Anda di halaman 1dari 16

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH


BINTI ISMAIL

SOROTAN PEMIKIRAN DAKWAH HIZB AL-TAHRIR

Noraini Binti Mohammad


Norfadilah Binti Abdul Rahman
Safinah Binti Ismail

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tentang pemikiran dakwah serta
pendekatan yang digunakan oleh Hizb al-Tahrir dalam
mengembangkan aliran pemikiran mereka. Hizb al-
Tahrir yang diasaskan pada tahun 1953 di Palestin
merupakan satu gerakan pemikiran yang
menitikberatkan perjuangan membangkitkan umat Islam
di seluruh dunia untuk mengembalikan semula
kehidupan Islam melalui pelaksanaan Khilāfah
Islāmiyah. Perbincangan tentang aliran pemikiran Hizb
al-Tahrir ini merangkumi pelbagai aspek seperti
kronologi sejarah Hizb al-Tahrir, kepimpinan dan
pemikiran, pendekatan dakwah dan penilaian Hizb al-
Tahrir terhadap beberapa konsep dalam Islam. Kajian
ini menggunakan dua metode iaitu kepustakaan dan
lapangan. Kajian kepustakaan dengan merujuk data
yang diperolehi daripada buku-buku yang dihasilkan
oleh ahli Hizb al-Tahrir serta buku-buku lain yang telah
membincangkan tentang aliran pemikiran ini. Manakala
kajian lapangan pula didapati daripada hasil temubual
dengan beberapa ahli Hizb al-Tahrir. Data-data yang
diperolehi telah dianalisis secara kritis bagi mencapai
objektif-objektif kajian. Hasil kajian ini mendapati
bahawa Hizb al-Tahrir merupakan sebuah gerakan
politik antarabangsa yang bertunjangkan ideologi Islam
yang menggunakan tiga tahap utama iaitu pemikiran
Islamiyah, thariqah dan hasil gabungan pemikiran
Islamiyah dan thariqah.

60
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

PENDAHULUAN
Petikan ucapan daripada Lord Curzon, Menteri Luar British pada 24
Julai 1924 yang menyatakan bahawa, “ kita mesti hapuskan apa sahaja
yang boleh membawa kepada penyatuan dalam kalangan umat Islam.
Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan khalifah, jadi kita
mesti pastikan bahawa umat Islam tidak akan bersatu kembali, sama
ada secara intelektual atau kebudayaan.” Bertitik tolak dari peristiwa
ini, maka muncul satu gerakan yang cuba membangkitkan kembali
Khilāfah Islāmiyah di persada dunia yang berteraskan Daulah
Islāmiyyah serta mampu menegakkan hukum yang diturunkan oleh
Allah s.w.t. Gerakan ini dikenali sebagai Hizb al-Tahrir.

Latar Belakang Hizb Al-Tahrir


Hizb al-Tahrir yang diasaskan pada tahun 1953 di Palestin merupakan
sebuah gerakan yang menitik beratkan perjuangan membangkitkan
umat di seluruh dunia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam
melalui tegaknya Khilāfah Islāmiyah. Gerakan ini dipelopori oleh
Syeikh Taqiuddin al-Nabhani merupakan seorang tokoh ulama alumni
al-Azhar, Mesir. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai hakim
di Mahkamah Syariah di Palestin. Gerakan ini telah berkembang di
seluruh negara Arab Timur Tengah termasuk di Afrika seperti Mesir,
Libya, Sudan dan Algeria. Ia juga telah berkembang di Turki, United
Kingdom, Perancis, Jerman, Austria, Belanda dan negara-negara
Eropah yang lain. Tidak ketinggalan di negara-negara Asia seperti
Indonesia dan Malaysia. Fahaman ini merebak ke Malaysia sekitar
tahun 1990-an. (www.mykhilafah.com.my)

Kebanyakan para pemikir gerakan Islam menyatakan bahawa,


Hizb al-Tahrir merupakan sebuah parti politik yang berideologikan
Islam. Politik merupakan kegiatan Hizb al-Tahrir, manakala Islam pula
menjadi tunjang (ideologi) kepada kegiatan mereka. Hizb al-Tahrir
bermaksud pembebasan manusia atau dengan kata lain membangkitkan
kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan
umat Islam dari sistem atau undang-undang Barat atau musuh Islam,
dalam masa yang sama cuba untuk membebaskan mereka dari
cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara Barat.
(www.mykhilafah.com.my)

61
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH
BINTI ISMAIL

Kronologi Sejarah Hizb Al-Tahrir


Gerakan Hizb al-Tahrir telah berkembang hampir 54 tahun, merupakan
satu jangka masa yang agak panjang. Ia bermula pada tahun 1953 di
Palestin dan mula melebarkan sayap di Jordan pada tahun 1960. Pada
tahun 1969, mereka dituduh terlibat dalam rampasan kuasa di Syiria
dan Jordan tetapi gagal. Pada tahun 1974, sekali lagi mereka dituduh
terlibat dalam rampasan kuasa di Mesir dan sekali lagi mereka gagal.
Pengasas Taqiuddin al-Nabhani telah meninggal dunia di Lubnan pada
tahun 1977 dan diganti oleh Abd al-Qadim Zallum.
(www.mykhilafah.com.my)

Sepanjang tahun 1970-an, mereka mengakui bahawa banyak


masa terbuang disebabkan pada ketika itu mereka cenderung untuk
mendapatkan kuasa sehingga pada awal tahun 1980-an, mereka telah
mula mengatur strategi baru dengan menegaskan bahawa mereka perlu
berkerja dengan masyarakat untuk menyampaikan fikrah dan kaedah
yang berkesan. Akhirnya pada tahun 2003, ketua mereka Abd al-Qadim
Zallum telah meninggal dunia dan bermula pada 13 April 2003
sehingga sekarang, tampuk kepimpinan (amir) diganti oleh ‘Atha bin
Khalil bin Ahmad bin Abdul Qadir al-Khathib Abu ar-Rasytah. Beliau
merupakan seorang jurutera di Palestin.

Matlamat Penubuhan
Penubuhan Hizb al-Tahrir adalah bertujuan melanjutkan kehidupan
Islam dan mengembangkan dakwah ke serata pelosok dunia. Tujuan
utamanya adalah supaya umat Islam berada di Dārul Islam iaitu satu
negara yang mengamalkan sistem Islam dan menjalankan hukum Allah
s.w.t walaupun penduduk majoritinya bukan muslim. Manakala Dārul
Kufur pula ialah negara yang mengamalkan undang-undang selain
daripada syariat Islam walaupun penduduknya majoriti muslim. (Al-
Nabhani. 2003)

Khilāfah Islāmiyyah mengikut manhaj kenabian merupakan


pegangan kepada perjuangan yang dibawa oleh mereka. Berdasarkan
pegangan ini, maka terbentuk metode yang digunakan oleh Hizb al-
Tahrir dalam mengembangkan hukum dan dasar-dasar Islam. Hizb al-
Tahrir telah menetapkan tiga metode utama dalam melaksanakan misi
mereka.

62
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

Pertama, tahap pembinaan dan pengkaderan (marÍalah al-


tatsqif). Tahap ini merupakan tahap permulaan untuk membentuk
kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metode dakwah Hizb al-
Tahrir.

Kedua, tahap berinteraksi dengan umat (marÍalah tafa’ul ma’a


al-ummah). Tahap ini pula dilaksanakan agar umat turut memikul
kewajipan berdakwah kepada seluruh umat manusia dengan yakin dan
ikhlas.

Ketiga, tahap mengambil alih kuasa (marÍalah istilaam al-


hukm). Tahap ini merupakan tahap yang terakhir dalam metode dakwah
mereka iaitu memastikan pemikiran dan kaedah yang dibawa oleh
mereka berdasarkan prinsip-prinsip Islam akan dilaksanakan oleh
semua umat Islam di seluruh dunia (Al-Nabhani. 2001). Pada marÍalah
(peringkat) ini lebih kepada pembentukan khalifah dalam sistem
pemerintahan.

Pemikiran Dakwah Hizb Al-Tahrir

Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang


melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak
manusia akan bertindak dengan usaha memahami ransangan luar yang
diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan
tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Oleh itu, Hizb al-Tahrir mempunyai pemikiran dakwahnya yang
tersendiri. (http://cikgupsikomuzik.blogspot.com/2012/08/konsep
pemikiran-pemikiran konvergen.html)

Hizb al-Tahrir dalam pemikiran dakwahnnya ada menyatakan


bahawa antara sebab kemunduran dunia Islam hari ini adalah berpunca
daripada kelemahan umat Islam terhadap ajaran Islam itu sendiri. Sejak
pertengahan abad ke-18 Masihi, dunia Islam mengalami kemerosotan
dan kemunduran yang paling buruk dari masa kejayaannya, sekalipun
dilakukan pelbagai cara untuk membangkitkannya kembali atau setidak-
tidaknya mencegah kemerosotan dan kemundurannya daripada terus
berlanjutan, akan tetapi tidak ada suatu usaha pun yang berhasil.

Taqiyuddin al-Nabhani merupakan seorang pelopor kepada


gerakan dakwah Hizb al-Tahrir telah menegaskan bahawa kegagalan

63
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH
BINTI ISMAIL

untuk membangkitkan kembali umat Islam dapat diperhatikan melalui


tiga sebab utama iaitu:

1) Tidak ada kefahaman yang mendalam mengenai fikrah


Islamiyyah dalam kalangan para aktivis kebangkitan Islam.
2) Tidak ada gambaran yang jelas mengenai Thariqah
Islamiyyah (Jalan Islam) dalam menerapkan fikrah.
3) Tidak ada usaha untuk menjalin fikrah Islamiyyah dengan
Thariqah Islamiyyah sebagai satu hubungan yang tidak
mungkin dapat dipisahkan.

