Anda di halaman 1dari 16

1

1.0

PENGENALAN

Pendekatan Struktural- Fungsionalisme adalah suatu yang penting dan sangat bermanfaat dalam kajian tentang analisa masalah sosial yang dihadapi oleh sesebuah negara. Ia adalah satu teori komunikasi yang berada dalam kelompok teori umum. Ciri utama adalah kepercayaan pandangan berkaitan struktur yang jelas dalam diri masyarakat. Struktural fungsional merupakan hasil pengaruh yang sangat kuat dari teori sistem umum di mana pendekatan fungsionalisme yang adaptasi dari ilmu biologi, menekankan penghasilan tentang cara mengorganisasikan dan mempertahankan sistem. Dalam pendekatan dari aspek linguistik, ia menekankan berkaitan pengorganisasian bahasa dan sistem sosial. Fungsionalisme struktur atau alanisa sistem berkisar beberapa konsep, namun yang paling penting adalah konsep fungsi dan konsep struktur. Ahli ilmuan telah banyak merumuskan dan membincangkan perkara ini dalam perlbagai idea dan gagasan dalam mencari paradigma tentang teori ini, sebut sahaja George Ritzer (1980), Margaret M.Poloma (1987) dan Turner (1986) mengatakan apabila diperhalusi dari paradigma yang digunakan, maka teori ini dikembangkan dari paradigma fakta sosial. Munculnya paradigma ini merupakan usaha sosiologi sebagai cabang ilmu yang baru. Perkataan fungsi digunakan dalam berbagai bidang kehidupan manusia, menunjukkan aktiviti manusia dalam mencapai matlamat hidupnya. Secara kualitatif pula fungsi dilihat dari segi kegunaan dan manfaat individu, kumpulan dan organisasi tertentu. Fungsi juga menunjuk pada proses yang sedang atau sedang berlaku, yang menunjukkan elemen samada masih berfungsi atau tidak. Pendekatan struktural fungsionalisme telah menerajui kajian antropologi dan sosiologi di dunia barat. Di England, teori ini mencapai kemuncak pencapaiannya dalam tahun 1930 dan 1950, dikatakan sebagai setaraf dengan British Social Anthropology. Pengasas terkenal adalah Radcliffe-Brown dan Malinowski. Pendekatan seterusnya menular ke Amerika dan mencapai kemuncak kejayaan pada tahun 1950-an. Namun, di akhir 1960-an teori ini mula mendapat kritikan dan muncul teori yang lebih canggih.

2.0

SEJARAH

Struktural fungsionalisme wujud sebagai reaksi terhadap teori evolusionari. Jika tujuan dari kajian-kajian evolusionari adalah untuk membangun perkembangan budaya manusia, tujuan dari kajian struktural fungsionalisme adalah untuk membnagun suatu sistem sosial, atau struktur sosial, melalui penggajian terhadap pola hubungan yang berfungsi antara individu, antara kumpulan atau antara institusi sosial dalam suatu masyarakat. Struktural-fungsional adalah penggabungan dari dua pendekatan, yang bermula dari pendekatan fungsional Durkheim, kemudian digabungkan dengan pendekatan struktural R-B. Kerana untuk memahami pendekatan struktural-fungsional, masyarakat harus melihat dahulu sejarah perkembangan pendekatan fungsional. Teori struktural fungsional adalah satu teori komunikasi yang masuk dalam kelompok teori umum, ciri utama teori ini adalah adanya kepercayaan pandangan tentang berfungsinya secara nyata struktur yang berada di luar pengasasnya. Ia merupakan hasil pengaruh yang sangat kuat dari teori sistem umum di mana pendekatan fungsionalisme yang di adaptasi dari ilmu alam khususnyailmu biologi menekankan pengkajian tentang cara-cara mengorganisasikan dan mempertahankan sistem. Pendekatan strukturalisme yang berasal dari linguistik, menekankan hal-hal berkaitan pengorganisasian bahasa dan sistem sosial. Analisa sistem pada prinsipnya berkisar pada beberapa konsep, namun yang paling penting adalah konsep fungsi dan konsep struktur. Pendekatan fungsi digunakan dalam berbagai bidang kehidupan manusia, menunjukkan kepada aktiviti manusia dalam mencapai tujuan hidupnya. Dilihat dari tujuan hidup, kegiatan manusia merupakan fungsi dan mempunyai fungsi. Secara kualitatif fungsi dilihat dari segi kegunaan dan manfaat seseorang, kumpulan atau organisasi tertentu. Lahirnya struktur fungsionalisme sebagai suatu perspektif yang berbeza dalam sosiologi memperolehi dorongan yang sangat kuat dari karya-karya klasik seorang ahli sosiologi Perancis, Emile Durkheim. Beliau melihat masyarakat moden sebagai keseluruhan organisasi yang memilik realiti tersendiri. Keseluruhan tersebut memiliki kekurangan atau fungsi-fungsi tertentu mesti dipenuhi oleh bahagian-bahagian dalam keadaan normal. Fungsionalisme Durkheim ini tetap bertahan dan dikembangkan lagi oleh dua orang ahli antropologi abad ke 20, iaitu

