Anda di halaman 1dari 25

(FIQH ZAKAT (IFEH 3105

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD FARHAN BIN ABDUL AZIZ (IEH08041) WAN MOHD FAIZAL BIN WAN RAZALI (IEH08075) MUHAMAD HANZALAH BIN FAUZI (IEH090039)

:PENSYARAH DR.LUQMAN BIN HJ ABDULLAH

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN.. 3 PENDEFINISIAN ZAKAT.. 4 ZAKAT DARI PERSPEKTIF IBADAH 9 DASAR FISKAL.. 13 ZAKAT DARI PERSPEKTIF EKONOMI... 16 KESIMPULAN..... 22 SENARAI RUJUKAN. 23

Pendahuluan

Harta kekayaan amat bermakna kepada manusia jika dimanipulasikan ke jalan yang

23

dituntut oleh Islam. Dan sekiranya harta itu dibelanjakan ke jalan yang bermanfaat, maka sudah pasti aset berkenaan akan menjadi penjamin kepada mereka untuk masuk ke dalam syurga kelak. Justeru itu, jika kewajipan zakat itu dilaksanakan dengan ruh keislaman, maka kerangka rukun Islam yang keempat iaitu kewajipan menunaikan zakat akan mendapat keberkatan Allah s.w.t. Namun begitu, jika mereka ingkar membayar zakat sedangkan mengetahui tentang kewajipan serta kepentingannya, maka mereka akan mendapat balasan daripada Allah S.W.T. Kekuatan yang dimiliki oleh dana zakat ini amat besar sehingga mampu memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ia telah berlaku semasa pemerintahan khulafa al-rashidin sehinggakan sumber kewangan negara dan perkembangan ekonomi mencapai tahap yang amat memberansangkan. Jelaslah disini bahwa Zakat merupakan ibadah maaliyah ijtimaiyyah, ertinya ibadah yang memiliki kedudukan yang sangat strategik dalam membangun masyarakat, jika dikelola dengan baik (pengumpulan dan pengagihanannya),ia akan dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Dengan kata lain,ibadah zakat memiliki hikmah dan manfaat serta kebaikan kepada pemberi zakat (muzakki) mahupun kepada penerima zakat (mustahik), mahupun masyarakat secara keseluruhannya.

Pendefinisian zakat

Harta tersebut dinamakan zakat kerana harta yang asal akan subur dengan keberkatan pengeluarannya dan doa orang yang menerimanya.Ia juga seolah-olah menyucikan semua

23

baki harta daripada syubahat (kesamaran) dan melepaskannya daripada segala hak yang berkaitan dengannya, khususnya hak-hak orang yang memerlukan dan orang-orang kafir. Ia juga pada dasarnya adalah satu bentuk pemberian secara sukarela kepada mana-mana pihak dengan tujuan untuk mendapat pahala dari Allah s.w.t1. Namun begitu, jika ditinjau definisi zakat oleh fuqaha menyatakan harta tersebut dinamakan zakat kerana harta yang asal akan subur dengan keberkatan pengeluarannnya dan doa orang yang menerimanya mengikut kadar dan masa tertentu2. Ia juga seolah-olah menyucikan semua baki harta daripada syubhat (kesamaran) dan melepaskannya daripada segala hak yang berkaitan dengannya, khususnya hak-hak orang yang memerlukannya dan asnaf yang lapan3. Pembayar zakat ini pula merangkumi pelbagai jaringan antaranya zakat harta, perniagaan, fitrah, tanaman dan sebagainya4. Selain itu, zakat adalah sebahagian daripada harta yang wajib diberikan kepada golongan tertentu dengan memenuhi segala syarat dan kadar yang tertentu 5. Antara syarat yang perlu dipenuhi laha merangkumi aspek nisab, haul dan kadarnya6.

Takrif Zakat dari sudut bahasa: Zakat merupakan kata nama yang diambil daripada perkataan zaka ( )dalam bahasa arab yang membawa dua maksud yang berbeza. Pertama bermaksud tumbuh serta berkembang

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn.: 4 2 Mohammad Daud Ali. 1988. SIstem Ekonomi Islam Zakat Dan Wakaf. Penerbit Universitas Indonesia. Hlmn. 32
3

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji,Terj. Juanda Bin Yahya. 1999. Fiqh alManhaji fi Mazhab Imam aal-Syafie. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Jilid ke-3. Hlmn.279 4 `Imam Ibnu Daqiq al-Aid. 1999. Tuhfat al-Labib Fi Sharh al-Taqrib. Terbitan Dar alAtlas, Riyadh. Hlmn: 156. 5 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2001. Panduan Zakat Di Malaysia. Cetakan Percetakan Nasional Berhad, K.Lumpur. Hlmn.2 6 Kamil Mustafa. 2000. Ahkam al-Ibadat Taharah, Solat, Zakat, Saum, Hajj. Terbitan Muassasah alRisalah, Beirut. Hlmn: 285.