Berdasarkan sebab-sebab berikut, ianya menunjukkan


kesinambungan di antara fikrah Islamiyyah dan thariqah Islamiyyah
amat penting untuk melengkapkan satu hubungan yang boleh membawa
kepada kekuatan dalam gerakan dakwah umat Islam. Oleh itu, Hizb al-
Tahrir telah menyatakan misi dakwah mereka dengan menjelaskan
bahawa sudah semestinya terdapat sebuah gerakan yang memahami
Islam sama ada dalam aspek fikrah (konsep) mahupun thariqah (metode
penerapan), lalu mengaitkan keduanya dan berusaha melangsungkan
kembali kehidupan Islam di salah satu wilayah di antara wilayah-
wilayah Islam, sehingga wilayah ini menjadi titik awal pergerakan yang
memancarkan sinar dakwah Islam yang kemudiannya menjadi titik
tolak penyebaran dakwah Islam (Al-Nabhani 2001:7).

Justeru, atas dasar ini Hizb al-Tahrir berdiri dan berusaha untuk
melangsungkan kembali kehidupan Islam di kawasan negeri-negeri
Arab. Bermula dengan negeri-negeri Arab, seterusnya akan tersebar
kehidupan Islam di seluruh dunia Islam secara alami dengan cara
mendirikan Daulah Islāmiyyah pada satu atau beberapa wilayah sebagai
titik bandar Islam dan sebagai benih darinya akan terbinalah Daulah
Islāmiyyah yang besar sekaligus mengembalikan kehidupan Islam
dengan menerapkan Islam secara sempurna di seluruh dunia. Dalam
usaha menyampaikan dakwahnya, Hizb al-Tahrir berusaha
membangkitkan dan menggerakkan pemikiran, kerana bagi mereka
dakwah Islāmiyyah harus dibangunkan atas dasar pembentukan
pemikiran dan wajib dikembangkan sebagai sebuah kaedah fikriyyah
(kepemimpinan umat yang didasarkan pada pemikiran) (Al-Nabhani,
2001).

64
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

Di samping itu, Hizb al-Tahrir juga telah memilih dan


menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut
sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya
iaitu untuk melaksanakan kembali kehidupan Islam serta
mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia iaitu dengan
mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang khalifah. Idea-
idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun
dalam pelbagai buku, booklet, mahupun nasyrah-nasyrah yang
diterbitkan dan disebar luaskan kepada umat. Di antara buku-buku
tersebut ialah Nizhām al-Islām (Peraturan Hidup Islam), Nizhām Hukmi
fi al-Islām (Sistem Pemerintahan dalam Islam) dan lain-lain lagi.

Selain itu, Hizb al-Tahrir turut menggunakan beberapa kaedah


hukum syarak, Misalnya yang berkaitan dengan kaedah-kaedah kulliyat
(umum) dan definisi-definisi syarak. Di antara kaedah kulliyat yang
digunakan ialah “sesuatu kewajiban tidak akan terlaksana tanpa
sesuatu, maka sesuatu itu hukumnya menjadi wajib”. Manakala definisi
mengenai hukum syarak pula iaitu “seruan Pembuat Hukum (Allah)
yang berkaitan dengan perbuatan hamba”.

Penjelasan yang demikian menunjukkan bahawa Hizb al-Tahrir


telah membuat beberapa garis panduan yang diletakkan dalam
pemikiran dakwah mereka untuk dikembangkan kepada seluruh umat
Islam. Pengasas Hizb al-Tahrir dalam karangannya Mafāhim Hizb al-
Tahrir ada menyatakan bahawa pandangan, pemikiran dan hukum-
hukum hanya berasal daripada Islam. Tidak ada di dalamnya hal-hal
yang tidak Islami, bahkan tidak terpengaruh sedikit pun oleh sesuatu
yang berasal dari luar Islam, semuanya berasal daripada dasar-dasar
Islam serta nas-nasnya yang jelas (Al-Nabhani, 2001).

Pendekatan Dakwah

Hizb al-Tahrir telah menggunakan beberapa pendekatan dalam


mengembangkan dakwah mereka. Di antaranya ialah dengan
menerapkan pemikiran Islam dalam masyarakat Islam secara beransur-
ansur tanpa menggunakan kekerasan. Kenyataan ini telah dibuktikan
oleh Muhmmad Ismail Yusonto yang merupakan pemuda Hizb al-
Tahrir di Indonesia. Beliau menegaskan bahawa perjuangan Hizb al-
Tahrir adalah untuk membebaskan manusia melalui tegaknya kembali
kehidupan Islam, yang di dalamnya diterapkan syariat Islam. Kesedaran
ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan pendekatan fikriyyah

65
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH
BINTI ISMAIL

sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu menerapkan


pemikiran Islam ke dalam umat Islam bukan dengan kekerasan, kerana
kekerasan tidak akan menghasilkan kesedaran (Ismail Yusanto, 2006).