Bronislaw Malinowski dan A.R. Radcliffe-Brown. Malinowski dan Brown dipengaruhi oleh ahli-ahli sosiologi yang melihat masyarakat sebagai organism hidup dan keduannya menyumbangkan idea tentang hakikat, analisa fungsional yang dibangunkan atas model organis. Beberapa konsep dasar fungsionalisme dalam ilmu-ilmu sosial, pemahaman Radcliffe-Brown mengenai struktural fungsionalisme merupkan dasar bagi analisa fungsional kontemporari. Dalam membahas sejarah struktural fungsionalisme, Alvin-Gouldner mengingatkan akan lingkungan di mana fungsionalisme aliran Parson berkembang. Teori fungsionalisme Parsons mengungkapkan suatu keyakinan akan perubahan sistem tersebut. Keyakinan Parson itu dipengaruhi oleh kejayaan pihak Amerika dalam Perang Dunia II dan kebangkitan dari zaman kemelesetan ekonomi dunia. Walaupun struktural fungsionalisme memiliki banyak ahli pemikir, sosiologi adalah merupakan suatu kajian tentang struktur bahagian yang saling berkaitan. Coser dan Rosenberg melihat bahawa struktural fungsionalisme berbeza antara satu sama lain dalam mendefinisikan konsep-konsep sosiologi mereka. Struktur menunjuk pada unit-unit sosial yang relative stabil dan berpola atau suatu sistem dengan pola-pola yang relatif abadi.

3.0

PENDEKATAN FUNGSIONAL

Emile Durkheim, seorang sosiologi Perancis menganggap teori struktural-fungsionalisme merupakan suatu yang berbeza. Ia disebabkan Durkheim melihat masyarakat moden sebagai keseluruhan organisasi yang memiliki realiti tersendiri. Durkheim secara jelas mengatakan bahawa fenomena sosial seharusnya dijelaskan melalui dua pendekatan yang berbeza, iaitu pendekatan sejarah dan pendekatan fungsional. Analisa fungsional bertujuan menjawab soalan mengapa suatu isu sosial tertentu mempunyai sebab dan akibat terhadap operasi keseluruhan sistem sosial. Sementara analisa sejarah berusaha menjawab mengapa isu sosial bukan item sosial yang lain, secara sejarah yang mempunyai fungsi tersebut. Durkheim harus mengabungkan asal usul dan sebab (pendekatan sejarah), dan satu pihak lagi penentuan fungsi-fungsi dari suatu fenomena sosial. Pendekatan fungsional dalam antropologi sosial dipelopori oleh dua sarjana terkenal iaitu R-B dan Malinowski. Walaupun

4 keduanya dipengaruhi oleh Durkheim, namun penafsiran dan perkembangan mereka atas konsep fungsi adalah berbeza. R-B menolak setiap penggunaan konsep fungsi yang tiada kaitan dengan struktur sosial, kerana itulah pendekatan dasarnya adalah kombinasi dari kedua konsep tersebut: fungsi dan struktur sosial, kemudian dikenali struktural-fungsionalisme. R-B dengan tegas membezakan konsep fungsionalnya dari konsep fungsional Malinowski. Bagi R-B fungsi adalah sumbangan yang dimainkan oleh sebuah isu sosial, terhadap kemantapan suatu struktur sosial. Manakala Malinowski melihat fungsi seperti guna yang dikaitkan dengan psikologi biologi manusia. Robert K. Merton, sebagai seorang yang dianggap lebih dari ahli teori yang lain telah mengembangkan kenyataan berdasarkan terori fungsionalisme, Merton mengakui pendekatan struktural fungsionalisme telah membawa kemajuan dalam ilmu sosiologi. Beliau telah membahagikan tiga faktor dari analisa fungsional. Pertama berkaitan fungsional masyarakat yang dapat menerima keadaan seluruh sistem sosial bekerjasama dalam satu kumpulan tanpa menimbulkan sebarang konflik yang tidak dapat dapat diselesaikan. Fungsional yang sempurna dari masyarakat adalah bertentangan dengan fakta. Ini kerana wujud fungsional bagi satu kelompok tetapi tiada pada kumpulan yang lain. Kedua, fungionalisme yang menganggap bahawa seluruh bentuk sosial dan kebudayaan sudah menpunyai fungsi-fungsi positif. Beberapa perilaku sosial dapat dikategorikan dalam bentul atau sifat ini. Ketiga iaitu indispensability yang menyatakan bahawa dalam setiap peradaban mempunyai idea, kepercayaan dan bahagian penting yang tidak dapat dipisahkan dengan sistem keseluruahan. Menurut Menton, faktor ketiga masih belum menjelaskan apakah kepentingan fungsi. Anomie adalah istilah yang diperkenalkan oleh Emile Durkheim untuk menggambarkan keadaan yang kacau, tanpa peraturan. Ayat ini berasal dari bahasa Yunani a-tanpa, dan nomosundang-undang atau peraturan