23

dan yang kedua bermaksud suci daripada kekotoran atau najis7, ini berdasarkan firman Allah : Yang bermaksud: Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. (Surah alSyams 91:9) Menurut Imam Muhammad B Ismail, Zakat dari segi bahasa ialah tumbuh berkembang dan suci, ia difardhukan pada tahun yang kedua Hijrah sebelum difardhukan puasa.8 Menurut Syekh Salim, dari sudut bahasa zakat ialah membersihkan harta, bercambah dan tumbuh.9

Takrif Zakat dari sudut istilah: Zakat dari segi istilah bererti Sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah untuk

diserahkan kepada orang-orang yang berhak. Selain itu ia bermaksud mengeluarkan sesuatu jumlah tertentu itu sendiri, jumlah yang dikeluarkan dari kekayaan itu disebut zakat kerana yang dikeluarkan itu menambah banyak dan lebih bererti . Ibnu Tamiah berkata: Jiwa orang yang berzakat itu menjadi bersih dan kekayaannya akan bersih pula.10sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran (9:103)

Buniamin Haji Ramli(2007), Zakat Pendapatan: Kefahaman Dan Amalannya Di Kalangan Guru-Guru Ijazah Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur. 8 Muhammad Bin Ismail Al-Amiir Al-Yamani As-Sanani (2000), Sabul al-Salam, Syarah Bulugh al-Maram Min Jamak Adillah Al-Ahkam, j. 2, c.1, Qaherah: Dar al-Hadith,h. 173. 9 Salim Abd al-Ghani al-Rafei (1995), Muhtasar al-Majmu Syarh al-Muhazzab, j. 5 dan 6, c. 1, Jeddah: Maktabah Samadi Li Al-Tauzi, h. 185 10 Syekh Islam Ibnu Tamiah,Kumpulan fatwa,Jil.25,hlm.8

23

Dalam satu istilah didalam pengaijian hukum Islam atau fiqh, zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi golongan yang berkah menerimanya, sebagaimana yang ditentukan oleh Allah.Dalam penggunaan lain ia juga mengertikan harta itu sendiri11. Menurut pandangan Yusuf al-Qaradawi yang memetik daripada huraian Zamakhsyari dalam al-Faiq sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah diserahkan kepda orang-orang yang berhak12. Ulama Maliki pula berpendapat bahawa zakat ialah mengeluarkan sebahagian yang tertentu daripada hasil yang tertentu, yang mencukupi nisab kepada orang yang berhak keatasnya jika sempurna milik dan cukup aul tetapi barang galian dan tanaman tidak dikira aul13. Imam Nawawi mengertikan zakat sebagai penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada sebahagian orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mebcari keredaan Allah, penyesuaian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan umat Islam berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara14 Berdasarkan pentafsiran di atas beberapa rumusan dapat dibuat supaya mencapai maksud dengan lebih jelas ; 1) Penyerahan kadar harta tertentu sebagai satu kewajiban. 2) Kadar 2.5% - 20% dari pendapatan bersih seorang muslim. 3) Perbezaan syarat digunakan untuk menentukan jenis-jenis harta serta cara memperolehinya. 4) Penentuan kadar nisab berdasarkan perbezaan jenis harta serta cara pengusahanya.
5) Zakat berkonsepkan keluhuran untuk memajukan umat Islam keseluruhannya15.

11

Lihat Ibn Qudamah(1968), al-Mughni, Kaherah: Maktabah al-Qahirah, Jld. 2, hlm. 427 dalam Mahmood Zuhdi Abdul Majid(1945), pengurusan zakat, Selangor: Dawama Sdn. Bhd. Hlm. 3. 12 Yusuf Qardawi(1973), Fiqh al-Zakah, Beirut: muasasah al-Risalah, hlm. 1. 13 Wahbah Zuhaili(t.t), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu al-Juz al-Rabi, Damascus: Dar El Fikr. 14 Abu Zakariah Yahya Musyrif al-Nawawi(t.t), al-Majmu Syarh al-Muhadhdhab, Beirut: Dar al-Fikr. 15 Ibid. Lihat al-Nawawi.

