Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI

Tarikh Dibaca:

3 MUHARRAM 1445H/
21 JULAI 2023M

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI


21 JULAI 2023 / 3 MUHARRAM 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

َّ ‫ن‬
﴾‫الرجِيم‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْط َا‬ َ ِ ‫﴿أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬

َّ ٓ َ َ َ َ ٓ َ َ َ ٗ ۡ َ َۡ َ َ َ َ َ َ َ ۡ َ َ َّ َ ُّ ََ
‫يَٰٓأيها ٱنلاس إِنا خلقنكم مِن ذك ٖر وأنَث وجعلنكم شعوبا وقبائِل ِلِ عارف ْۚوا إِن‬
َٰ َٰ َٰ َّ

ٞ َ ٌ َ َ َّ َّ ۡ َٰ َ ۡ َ َّ َ ۡ َ َ ۡ َ
﴾١٣ ‫ ﴿الحجرات‬١٣ ‫أكرمكم عِند ٱّللِ أتقىك ْۚم إِن ٱّلل علِيم خبِري‬

ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َ َّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam
naungan Allah SWT. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha
seperti menggunakan telefon dan berbual-bual. Tumpukan perhatian pada khutbah yang
akan disampaikan, mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah
SWT.

Bertepatan dengan tema Sambutan Maal Hijrah 1445, khutbah pada hari ini bertajuk:
“Perpaduan Teras Malaysia Madani”.
1
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

Sebelum itu, khatib ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar terus istiqamah
mengimarahkan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu, serta saling berpesan antara satu
sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan dan memberi peringatan dalam
mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kepimpinan negara telah menetapkan dasar Malaysia Madani sebagai ikhtiar untuk
memetakan strategi tata kelola dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan
kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak.
Objektif melahirkan masyarakat madani membolehkan setiap manusia mencapai
kesejahteraan dan kebahagiaan. Maka, dapat difahami di sini bahawa pembangunan itu
bukan semata-mata terlihat dengan kerangka projek pembinaan yang boleh dilihat dengan
mata kasar, tetapi dengan kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya.

Perkataan “madani” itu merupakan kata pinjaman dari Bahasa Arab yang bermaksud
“maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Al-Farabi, sarjana yang diiktiraf sebagai pengasas falsafah politik dalam tamadun Islam
boleh dianggap sebagai pengasas teori masyarakat madani bukan sahaja dalam konteks
sejarah Islam tetapi juga dalam konteks sejarah dunia umumnya. Beliau menegaskan
bahawa perlunya masyarakat untuk berganding bahu untuk membina tamadun yang luhur
iaitu mencari dan menegakkan kebenaran, untuk mencapai kebahagiaan, memupuk
kecintaan terhadap ilmu dan memakmurkan masyarakat dengan perkara-perkara
yang baik dan mulia.

Pembangunan Malaysia Madani menepati elemen keterangkuman dalam membina


masyarakat bertamadun, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah melahirkan modal insan
yang cemerlang dari aspek spiritualnya.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Masyarakat yang dibentuk atas dasar kerjasama untuk mencapai kebahagiaan sejati bagi
semua para anggotanya itulah yang layak digelar masyarakat madani. Tiap-tiap anggota

2
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

masyarakat berkerjasama dengan anggota-anggota lain bukan semata-mata untuk


kepentingan dirinya sendiri tetapi demi kepentingan bersama.

Mengambil ibrah dari peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan kedatangan orang-
orang Muhajirin yang datang dari Mekah memulakan interaksi dengan orang-orang Ansar
di Madinah dengan semangat persaudaraan yang harmoni. Dengan terbangunnya
keadaan tersebut, ia lantas membina interaksi sosial yang lain seperti dalam bidang
perniagaan, perdagangan dan sebagainya. Dengan berkembangnya interaksi, ia
seterusnya membina kekuatan masyarakat dan negara.

Tindakan Rasulullah SAW yang mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar


menunjukkan bahawa ikatan silaturahim panduan Islam yang didirikan atas landasan
akidah dan syariah mampu menjana keutuhan dalam sesebuah organisasi masyarakat.
Penamaan “Yathrib” kepada “Madinah” juga merupakan proklamasi bahawa Baginda
bersama Muhajirin dan Ansar bersungguh-sungguh hendak membangunkan sebuah
masyarakat yang beradab, berbudi pekerti luhur, terbuka, dan adil.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Salah satu elemen terpenting dalam memastikan pembangunan Malaysia Madani ialah
perpaduan masyarakat di negara ini. Umum mengetahui bahawa negara kita merupakan
negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa, warna kulit dan
sebagainya. Mengendalikan kemajmukan masyarakat yang ada di negara ini bukanlah
suatu hal yang mudah. Dalam hal ini, kita sangat bersyukur kerana berjaya menguruskan
kepelbagaian yang ada sehingga kita dapat hidup dengan aman dan damai bersama-
sama membangunkan negara. Kita juga patut berterima kasih kepada generasi terdahulu
yang telah pun mencantumkan kepelbagaian masyarakat yang ada demi kesejahteraan
dan keharmonian kita hari ini.