5 Anomie sebagai kekacauan pada individu menghuraikan sebab musabab membunuh diri untuk menggambarkan keadaan atau kekacauan dalam diri individu, yang dicirikan oleh ketidakhadiran atau kekurangan nilai-nilai dan kecelaruan perasaan. Anomie berlaku sekitar masyarakat yang mengalami perubahan yang besar seperti situasi ekonomi dan nilai ideologi yang dipraktik dalam kehidupan harian. Anomie sebagai kekacauan masyarakat berlaku dalam masyarakat yang mengalami kekacauan kerana tiada peraturan atau perundangan yang boleh diikuti atau perlanggaran terhadapa undang-undang. 4.0 KONSEP STRUKTUR SOSIAL

Perbezaan dalam status sosial menentukan bentuk hubungan sosial dan mempengaruhi struktur sosial. Dalam masyarakat tradisional, status anggota dibezakan melalui jantina, umur, pertalian kekeluargaan. Kerana itu, tingkahlaku golongan lelaki ketika berhubungan dengan lelaki lain adalah berbeza ketika berhubung dengan golongan wanita. Tingkahlaku orang tua dengan dengan golongan muda juga berbeza. Dengan memahami konsep fungsi, struktur dan proses sosial kita akan menemui tiga tahap masalah sosial, menurut R-B. Masalah tersebut adalah berhubung dengan morfologi sosial, fisiologi sosial dan perkembangan struktur sosial. Dalam masalah berkaitan dengan morfologi sosial, pengasas sosial menghadapi kenyataan tentang variasi dan bermacam warna struktur sosial. Dalam masalah fisiologi sosial pula bagaimana sistem sebuah struktur sosial berfungsi, mekanisme apa yang menjaga jaringan hubungan sosial tetap hidup, dan bagaimana mekanisme iru bekerja. Dalam masalah fisiologi sosial ini tidak hanya memperhatikan struktur sosial, tetapi juga setiap institusi sosial (seperti agama, ekonomi, politik, kerajaan) dan kemudian mengkaji hubungan institusi-institusi ini dengan struktur sosial. Struktural fungsionalisme sering menggunakan konsep sistem ketika membahaskan struktur. Sistem adalah organisasi dari keseluruhan bahagian yang saling berkaitan. Ia terdiri dari bahagian yang rapi, teratur dan saling bergantungan. Disebabkan sistem cenderung ke arah keseimbangan maka perubahan selalu terjadi secara perlahan hingga mencapai posisi yang seimbang dan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia.

Fungsi juga menunjukkan proses yang sedang atau yang akan terjadi, iaitu menunjukkan pada benda tertentu yang merupakan elemen atau bahagian dari proses tersebut. Secara kuantitatif, fungsi dapat menghasilkan sejumlah tertentu, atau program yang telah ditentukan. Menurut Michael J. Jucius mengatakan bahawa fungsi sebagai aktiviti yang dilakukan oleh manusia dengan harapan dapat mencapai apa yang diingini. Beliau lebih menitikberatkan pada aktiviti manusia dalam mencapai tujuan. Berbeza dengan Viktor A. Thomson, tidak hanya memerhatikan pada kegiatannya sahaja tetapi juga terhadap nilai dan menghargai nilai serta memeliharanya dan meningkatkan nilai tersebut. Nilai yang ditujukan kepada manusia dalam melaksanakan fungsi dan aktiviti dalam berbagai bentuk kehidupannya. Sedangkan benda-benda lain melaksanakan fungsi dan aktiviti hanya sebagai alat bantuan bagi manusia dalam melaksanakan fungsi tersebut. Demikian pula fungsi kominikasi dan fungsi politik, ini disebabkan kominikasi mahupun politik, keduanya merupakan usaha manusia dalam mempertahankan kehidupan mereka. Sedangkan fungsi yang didefinisikan oleh Oran Young sebagai hasil yang dituju dari suatu tindakan yang diarahkan bagi kepentingan dalam sistem sosial dan sistem politik. Jika fungsi menurut Robert K. Merton merupakan akibat yang nampak ditujukan bagi kepentingan adaptasi dan pengubahan sistem tertentu, menurut SP. Varma susunan dalam sistem yang melakukan fungsi-fungsi. Struktur dalam sistem politik adalah semua aktor yang terlibat dalam prosesproses politik. Parti politik, media massa, kumpulan berkepentingan, termasuk ke dalam infrastruktur politik. Fungsi dari setiap kegiatan yang berulang seperti perundangan terhadap hukuman atau upacara pengkebumian merupakan sebahagian dalam kehidupan sosial keseluruhan. Ia merupakan sumbangan yang diberikan oleh struktural Radcliffe-Brown. Jasa Malinowski terhadap fungsionalisme, walau berbeza dari brown, tetap menyokong dasar fungsionalisme tersebut. Ahli antropologi menganalisa kebudayaan dengan melihat pada fakta-fakta antropologis dan bahagian yang dimainkan oleh fakta itu dalam sistem kebudayaan (Malinowski).

5.0

MODEL DALAM STRUKTURAL FUNGSIONALISME

Dari sust panadngan keilmuan model dapat didefinisikan sebagai tiruan (representasi) dari kenyataan sebenarnya. Sebagaimana diterangkan oleh Awad (1979), A model is a

7 representation of real or a planned system. Sementara Murdick & Ross (1982) manyatakan bahawa adalah abstak dari realiti, hampir kepada kenyataan. Kerana itu, suatu model tidak mampu menceritakan perincian dari kenyataan, namun hanya mampu menyelitkan bahagian yang dianggap penting dari sebuah kenyataan. Pelto & Pelto (1984) menyatakan bahawa model berkait rapat dengan teori. Teori merupakan sebuah sistem dari berbagai konsep yang saling berkait, sedangkan model menurutnya merupakan sistem teori. Sebuah model sangat berkait dengan sistemteori tertentu mengenai realiti. Sifat dasar yang terkandung dalam model adalah proses analogi. Dalam membangunkan sebuah model atau untuk menjelaskan gejala sosial budaya secara ilmiah seseorang akan melakukan analogi terhadap sesuatu. Sebenarnya semua disiplin ilmu memiliki analogi dan model baik secara eksplisit atau implicit termasuk semua paradigma dalam antropologi, sebab penggunaan model dapat membantu dalam melakukan analisis dan penjelasan ilmiah secara konseptual. Dalam paradigma antropologi struktural fungsionalime, upaya menjadikan antropologi dalam disiplin dimulakan dengan penggunaan model teoritik dan metodologi yang ada dalam ilmu-ilmu alam. Unsur-unsur budaya atau kehidupan sosial berfungsi dalam pemeliharaan sistem. Walaupun ada perbezaan antara Malinowski dengan R.Brown, namun ada pandangan yang berbeza tentang struktural fungsionalisme ini. Model Malinowski menyatakan bahawa sifat dasar kebudayaan berfungsi memuaskan masalah individu, manakala model R.Brown menegaskan bahawa sistem kebudayaan berfungsi memelihara struktur sosial masyarakat bukan hanya untuk memuaskan masalah individu. Dengan pandangan seperti ini menunjukkan bahawa paradigma ini tidak dapat dipisahkan dengan kejelasan model yang dipilih iaitu mengandaikan sistem sosial budaya denagn sistem biologis. Analogi seperti ini kemudian melahirkan beberapa dasar lain dari paradigma ini iaitu sebagai suatu sistem masyarakat dari beberapa bahagaian yang berfungsi untuk mencapai tujuan sistem keseimbangan dan intergrasi. Keharmonian dalam hubungan dari setiap bahagian dan perubahan pada satu bahagian akan mempergaruhi bahagian yang lain. Proses mengadaptasi model dari alam sekitar ke dalam struktural fungsionalisme menunjukkan adanya proses pemikiran positif pada tahap paradigma

atau teori. Sebenarnya positivism mempengaruhi hampir semua paradigma aspek sosial seperti paradigma struktulisme, kebudayaan. Paradigma postivisme dalam struktur fungsionalisme dari pandangan Comte, Spencer, Durkheim, Brown dan Malinowski, Coser dan Roserberg, dan Parson. Konsep dan teori yang mereka bangun untuk menjelaskan gejala sosial budaya dari alam persekitaran seperti konsep struktur, sistem dan fungsi. Isu positivisme dalam struktural fungsionalisme sebenarnya mengambil dasar positivisme Auguste Comte. Melalui analoginya terhadap struktur biologi, ia kemudian menggunakan dan membezakan konsep statik sosial dan dinamik sosial dalam kehidupan sosial. Aspek pertama berkaitan dengan dimensi struktur dan kedua merupakan proses atau fungsi. Sebab itu menurut Comte dalam kehidupan sosial ada dimensi yang bersifat statik struktrunya. Pandangan Comte kemudian dikembangkan Herbert Spencer yang menganalogikan masyarakat dengan organism hidup seperti manusia dan haiwan. Masyarakat sebagaimana organism hidup, mengalami pertumbuhan, unsur-unsur dari keseluruhan strukturnya menjadi lebih kompleks. Setiap unsur menjalankan fungsi atau menjalankan tugasnya. Antara bahagian masyarakat yang satu dengan yang lain saling kebergantungan. Positivisme Durkheim mengatakan ada undang-undang sosial sebagaimana terdapat dalam hukum alam, agar ilmu sosial memiliki teori ilmiah maka ilmuan harus mencari hubungan sosial secara objektif. Fakta-fakta sosial disamakan dengan fakta fizik. Durkheim banyak memberikan konsep yang biasa dalam biologi misalnya konsep spesies sosial, kepadatan dinamik dan morfologi sosial. Pandangan positivism dan fungsionalisme Durkheim berpengaruh pada Radcliffe Brown dan Malinowski, yang sama-sama melihat gejala sosial budaya sebagai organism-biologis. Keduanya membangun analisis fungsional berdasarkan model organik. R.Brown misalnya, sebagai pengintegrasi dan mengembang idea Durkheim ke dalam antropologi sosial, memfokuskan perhatiannya pada persoalan struktur sosial selain tentang fungsi. Kajiannya tentang struktur sosial sebagaimana dalam bukunya On Social Structure di mulai dari analogi struktur dan gejala sosial dengan gejala dan struktur fizik biologis. Ia berusaha membangunkan model teori dan metodologi sebagaimana model dalam ilmu persekitaran.

Dalam kajiannya tentang kejahatan misalnya ia menyatakan bahawa tindakan menghukum terhadap kejahatan mempunyai fungsi untuk memelihara struktural. Sementara Malinowski menyatakan bahawa unsur-unsur kebudayaan member sumbangan bagi kepentingan individu sebagaimana unsur-unsur dalam tubuh yang harus dipenuhi kehendak biologi keseluruhannya. Dalam hal ini Malinowski menganalisa kebudayaan dengan melihat fakta-fakta antropologi dan sumbangan yang dimainkan oleh sistem kebudayaan. Pada generasi berikutnya, seperti Coser (1956) dan Rosenberg (1976), merumuskan struktur sebagai suatu peringkat sosial berpola yang relatif stabil dan merumuskan fungsi sebagai aktiviti adaptasi dalam struktur yang wujud. Dalam teori tindakan Parson manusia dianggap sebagai pelakon yang aktif, kreatif dan manifulatif berbeza dengan teori positivistik, seperti panadngan Durkheim dan R. Brown yang menganggap manusia bersifat tergantung dan dipengaruhi struktur sosial.

6.0

TEORI RADCLIFFE-BROWN

R-B mengatakan pengasas sosial tidak pernah melihat hubungan sosial, norma, masyarakat dan budaya. Yang nyata pengasas sosial juga manusia. Melalui proses penggumpulan, mengklasifikasi, kenyataan mengenai perilaku manusia tersebut terbentuk menjadi konsep. Jadi, hubungan sosial, masyarakat, norma dan budaya adalah konsep yang lahir dari reaksi terhadap perilaku manusia. Timbul persoalan semasa pengasas sosial mencuba menghubungkan jurang antara kenyataan dengan konsep. Dalam konsep struktural-fungsionalisme model yang digunakan adalah model badan manusia.dalam model ini, R-B mengandaikan sebuah masyarakat sebagai badan manusia, dan kehidupan sosial juga seperti badan tersebut. Apabila berbicara mengenai struktur bermaksud kita menyusun hubungan antara komponen-komponen. Musik, bunyi adalah sama seperti tubuh manusia, iaitu mempunyai komponen-komponen saling bergantungan, jadi mereka memiliki struktur. Masyarakat sebagai sebuah struktur sosial terdiri atas jaringan hubungan sosial yang kompleks antara anggotanya. Satu hubungan sosial antara dua orang anggota tertentu pada suatu waktu tertentu, di tempat tertentu, tidak dipandang sebagai satu hubungan yang terdiri sendiri,

10

tetapi merupakan bahagian dari satu jaringan hubungan sosial yang lebih luas, yang melibatkan keseluruhan anggota masyarakat tersebut. Hubungan kedua orang di atas harus dilihat sebagai bahagian dari satu struktur sosial. Inilah prinsip dan objek kajian ilmu sosial menurut R-B.

7.0

TEORI MALINOWSKI

Apabila R-B lebih tertarik meninjau individu sebagai individu yang mempunyai status tertentu dalam struktur sosial, Malinowski pula lebih memperhatikanindividu sebagai realiti psiko biologidalam sebuah masyarakat (kebudayaan).Malinowski lebih menekankan aspek manusia sebagai makhluk psiko-biologi yang memepunyai keperluan psikologi dan biologi yang perlu dipenuhi. Berbeza dengan R-B yang tertarik dan menganggap struktur sosial amat penting, Malinowski lebih tertarik kepada budaya. Bagi Malinowski, dalam memenuhi permasalahan psiko biologi individu dan menjaga kesinambungan hidup kelompok sosial,beberapa kondisi harus dipenuhi oleh individu-individu anggota kelompok sosial tersebut. Namun demikian, kegiatan untuk memenuhi permasalahan utama tidaklah langsung dilakukan begitu saja sebagaimana dengan haiwan, tetapi telah di pengaruhi dengan pengaruh sosial. Dalam rangka untuk memenuhi keperluan makanan contohnya, manusia tidak begitu saja menerima apa yang dilihat semuanya. Manusia akan memilih di antara benda yang boleh di makan; ada yang ditolak dan ada yang diterima; ada yang lebih digemari dan ada yang kurang disukai. Sebahagian dari makanan yang dimasak dan ada yang dimakan mentah. Manusia dilatih untuk makan makanan tertentu, pada waktu tertentu dan cara tertentu. Jadi tingkah laku manusia dalam memenuhi keperluan makanan telah membentuk cara yang lazim sesuai dengan adat kumpulan mereka, agama, kelas sosial dan sebagainya. Kelompok, golongan dan kelas sosial telah membentuk pilihan selera individu, nilai simbolik dan nilai zat makanan, gaya serta adab makan. Pola kegiatan seperti itu dikenali sebagai kegiatan budaya, iaitu aktiviti yang telah diubahsuai oleh adat kebiasaan hidup dalam lingkungan masyarakat. Jadi, budaya pada peringkat pertama adalah alat yang muncul dalam rangka bagi memenuhi keperluan psiko biologi manusia. Itulah fungsi dari budaya terutama acuan dari konsep fungsi dalam pengertiaan Malinowski.

11

Budaya sebagai batasan terhadap kegiatan manusia melalui latihan, ajaran, nilai dan sebagainya. Budaya telah menghasilkan manusia dengan pola tingkah laku yang khusus. Pola ini sukar difahami jika tinjauan dari sudut fisiologis. Pola tingkah laku manusia perlu dikaji melalui aspek kebudayaan; bagaimana proses pembentukan pola tingkah laku tersebut, proses pembatasan dan proses pencetakan. Jasi, tingkah laku kebudayaan adalah pelaksanaan, penyesuaian dan penerapan aturan organisasi sosial, nilai, adat, idea, kepercayaan dan sebagainya. Dalam bentuk yang lebih konkrit, Malinowski mengatakan ..inherited artifacts, goods, technical processes, ideas, habits and values. Organisasi sosial juga termasuk ke dalam budaya kerana ia tidak dapat difahami tanpa memandangnya sebagai produk dari tingkah laku kebudayaan. Meskipun secara formal definisi budaya dari Malinowski tidak jauh berbeza dari definisi Tylor, yang mengatakan that complex whole whice includes knowledge, belief, art, law, morals, customs and all other capabilities and habits acquired by man as a member of society, namun dalam penerangan Malinowski adalah lebih maju dan lebih sistematik. Pertama, Malinowski mengutarakan konsep budaya terhadap mikrokosmos masyarakat tribe (masyarakat sederhana, small scale, isolated, illiterate, primitif dan sebagainya). Iaitu suatu masyarakat di mana unsur-unsurnya berfungsi sebagai keseluruhan yang berintegrasi (the functioning whole). Konsep yang melihat budaya dari sebuah masyarakat tribe sebagai sebuah keseluruhan yang berintegrasi dalam sebuah pemikiran baru ilmu antropologi. Kedua, Malinowski menekankan betapa pentingnya mengkaji fungsi, atau guna, dari unsur-unsur budaya terhadap budaya masyarakat tersebut secara keseluruhan. Jadi di sini, Malinowski juga mengutarakan konsep fungsi terhadap suatu sistem, bukan hanya terhadap keperluan psikologi manusia. Unsur-unsur penting dari budaya sebuah masyarakat adalah seperti sistem politik, sistem ekonomi, sistem kepercayaan dan sistem persaudaraan. Dalam perkara ini, Malinowski menekankan betapa pentingnya meneliti fungsi dari suatu sistem tersebut bagi keutuhan masyarakat and budaya keseluruhannya. Ketiga, sebagaimana ahli-ahli Psikologi dan sosiologi zaman dahulu, Malinowski juga tertarik kepada persoalan perbezaan antara warisan sosiologis dan biologis, dan Malinowski beranggapan bahawa budaya adalah warisan sosiologis, bukannya biologis. Dengan demikian, Malinowski menolak konsep ras, yang mengatakan perilaku manusia ditentukan oleh keturunan