Selain itu, pendekatan Hizb al-Tahrir kepada masyarakat juga


adalah dengan mengembangkan dakwah Islāmiyyah untuk mengubah
keadaan masyarakat yang rosak menjadi masyarakat Islam. Hal ini
dilakukan dengan mengubah idea-idea yang rosak menjadi idea-idea
Islam, sehingga idea-idea ini menjadi pendapat umum dalam
masyarakat serta menjadi persepsi bagi mereka. Selanjutnya persepsi ini
akan mendorong mereka untuk merealisasikan dan menerapkannya
sesuai dengan tuntutan Islam. Berdasarkan pendekatan ini, maka
pelbagai kegiatan dan aktiviti untuk mengembangkan dakwah
dijalankan. Antaranya ialah kegiatan-kegiatan yang bersifat politik iaitu
melalui usrah atau halaqah mingguan yang dijalankan bagi
mendidikdan membina umat berteraskan thaqafah (ilmu) Islam,
mendalami Islam, membebaskannya dari akidah-akidah yang rosak,
pemikiran yang salah serta persepsi yang keliru sekaligus
membebaskannya dari pengaruh kuffār. Di samping itu, dalam majlis-
majlis seperti ini dibincangkan juga mengenai penentangan terhadap
kaum kuffar imprealis untuk memerdekakan umat dari belenggu
dominasinya, membebaskan umat dari cengkaman pengaruhnya serta
melenyapkan akar tunjangnya yang berupa pemikiran, kebudayaan,
politik, ekonomi mahupun sistem ketenteraan dari seluruh negeri-negeri
Islam (Ahli Hizb al-Tahrir, 2007)

Di samping itu, dalam perjuangan politik ini juga nyata terserlah


dengan kegiatannya menentang penguasa, mengungkap pengkhianatan
dan persengkokolan dengan musuh umat Islam. Mereka juga
melancarkan kritikan, mengawasi serta memperbetulkan pemimpin atau
penguasa yang telah mengabaikan hak-hak umat serta tidak
menjalankan kewajiban mereka terhadap umat
(www.khilafah.com.my/).

Dalam konteks Malaysia, Hizb al-Tahrir telah menetapkan


beberapa aktiviti khusus yang dilaksanakan dalam negara ini.
Sebagaimana yang terdapat melalui laman web rasmi Hizb al-Tahrir,
aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk ilmiah seperti diadakan
program-program seminar yang membincangkan pelbagai tajuk
mengenai kebangkitan Islam. Misalnya, seminar yang telah diadakan

66
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

pada 3 Mac 2007 yang lalu. Seminar ini diadakan sempena mengambil
tarikh runtuhnya Khalifah Uthmaniyah iaitu pada 3 Mac 1924 Masihi.
Ianya membincangkan tentang kebangkitan Islam yang menampilkan 3
orang ahli panel yang terdiri daripada pemuda Hizb al-Tahrir. Antara
tajuk yang dibincangkan ialah “khalifah memerintah dunia, cahaya
Allah menerangi alam, rahmat Allah menyelimuti bumi” di mana tajuk
ini telah disampaikan oleh Abdul Hakim Othman. Ahli panel yang
kedua pula membincangkan mengenai tajuk “Jatuhnya Khalifah,
hancurnya kekuatan, runtuhnya kemuliaan, bermulanya kehinaan,
berterusan kesengsaraan” yang mana telah disampaikan oleh Zakaria
Ahmad. Manakala ahli panel yang ketiga pula menyentuh mengenai
tajuk “Harapan kian membentang, janji Allah kian mendatang, Khalifah
kedua kalinya jelas dihadapan” yang mana telah disampaikan oleh Isa
Abdullah (Seminar Kebangkitan Islam, 3 Mac 2007).

Selain itu, laman web rasmi Hizb al-Tahrir juga mengemukakan


analisis-analisis pilihan yang berkaitan dengan isu-isu semasa dari
dalam dan luar negara, artikel, info hizb, fokus berita, penerbitan buku-
buku, ruangan English Corner serta Multimedia dan Soutun Nahdhah
yang merupakan lidah rasmi kepada Hizb al-Tahrir dalam
membincangkan pelbagai isu yang mana ia diedarkan kepada kaum
muslimin secara berkala pada setiap hari Jumaat di masjid-masjid serta
surau hampir di seluruh Malaysia. Setiap minggu, sidang redaksi Hizb
al-Tahrir Malaysia akan mengulas dari perspektif syarak yang sahih dan
paling rajih berkaitan isu-isu permasalahan umat, tempatan dan
antarabangsa. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah seperti
menegakkan daulah khilafah adalah wajib, formula kebangkitan umat,
Perjanjian Antarabangsa-perangkap Barat ke atas umat Islam, Apa
berlaku di Somalia?, pendekatan dakwah Hizb al-Tahrir dan sebagainya
lagi. (Ahli Hizb al-Tahrir. 2007)

Sehubungan itu, gerakan Hizb al-Tahrir juga turut mengadakan


beberapa laungan demonstrasi aman di beberapa buah negara.
Antaranya ialah seruan Hizb al-Tahrir Malaysia kepada umat yang telah
berlangsung pada 2 Septemer 2005 di Masjid Negara, Kuala Lumpur,
Seruan Hizb al-Tahrir di Istanbul, Turki pada 2 September 2005, Seruan
Hizb al-Tahrir di Palstin pada 2006, di Bangladesh, Lubnan, Indonesia,
Pakistan dan United Kingdom.

