Anda di halaman 1dari 17

UNIT PENGAJARAN (JPK, RPH, REFLEKSI)

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Unit Pengajaran Pecahan 1 dan 2 (RPH 1)

3-6

2.

Unit Pengajaran Pecahan 1 dan 2 ( RPH 2)

7-9

3.

Unit Pengajaran Pecahan 1 dan 2 ( RPH 3 )

10 - 12

4.

Unit Pengajaran Pecahan 1 dan 2 ( RPH 4)

13 - 15

5.

Refleksi ( RPH 1)

16 18

6.

Lampiran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

MATA PELAJARAN TAHUN / KELAS TARIKH MASA BILANGAN MURID OBJEKTIF PEMBELAJARAN

: Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran : KBP 1 : 2 Mei 2011 : 8:30 9:30 pagi : 7 orang

: Mengenal huruf a hingga e

HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat: A. Menguasai isi kandungan 1. Mengisyaratkan huruf dengan betul 2. Menyusun huruf mengikut urutan yang betul 3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir 1. Mengisyarat huruf menggunakan kod huruf 2. Menyusun huruf a hingga e dengan urutan yang betul C. Mengamalkan sikap dan nilai murni 1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan 2. Memberi kerjasama dalam menjalankan semua aktiviti

KONSEP / PRINSIP

1) Mengisyarat huruf a hingga e 2) Menyusun huruf mengikut urutan yang betul 3) Menulis huruf dengan betul

BAHAN

: Kad gambar, kad huruf, bahan-bahan / objek di dalam kelas /

persekitaran murid, lembaran kerja PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid telah mengetahui nama-nama objek di persekitaran mereka dan dapat mengisyarat nama-nama objek tersebut. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi tentang nama-nama objek di persekitaran mereka

Fasa Permulaan/ Mencungkil idea (5 min)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Menonton tayangan 1. Guru menayangkan Murid memberi video tayangan video respon learning with Fun melalui LCD. 2.Guru bersoal jawab tentang objek yang dilihat melalui tayangan video tersebut.

Isi Kandungan

Nota Teknik: Pandang dan isyarat, penyoalan seluruh kelas Nilai: usaha diri ,yakin

BBB: LCD/CD Menjana idea Mengisyaratkan (20 min) huruf awal perkataan 1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid.Contoh gambar haiwan dan buah buahan. 2. Guru memperkenalkan huruf awal bagi setiap gambar yang diitunjukkan. Contoh: ayam , bola , cili , daun dan epal. 3. Guru menunjukkan kad huruf a,b,c,d,e dan mengisyaratkan melalui 1. Murid mengikut isyarat huruf dan yang ditunjukkan oleh guru. Teknik: Isyarat kod tangan dan latih tubi. Nilai: Patuh arahan ,usaha BBB: carta bergambar, kad huruf

kod tangan. Sintesis idea (15 min) Mengisyaratkan huruf a,b,c,d, e Memadankan huruf dengan gambar. 1. Guru meminta murid mengisyaratkan huruf yang terdapat di dalam kad huruf. 2. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 3. Murid diminta memadankan kad huruf dengan gambar yang betul. 4. Muird mengisyaratkan gambar dan huruf dengan betul. Teknik: Isyarat kod tangan Soal jawab Nilai : Yakin diri, berani BBM: Kad huruf lembaran kerja Penambahbai kan/penilaian (aplikasi idea) (15 min) Menulis huruf mengikut cara yang betul. 1. Guru menunjukkan pergerakan jari menulis huruf di udara. 2. Latih tubi mengisyaratkan huruf mengikut pergerakan jari guru di udara. 3. Guru mengedarkan sehelai kertas kepada murid. 4. Guru meminta murid membentuk huruf yang betul di atas kertas dengan menyambungan titik - titik . 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan menerangkan arahan soalan. Murid memadankan huruf dengan kod tangan Teknik: Latih tubi, penulisan Nilai: Tekun BBM: kertas lukisan

Pelaksanaan/ amalan berterusan (5 min)