Dalam membicara soal perpaduan dan hubungan antara sesama manusia, Al-Quran telah
mempersembahkan satu road map (peta jalan) yang lengkap melalui Surah al-Hujurat
(surah yang ke-49 dalam al-Quran). Surah ini memang wajar menjadi rujukan kerana ia
memiliki tema iaitu akhlak, etika, dan adab sama ada kepada Allah SWT, kepada Rasul,
sesama umat Islam serta kepada sesama manusia seluruhnya. Jika kita merenungi surah

3
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

ini, kita akan mendapat terlalu banyak pengajaran dan nilai yang luhur seperti keimanan,
kesatuan manusia, panduan menghadapi perbezaan dan perselisihan dan sebagainya.

Secara ringkasnya, antara dapatan yang dapat kita ambil dari Surah al-Hujurat ialah;
1. Kepatuhan kepada perintah dan ketetapan Allah SWT dan Rasulullah SAW
terutama dalam hukum-hakam Islam.
2. Beradab dengan Rasulullah SAW.
3. Menyelidiki (tabayun) terlebih dahulu segala berita yang diterima dan tidak
menerima secara bulat-bulat.
4. Mendamaikan dua kumpulan (terutamanya umat Islam) yang sedang berselisih
atau bertengkar.
5. Larangan mencemuh dan merendah-rendahkan antara satu sama lain.
6. Menjauhi sangkaan buruk terhdap orang lain.
7. Anjuran untuk berkenalan dan saling beramah-mesra antara satu sama lain.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dalam konteks negara kita pula, kepelbagaian yang ada ini mesti diadun sebaiknya
supaya Negara Malaysia dapat dibina atas kesepaduan, keharmonian, kesejahteraan dan
kebahagiaan seluruh rakyatnya. Sebarang perselisihan atau perbezaan yang muncul
perlu ditangani dengan segera dan bijaksana tanpa menyebabkan mana-mana pihak
terguris atau tersinggung. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang
termaktub mesti dihormati dan dipatuhi. Usaha provokasi yang mengetuk pintu kekacauan
mesti dijauhi. Bagi kita umat Islam, perintah yang terkandung sama ada dalam al-Quran
dan sunnah mestilah menjadi keutamaan sebagaimana yang disebut dari intipati dari
Surah al-Hujurat tadi.

Bagi mencapai hasrat ini, semua pihak terutamanya agensi kerajaan perlu memainkan
peranan masing-masing bagi memastikan kesepaduan, kesejahteraan dan kebahagiaan
dinikmati bersama. Dalam kesempatan ini juga, mimbar hari ini ingin merakamkan
penghargaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang menyambut Hari Imigresen
yang ke-101 tahun pada 21 Julai ini. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan,
kekuatan dan keteguhan hati buat seluruh anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam
menjalankan tugas mengawasi pintu masuk negara demi kesejahteraan seluruh rakyat di
negara ini.
4
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

Justeru, mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin membuat beberapa rumusan:
Pertama: Pembangunan yang hendak dicapai dalam sesebuah negara bukanlah semata-
mata terlihat dengan kerangka projek pembinaan yang boleh dilihat dengan mata kasar,
tetapi dengan kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya.
Kedua: Ajaran Islam sangat menekankan perpaduan dan semangat persaudaraan
sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sewaktu peristiwa hijrah.
Ketiga: Perpaduan merupakan elemen terpenting dalam menentujayakan matlamat
membangunkan Malaysia Madani. Maka kepelbagaian yang ada, mesti diadun dengan
baik dan sebarang perselisihan mestilah dikendali dengan baik dan bijaksana.

Firman Allah SWT:


َ َ ۡ ۡ َّ َ َ َ َّ َّ َ ۡ ۡ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ََ ٞ ۡ َ
َ ۡ ۡ َ َّ
١٠ ‫إِنما ٱلمؤمِنون إِخوة فأصلِحوا بۡي أخويك ْۚم وٱتقوا ٱّلل لعلكم ترَحون‬

Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka


damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada
Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah al-Hujurat ayat 10)

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫ات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَفَعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن الْعَظِي ِْم‬
ِ َ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ ت َغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬
ِ ‫الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Perpaduan Teras Malaysia Madani‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫اَلْحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َنَا مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫َ ُّ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َّ َّ َ َ َ َ َٰٓ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى ن َب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َ ُّ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َّ ََٰٓ َ ُّ َ َّ‬
‫ب ْۚ يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى َ‬
‫سي ِدِنَا‬ ‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِرَحْمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َال ْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َالْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Ya Allah! Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya),
dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk
menjauhinya serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-
samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.

َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬


.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ َۡۡ ۡ َ َ َّ َّ
َٰ ‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلح‬
‫س ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ي‬
‫غ‬
َ َّ َ َ ۡ َّ َ َ ۡ
٩٠ ‫يَعِظكم لعلكم تذكرون‬

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Perpaduan Teras Malaysia Madani‬‬

‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai