Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti 1

Tajuk : Potret Wajah

Objektif:
1. Peserta mengenal diri sendiri .
2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekellingnya.
3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 dan pensil.

Langkah-langkah
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Peserta diminta melukis gambar wajah sendiri dalam masa 5 minit.
3. Fasilitator memungut semua gambar yang telah dilukis dan diedarkan semula gambar tersebut
kepada peserta yang berlainan.
4. Setiap peserta menerima sekeping gambar wajah kawannya.
5. Dalam masa 10 minit setiap peserta mencari gambarnya yang telah dilukis tadi sehingga dapat.
6. Kumpulan yang paling cepat menyelesaikan tugasan dikira menang.

Penilaian
1. Kepuasan diri peserta tergambar apabila berjaya mendapatkan semula gambarnya.

Pengajaran
1. Menyayangi dan menghargai anugerah yang telah dikurniakan.

Anda mungkin juga menyukai