67
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH
BINTI ISMAIL

Majalah Jabatan Agama Islam Selangor telah memberi


penjelasan mengenai ajaran baru yang bertopengkan khilafah bernama
Hizbut Tahrir. Ajaran Hizbut Tahrir lebih radikal dari selainnya.
Mereka sanggup membuat kacau di majlis-majlis ilmu agama tanpa
adab dan akhlak. Hizbut Tahrir cepat memfitnah umat Islam dengan
pelbagai gelaran seperti Jabariyyah, Ahlisunah Wal Jamaah adalah
kumpulan terhina dan lain-lain. Hizbut Tahrir menghukum negara
Malaysia dan Indonesia sebagai negara kafir bak halal untuk membuat
apa sahaja ke atasnya. Hizbut Tahrir juga menghukum seluruh umat
Islam tanpa terkecuali semenjak ratusan tahun yang lalu sebagai mati
dalam dosa besar bak kekufuran orang jahiliyyah kononnya atas dasar
tidak mendirikan khilafah mengikut cara Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir
menghina aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan mencela ASWJ. Hizbut
Tahrir mengkafirkan ulama Islam Al-Asy'irah dengan gelaran Al-
Jabariyyah yang kafir. Dan 'jutaan' penyelewengan fahaman songsang
ini yang juga mengakui Khilafah Uthmaniyyah rebah dan jatuh dek
perbuatan golongan yang dinamakan sebagai Salafiyyah Wahhabiyyah.
(http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/04/jais-haramkan-hizbut-tahrir).

Melalui pendekatan-pendekatan dakwah Hizb al-Tahrir tersebut,


dapat disimpulkan bahawa pemikiran dakwah Hizb al-Tahrir
merupakan suatu pemikiran yang baru dibawa melalui pendekatan
pemikiran semata-mata. Praktikalnya adalah mengenepikan segala
aspek-aspek yang sepatutnya diberi perhatian seperti pembentukan
akhlak dan juga perlaksanaan amar makruf dan nahi mungkar.
Tujuannya adalah untuk melaksanakan tatacara kehidupan dalam
masyarakat Islam berlandaskan Islam secara sempurna dengan
mendirikan Daulah Islamiyah.

Penilaian Hizb Al-Tahrir Terhadap Beberapa Konsep Dalam Islam

Hizb al-Tahrir mempunyai penilaian tersendiri terhadap beberapa


konsep dalam Islam. Ianya termasuk konsep akidah, konsep amar
makruf dan nahi mungkar, konsep pembentukan akhlak dan konsep
demokrasi.

1. Konsep Akidah

Mukhlis al-Syarkuni dalam bukunya yang bertajuk Bara Islam Melalui


Pembentukan Jemaah Akhir Zaman, ada menyatakan bahawa prinsip
dan pemikiran Hizb al-Tahrir terbahagi kepada dua iaitu: Pertama,
68
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

prinsip dalam masalah keyakinan. Kedua, prinsip dalam pengamalan


hukum Islam.

Dalam perbahasan tersebut, beliau menyatakan bahawa dalam


masalah akidah, Hizb al-Tahrir bersandar kepada akal fikiran.
Sebagaimana dalam Kitab al-Imam, Hizb al-Tahrir mengatakan bahawa
Islam telah membangun akidah di atas akal sehingga dapat dicerna dan
diketahui atau dari rujukan yang tetap menurut akal fikiran seperti al-
Quran dan al-Sunnah yang mutawatir.

Para shahabat dalam riwayat yang shohih juga mewajibkan


mengimani hadith ahad meskipun tentang aqidah. Buktinya Abdullah
bin Umar bertanya pada ayahnya, iaitu Umar bin Khathab tentang
hadith bertemakan ‘aqidah ru’yatullah yang disampaikan Sa’ad bin Abi
Waqqash kepadanya, maka Umar berkata padanya: “Jika Sa’ad
meriwayatkan sesuatu kepadamu dari Nabi, maka jangan engkau
bertanya lagi kepada selainnya tentang sesuatu itu” (maksudnya
ambilah riwayat itu). (Atsar shahih riwayat Bukhari, No.202)

Adapun riwayat-riwayat lain tentang Umar menolak


penyampaian hadith dari sahabat adalah lemah dan bertentangan dengan
ayat al Qur’an al Hujurat ayat 6: “In jaa akum faasiqun binaba’in
fatabayyanu”. Yang mafhūm mukholafah nya (memahami disebaliknya)
jika yang menyampaikannya bukan orang fasik (termasuk shahabat
tentunya bukan orang fasik) maka tidak wajib ada tabayyūn.

