Anda di halaman 1dari 1

Tuan,

MAKLUMAN TIDAK DAPAT MENGIKUTI KELAS SECARA PDPR


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ibu kepada pelajar sapinas dari kelas 1E, ingin memaklumkan bahawa anak saya
tidak dapat mengikuti kelas secara PDPR pada hari Jumaat (8 Okt 2021) dan Isnin (11 Okt
2021) kerana terpaksa mengikut keluarga pulang ke Selangor atas urusan temujanji
kesihatan adik beliau di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, hari Jumaat dan Isnin adalah hari perjalanan pergi
dan pulang dari Penang ke tempat penginapan kami di Selangor. Dan dikhuatiri pada
tempoh tersebut anak saya tidak dapat akses yang sepenuhnya pada ‘internet coverage’.
Namun begitu saya tetap akan memastikan anak saya akan menyiapkan segala tugasan yang
diberikan oleh guru beliau.

4. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

__________________________
(wati hani )

Anda mungkin juga menyukai