Rumusan

1. Murid mengisyaratkan semula huruf huruf yang telah dipelajari.

REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

MATA PELAJARAN TAHUN / KELAS TARIKH MASA BILANGAN MURID

: Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran : KBP 1 : 3 Mei 2011 : 8:30 9:30 pagi : 5 7 orang

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Mengenal huruf f hingga j HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat: A. Menguasai isi kandungan 1. Mengisyaratkan huruf dengan betul 2. Menyusun huruf mengikut urutan yang betul 3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir 1. Mengenal kod huruf f hingga j 2. Permainan bahasa jigsaw puzzle (menyusun huruf) C. Mengamalkan sikap dan nilai murni 1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan 2. Boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan semasa aktiviti permainan

KONSEP / PRINSIP

: 1. Mengisyarat huruf f hingga j 2. Mengecam huruf mengikut urutan yang betul 3. Menulis huruf dengan betul

BAHAN

: Kad gambar, kad huruf, jigsaw puzzle huruf, lembaran kerja

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid telah mengetahui nama-nama objek di persekitaran mereka dan dapat mengisyarat nama-nama objek tersebut. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi tentang nama-nama objek di persekitaran mereka

Fasa Permulaan/ Mencungkil idea (5 min)

Isi Kandungan 1. Melihat paparan LCD

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1.Guru menayangkan Murid memberi huruf pada skrin respon dan komputer iaitu huruf f mengisyarat hurufhingga j . huruf f hingga j

Nota Teknik: Pandang dan isyarat kod tangan Nilai: Bekerjasama BBM: Komputer Teknik: Isyarat kod tangan Nilai: Berusaha BBM: Kad huruf, kad gambar Teknik: Latih tubi Nilai: Mematuhi arahan BBM: Kad huruf, kad gambar

Menjana idea 1. (20 min) Mengisyaratkan huruf dengan betul

1.Guru menunjukkan kad huruf dan mengisyarat huruf-huruf tersebut dengan kod tangan 2.guru berisyarat berdasarkan kad gambar

1.Murid mengisyarat dan mengecam huruf 2.Murid memadankan gambar dengan huruf f hingga j

Sintesis idea (20 min)

Menulis huruf mengikut cara yang betul

1.Guru mengarahkan murid menulis di udara huruf f hingga j 2.Guru menunjukkan kad-kad gambar

1.Murid-murid menulis di udara seperti yang diarahkan 2.Murid mengisyarat huruf brdasarkan kad gambar

Penambahbai Permainan bahasa kan (10 min)

1.Guru memberikan jigsaw puzzle (huruf) kepada murid-murid 2.Guru menunjukkan cara-cara menyelesaikan jigsaw puzzle

1. Murid-murid cuba menyusun urutan hurufhuruf menggunakan jigsaw puzzle

Teknik: Permainan bahasa Nilai: Bertolak ansur BBM: Jigsaw puzzle Teknik: Penyoalan bertulis Nilai: Yakin BBM: Lembaran kerja

Pelaksanaan/ amalan berterusan (5 min)

Rumusan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan menerangkan arahan soalan.

1. Murid menyelesaikan lembaran kerja dengan memadankan huruf dengan gambar

REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : : 5 orang murid boleh mengisyarat huruf a hingga j dengan baik. 2 orang murid diberi bimbingan intensif di luar waktu p&p

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3

MATA PELAJARAN TAHUN / KELAS TARIKH MASA BILANGAN MURID OBJEKTIF PEMBELAJARAN

: Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran : KBP 1 : 4 Mei 2011 : 8:30 9:30 pagi : 7 orang

: Mengenal huruf k hingga o

HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat: A. Menguasai isi kandungan 1. Mengisyaratkan huruf dengan betul 2. Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul 3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir 1. Mengisyarat huruf menggunakan kod huruf 2. Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul C. Mengamalkan sikap dan nilai murni 1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan 2. Menunjukkan ketekunan membentuk huruf pada pasir

KONSEP / PRINSIP

: 1. Mengisyarat huruf k hingga o 2. Menyusun huruf dengan urutan yang betul

3. Menulis huruf dengan cara yang betul

BAHAN

: Kad gambar, kad huruf, bahan-bahan / objek di dalam kelas / persekitaran murid, lembaran kerja

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid telah mengetahui nama-nama objek di persekitaran mereka dan dapat mengisyarat nama-nama objek tersebut. Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi tentang nama-nama objek di persekitaran mereka

Fasa Permulaan/ Mencungki l idea (5 min)

Isi Kandungan Menyanyi lagu huruf

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1.Guru menyanyikan 1. Murid lagu huruf yang telah mengikut dipelajari menggunakan gerakan jari guru kod tangan sambil menari

Nota Teknik: Pandang dan isyarat Nilai: berusaha, yakin kepada diri sendiri Teknik: Isyarat kod tangan, soal jawab Nilai: Yakin diri, berani BBM: kad huruf, lembaran kerja Teknik: Latih tubi, penulisan Nilai: Cara kerja, usaha BBM: Kotak pasir

Menjana idea (20 min)

Memperkenalkan huruf k hingga o

1.Guru kenalkan huruf k hingga o dengan menggunakan kad huruf 2.Guru mengisyaratkan huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan

1.Murid mengikut isyarat huruf yang ditunjukkan oleh guru

Sintesis idea (20 min)

Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul

1.Guru memberikan sekotak pasir kepada setiap murid 2.Minta murid membentuk huruf di atas pasir yang disediakan

1.Murid cuba membentuk huruf dengan bimbingan guru

Perkemban gan (penambah baikan) (10 min)

Menyusun huruf dengan huruf yang betul

1.Guru meminta murid menyusun huruf yang dipelajari mengikut urutan yang betul

1.Murid menyusun huruf dengan menggunakan kad-kad huruf yang disediakan

Teknik: latih tubi, permainan Nilai: cara kerja, berusaha BBM: kad huruf Teknik: penyoalan Nilai: berusaha BBM: lembaran kerja

Penutup (5 min)

Rumusan

1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan menerangkan arahan soalan

1.Murid mengisyaratkan semula hurufhuruf yang telah dipelajari. 2.Murid menyiapkan lembaran kerja dengan menulis semula hurufhuruf berdasarkan abjad

REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4

MATA PELAJARAN TAHUN / KELAS TARIKH MASA BILANGAN MURID OBJEKTIF PEMBELAJARAN

: Bahasa Melayu Murid Bermasalah Pendengaran : KBP 1 : 5 Mei 2011 : 8:30 9:30 pagi : 7 orang

: Mengenal huruf p hingga t

HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat: A. Menguasai isi kandungan 1. Mengisyaratkan huruf p hingga t dengan kod tangan 2. Membentuk huruf k hingga o dengan cara yang betul 3. Menulis semula huruf mengikut cara yang betul B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir 1. Mengenal dan mengecam huruf p hingga t dengan betul 2. Menyusun huruf p hingga t mengikut urutan yang betul C. Mengamalkan sikap dan nilai murni 1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan 2. Menghargai masa dan menumpukan perhatian semasa aktiviti dijalankan

KONSEP / PRINSIP

: 1. Mengisyarat huruf p hingga t 3. Menyusun huruf dengan urutan yang betul 4. Menulis huruf dengan cara yang betul

BAHAN

: Kad gambar, kad huruf, tanah liat (plastisin), lembaran kerja

PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid telah mengenal, mengecam, dan mengisyarat huruf a hingga o dengan betul

Fasa Permulaan/ Mencungki l idea (5 min)

Isi Kandungan Ulangkaji huruf a hingga o

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1.Guru mempamerkan 1. Murid kad huruf a hingga o mengisyarat satu persatu huruf a hinggmelalui 2. Guru bersoal jawab kod tangan dengan murid tentang huruf tersebut melalui isyarat kod tangan

Nota Teknik: Pandang dan isyarat tangan Nilai: berani, yakin kepada diri sendiri BBM: Kad huruf Teknik: Isyarat kod tangan, soal jawab, latih tubi Nilai: Berusaha, menghargai masa, bekerjasama BBM: kad huruf, kad gambar

Fasa Imaginasi (menjana idea) (40 min)

Memperkenalkan huruf p hingga t

1.Guru menunjukkkan kad gambar kepada murid-murid

1.Murid member respon

2. Murid 2.Guru memperkenalkan mengikut isyarat huruf awal bagi setiap yang ditunjukkan gambar yang oleh guru ditunjukkan. Contoh: 3. Murid pensel, qari, rumah, menyusun huruf stoking, tuala dengan menggunakan 3. Guru mengisyarat kad-kad huruf huruf p,q,r,s,t melalui yang disediakan kod tangan 4. Guru meminta murid menyusun huruf p hingga t mengikut urutan yang betul

3.