23

Manakala ada pendapat lain mendefinisikan

zakat

ialah merujuk kepada kadar

tertentu dari harta tertentu yang wajib dibelanjakan kepada golongan tertentu. 16 :Di dalam al-Quran ada menyebut tentang kewajipan mengeluarkan zakat,firman Allah SWT

:Maksudnya Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta), (Surah al-Ma`arij 70:24-25)

FirmanNya lagi: Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
16

Radiah Abdul Kader.2001, Ekonomi Islam, KualaLumpur.,hlm.106

23

(Surah al-Taubah9:103) Kedua-dua ayat al-Quran dia atas menjelaskan bahawa peranan zakat dari segi Syariah ialah mensucikan. Penyucian yang dimaksudkan terbahagi kepada dua aspek iaitu menyucikan harta individu daripada bercampur dengan hak orang yang telah ditetapkan oleh Allah bahagiannya dan pembersihan jiwa daripada sifat negatif seperti sifat mementingkan diri sendiri, bakhil dan sayangkan harta digantikan dengan penyuburan sifat seperti pemurah, mengeratkan persaudaraan dan ihsan. Secara teknikalnya pula ialah tanggungjawab kewangan seseorang muslim yang wajib dibayar daripada pendapatan bersih atau keperluan pertaniannya jika pendapatan atau keluaran tersebut melebihi nisab zakatnya.17 Ia juga merupakan salah satu daripada rukun islam dan melambangkan kesungguhan untuk membersihkan masyarakat daripada penyakit kemiskinan. Pembayaran zakat secara ikhlas juga merupakan asas penerimaan doa dan solat seseorang serta dapat menyelamatkan seseorang itu di hari kiamat. Walaubagaimanapun orang yang berkemampuan membiayai kehidupannya dan tidak layak menerima zakat tetapi masih juga menerimanya, golongan ini akan dihina di hari akhirat kerana mereka mengambil :hak orang lain. Firman Allah taala Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. harta yang mereka bakhilkan itu akan

17

M.Umer Chapra.2005, Islam Dan Cabaran Ekonomi, Dewan Bahasa Dan Pustaka,hlm.337.

23

dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Surah al-Imran 3:180)

ZAKAT DARI PERSPEKTIF IBADAT

Zakat mempunyai latar belakang yang kuat dalam pembinaan Islam sebagai satu keseluruhan. Berdasarkan latar belakang ini, zakat boleh disifatkan secara mudah sebagai tonggak kewangan dan sosial dalam Islam. Bersama akidah dan sembahyang, ia boleh memberi gambaran yang jelas terhadap kerangka Islam yang sebenarnya walaupun belum begitu lengkap.18

Sebagai mana yang diketahui bahawa zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Oleh itu, zakat tidak boleh terlepas daripada sifat sebagai ibadat. Dalam kontek ini, zakat adalah sebahagian daripada ibadat utama Islam, selain solat, puasa, haji, jihad, dan sebagainya.19

Hal ini boleh dibuktikan berdasarkan hadis Rasulullah. Baginda bersabda:

" , ."

18 19

Ibid, Lihat Mahmood Zuhdi. Ibid, Lihat Mahmood Zuhdi.

23

Yang bermaksud: Islam terbina atas lima: Bersyahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan Haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu mengunjungi. ( Hadis Muttafaq alaih)20

Selain daripada zakat sebgai rukun Islam ke-3, perkaitan zakat dengan ibadat dapat dilihat dari segi penerima zakat itu sendiri. Sesungguhnya zakat sangat memberi impak dan kesan yang mendalam kepada para pengeluar zakat untuk menjuruskan meraka kearah kebaikan.

Dapat dilihat bahawa zakat sememangnya dpat membersihkan hati dan jiwa dari sifat kedekut. Sifar kikir dan kedekut ini merupakan salah satu sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati manusia secara semulajadi.21 Allah telah berfiman:

Yang bermaksud: Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, Maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. (Surah al-Nisa 4:128)

20

Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani(1991), Fath al-Bari, Beirut: Dar al-Fikr, Jld.4, hlm.81 ; Al-Nawawi, Sahih Muslim Bi Syarh al-Imam al-Nawawi, Kaherah: Dar al-Fikr, hlm. 50 dalam opcit., Mahmood Zuhdi. 21 Idris Ahmad(1989), Fiqh Syafie, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, Jld. 2, Hlm. 411.

23

Melalui zakat, ia berfungsi membebaskan manusia dari belenggu kasihkan harta melebihi segalanya. Sebagai umat Islam dan hamba yang tinggi martabatnya disisi Allah serta berperanan sebagai khalifah di muka bumi, kita wajib berusaha mengikis sifat kedekut serta mementingkan diri sendiri.22

Zakat juga dapat mendidik jiwa supaya berinfak. Sifat ini sangat berlainan dengan sifat kedekut, dimana sifat memberi ini merupakan sifat mahmudah dan sangat dialu-alukan oleh Islam. Orang yang bersedia menginfakkan hartanya kepada orang lain dengan penuh ikhlas akan dijamin oleh Allah masuk syurga.23

Harta yang dikawal dengan berinfak akan menjadi benteng keimanan yang kukuh, jiwa akan terdidik untuk mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap fakir miskin lantas kepercayaan semakin teguh terhadap Allah.