Dalam periwayatan hadith aqidah Umar tidak pernah


mempersyaratkan saksi penguat dari shahabat lain atau dengan kata lain
beliau tidak pernah mempersyaratkan adanya saksi perawi lain, kecuali
dalam perkara qadha’ wa syahadah.
(http://insanbiasayglemah.blogspot.com/2011/11/bukti-aqidah-sesat
hizbut-tahrir.html)

Manakala dalam pengamalan hukum Islam pula, Hizb al-Tharir


tidak perlu berdakwah berkenaan dengan amalan solat, puasa atau
hukum-hukum lainnya. Ini adalah kerana menurut pandangan mereka,
ia harus dikerjakan oleh pemerintah Islam selepas ia dibangunkan.
Perbezaan di antara dakwah yang dipikul oleh jamaah Islam dengan
dakwah yang dipikul oleh negara Islam ialah sekiranya sebuah negara
Islam berdakwah agar rakyatnya melaksanakan amal Islami, iaitu
menyesuaikan Islam dalam urusan dalaman dengan penyesuaian penuh.

69
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH
BINTI ISMAIL

Maka dakwah jemaah Islam ialah mengarah kepada amalan-amalan


yang berkaitan dengan fikrah yang tidak dikaitkan dengan aktiviti
lainnya kerana umat Islam melakukan perkara di bawah arahan ketua
dalam jemaah yang kemudiannya akan dibawa kepada pemerintah
sehingga perkara tersebut boleh dilakukan dan boleh mencapai Daulah
Islamiyyah. Sejarah menyaksikan kehidupan Rasulullah s.a.w. di
Madinah digunakan sebagai qudwah dalam langkah penyesuaiannya
dengan Islam (Al-Syarkuni 2004: 204).

2. Konsep amar makruf dan nahi mungkar

Hizb al-Tahrir tidak mengamalkan konsep nahyu an al-Fahsha’ wa al-


Mungkar sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.
Alasannya ialah konsep tersebut bertentangan dengan marhalah dan
misi kumpulan ini yang berdalilkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah
menyeru kepada Islam di Mekah. Dalam menghadapi kefasikan dan
kedurhakaan para penyembah berhala, Rasulullah s.a.w tidak perlu
merosakkan patung-patung tersebut, tetapi hanya membatasi dengan
perkataan dan menggunakan persepsi semata-mata (Al-Syarkuni, 2004).

Hizb al-Tahrir berpendapat bahawa konsep tersebut


sememangnya wajib dilakukan ke atas setiap umat Islam dalam apa jua
keadaan, sama ada setelah tertegaknya khilafah Islamiyah ataupun
tidak. Mereka mengakui bahawa konsep ini juga wujud semenjak
zaman Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari ini dan akan datang, malah
sehingga akhir zaman. Tetapi, konsep amar makruf nahi mungkar
bukanlah satu cara atau metode untuk membangunkan khilafah
Islamiyah, ia sekadar satu bahagian daripada pelaksanaan untuk
menguatkan kehidupan dalam masyarakat Islam kerana ia merupakan
satu muhasabah kepada pemerintah untuk melaksanakannya. Menurut
gerakan ini lagi, seharusnya umat dapat membezakan konsep mencegah
mungkar dengan menghilangkan kemungkaran. Mencegah
kemungkaran merupakan satu teori dan boleh dilakukan dengan kata-
kata ataupun individu yang mampu, akan tetapi menghilangkan
kemungkaran merupakan perkara yang boleh dilaksanakan secara
praktikal. Kesimpulannya, ia merupakan perkara yang perlu dilakukan
oleh individu dan tidak ada hubungan dengan perlaksanaan Khilāfah
Islāmiyah dalam Daulah Islāmiyah (1995).

70
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

3. Konsep pembentukan akhlak

Adapun dalam masalah akhlak dan pengajaran, Hizb al-Tahrir tidak


menganggap perlu membawa misi dakwah ke arah akhlak yang mulia.
Mereka membatasi misi ini dengan mengatakan “untuk itu wajib
menjadikan jamaah memikul dakwah Islam sebagai jamaah politik,
tidak dibenarkan menjadi jamaah sebagai kumpulan ruhiyyah,
kumpulan ilmiah, pengajaran dan apapun yang menyamainya”.
Kewajipan menjadikan jamaah sebagai kumpulan politik inilah yang
menjadikan Hizb al-Tahrir sebagai sebuah parti politik dan mengkritik
para jamaah Islam yang mengarahkan manhaj dakwah mereka kepada
pembentukan akhlak. Menurut Hizb al-Tahrir, umat Islam tidak akan
bangkit melalui akhlak, tetapi hanya akan bangkit melalui akidah yang
diyakininya, fikrah yang dipikulnya dan undang-undang yang
diterapkannya (Al-Syurkani, 2004).