Fasa perkemban gan (sintesis idea) (10 min)

Membentuk huruf p hingga t

1.Guru memberikan tanah liat (plastisin) kepada setiap murid 2.Minta murid membentuk huruf dengan teknik yang betul 1.Guru mengedarkan lembaran kerja 2. Guru menerangkan kepada murid arahan soalan

1.Murid membentuk huruf dengan bimbingan guru

Teknik: pengukuhan Nilai: Tekun, berusaha BBMTanah liat (plastisin) Teknik: penilaian Nilai: Berdikari, berusaha BBM: lembaran kerja

Penutup (5 min)

Rumusan

1.Murid membuat lembaran kerja dengan menyambung titik-titrik bagi membentuk huruf

REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PECAHAN 3

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) RPH 1 Contoh tajuk : Mengenal huruf a hingga e

Setelah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu saya dapati mereka kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Malaysia. Persoalannya adalah saya tidak pasti sama ada saya boleh menyampaikan pengajaran dengan isyarat yang betul dan adakah mereka faham kerana mereka tidak boleh mendengar. Untuk menjadi guru yang baik tiga strategi harus saya ambil kira iaitu ajar murid hingga murid belajar, ajar bagaimana hendak belajar dan ajar bagaimana menunjukkan pembelajaran telah berlaku . Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab sambil lewa. Saya mendapati kebanyakan mereka tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya walaupun diminta untuk menisyaratkan objek awalan perkataan atau huruf yang dipelajari . Walaupun pelbagai kaedah telah saya gunakan seperti menggunakan kaedah pandang dan isyarat dan penyoalan seluruh kelas, kaedah isyarat kod tangan, latih tubi, soal jawab dan penulisan namun terdapat banyak kelemahan.

Kebanyakan mereka akan meniru kawan serta tidak ingin mencuba menyiapkan kerja yang diberi. Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa bersalah , mungkin kerana pengetahuan saya dalam pengajaran menggunakan bahasa isyarat amat dangkal , ini mungkin menghadkan tindakan saya dalam mengajar cara belajar dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan dengan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya. Di antara kelemahan saya ialah: Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P. Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar. Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru kurang menumpukan pemahaman para pelajar mengenai topik tersebut.

Keadaan persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat pelajar tidak mengenali huruf tersebut mengenali huruf dan isyarat kod tangan . Ini menyukarkan mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut. Topik ini memerlukan kemahiran kod isyarat tangan yang cekap bagi menggambarkan setiap huruf yang diajar. Gambar dan tayangan LCD sahaja tidak memadai jika tiada usaha daripada para pelajar sendiri.

Sekurang-kurangnya saya sedar dan yakin niat dan harapan untuk menjadi guru yang menjadi idola kepada murid dan pasti setiap kelemahan pasti ada penyelesaiannya. Untuk tujuan ini saya perlu banyak mengulangkaji dan mempelajari malah menguasai bahasa isyarat dengan baik. Saya akan mendapatkan bantuan dari guru-guru yang telah mahir menggunakan kod tangan. Ini akan membantu proses pembelajaran mereka . Untuk itu saya akan mengenalpasti apa yang perlu murid capai, rancang strategi pengajaran yang sejajar dengan hasil pembelajaran dan mengenal pasti cara yang sesuai untuk mentafsir kefahaman mereka. Oleh yang demikian saya telah merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme seperti di bawah :

Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambar/carta dan animasi video mengenai huruf huruf yang lebih menarik boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki mereka bentuk huruf dengan menggunakan plastesin, kotak pasir dan jigsaw puzzle. Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki mengingat semula huruf yang dipelajari dengan pelbagai teknik. Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik dengan topik yang telah dipelajari.

Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik mengenal huruf . Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.

Anda mungkin juga menyukai