Apabila diketahui bahawa zakat merupakan salah satu daripada ibadah yang utama, maka ia tidak boleh lari daripada mendapat balasan yang setimpal yang telah dijanjikan Allah dengan apa yang telah dilakukan.24 Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan firman Allah: Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. (Surah al-Zalzalah 99:7)

Dapat dijelaskan disini bahawa Islam secara semulajadinya sentiasa mengambil berat permasalahan pengganutnya. Bahkan hal ini dipandang serius demi menjaga potensi,

22 23

Ibid. Ibid. 24 Ibid.

23

perkembangan, kekayaan harta dan hasil usaha umatnya dapat dikongsi bersama antara golongan kaya dan miskin.25

Zakat bukan sahaja memberi banyak kebaikan kepada pemberi zakat tetapi juga kepada penerima zakat itu sendiri. Zakat dapat menghilangkan sifat dengki dan benci. Bagi manusia biasa yang dibelenggu kemiskinan manakala masyarakat disekeliling hidup mewah pasti akan timbul dalam dirinya sifat mazmumah iaitu akan berasa benci dan dengki terhadap golongan kaya.26 Apabila golongan miskin ini diberikan zakat, sudah tentu sifat dengki ini akan hilang. Meraka akan dapat memenuhi tuntutan kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dari sudut masyarakat umum, zakat dilihat dapat membersihkan diri dari sifat bongkak dan sombong taerhadap kekayaan yang ada.27 Allah berfiman: Yang bermaksud: Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (Surah al-Zariyat 51:19)

Dalam ayat diatas jelas bahawa sebahagian harta kekayaan yang dimiliki adalah hak kepada si peminta dan orang miskin Harta bukan merupakan hal mutlak individu tetapi ia merupakan saluran untuk disampaikan kepada orang lain yang layak menerimanya. Kesedaran ini akan dapat mengikis sedikit demi sedikit sifat sombong dikalangan masyarakat yang berharta. Selain mengikis sifat sombong, zakat dapat menyuburkan jiwa masyarakat. Al Bahi berkata suatu masyarakat yang maju dan berkembang serentak melalui mental dan material
25 26

Opcit. Opcit. Lihat : Bunjamin Hj. Ali 27 Ibid.

23

sekali gus. Lantaran Islam menganjurkan mengeluarkan harta jemaah sebagai asas yang kukuh.28 Kelebihan zakat yang paling utama adalah sudah tentu zakat dapat memberi kesejahteraan kepada ummah. Islam sangat menekankan kesejahteraan ummah. Diantara aspek kesejahteraan yang diutamakan adalah makanan yang cukup, perlindungan yang selamat dan pakaian yang dapat melindungi tubuh.

Allah telah berfirman:

Yang bermaksud: Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang. Dan Sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya. (Surah al-taha 20:118-119). Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa segala keperluan hidup yang asas perlu dipenuhi. Dengan zakat, segala keperluan golongan fakir dan miskin dapat dipenuhi. Sudah jelas bahawa zakat merupakan penyelamat, memberikan ketenangan jiwa, membina kekuatan spiritual dan membantu meningkatkan tahap kesihatan.

DASAR FISKAL Dasar fiskal dianggap sebagai suatu alat untuk mengatur dan mengawal kelakuan manusia, yang boleh dipengaruhi oleh rangsangan dan halangan yang wujud dengan menambah hasil kerajaan melalui pungutan cukai, pinjaman ,dan sistem zakat. 29Dasar fiskal
28 29

Yusuf Qardawi(1973), Fiqh al-Zakah wa Falsafatuha Fi Duu al-Quran wa al- Sunnah, j.1, Muhammad Abdul Mannan.Ekonomi Islam Teori Dan Praktis,jil.2.Kuala Lumpur,hlm.159.

23

ini ditubuhkan bertujuan untuk kebajikan masyarakat . Dasar fiskal dalam sesebuah Negara Islam mestilah selaras dengan prinsip-prinsip perundangan dan nilai-nilai Islam. Tujuan asas undang-undang agama dalam Islam ialah untuk mencapai kebajikan manusia. Kebajikan manusia akan dapat dicapai jika keseluruhan sistem ekonomi dan undang-undang mengikut perundangan Islam yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. PERBEZAAN DASAR FISKAL EKONOMI ISLAM DAN KONVESIONAL Dasar fiskal mengikut Islam adalah bertujuan untuk kebajikan di dunia dan akhirat mengikut landasan syariat Islam dan meningkatkan keimanan serta nilai-nilai akhlak Islam. Manakala Dasar fiskal untuk konvesional ialah mementingkan material semata-mata . Di dalam Islam sumber tidak boleh digunakan secara membazir, cara perolehannya mestilah selaras dengan syariat. Sumber awam hendaklah digunakan untuk menyediakan keperluan orang awam seperti pertahanan , keselamatan, jambatan, kesihatan dan sebagainya.

ELEMEN UTAMA DALAM DASAR FISKAL (i) Percukaian Di dalam syariat tidak melarang pengenaan cukai melebihi kadar zakat apabila hasil Negara tidak mencukupi untuk melaksanakan fungsinya. Tokoh Islam seperti Imam Malik, Ibn Hazm, Abdul Hai Kattani khususnya, menyokong pengenaan cukai untuk membiayai perbelanjaan Negara. Sesetengah penulis semasa tentang ekonomi Islam menganggap cukai sebagai alat dasar fiskal yang penting di dalam sistem ekonomi Islam.30 Walaubagaimanapun terdapat
30

Dr.Abulhassan Muhammad Sadeq, Pembangunan Ekonomi Dalam Islam,

23

persetujuan bahawa cukai hendaklah dikenakan terhadap golongan yang kaya dan bukannya yang miskin. (ii) Perbelanjaan Kerajaan Perbelanjaan kerajaan sebagai instrument dasar fiskal bagi penghasilan kesan pembangunan, pengagihan semula dan penstabilan yang diinginkan. Contohnya, pembiayaan defisit daripada peminjaman bank pusat mempunyai kesan yang lebih meluas berbanding dengan kesan daripada peminjaman paksa daripada golongan kaya.

(iii)

Zakat Hampir kesemua ahli ekonomi nmenganggap zakat sebagai alat dasar fiskal Negara Islam. Ia merupakan agihan pendapatan daripada golongan kaya kepada golongan miskin dan menyebabkan golongan miskin ini mempunyai kuasa beli. seterusnya pertumbuhan ekonomi akan meningkat jika permintaan meningkat. Rasulullah S.A.W. juga berpesan kepada golongan muhajirin

iaitu aku memohon kepada Allah dari lima perkara yang akan menimpa kalian. Lima perkara itu termasuklah zakat iaitu tidaklah mereka enggan membayar zakat, kecuali mereka terhalang turunya hujan dari langit. Kalau sekiranya tidak ada haiwan, tentu mereka tidak akakn mendapat akan hujan setitik pun.31 Zakat sebagai alat Dasar Fiskal
31

Ekonomi Dalam Perspektif Al-Quran Dan Al-Sunnah.Universiti Sains Malaysia Pulau

Pinang.hlm.221

23

Kedudukan zakat bukan sahaja menekankan kepada penyelesaian kepada ketidak stabilan ekonomi dalam Negara yang melibatkan masyarakat Islam tetapi merangkumi masyarakat umum keseluruhannya. Dengan memeberikan golongan yang layak menerima zakat, zakat mewujudkan keseimbangan antara permintaan dan penawaran barang dan seterusnya memudahkan arah aliran pengeluaran dalam Negara serta melicinkan pergerakan kearah kemajuan ekonomi dan kemakmuran. Permintaan akan meningkat di pasaran dan pengeluar akan cuba menambahkan pengeluaran, justeru itu pendapatan Negara juga akan meningkat.

ZAKAT DARI PERSPEKTIF EKONOMI Peranan zakat dalam ekonomi umat islam amat besar sumbangannya, selain itu juga, ia memberi ruang yang begitu luas kepada umat islam itu sendiri dalam menjalani kehidupan di dunia yang semakin mencabar ini. Antara peranan zakat dari sudut ekonomi ialah:

1) Zakat lebih bersifat ekonomi dan keagamaan Dalam aspek ekonomi, zakat lebih bersifat ekonomi dan keagamaan. Zakat dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam masa yang sama disertai nilai-nilai agama. Ekonomi yang berkembang dan diuruskan oleh individu muslim yang jujur dan patuh kepada

23

ajaran islam. Kepatuhan membayar zakat adalah disebabkan arahan agama Islam. Sementara membayar cukai adalah sebagai menuruti arahan pemerintah atau kerajaan. 2) Kekayaan yang disimpan beku boleh dilaburkan Sesungguhnya Islam melarang pembekuan harta dan orang-orang yang membekukan harta akan dikenakan denda. Jadi, untuk mengelakkan daripada didenda umat Islam akan menggunakan harta tersebut untuk aktiviti ekonomi dan juga melakukan pelaburan. Maka, zakat di sini juga dilihat sebagai penggalak kepada pelaburan. 3) Zakat dan pengagihan kekayaan: Kedudukan manusia terdiri dalam pelbagai taraf kehidupan khususnya didalam masyarakat iaitu wujudnya golongan kaya dan miskin. Golongan ini dicipta saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, golongan yang kaya diberi rezeki yang lebih daripada golongan miskin dan mereka dituntut untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka untuk disumbang kepada golongan miskin. 32 Tuntutan ini dilaksanakan dengan mewujudkan zakat sebagai syariat yang perlu dipatuhi oleh orang kaya. 19. Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian Yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta).33

32

Adibah Abdul Wahab (2008), Peranan Agihan Zakat Dalam Mengurangkan Masalah Kemiskinan Bandar: Kajian Kes Di Lembaga Zakat Selangor, Tesis, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah Dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 33 Surah Al-Dzariat (51): 19

23

Ayat diatas Allah menyatakan di dalam harta orang kaya terdapat hak bagi orang miskin sama ada si miskin yang datang meminta atau yang tidak meminta. Dengan orang kaya menunaikan hak orang miskin, maka kekayaan yang dimiliki oleh orang kaya dapat diagihkan kepada golongan miskin, kaedah ini dapat mengurangkan jurang pendapatan dikalangan masyarakat bahkan dapat mengurangkan kemiskinan itu sendiri.34
4) Zakat Sebagai Sumber Dana Umat Islam:

Jumlah kutipan zakat yang dipungut oleh semua negeri di Malaysia sejak tahun 1991 sehingga 2006 adalah sebanyak RM 3.0635 bilion manakala kutipan bagi tempoh yang sama di negeri Selangor adalah berjumlah RM 576.47 atau setengah billion.35 Dana yang berjumlah RM 3.0635 adalah satu angka yang besar. Dana ini diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan oleh institusi zakat di Malaysia, untuk menjalankan pelbagai program di seluruh Negara. Dana ini jika dioptimukan dan dipacu kegunaannya kelak akan dapat membuahkan natijah yang besar kearah kemajuan. Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kutipan zakat di Malaysia bagi tahun 1991-2006 dengan sumbangan Negeri Selangor adalah 18.8% menghampiri 20%, malah pada lima tahun kebelakang iaitu 2002-2006, Negeri Selangor secara konsistem telah menyumbang lebih daripada 20% dengan peratusan sumbangan tertinggi adalah pada tahun 2005 iaitu sehingga 23.23%. 5) Zakat dan peningkatan ekonomi ummah: Rifat Abdul Al-Latif Masyhur didalam bukunya banyak menjelaskan peranan zakat terhadap ekonomi sama ada dalam konteks Ekonomi Mikro iaitu kesan ke atas individu isi rumah atau juga dlam konteks Makro iaitu kesan gandaan (Multiplier Effect). Dalam konteks Ekonomi
34

Patmawati Ibrahim (2001), Zakat As Atternative Redistribution Machanism: A Reviews, Jurnal Syariah, Jil. 9 Bil 2, Julai 2001, H. 53-38 35 Pungutan Zakat (MAWIP) (2004 dan 2006), Laporan Zakat.

23

Mikro ia dapat meningkatkan pendapat isi rumah, memberi ruang penambahan modal, memberikan peluang pekerjaan dan memperkembangkan perusahaan. Manakala dalam konteks Ekonomi Makro, pengagihan semula kekayaan menerusi zakat boleh meningkatkan keseluruhan ahli di dalam kitaran ekonomi, wang akan dapat beredar dalam masyarakat dengan lebih rancak. Impak langsung adalah ia meningkatkan kuasa beli pengguna, meningkatkan kualiti pengguna, mempelbagaikan skop permintaan pasaran, mewujudkan pelbagai sektor ekonomi sama ada sektor perniagaan, perkilangan, pertanian, perkidmatan dan membuka peluang pelaburan dan natijahnya ialah kitaran ekonomi yang lebih berkembang dan seterusnya membawa kepada memakmuran kepada umat islam secara keseluruhannya.36
6)

Zakat Merupakan Modal Untuk Memperkembang Dan Memajukan Diri:

Kadang-kadang kehidupan yang semakin mencabar ini, berlaku jatuh bangun seseorang itu, terutamanya mereka tidak mempunyai pendapatan tetap atau mereka tidak berpengalaman mengurus harta dan kewangan dengan cekap. Hasil dari pungutan zakat ini setidaknya tindakannya dapat sedikit sebanyak membantu golongan ini. Dan jumlah dana yang hendak diberi hendaklah bersesuaian dengan tempatnya, jenis usaha, dan sifat-sifat penerimaan, pengelola dana zakat perlu bijak dan peka dalam proses pengagihan ini agar harta zakat tersebut tidak disia-siakan.37


36

Rifat Abdul al-Latif Masyhur (2002), Zakat Sebagai Penjana Pembangunan Ekonomi Islam, Hj. Abu Mazaya al-Hafi (Terj.) Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, h. 520. 37 D. Sirojuddin-AR- Ensiklopedia Islam (1994), J. 4, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 259.

23

60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orangorang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.38 7) Zakat Dapat Mendekatkan Jurang Perbezaan Antara Si Kaya Dan Si Miskin: Dalam wawasan pembangunan, ia bertujuan meningkatkan taraf hidup, kecerdasan, kesejahteraan seluruh rakyat agar ianya adil dan menyeluruh.39 : )( ......... - { Daripada Ibnu Abbas(r.a) sesungguhnya nabi Muhammad SAW telah mengutus Muaz ke Yaman, mereka ia bersabda: Ajarkan kepada mereka bahawa mereka dikenakan zakat, yang akan diambil dari orang kaya dan diberikan kepada golongan miskin.40 8) Zakat Dapat Memenuhi Keperluan Golongan Fakir dan Miskin:
38 39

Surah Al-Taubah (9): 60 RitaI Hassan Abdullah Achmad e.d (1987), Perspektif Islam Dalam Pembangunan Bangsa ( Pertemuan Cendikiawan Muslim 1, Lembaga Study Agama Dan Filsafat), Yokyakarta: Penerbitan PLPZM, h. 305 40 Muhammad Bin Ismail Al-Amiir Al-Yamani As-Sanani (2000), Sabul al-Salam, Syarah Bulugh al-Maram Min Jamak Adillah Al-Ahkam, Bab Kitab Az-Zakat No, Hadith 560 h, 173, Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 53

23

Islam sangat berkehendakkan umatnya hidup dalam suasana yang bahagia, aman damai dan sempurna bagi menjamin ibadahnya juga sempurna serta mendapat keberkatan. Oleh itu setiap kekurangan itu perlu ditampung dengan kecukupan seadanya. Dan didapatinya Engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan? Manusia, jika keperluannya dapat dipenuhi akan tenteramlah kehidupan sehariannya dan khusyuklah ibadatnya.41
9) Zakat dapat mengurangkan bocoran dalam ekonomi:

Lanjutan daripada larangan pembekuan harta, zakat dapat mengelakkan pembekuan harta dan menggalakkan pelaburan. Pembekuan harta dari sudut ekonomi merupakan bocoran dalam ekonomi. Bocoran berlaku apabila harta dan pendapatan yang diperolehi tidak dialirkan semula dalam ekonomi. Zakat dapat mengelakkan bocoran ini dengan cara mengambil sebahagian harta daripada golongan kaya untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan terutamanya asnaf fakir dan miskin. Akhirnya harta tersebut dapat dialirkan semula dalam kitaran ekonomi. 10) Pengagihan zakat yang dilakukan, zakat dapat memperbaiki dan meningkatkan pola pengeluaran: Terutamanya pola pengeluaran bagi barang-barang keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan sebagainya. Wang zakat yang diagihkan kepada asnaf dan miskin tadi akan digunakan oleh golongan ini untuk membeli barang-barang tersebut. Dengan peningkatan dalam kuasa beli mereka setelah menerima bantuan zakat maka mereka mampu meningkatkan permintaan terhadap barang-barang dalam pasaran. Peningkatan dalam permintaan akan menggalakkan
41

Yusuf al-Qardhwi (1973), Feqh al-Zakah Dirasah Muqaranah Li Ahkamuha Wa Falsafatula Fi Duu al-Quran Wa al-Sunnah, j. 1, c. 21

23

penawaran oleh pengeluar. Maka pengeluaran akan ditingkatkan untuk memenuhi permintaan tersebut. 11) Zakat merupakan musuh kepada sistem ekonomi kapitalis: Sistem ekonomi kapitalis menekankan tentang keuntungan semata-mata. Mereka tidak menghiraukan halal dan haram serta melakukan monopoli dan pembekuan harta kekayaan. Semakin banyak keuntungan yang diperoleh, semakin banyak wang yang akan disimpan. Ini merupakan bocoran dalam ekonomi. Jadi zakat merupakan musuh kepada sistem ini.

KESIMPULAN Kepentingan zakat sebagai satu ibadat dan sebagai satu aspek dalam sistem kewangan islam memang tidak dapat dinafikan.Ia merupakan satu ibadat utama yang termasuk dalam rukun islam yang lima.Ia juga adalah satu cara membantu meringankan bebanan mereka yang berada dalam kesempitan,memperkukuhkan dakwah islamiah dan membiayai jihad pada jalan Allah. Zakat merupakan instrumen ekonomi yang diperuntukkan sebagai pengurang kepada permasalahan ekonomi yang terjadi dalam masyarakat. Secara khususnya, zakat dalam pengagihannya diutamakan kepada mereka yang serba kekurangan di dalam harta. Selain memiliki aspek muamalah, iaitu adanya hubungan sosial antara sesama manusia, zakat juga merangkumi aspek ibadah yang merupakan proses penghambaan diri kepada Allah Swt. Ini kerana zakat merupakan ibadah kepada Allah sebagai cara pensucian terhadap harta kekayaan seseorang di hadapan Allah Swt.

23

Kepelbagaian fungsi zakat ini menjadikannya sebagai satu ibadat yang unik.Dengan kedudukan ini, ia biasanya disifatkan sebagai ibadat dalam bentuk pembiayaan, atau pembiayaan yang bersifat ibadat. Berdasarkan kedudukannya inilah juga para fuqaha menyebut tentang zakat dalam bab ibadat dan pentadbiran negara.

SENARAI RUJUKAN Al-Quran al-Karim. Abu Zakariah Yahya Musyrif al-Nawawi(t.t), al-Majmu Syarh al-Muhadhdhab, Beirut: Dar al-Fikr Adibah Abdul Wahab (2008), Peranan Agihan Zakat Dalam Mengurangkan Masalah Kemiskinan Bandar: Kajian Kes Di Lembaga Zakat Selangor, Tesis, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah Dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Al-Nawawi, Sahih Muslim Bi Syarh al-Imam al-Nawawi, Kaherah: Dar al-Fikr Buniamin Haji Ramli(2007), Zakat Pendapatan: Kefahaman Dan Amalannya Di Kalangan Guru-Guru Ijazah Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur. Dr.Abulhassan Muhammad Sadeq, Pembangunan Ekonomi Dalam Islam. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji,Terj. Juanda Bin Yahya. 1999. Fiqh al-Manhaji fi Mazhab Imam aal-Syafie. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Jilid ke-3.

23

D.Sirojuddin-AR- Ensiklopedia Islam (1994), J. 4, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, Ekonomi Dalam Perspektif Al-Quran Dan Al-Sunnah..Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Ibn Hajar al-Asqalani(1991), Fath al-Bari, Beirut: Dar al-Fikr, Jld.4, Ibn Qudamah(1968), al-Mughni, Kaherah: Maktabah al-Qahirah, Jld. 2. Idris Ahmad(1989), Fiqh Syafie, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, Jld. 2, Imam Ibnu Daqiq al-Aid. 1999. Tuhfat al-Labib Fi Sharh al-Taqrib. Terbitan Dar al-Atlas, Riyadh. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2001. Panduan Zakat Di Malaysia. Cetakan Percetakan Nasional Berhad, K.Lumpur. Kamil Mustafa. 2000. Ahkam al-Ibadat Taharah, Solat, Zakat, Saum, Hajj. Terbitan Muassasah al-Risalah, Beirut. Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mahmood Zuhdi Abdul Majid(1945), Pengurusan zakat, Selangor: Dawama Sdn. Bhd. Mohammad Daud Ali. 1988. SIstem Ekonomi Islam Zakat Dan Wakaf. Penerbit Universitas Indonesia. Muhammad Abdul Mannan.Ekonomi Islam Teori Dan Praktis,jil.2.Kuala Lumpur. Muhammad Bin Ismail Al-Amiir Al-Yamani As-Sanani (2000), Sabul al-Salam, Syarah Bulugh al-Maram Min Jamak Adillah Al-Ahkam, Bab Kitab Az-Zakat No, Hadith 560 h, 173, Kaherah: Maktabah Wahbah, M.Umer Chapra.2005, Islam Dan Cabaran Ekonomi, Dewan Bahasa Dan Pustaka Syekh Islam Ibnu Tamiah,Kumpulan fatwa,Jil.25,hlm.8

23

Patmawati Ibrahim (2001), Zakat As Atternative Redistribution Machanism: A Reviews, Jurnal Syariah, Jil. 9 Bil 2, Julai 2001, Pungutan Zakat (MAWIP) (2004 dan 2006), Laporan Zakat.

Radiah Abdul Kader.2001, Ekonomi Islam, KualaLumpur., Rifat Abdul al-Latif Masyhur (2002), Zakat Sebagai Penjana Pembangunan Ekonomi Islam, Hj. Abu Mazaya al-Hafi (Terj.) Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers,

RitaI Hassan Abdullah Achmad e.d (1987), Perspektif Islam Dalam Pembangunan Bangsa (Pertemuan Cendikiawan Muslim 1, Lembaga Study Agama Dan Filsafat), Yokyakarta: Penerbitan PLPZM, Wahbah Zuhaili(t.t), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu al-Juz al-Rabi, Damascus: Dar El-Fikr Yusuf al-Qardhwi (1973), Feqh al-Zakah Dirasah Muqaranah Li Ahkamuha Wa Falsafatula Fi Duu al-Quran Wa al-Sunnah, j. 1, Yusuf Qardawi(1973), Fiqh al-Zakah, Beirut: muasasah al-Risalah. Yusuf Qardawi(1973), Fiqh al-Zakah wa Falsafatuha Fi Duu al-Quran wa al- Sunnah, j.1

23

Anda mungkin juga menyukai