Kenyataan Mukhlas al-Syurkani ini telah dibuktikan oleh tulisan


Taqiyuddin al-Nabhani dalam bukunya yang bertajuk “Pembentukan
Parti Politik Islam”. Dalam buku tersebut, beliau menyatakan bahawa
berdirinya organisasi berdasarkan akhlak yang berusaha
membangkitkan umat atas dasar akhlak melalui nasihat, bimbingan,
pidato dan lain-lain dengan suatu anggapan bahawa akhlak adalah dasar
kebangkitan. Organisasi-organisasi ini telah mencurahkan tenaga dan
dana yang tidak sedikit, namun tidak mendatangkan hasil yang baik dan
bererti. Organisasi ini berdiri atas kefahaman yang keliru terhadap
firman Allah yang bermaksud “Dan sesungguhnya engkau
(Muhammad) benar-benar mempunyai akhlak yang agung” (al-Qalam
68:4). Sedangkan firman Allah ini adalah menggambarkan sifat
peribadi Rasulullah s.a.w., bukan sifat masyarakat.

Selain itu, pandangan Hizb al-Tahrir juga menyatakan bahawa


umat atau bangsa tidak akan lahir atau tegak kerana akhlak tetapi kerana
akidah yang dianuti, pemikiran dan peraturan yang dilakukan oleh
mereka. Organisasi yang dianggap keliru terhadap sabda Nabi s.a.w
tersebut dikatakan muncul akibat kefahaman yang salah terhadap erti
masyarakat kerana merasakan bahawa masyarakat itu tersusun dari
individu, sedangkan masyarakat adalah satu kesatuan yang terdiri
daripada manusia, pemikiran, perasaan dan peraturan. Kehancuran
masyarakat berpunca dari rosaknya pemikiran, perasaan dan
peraturannya bukan dari kerosakan akhlaknya (Al-Nabhani, 2000).

71
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH
BINTI ISMAIL

Melalui perbahasan yang dinyatakan oleh Taqiyuddin al-


Nabhani ini, jelas menunjukkan bahawa penolakan yang dilakukan oleh
gerakan Hizb al-Tahrir terhadap konsep al-Amr bi al-Makruf dan al-
Nahyu an al-Munkar. Ini adalah kerana berdasarkan konsep ini
wujudnya pembentukan akhlak kepada individu dan masyarakat. Bukan
sebagaimana yang didakwa oleh Hizb al-Tahrir yang mengatakan
bahawa pembentukan akhlak itu menjadi dasar kepada kebangkitan
umat, akan tetapi pembentukan akhlak berjalan seiring dengan
kebangkitan berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan dalam
al-Quran dan al-Sunnah.

4. Konsep demokrasi

Dalam pemikiran dakwah Hizb al-Tahrir juga, mereka menyatakan


bahawa pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang
kufur. Barang siapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka
mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur. Mereka juga
mengancam mana-mana pihak yang ingin memperjuangkan Islam
melalui saluran demokrasi seperti PAS, Ikhwan al-Muslimin, Jemaah
Islamiyah, PKS Indonesia, Reffah di Turki dan lain-lain lagi. Bagi Hizb
al-Tahrir, gerakan Islam yang memilih jalan harmoni dan aman adalah
berdosa kerana perjuangan yang paling utama adalah mengembalikan
sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan untuk
mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Mereka juga percaya, perjuangan
menegakkan khalÊfah “haram” dilakukan melalui saluran demokrasi
yang aman kerana perjuangan Islam perlu dilakukan mengikut manhaj
Rasulullah s.a.w yang mana baginda telah mendahulukan perang
pemikiran, diikuti revolusi pemikiran masyarakat seluruhnya dan
berakhir dengan revolusi politik. Selagi tidak tertegaknya Khilāfah,
maka selagi itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa. Malah
bagi Hizb al-Tahrir proses terakhir untuk menegakkan khalifah dalam
sesebuah negara ialah dengan mensyaratkan wajib bagi umat Islam
untuk meminta pertolongan dengan mana-mana kuasa yang kuat sama
ada Islam atau bukan Islam. Bagi mereka, jika Amerika sekalipun sudi
untuk membantu umat Islam untuk membina Khalifah, maka mereka
boleh meminta pertolongan daripada kuasa tersebut (al-Islam 2006).

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa Hizb al-


Tahrir menolak secara keseluruhannya sistem demokrasi kerana
mengatakan bahawa ia adalah daripada sistem kuffar. Sepatutnya Hizb

