Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN LITERATUR

Semangat Cinta Rasul Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah oleh Bhasah Abu
Bakar
1. Kajian yang dilakukan Bhasah Abu Bakar (2014) menjelaskan Semangat Cinta Rasul
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Antara objektif kajian adalah untuk
mengkaji tahap kecintaan pelajar sekolah menengah terhadap Rasulullah SAW.
Pengkaji menggunakan metodologi kuantitatif. Hasil kajian mendapati Cinta Rasul
dalam kalangan pelajar adalah dalam peringkat yang memberangsangkan pada taraf
3.00 dengan sisihan piawai 0.34 pada skala 4. Pelajar dari Sekolah Menengah Agama
pula membuktikan tingkat Cinta Rasul yang lebih memuaskan berbanding pelajar
Sekolah Menengah Harian.

Pembentukan Karakter Cinta Rasul Pada Santri (Pelajar) di Pondok Pesantren Al-
Fithrah Meteseh Semarang oleh Deavi Nur Zamielle Ratna Sary
2. Kajian yang dilakukan oleh Deavi Nur Zamielle Ratna Sary (2018) menjelaskan
Pembentukan Karakter Cinta Rasul Pada Santri (Pelajar) di Pondok Pesantren Al-
Fithrah Meteseh Semarang. Antara objektif kajian adalah untuk mengerti cara
pembentukan perwatakan cinta Rasul pada pelajar. Pengkaji menggunakan
metodologi kualitatif. Hasil kajian mendapati pengamalan cinta Rasul di Pondok
Pesantren Al-Fithrah dilakukan dengan cara suri teladan dan kebiasaan aktiviti harian.
Dalam pada itu, pembentukan perwatakan cinta Rasul juga dilakukan dalam pelajaran
harian.

Semangat 1 Malaysia menyambut Maulidur Rasul oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
3. Kajian yang dilakukan oleh Noor Mohamad Shakil Hameed menjelaskan Semangat 1
Malaysia sambut Maulidur Rasul. Antara objektif kajian adalah menjadikan sambutan
Malidur Rasul istimewa dan bermakna kepada masyarakat Malaysia untuk
memperkukuhkan keakraban antara umat Islam. Pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif. Hasil kajian mendapati rakyat Malaysia masih menghayati sambutan
Maulidur Rasul yang diadakan pada setiap tahun pada tarikh 12 Rabiulawal.

Sambutan Maulidur Rasul dan Pengajaran untuk Anak-Anak oleh Khairunneezam


Mohd Noor
4. Kajian yang dilakukan oleh Khairunneezam Mohd Noor menjelaskan Sambutan
Maulidur Rasul dan Pengajaran untuk Anak-Anak. Antara objektif kajian adalah
mengkaji penghayatan anak-anak tentang kelebihan meraikan sambutan Maulidur
Rasul dan masyarakat patut meraikan Rasulullah SAW bukan sahaja pada hari
Maulidur Rasul malah umat Islam harus meraikan baginda dengan menuruti setiap
sunnah Nabi Muhammad SAW dari setiap aspek. Pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif. Hasil kajian mendapati terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan oleh
ibu bapa dalam mengajar anak untuk tahu kelebihan dan faedah daripada sambutan
Maulidur Rasul.

Keberkesanan Mata Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Islam (SRI) Ikram
Musleh: Satu Tinjauan Di Negeri Sembilan oleh Nidzamuddin Zakaria
5. Kajian yang dilakukan oleh Nidzamuddin Zakaria menjelaskan Keberkesanan Mata
Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Islam (SRI) Ikram Musleh: Satu Tinjauan Di
Negeri Sembilan. Antara objektif kajian adalah menyelidik kecenderungan pelajar
terhadap pelajaran Sirah Rasul dan mengkaji kefahaman tentang keturunan Nabi
Muhammad SAW serta menilai tingkat keupayaan Sirah Rasul melalui penjiwaan
pelajar-pelajar menerapkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.
Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati 75.9% pelajar-
pelajar menjiwai Sirah Rasul dalam kehidupan mereka.

Rumah Cinta Rasul oleh Dewi Ambarsari


6. Kajian yang dilakukan oleh Dewi Ambarsari menjelaskan cara menambahkan cinta
kepada Rasulullah. Antara objektif kajian adalah untuk mengkaji langkah untuk
membina rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW. Pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif. Hasil kajian mendapati umat Islam perlu menyukai apa yang disukai oleh
Rasulullah, menghindari perkara yang dibanteras oleh Rasulullah SAW, mendalami
sirah nabi dan memahami hadis-hadis nabi.

Anda mungkin juga menyukai