pada tahap keunggulan. Untuk tujuan itu, pengarang dituntut agar berani dan bijaksana melahirkan karya. Yang dimaksudkan berani ialah mengemukakan idea atau pemikiran baharu dan melakukan pembaharuan. Manakala, yang dikatakan bijaksana ialah menghasilkan karya dengan penuh kesedaran dan bergerak dalam landasan keilmuan. Pengarang harus melahirkan karya yang bersifat idealistik, meta dan ontologikal. Justeru, Mana Sikana mendefinisikan Teori Teksdealisme sebagai susunan idea dan pengalaman yang mengandung makna berlapis-lapis dengan mempunyai sifat-sifat keunggulannya kerana nilai dan mutu (seni sastera) yang tinggi. Ciri-ciri teks / karya yang unggul, antaranya ialah (a) teks itu menggambarkan keperibadian atau kepengarangan penulisnya; (b) teks itu mempunyai daya tarikan yang mengerakkan naluri khalayak; (c) teks itu mempunyai lapisan-lapisan makna yang signifikan; dan (d)

79

teks itu mempunyai kelainan daripada teks-teks sebelum atau sesama zamannya. Terdapat empat prinsip Teori Teksdealisme. Pertama, prinsip

kehadiran. Prinsip ini menganalisis karya berasaskan kehadiran faktafakta yang membina teks dan sumber fakta itu, cara fakta itu hadir dan bertapak dalam teks, dan fungsi dan kesan kehadiran fakta berkenaan. Kedua, prinsip pelanggaran, iaitu pertimbangan sama ada mahu mengekalkan atau merubah sesuatu untuk mencapai keunggulan teks / karya. Daripada dua prinsip itu, lahirnya prinsip ketiga iaitu prinsip pengukuhan. Dalam aspek ini, Teori Teksdealisme menganalisis langkah-langkah, unsur-unsur dan mekanisme yang dilakukan oleh pengarang untuk mengukuhkan karyanya, agar mencapai tahap unggul. Tahap keunggulan termasuklah karya yang dihasilkan itu mempunyai kelainan daripada karya yang sedia ada, di samping kekuatan seni sasteranya. Oleh sebab itu, aspek ini mengkaji usaha-usaha pengukuhan yang dilakukan oleh pengarang, menjelaskan bagaimana prinsip pengukuhan itu dilakukan, dan ketiga apakah fungsi dan kesan pengukuhan tersebut? Keempat, prinsip keperibadian, iaitu karya itu mewakili diri pengarang sebagai seorang yang beridealisme. Karya yang dihasilkan tidak mempunyai unsur atau bayangan atau pengaruh daripada karya-karya orang lain. Dalam prinsip ini akan dikaji usaha-usaha pengarang untuk mencapai tahap keperibadian, menjelaskan sifat-sifat keperibadian pengarang dalam karyanya itu, mendedahkan bagaimana prinsip keperibadian itu dilakukan, dan kesan daripada keperibadian itu terhadap karya dan pengarang. Usaha mencapai prinsip keperibadian melibatkan idealisme pengarang.

80

Ada dua idealisme pengarang, iaitu idealisme objektif menekankan konsep yang lahir daripada alam semula jadi yang menjadi produksi minda. Ia melibatkan usaha pengarang melepaskan dirinya daripada pengaruh dan ikatan persekitaran. dengan Ia berkait rapat dan dengan dunia pengalaman berinteraksi alam pesekitaran

kepengarangannya. Kedua, idealisme subjektif yang menekankan sensasi, hasil persepsi pengarang setelah berinteraksi dengan alam persekitarannya, iaitu percampuran idea dan kesan pengalaman. Persepsi pengarang dapat digali dalam isi teks mahupun luar teks seperti dari imej kulit depan buku sehingga imej di kulit belakang buku. Isi dan kulit buku mesti mesti serasi, berwacana dan dari keserasian dan kewacanaan itu akan menghasilkan keunggulan teks. Tegas Mana Sikana (2005: 508), Kulit-kulit buku yang dihiasi dengan tulisan-tulisan kaligrafi tidak semestinya membayangkan ia merupakan sebuah karya Islam seandainya moraliti dalam penceritaan tersebut bersifat ambigous dan disangsikan. kesimpulannya, Teori Teksdealisme mencari sebuah teks