12

biologisnya. Sebaliknya, Malinowski berpendapat perilaku manusia diwarisi secara sosial antara generasi. Sosial yang membentuk perilaku manusia. Warisan sosial ini merupakan kekuatan yang mempengaruhi dan membentuk personaliti individu yang lahir dalam masyarakat tersebut. Kekuatan tersebut adalah kepercayaan atau agama, adat-adat tradisional, struktur sosial dan sebagainya. Warisan kebudayaan aalah konsep kundi dalam antropologi kebudayaan, menurut Malinowski. Dalam buku Sex and Repression in Savage Society (1927), Malinowski merangkan dari instinctive dalam perkahwinan dan warisan keturunan dengan bentuk-bentuk ikatan sosial, aturan dan hukum dalam perkahwinan, kepercayaan dan upacara yang mengelilingi proses perkahwinan tersebut. Dalam memenuhi dorongan dan emosi seksual untuk menghasilkan keturunan, tingkah laku manusia diatur oleh norma tentang perkahwinan dan keluarga. Ia dikenali warisan sosial. Warisan sosial ini tidak hanya menetapkan masalah dan peluang, ia meletakkan nilai-nilai yang juga mempengaruhi sikap fisiologis lelaki terhadap wanita melalui perundangan, etika, prinsip agama, konsep kehormatan, kesucian dan dosa. Melalui pengkajian terhadap kehendak seksual manusia, para ahli tiak akan mampu menjelaskan mengapa terdapat berbagai adat, undang-undang dan idea berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan. Semua itu berkaitan dengan warisan sosial yang dimaksudkan oleh Malinowski sebagai budaya. Apabila budaya, atau warisan sosial dilihat sebagai alat untuk memenuhi kehendak psikologi individu dalam bentuk hubungan yang berguna dan budaya di pandang sebagai imperatives iaitu hal yang penting dalam kehidupan manusia.

8.0

PANDANGAN EVANS-PRITCHARD

Perkembangan lebih lanjut atas konsep struktur sosial dibuat oleh E.E. Evans-Pritchard (E-P), iaitu yang menggantikan R-B sebagai professor antropologi sosial di Oxford University. Meskipun E-P berada adlam lingkaran antropologi sosial Inggeris, namun beliau mempunyai dua pandangan penting yang agak berbeza dari R-B berkaitan kaedah dalam antropologi sosial dan konsep struktur sosial.

Pertama, bagi E-P struktur sosial bukanlah jaringan hubungan yang terdiri atas individu, tetapi atas kumpulan sosial yang mempunyai sifat boleh bertahan lama dan tersendiri. Bagi E-P

13 salah satu ciri penting dari struktur sosial adalah masalah kehidupan. Bagi R-B, sebuah keluarga dapat dipandang sebagai sebuah struktur sosial, kerana dalam keluarga terdapat beberapa status seperti ayah, ibu, anak yang membentuk jaringan hubungan sosial yang terpola. Namun kenyataan ini tidak dapat diterima oleh E-P disebabkan hubungan kekeluargaan akan segera hilang setelah kematian ahli keluarga. Sedangkan sebuah struktur sosial harus hidup bahagia, walaupun ahli keluarganya hilang, berpindah atau meninggal.

Kumpulan yang terkecil yang mempunyai struktur sosial bagi E-P adalah kelompok keturunan. Meskipun individu-individu atau keluarga yang menjadi anggota sebuah klen hilang, klen sebagai sebuah kelonpok sosial tetap bahagia dalam sebuah lineage tersebut.

9.0

KERANGKA DAN IMPAK KEPADA PROSES POLITIK

Berasakan kerangka fungsionalisme ini ternyata kestabilan dan keharmonian menjadi garis sempadan persaingan. Setiap satu gerakan dan tindakan sentiasa berasaskan nilai-nilai positif ini. Dengan demikian, persoalan konflik, revolusi, rampasan kuasa, berpaling tadah atau rusuhan bukan menjadi nilai dalam kerangka ini. Bagaimanapun tuntutan atau kehendak sesuatu kelompok mesti diutamakan dan tidak mudah ditolak.

Proses politik bersifat accommodation dan bargaining kerap digunakan sebagai kaedah mempengaruhi sesuatu keputusan, malah dua proses politik ini menjadi elemen asas kepada perkembangan politik demokrasi.

