Globalisasi Dalam Pendidikan
Globalisasi Dalam Pendidikan
Definisi
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan
untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada
pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013).
Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi
serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian
perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum,
warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana bidang.
Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek
kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang
yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan
pesat di seluruh dunia.
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di
Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk
bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang
pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara
lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris
supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan
diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang
pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan
pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang
kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk
inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral
serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.
Impak Globalisasi
Kesan
• Aliran tenaga buruh atau sumber manusia
• Meningkatkan pelajar yang berkemahiran tinggi.
• Mampu bersaing dari segi akademik dan kemahiran
Transformasi kurikulum
• Mengikut acuan negara
• Menyediakan murid yang bersedia menghadapi masa hadapan.