kesusasteraan yang unggul, baik dari segi isi, proses kehadiran, pelanggaran dan peidentitian mahupun imej kulit karya berkenaan. Di bawah ialah contoh kritikan menggunakan Teori Teksdealisme. Kritikan Cerpen Seha Karya Shahnon Ahmad dari Sudut Teori Teksdealisme Oleh Mana Sikana Shahnon Ahmad sebagai penulis telah mencapai dan memiliki individualisme. MaIah, dalam genre novel ia dianggap sebagai Raja Novelis Malaysia. Saya merasakan untuk seratus tahun Iagi pun kita tidak akan dapat melahirkan pengarang seperti Shahnon Ahmad,

81

keunggulannya

pada

nilai

teks-teksnya,

terutamanya

tematiknya tentang Malay Power yang sudah tegak sebagai idealisme kepengarangannya. Definisi sasteranya adalah kekuata:n Melayu Islamnya. Mungkin generasigenerasi akan datang akan mencirikonsepsikan teks-teks kanonnya bagi membina teori sastera Melayu. Tentulah mengikuti "'Seha" saya mengharapkan suatu kehadiran penuh pengukuhan. subjek Kekuatan individual, Shahnon Ahmad yang jarang ada pada pengarang lainnya ialah ia sudah mempunyai Ahmad membentuk idealisme dan individuaIistik dan individual author. Begitu juga Shahnon memiIiki individual style, individual-self individual action. Itulah yang bermain dalam benak saya sewaktu saya mengembangkan bacaan ideaIistik saya. Rupa-rupanya harapan itu tidak dikecewakan. Setelah membaca . dan menelitinya dapatlah saya simpuIkan, bahawa cerpen ini adaIah suatu pengembangan dan pengukuhan daIam jalur Shahnon Ahmad dengan dunia Melayu: kemiskinan dan sebagai teks ia mempunyai jati dirinya sendiri. Kita menemukan sebuah keluarga atuk dan nenek yang menghabiskan usia mereka di persawahan, di Banggul, desa yang biasa kita temui daIam teks-teks Shahnon Ahmad sebelumnya. Sesuai dengan kampung yang telah merana dan sakit akibat pembangunan dan nostalgia kepada kekuatan kampungnya sebagai pengeluar padi, narasi bergerak perIahan, mengenal

situasi penuh melankolik dan segaIa teIah musnah oleh sejarah. Dengan cara demikian simpati pembaca aktifkan oleh rangsangan pemeriannya terutama pada latarnya yang telah mendeterminasikan dan mencoraksikapkan 82

perwatakannya

yang

begitu

setia

pada

kampung

halamannya dan perlahan demi perlahan kita sampai kepada ide pokok cerpen ini: bersawah di Kuala Lumpur. Pembangunan teIah diperlihatkan sebagai suatu agen pemusnah. Kilang-kilang yang menjajah perkampungan itu mendesak penduduk kepada suatu falsafah hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai sebelumnya. Tidak sahaja kepada warga pendudulnya, juga kepada hidup-hidupan yang menjadi sumber rezeki pesawah seperti haruan, keli, sepat dan lain-lainnya turut menjadi mangsa pembangunan, yang ada kini ialah haruan atau keli atau sepat yang palsu. Shahnon Ahmad dengan jelasnya menggambarkan kesan pembangunan itu dan kita pun turut merasakannya. Pun kita sedar persoalan di BangguI itu tidak bererti selesai sebaik sahaja selesai cerpen itu kita baca. Cukup banyak indikasi bahawa masyarakat perkampungan yang kelihatannya dihadirkan dengan keadaan lemah dan dilemahkan menyediakan pertanyaanpertanyaan tentang dasar budaya kita, dan mungkin kita pun perlu menjawabnya untuk mengatasi kesakitan itu. Meskipun cerpen ini terlalu panjang untuk sebuah ide yang pendek itu, tetapi kejayaan memerdekakan kesan kolonialisme sawah di BangguI yang penuh sejarah itu bagi sepasang manusia seperti atuk dan nenek bukanlah senang. Sikap dan kesedaran manusia bukan mudah dirubah. Shahnon Ahmad bagaikan berkata kepada orang-orang Melayu tidak ada apa lagi yang harus di tunggu di kampung berhijrahlah ke bandar. Rasionaliti modenisme seakan-akan projek yang belum selesai dalam menangani 83

krisis yang muncul dalam takdir kehidupan Melayu. Permasalahan keluarga, kampung dan Melayunya tidak pernah usang di tangan Shahnon Ahmad Meskipun realisme yang dihantui mekanisme Barat yang sering berlaku fallacy atau pemalsuan dan penipuan; tetapi realisme ala Malaysia Shahnon Ahmad tidak pernah berbuat demikian. Itulah realitinya MeIayu. Dan teks-teks begini membuat kita lebih intens terhadap hidup dan cuba memahaminya dari resah gelisahnya. Dalam teks-teks sedemikian Shahnon Ahmad kecuali tidak apabila pernah beliau menyembunyikan maknanya,

bertekskan realisme magis atau eksistensialisme. Benar juga, kita pun harus bertanya kepada pengarang, untuk apa menyembunyikan Shahnon makna seandainya terkenal ia perlu kerana didedahkan? Ahmad

keberaniannya dalam aspek ini, meski berhubung dengan jargon politik. Keberanian ini membuat Shahnon Ahmad adalah contoh penting luar biasa kepada penulis lainnya. Kekuatan pada cerpen Shahnon Ahmad ini ialah pada peIenturan bahasanya. Ia selembut sutera dan sehalus seni itu sendiri. Kita cepat mesra dan masuk ke dalam fikiran teks. Pemikirannya dimagiskan oleh stail Shahnon yang tepat, padat dan terasa ujaran kekampungan. Pembaca yang berasaI dari kampung Ialu telah meninggalkannya, pasti memperoleh kepuasan atas katakata yang jelas, rinci, jernih dan asli sebagai gambaran suatu episod tentang kehidupan yang tenangtetapi bergelora, manis tetapi pahit. Babasa dan realiti selalunya tidak sekata. Bahasa boleh membohongi reaIiti dan realiti pula boleh membohongi babasa. Justeru, pada orang 84

kampung yang telah mastautin di bandar, adaIah Iisanterafinya.

babasa telah

digagapkan oleh sejarah. Maka teks Shahnon Ahmad ini

Kita menyaksikan Shahnon Ahmad mengukuhkan teksnya dengan penghadiran slave morality melalui watak Seha. Watak ini membangunkan ketakutan hidup di desa dan mengontrol, menyakin dan menawan jiwa atuknya yang telah lama tertindas dalam otoriti dan emosi tradisinya. D i sinilah praxis teks ini, yang menjadi sintesis dari ideologi kepengarangan Shahnon Ahmad sehingga personaliti atuk yang sebenar mengalami perpecahan dan semacam mengalami suatu fatalisme dapat dirubah oleh seorang cucu. DaIam konteks ini saya melihat realisme Shahnon Ahmad lebih bercorak reaIisme personal. Ia menyaksikan suatu pembinasaan terhadap nilai, suatu epoche kepada Melayu kampung yang selama ini dipertahankan Atuk. Telah sampai Nabi m asanya, Melayu Tuntutannya Muhammad S.a.w. harus dari melakukan penghijrahan Makah alpenghijrahan. junjungan bagaikan

Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah. Inilah suatu semiosis, makna simbol yang diketengahkan daIam cerpen "Seha" teks Shahnon Ahmad ini.

(f) Teori Takmilah Teori Takmilah diperkenalkan oleh Dr. Shafie Abu Bakar, mantan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ia dianggap teori kritikan karya sastera Islam. Hal ini kerana Teori Takmilah berpaksikan tauhid dalam segala aspek keilmuan Islam dan berusaha melahirkan insan syumul yang bersifat uluhiyah dan rubudiyah. Istilah Takmilah 85

bertalian dengan sifat Kamal Allah yang bererti sempurna. Takmilah menyempurnakan sesuatu yang dengannya akan menjadi sempurna. Maksudnya, melalui Teori Takmilah sesuatu yang dianggap sempurna oleh manusia (sebenarnya belum sempurna di sisi agama) akan menjadi lebih sempurna. Kesempurnaan itu dilihat dari segi akidah, tauhid, akhlak dan ilmu. Kesemuanya hadir dalam kesatuan. Hubungan Takmilah itu berkait pula dengan sifat-sifat Jamal, Qahhar dan Jalal Allah. Kesatuan hubungan itu dapat difahami, misalnya dalam kes cerpen Langit Makin Mendung karya Kipandjikusman. Nilai sasteranya tinggi dan ceritanya juga menarik. Namun, dari awal cerita lagi Kipandjikusman menyatakan rasa tidak puas hati Nabi Muhammad terhadap Tuhannya. Dari segi realiti peristiwa, sebenarnya tidak ada petisyen yang menandakan rasa tidak puas hati Nabi Muhammad terhadap Allah. Walaupun dari segi teori pembinaan karya, cerpen Langit Makin Mendung adalah sempurna dan tepat, namun dari segi realiti peristiwa sebenar adalah fitnah. Ertinya, dari segi ilmunya ada, tetapi dari segi akidah dan tauhid Islam adalah sebaliknya. Tidak ada kebersatuan antara nilai akidah, tauhid, akhlak dan ilmu keislaman dengan nilai sastera (rujuk buku Pleidoi Sastra: Kontroversi Cerpen Langit Makin Mendung Kipandjikusman, 2004). Teori Takmilah tidak mengasingkan nilai seni sebagai tuntutan hati nurani manusia mencintai dan mendekati tuhannya. Malah, pada situasi tertentu, seni juga dianggap salah satu jalan menuju ke rumah Tuhan. Salah satu konsep seni dalam persuratan Melayu ialah penyempurnaan rohani bagi tujuan menyucikan jiwa, menambahkan ketakwaan, melahirkan suasana harmoni dan membentuk kerajaan adil yang diredhai Allah (Maniyamin bin Haji Ibrahim, 2006: 211 214). Menurut hadis riwayat Bukhari dari Ubay bin Kaab, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, Sebahagian syair ada mengandungi hikmah kebijaksanaan. 86

Teori Takmilah direka untuk aplikasi terhadap semua karya bagi mengesan dan mengukur nilai keislaman dalam karya. Pada satu posisi mungkin karya itu bebas daripada nada keislaman, tetapi setelah dianalisis mungkin baru terserlah citra keislamannya. Demikian sebaliknya, sesebuah karya yang kelihatan bernada keislaman, setelah dianalisis didapati citra sebaliknya. Mungkin ianya berlaku di luar alam sedar pengarang. Teori Takmilah menekankan tiga komponen penting iaitu pengarang, karya dan khalayak. Semuanya harus bermula daripada kesedaran tauhid pengarang yang menuangkan kesedaran itu ke dalam karya untuk membangkitkan kesedaran tauhid pembaca. Ketiga-tiganya memperlihatkan sifat sempurna lagi menyempurnakan, yang menjadi sifat Allah dan lambang kesempurnaan-Nya. Karya yang indah mesti berpaksikan kebenaran, kebaikan dan keadilan. Ianya tercerna dalam hubungan sikap dan perlakuan manusia terhadap Allah, sikap dan perlakuan manusia sesama makhluk Allah, serta sikap dan perlakuan manusia dengan alam persekitarannya. Keindahan dan kesempurnaan karya sastera meliputi keindahan isi dan bentuk. Jika isi baik tetapi disampaikan dalam bentuk yang tidak sesuai, atau bentuk baik tetapi isi tidak sesuai, maka karya itu dianggap tidak indah dan tidak sempurna. Isi dan bentuk karya mesti sama-sama indah, sebagaimana maksud susastra itu sendiri, dan ianya berpandukan anjaran al-Quran. Walaupun aspek struktur karya sama, namun Teori Takmilah melihat aspek strukturnya mesti tidak bertentangan dengan isi, bertepatan dengan genre, bahasanya tepat, isinya mudah difahami dan tidak bertentangan dengan ajaran agama.

87

Dari segi isi pula karya itu mesti dapat memberi teladan atau hikmah kepada pembaca. Satu hal yang ditegaskan oleh Dr. Shafie Abu Bakar bahawa Teori Takmilah melihat segala kejadian atau peristiwa sebagai indah, baik peristiwa itu menggembirakan mahupun peristiwa itu mendukacitakan. Yang penting peristiwa itu mempunyai hikmah atau memberi hikmah kepada manusia bagi menyempurnakan akidah atau kesejahteraan dirinya. Peristiwa sebuah bas ekspres di Malaysia yang terhumban ke dalam gaung pada 13 Ogos 2007, hingga mengorbankan 22 orang penumpang merupakan peristiwa yang mendukacitakan. Namun, peristiwa ini dapat memberi hikmah jika rakyat dan kerajaan Malaysia melalui agensi yang berkaitan menyusun strategi agar peristiwa seumpamanya tidak berulang. Sasterawan yang peka akan menyusun episod-episod kehidupannya, sama ada episod yang menggembirakan dan lebih-lebih lagi episod yang mendukacitakan, hingga menghasilkan satu bentuk cerita yang menarik, bernilai sastera, berhikmah dan dapat mentakmilahkan jiwa pembaca. Bagi memantapkan teori Dr. Shafie Abu Bakar menggarisi tujuh prinsip Teori Takmilah, iaitu (1) Prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal, (2) Prinsip kerasulan sebagai insan Kamil, (3) Prinsip keislaman yang bersifat Akmal, (4) Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul, (5) Prinsip sastera bercirikan estetik dan bersifat Takmilah, (6) Prinsip pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri, dan (7) Prinsip khalayak yang bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil. Di bawah ialah satu contoh kritikan menggunakan Teori Takmilah. Ombak Besar Tsunami dan Ketakmilahan kepada Penyair Oleh Nassury Ibrahim

88

Peristiwa ombak besar Tsunami yang melanda Aceh telah dirakamkan dalam puisi dan prosa kerana peristiwa itu sangat menyayat rasa hati. Namun begitu, dalam Teori Takmilah bukan peristiwa itu yang penting, betapa besar atau penting sekali pun peristiwa itu. Yang menjadi tuntutan Teori Takmilah ialah apakah kesan peristiwa yang dipersajakan itu dapat membangkitkan kesedaran atau memberi hikmah untuk kepada penyair dan kemudian kepada dipersajakan membangkitkan hikmah

pembaca. Hal ini bererti bahawa berhikmah atau tidak berhikmah sesuatu peristiwa yang digarap ke dalam sajak adalah bergantung pada cara dan persepsi penyair mengolahnya. Antara penyair yang tersentuh perasaannya terhadap kesan tragedi ombak besar Tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 itu ialah penyair L.K. Ara. Perhatikan sajak beliau yang berjudul Wahai Tuhan yang dimuatkan dalam antologi Ziarah Ombak di bawah ini.

Wahai Tuhan tak ada lagi yang kami punya semua milikmu telah kau ambil kembali yang tinggal hanya sepotong tubuh yang rapuh dan suka mengeluh. Sajak ini mendedahkan rasa sedih yang amat yang dirasai oleh mangsa Tsunami. Semuanya habis ditelan Tsunami, kecuali aku lirik yang kini berada dalam keadaan putus asa

89

atau kesal atau kecewa dengan malapetaka itu. Bukti perasaan putus asa, kesal dan kecewa aku lirik dapat dikesan pada baris di bawah. yang tinggal hanya sepotong tubuh yang rapuh dan suka mengeluh Dari persepsi Teori Takmilah, sajak ini tidak memberi kesedaran kepada jiwa pembaca. Tidak terlihat usaha pengarang mencari hikmah di sebalik peristiwa ombak besar tsunami itu sebagai teladan hidup dirinya dan seterusnya diserapkan kepada pembaca. Penonjolan aspek diri yang rapuh / dan suka mengeluh itu bertentangan dengan prinsip Teori Takmilah iaitu prinsip sastera yang bersifat takamul, prinsip sastera bercirikan estetik dan bersifat Takmilah, dan prinsip pengkarya mengistimalkan diri. Ajaran agama Islam sendiri melarang umat-Nya putus asa atau berkeluh-kesah. Saya fikir, jika baris akhir sajak itu ditambah, misalnya Ya, Allah / Kau berilah petunjuk, akan mendekatkan sajak ini dengan Teori Takmilah. Hal ini berbeza dengan sajak beliau berjudul Saat Hening, juga termuat dalam antologi Ziarah Ombak, dan sajaknya juga berkenaan ombak besar Tsunami, sebagaimana di bawah ini. Setelah gempa setelah gelombang tsunami tinggal puing inilah saat hening sujud kepada-Mu.

90

Melalui baris sujud kepada-Mu terlihat prinsip pengkarya seharusnya mengistimalkaqn diri. Baris itu juga membuktikan wujudnya kesedaran Tauhid, dan hikmah yang membijaksanakan, yang dapat dikongsi bersama dengan pembaca. Penyair tidak menggambarkan sikap mengeluh dan putus asa, sebaliknya penyair menyeru pembaca melalui hasil karyanya agar mendekatkan diri dengan Tuhan. Kegembiraan dan kedukacitaan merupakan ujian Tuhan. Dalam Islam, orang yang gemar berfikir dan sentiasa ambil ikhtibar daripada rasa kegembiraan dan kedukacitaan dianggap sebagai orang yang sempurna akalnya. Salah satu peristiwa yang menghikmahkan itu ialah tragedi ombak besar tsunami. Berdasarkan dua sajak L. K. Ara itu, kita dapati bahawa walaupun penyair menulis sajak berasaskan peristiwa sama, namun tidak semua sajaknya itu memberi kesan positif kepada pembaca. Sajak Wahai Tuhan tidak memberi kebaikan kepada pembaca kerana bersifat pasif. Hal sebaliknya terlihat pada sajak Saat Hening menggunakan persepsi orang bertakwa. Penyair menegaskan bahawa walau apapun yang berlaku kita perlu bersyukur, dan lebih-lebih lagi, kerana terselamat daripada musibah berkenaan. Saranan itu menepati ajaran Islam dan seruan yang terdapat dalam Teori Takmilah. Kesimpulan Teori atau pendekatan kritikan sastera dibina bertujuan menganalisis karya sastera mengikut kriteria masing-masing. Tujuannya ialah memahami mesej atau amanah, struktur penceritaan, kandungan cerita, membantu pembaca memahami teks, dan juga membantu 91

pengarang mempertingkatkan mutu karya. Melalui analisis terhadap karya akan terpancar rahsia-rahsia yang dapat membantu membina kualiti kehidupan pembaca. Walaupun karya sastera dihasilkan untuk tujuan menghiburkan masyarakat, namun di sebalik hiburan itu terselit mutiara peristiwa yang dapat diteladani oleh pembaca.

92