Di samping dua kaedah ini terdapat beberapa kaedah lain yang selalu juga digunakan dalam masyarakat demokrasi seperti rundingan, gesaan, desakan dan kerjasama tetapi kebiasaannya beberapa kaedah ini digunakan serentak dengan dua kaedah di atas. Dalam menjalankan usaha bergaining dan accommodation berbagai cara digunakan oleh kelompok atau individu untuk mempengaruhi sesuatu keputusan. Kiranya proses demokrasi liberal berpanjangan dalam kes Malaysia walaupun PKR berkuasa selepas pilihanraya 13, ini adalah suatu keadaan yang baik bagi orang melayu. Namun

14 sekiranya demokrasi liberal gagal, kemungkinan berlaku kerangka politik demokrasi liberal penipuan kepada orang melayu. Ada juga yang berjumpa wakil rakyat atau menteri kabinet dalam proses melobi, menyuarakan pendapat dalam media atau rundingan seperti dialog. Jika masih gagal, kaedah lebih berani digunakan seperti berpiket dan demostrasi secara aman diadakan untuk mempengaruhi keputusan tersebut serta pendapat publik. Contonnya, isu novel Interlok yang dikatakan menghina kaum India. Etnik India mengadakan bantahan agar diharamkan novel berkenaan.

Penggunaan kekerasan seperti rampasan kuasa, penculikan dan tebusan serta revolusi atau pemberontakan menjadi alat desakan yang digunakan bagi menjayakan sesuatu misi. Semua ini adalah merupakan proses interkasi sosial kerana perlakuan yang dilakukan dalam dunia sosial tertakluk kepada segala norma, adat dan kawalan sosial. Termasuk juga dari aspek budaya, sempadan dan undang-undang yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Contohnya, walaupun United Kingdom dan India mengamalkan demokrasi namun amalan accommodation dan bargaining di dua negara ternyata berbeza.

Kajian dalam politik perbandingan yang dipolopori oleh Gabriel Almond, Sidney Verba, James Coleman dan G. Bingham Powell umpamanya banyak menekankan persoalan perbezaan amalan seperti ini yang kemudiannya dinamakan sebagai budaya politik, sebagai contoh dua negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi yang sama, ia tidak bermakna mempunyai budaya politik yang sama. Latarbelakang nilai, budaya, taraf pendidikan, ekonomi, infrastruktur turut mempengaruhi amalan politik mereka.

10.

KESIMPULAN

Selama beberapa tahun lamanya, struktural fungsionalisme telah berkuasa sebagai satu paradigma atau model teori yang dominan dalam sosiologi kontemporari Amerika. Pada tahun 1959 Kingsley Davis dalam pidato kepimpinannya di hadapan anggota American Sosiological Association, menyatakan bahawa struktural fungsionalisme sudah tidak dapat lagi dipisahkan dari sosiologi itu sendiri.

15

Teori struktural fungsionalisme bukanlah perkara baru dalam dunia sosiologi moden, teori ini telah pun berkembang secara meluas dan merata. Sehingga banyak negara menggunakan teori ini dalam pemerintahan pentadbiran kerajaan mereka. Teori ini merupakan rantai sosiologi manusia yang saling bergantungan ibarat tubuh manusia. Jika satu anggota tubuh sakit atau lemah, ia akan memberi implikasi kepada bahagian tubuh yang lain. Namun, jika dapat diselesaikan dengan cara yang baik, segala kesulitan dan permasalahan akan dapat di atasi. Sebuah struktur sosial adalah sebuah the whole iaitu keseluruhan yang terdiri atas komponen-komponen dalam suatu hubungan yang boleh bertahan lama. Pertikaian mengenai teori atau pendekatan struktur biasanya berkaitan dengan ketiga aspek ini. Pertama, manakah batas the whole dari sebuah struktur?. Kedua, apakah yang menjadi komponen dari sebuah struktur? Akhirnya, berapa jauh jaringan hubungan dalam struktur terpola dan bertahan lama, dan bagaimana polanya?

16

RUJUKAN

Kupe, Adam. 1977. The Social Anthropology of Radcliffe-Brown. London: Routledge and Kegan Paul

Durkheim, Emile. 1938. Rules of Sociological Method. Chicago: University of Chicago Press.

Firth, Raymond (e.d). 1957. Man and Culture; An Evaluation of the work of Bronislaw Malinowski. London; Routledge and Kegan Paul Davis, Kingsley. 1959. The Myth of Functional Analysis dalam American Sociological Review

Radcliffe-Brown, A.R. 1952. Structure and function in Primitive Society. The Free Press.

Evans-Pritchard, E.E. 1940. The Nuer. Oxford: Clarendon Press.