Anda di halaman 1dari 6

UNTUK EDARAN SEGERA

Minuman Kolagen Nutribear: Memperkasakan Ibu Baharu dalam


Pengembaraan Sesudah Bersalin

KUALA LUMPUR, Okt 2023 - Nutribear mencetuskan gelombang dengan


minuman kolagen serba gah, direka khusus untuk memenuhi keperluan
ibu baharu dalam pengembaraan sejurus selepas bersalin. Tempoh
berpantang merupakan saat penting untuk ibu berehat dan memulihkan
diri selepas mengharungi perit-getir bersalin yang menuntut segenap
tenaga fizikal dan emosi. Kebanyakan ibu baharu terlepas pandang
khasiat kolagen kerana lebih dianggap sebagai bahan untuk
mencantikkan diri dari segi luaran.

Minuman kolagen Nutribear boleh menjadi teman ideal anda dalam tempoh penting ini,
berikutan pelbagai manfaat yang membantu dalam pemulihan selepas bersalin dan
kesejahteraan tubuh badan secara keseluruhan.

Pengasas Nutribear, iaitu Cik Cheng Joo Chin, menerangkan visi syarikat dalam usaha
menyokong ibu baharu sewaktu fasa transformatif ini, "Di Nutribear, kami memahami
cabaran dan tuntutan yang dihadapi oleh para wanita yang baru menjadi ibu, maka kami
komited untuk memberikan nutrisi dan penjagaan yang terbaik buat anda. Minuman kolagen
kami dirumus seteliti mungkin demi memenuhi keperluan khusus penjagaan selepas
bersalin, menjadikannya pilihan semula jadi buat ibu yang mencari rumusan yang selamat
dan berkesan untuk memantapkan kesejahteraan diri masing-masing."

Komponen utama minuman kolagen Nutribear iaitu Essential Fish Collagen menawarkan
pelbagai khasiat untuk ibu baharu, termasuklah:

1. Melegakan Sakit Sendi: Kehamilan boleh menyebabkan ketegangan pada tubuh badan,
lalu menjurus pada ketakselesaan pada sendi. Ciri-ciri kolagen yang membantu melegakan
sakit sendi memberikan kelegaan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu baharu.
2. Mengekang Keguguran Rambut Selepas Bersalin: Kebanyakan ibu baharu perlu
berhadapan dengan isu keguguran rambut selepas bersalin. Minuman kolagen Nutribear
membantu memerangi masalah ini, dengan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih
sihat dan kuat.

3. Memantapkan Keanjalan Kulit: Kolagen menyumbang pada


keanjalan kulit yang lebih mantap, sekaligus mengurangkan tanda
regangan (stretch marks), yang kebiasaannya membuatkan para ibu
resah sejurus selepas bersalin.

4. Kulit Terhidrat dan Bebas Jerawat: Ibu baharu sering terjejas


dengan kulit kering dan jerawat akibat perubahan hormon dan kurang
waktu tidur. Kolagen membantu mempertingkatkan penghidratan kulit
dan mengurangkan jerawat, sekaligus menggalakkan kulit yang lebih
sihat.

5. Penyembuhan Luka Lebih Cepat: Oleh sebab kolagen sarat dengan asid amino,
kolagen membantu luka sembuh dengan lebih cepat dan lebih cekap, hal ini sangat
bermanfaat untuk ibu baharu yang dalam proses pemulihan luka pada plasenta, koyakan
pada perineum, atau luka pembedahan caesarean.

6. Memudahkan Penyembuhan Lantai Pelvis, Otot Perut, dan Rahim: Minuman kolagen
Nutribear menyokong proses penyembuhan lantai pelvis, otot perut, dan rahim, lantas
membantu ibu baharu pulih dan mengumpul semula kekuatan.

7. Tidur Lebih Baik: Dengan paras glisin yang tinggi, kolagen menggalakkan tidur yang
lebih baik, hal ini penting buat ibu baharu yang tidur mereka terganggu.

8. Sumber Protein untuk Susu Ibu: Kolagen memainkan peranan sebagai sumber protein
asli, yang menyumbang pada penghasilan susu ibu yang sihat untuk ibu menyusu.

Sekalipun tempoh berpantang telah tamat, minuman kolagen Nutribear bakal memberikan
manfaat yang kekal berterusan buat ibu yang menyusu. "Keselamatan dan kesejahteraan
pengguna menjadi keutamaan kami. Kami menghasilkan kolagen asli 100% daripada ikan,
tanpa bahan tambahan atau pengisi, menjadikannya selamat untuk ibu sewaktu hamil,
selepas bersalin, dan menyusu," tegas Joo Chin.

Kolagen, yang terdiri daripada asid amino penting, hakikatnya setanding dengan protein
yang terdapat dalam ikan, ayam, dan sumber protein lain dengan kepekatan yang lebih
tinggi, pada tahap molekul, yang dimanfaatkan sepanjang tempoh berpantang sejak
berkurun lamanya. Walau bagaimanapun, profil asid amino kolagen itu sendiri unik dan
memberikannya manfaat luar biasa untuk kegunaan sama ada wanita hamil atau yang baru
bergelar ibu.
Joo Chin menekankan, "Kami menggesa pelanggan supaya
bijak dalam membuat pemilihan suplemen kolagen. Semua
produk direka bentuk dengan cara tertentu, oleh itu kami
menggalakkan semua orang untuk membuat semakan
menyeluruh sebelum membuat keputusan. Namun, kami
benar-benar yakin minuman kolagen Nutribear merupakan
produk premium dan dijamin berkesan dalam menyokong
kesejahteraan ibu."

