Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG SMKTTDI Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakath dan Salam Satu Malaysia

.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberikan ruang dan kesempatan untuk menyampaikan kata-kata aluan dalam buku program Golden Nite 2011 anjuran PIBG 2011. Melalui penganjuran majlis seperti ini, secara tidak langsung majlis ini menjadi wadah untuk mengukuhkan ikatan silaturahim dan ukhuwah. Dengan persefahaman dan kerjasama bagai aur dengan tebing yang dipupuk tanpa mengira latar belakang bangsa, agama telah berjaya membentuk kita menjadi satu bangsa Malaysia yang progresif dan berupaya untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

PIBG selaras dengan aspirasi kerajaan sebagaimana tercatat dalam perlembagaannya, akan sentiasa bersama sekolah dalam apa-apa jua aktiviti yang meningkatkan martabat sekolah dan warganya serta membina dan memelihari silaturahim dan semangat setia kawan yang berkekalan.

Penganjuran Golden Nite 2011, bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pihak sekolah menyediakan iklim yang kondusif untuk warganya. Hal ini hasil daripada kesedaran dan keprihatinan ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang peri pentingnya pendidikan untuk anak-anak kita. Sesungguhnya, usaha yang mantap dan berterusan seperti ini diharapkan dapat menjadi perangsang dan pemangkin untuk PIBG SMKTTDI bergerak lebih maju dalam memastikan kemajuan dan keselesaan warga sekolah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful