Anda di halaman 1dari 4

1.0 PENGENALAN Dahagi India 1857 merupakan rusuhan sepoi menentang pemerintahan British di India.

1 Namun, Dahagi bukan satu cara pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing. Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja., manakala sebahagian besar penduduk tetap tidak terlibat. Pihak British menyangkal kenyataaan bahawa ia adalah satu rusuhan kebangsaan atas sebab-sebab bahawa India tidak wujud sebagai sebuah negara pada masa itu. Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku sekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan seluruh India.2 Pemberontakan ini merupakan permulaan perjuangan kebangsaan untuk membebaskan India daripada beberapa pemerintahan British.3 Penduduk India telah berasa tidak puas hati terhadap pemerintahan British sejak awal abad ke-19. Perasaan tidak puas hati semakin memuncak apabila Lord William Bentick menjalankan beberapa pembaharuan politik, sosial dan kebudayaan. Walaupun pembaharuan itu berdasarkan teori kebajikan penduduk India, tetapi pembaharuan tersebut telah melanggar amalan dan adat serta menyinggung hati orang India. Dengan itu, orang India pun membangkit menentang pihak British di India.Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India. Ia juga disifatkan sebagai kemerdekaan yang pertama di India kerana ia telah menjejaskan kekukuhan empayar Inggeris di India. 2.0 POLITIK 2.1 Perasaan dendam sepoi Pemberontakan Dahagi tidak hanya melibatkan sepoi malah turut disertai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan Inggeris.4 Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja,
1 2 3 4

pembesar dan nawab yang jelasnya telah mengganggu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris.5 Justeru, sebab serta-merta yang mencetuskan dahagi India amat berkait rapat dengan perasaan dendam sepoi-sepoi India6. Perasaan dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu: 2.1.1 Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India Ketidakpuasan hati ditimbulkan oleh tentera-tentera Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi dari wilayah Qudh dan barat laut India. Mereka tidak suka bekerja berat dan bimbang kasta mereka akan tercemar sekiranya berkhidmat di luar India.7 Apabila Inggeris mengarahkan (unsur paksaan) mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka. Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas. 2.1.2 Akta pengambilan tentera am Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke mana-mana sahaja mereka diperlukan atau wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati. Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan eropah. 2.1.3 Amalan diskrimanasi dalam tentera Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripda apa yang diterima tentera Inggeris.8 Selain itu, sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh

5 6 7 8

Sepoi ialah

perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini menimbulkan perasaan kecewa dalam kalangan sepoi India. Masalah disiplin yang serius berlaku dalam tentera akibat pemimdahan pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk mengisi jawatan awam.9 2.1.4 Masalah senapang Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield. Masalahnya disini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. namun begitu, dipercayai bahawa peluru tersebut telah disapu minyak babi dan lembu. Suasana ini telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan-kebudayaan tradisional mereka dan beranggapan bahawa Inggeris cuba untuk mengkristiankan mereka.10 Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan.

4.0 SOSIAL Kesan terpenting selepas berlakunya Dahagi India ialah penghapusan Syarikat Hindia Timur (SHTI) pada tahun 1858. Hal ini berikutan berlakunya pemberontakan yang secara langsung telah membuktikan bahawa SHTI tidak berkebolehan untuk memerintah India yang begitu luas. Mengikut Akta Kerajaan India pada t a h u n 1 8 5 8 , S H T I t e l a h d i m a n s u h k a n d a n m e m i n d a h k a n pentadbiran kerajaan India terus kepada Kerajaan Mahkota iaitu, tanah besar England. Selain itu, Gabenor Jeneral menerima gelaran Wizurai. Ratu Victoria telah membuat satu pengumuman pada tahun 1858 dengan menyatakan bahawa putera-putera tidak akan kehilangan hak-hak dan perjanjian-perjanjian yang wujud
9 10

dengan mereka akan dipelihara. Selain itu, Ratu turut bertolak ansur dalam hal agama dan menyakinkan mereka bahawa mereka yang layak untuk memegang jawatan awam akan diberikan peluang tanpa mengira kasta ataupun kepercayaan. Pengampunan umum telah dijanjikan kepada semua pemberontakan kecuali mereka yang terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat British. Undang-undang Warisan yang menjadi pertikaian turut dimansuhkan kerana Ratu telah mengisytiharkan kami tidak inginkan sebarang pelanjutan milik-milik wilayah kami pada hari ini

Anda mungkin juga menyukai