72
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

al-Tahrir perlu lebih peka dalam menghukum orang lain, kenyataan ini
dikeluarkan seolah-olah membuktikan bahawa hanya Hizb al-Tahrir
sahaja yang berdakwah dengan menggunakan manhaj Rasulullah s.a.w,
tetapi tidak kepada gerakan Islam yang lain. Perlu diingatkan bahawa
dunia pada hari ini memerlukan kekuasaan untuk sesebuah gerakan
berjaya mencapai apa yang dihajatkan. Jalan terbaik untuk mendapatkan
kekuasaan tersebut adalah melalui sistem demokrasi atau pilihanraya
secara aman. Tidak dinafikan bahawa demokrasi merupakan sistem
yang dicipta oleh golongan Barat, akan tetapi ianya boleh
diislamisasikan dengan menerapkan sistem syura di dalam sistem yang
ada. Islam tidak melarang kita mengambil sistem atau tatacara daripada
bukan Islam selagi perkara tersebut tidak bercanggah dengan Islam.
Realiti dunia global pada hari ini mengungkapkan bahawa, tidak ada
jalan yang terbaik untuk menegakkan Islam melainkan menggunakan
saluran yang ada bagi mempertahankan kedaulatan Islam. Jika sistem
demokrasi ini tidak diambil peluang oleh orang-orang Islam,
berkemungkinan besar kekuasaan tidak akan berpihak kepada orang
Islam lagi, bahkan lebih teruk lagi orang-orang bukan Islam akan
menguasai dunia sepenuhnya kerana kuasa-kuasa besar yang ada pada
hari ini pun bukan daripada pemerintahan Islam.

KESIMPULAN

Hizb al-Tahrir merupakan satu ideologi yang mungkin kelihatan ideal


dari sudut prinsipnya, tetapi dari sudut pelaksanaannya ia mungkin
tidak mampu dicapai khususnya dalam dunia yang bergolak pada hari
ini. Walaupun pendekatannya lebih berbentuk seruan kepada kaum
muslimin supaya beramal secara Islami dalam Darul Islam yang
dipimpin oleh seorang Khalifah yang diangkat dan dibai’at untuk
memimpin manusia agar menjalankan perintah Allah SWT dan
mengembangkan Islam di seluruh pelusuk dunia dengan dakwah dan
jihad. Negara khilāfah yang dimaksudkan menjadi ‘super power’ di
dunia sebagaimana yang terjadi pada masa lalu dan memimpin dunia
mengikut syariat Islam. Penilaian mereka terhadap beberapa konsep
dalam Islam juga menimbulkan banyak kekeliruan, antaranya
pembentukan akhlak. Sedangkan akhlak dilihat begitu penting dalam
kebangkitan umat, tanpa akhlak yang mulia, seseorang tidak mampu
menjadi insan yang dikasihi Allah s.w.t. Begitu juga dengan pemikiran
dan pendekatan mereka yang berbentuk fikriyyah dibawa melalui usrah
dan sebagainya dilihat ideal, tetapi ia tidak cukup kuat untuk
membangunkan khilāfah jika hanya sekadar membentuk fikrah tetapi

73
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
NORAINI BINTI MOHAMMAD, NORFADILAH BINTI ABDUL RAHMAN, SAFINAH
BINTI ISMAIL

tidak ada satu alat untuk sampai kepada tujuan tersebut. Malah
demokrasi merupakan satu alat yang cukup ideal yang perlu digunakan
dalam dunia hari ini demi menegakkan negara Islam. Kesimpulannya,
Hizb al-Tahrir tidak mempunyai pembentukan sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana dicanangkan oleh
mereka, bahkan pendekatan yang digunakan oleh mereka juga dilihat
kurang sesuai dengan keperluan semasa. Apa yang dicanangkan bagi
membangunkan daulah Islam hanyalah laungan semata-mata sedangkan
jemaah mereka tidak mengikut cara Islam secara kaffah.

RUJUKAN

Al-Quran

Al-Nabhani, Taqiyuddin. 2003. Peraturan Hidup Dalam Islam. (Terj)


Abu Amin. Thariqul Izzah, Bogor.

Al-Nabhani, Taqiyuddin. 2001. Pembentukan Parti Politik Islam. (Terj)


Zakaria labib. Thariqul Izzah, Bogor.

Al-Nabhani, Taqiyuddin. 2001. MafahÊm Hizb al-Tahrir. (Terj)


Abdullah. Hizb al-Tahrir Indonesia.

Al-Syarkuni, Mukhlas. 2004. Bara Islam Melalui Pembentukan Jemaah


Akhir Zaman. Al-Hidayah, Kuala Lumpur.

John C. Esposito. 1995. Ensyclopedia of The Modern Islamic World.


Volume 2, Oxford University Press.

_____________1995. Manhaj Hizb al-Tahrir fi al-Taghyir. Maisuri:


Amerika.

Ahli Hizb al-Tahrir. 3 Mac 2007. Temubual. Pemikiran dan Latar


Belakang Hizb al-Tahriri. Universiti kebangsaan Malaysia,
Selangor.

Muhammad Ismail Yusanto. 2006. Hizb al-Tahrir Bukan Inspirator


Terorisme. Al-Waie Januari: 28

74
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

Makalah Seminar. Mengenal Hizb al-Tahrir Malaysia. 3 Mac 2007.


Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sautun Nahdhah (SN100, SN 111)

Http//.www.spr.my/parti

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/04/jais-haramkan-hizbut-tahrir

http://insanbiasayglemah.blogspot.com/2011/11/bukti-aqidah-sesat-
hizbut-tahrir.html
www.mykhilafah.com.my/

75

Anda mungkin juga menyukai