Selain itu, wanita hamil juga boleh mendapatkan manfaat dengan mengamalkan
pengambilan kolagen dalam diet. Ibu hamil sudah tentu berhadapan pelbagai cabaran, dan
minuman kolagen Nutribear boleh meninggalkan kesan yang ketara dari segi kesihatan
secara menyeluruh.

Kelebihan kolagen untuk wanita hamil termasuklah:


1. Mengurangkan Risiko Komplikasi Kehamilan: Kolagen sebagai protein asli membantu
mengurangkan risiko komplikasi kehamilan seperti diabetes sewaktu hamil dan darah tinggi.

2. Mengekalkan Tahap Protein yang Sihat: Pengambilan protein yang tepat penting
sewaktu hamil, dan kolagen dapat membantu mengekalkan tahap protein yang sihat dalam
badan.

3. Memerangi Mabuk Hamil: Kolagen membantu dalam memerangi mabuk hamil, lantas
memberikan kelegaan semasa peringkat awal kehamilan.
4. Menstabilkan Paras Gula dalam Darah: Wanita hamil boleh menikmati manfaat
daripada khasiat kolagen untuk menstabilkan paras gula dalam darah, lalu menyokong fasa
kehamilan yang sihat.

5. Sokongan untuk Pertumbuhan Bayi: Kolagen memainkan peranan penting dalam


membentuk kulit, tulang, dan tulang rawan bayi yang sedang membesar di dalam perut.

6. Kesihatan Plasenta: Minuman kolagen Nutribear menyokong kesihatan plasenta, suatu


faktor penting dalam memastikan kehamilan yang sihat.

7. Peningkatan Imuniti dan Kesihatan Usus: Kolagen menyumbang pada peningkatan


imuniti dan kesihatan usus untuk ibu dan bayi.

8. Penyerapan Nutrien: Kolagen membantu ibu menyerap nutrien


dengan lebih berkesan, sekaligus memperoleh khasiat yang
sewajarnya semasa mengandung.

9. Kelegaan daripada Perubahan Kulit: Kolagen melegakankan


gejala yang muncul sewaktu mengandung pada kulit seperti tompok
kering dan dermatitis.

10. Mempertingkatkan Keanjalan Kulit: Dengan mempertingkatkan keanjalan kulit,


kolagen membantu menangani tanda regangan dan mencegah koyakan semasa bersalin.

11. Kesihatan Rambut dan Kukuy ang Lebih Baik: Kolagen menangani kuku yang kesat,
menambah baik pertumbuhan kuku, dan membantu memantapkan kesihatan rambut dan
mengekang keguguran rambut disebabkan oleh perubahan hormon semasa hamil.

12. Tulang Lebih Kuat: Kehamilan boleh menjejaskan ketumpatan tulang, namun kolagen
menyokong kesihatan tulang dalam tempoh genting ini.

13. Melegakan Sakit Sendi: Kolagen membantu menangani dan melegakan sakit sendi
sewaktu mengandung.
14. Tidur dan Mood yang Lebih Baik: Kolagen menambah baik kualiti tidur dan
menjadikan mood yang lebih ceria, hal ini penting demi kesejahteraan ibu secara
keseluruhan semasa hamil.

15. Persediaan untuk Bersalin: Kolagen menguatkan tisu di seluruh badan, bagi
membolehkan si ibu bersiap sedia untuk bersalin dengan lebih lancar.

16. Menyokong Penghasilan Susu Ibu dan Penyembuhan Luka: Kolagen terus
menyokong penghasilan susu ibu yang sihat dan membantu dalam penyembuhan luka
selepas kelahiran.

Keselamatan dan Jaminan Kualiti Menjadi Keutamaan Nutribear


Nutribear menjadikan aspek keselamatan sebagai keutamaan, dengan penghayatan yang
mendalam akan kepentingan jaminan kualiti untuk ibu baharu dan yang menyusu. Kolagen
Nutribear dijamin asli, diperoleh daripada ikan 100%, bebas daripada sebarang bahan
tambahan atau bahan berbahaya. Setiap kumpulan Minuman Kolagen Nutribear yang
terhasil menjalani saringan ketat dan pengurusan yang teliti supaya aspek keselamatan
terjamin sepenuhnya untuk ibu hamil, selepas bersalin, dan menyusu.

Memperkasakan Ibu Meraikan Fasa Kehidupan Baharu dengan Penuh


Keyakinan
Nutribear berbangga kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan
wanita yang hamil dan baru bergelar mejadi ibu, dengan menawarkan
penjagaan dan khasiat penting yang sewajarnya sepanjang tempoh
transformasi ini. Minuman Kolagen, yang diselitkan dengan khasiat kolagen
asli daripada ikan, memberikan banyak manfaat, sesuai untuk memenuhi
keperluan ibu yang berbeza.

Saat ibu melangkah dalam perjalanan yang indah ini, Nutribear kekal teguh di samping para
ibu, memperkasakan mereka maraikan naluri keibuan dengan penuh yakin dan cergas.
Semua ibu digalakkan untuk benar-benar meneliti bahan produk dan mempertaruhkankan
segenap kepercayaan terhadap komitmen Nutribear yang tidak berbelah bahagi dalam
aspek keselamatan dan kualiti.
Kesediaadaan
Minuman Kolagen Nutribear boleh didapati di:

1) Medic Care Pharmacy


Facebook: Mediccarepharmacy

2) Health Path Pharmacy


Laman Web: healthpathpharmacy.com

3) Trevi Pharmacy Sdn Bhd


Facebook: facebook.com/trevipharmacy
4) Leiya Wellness Sdn Bhd
Facebook: facebook.com/leiyawellness
5) Shopee: shopee.com.my/nutribear

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Nutribear dan minuman kolagen ini, sila
layari:
Website: https://nutribear.co
Facebook: https://www.facebook.com/nutribearco
Instagram: https://www.instagram.com/nutribearofficial

Sekiranya terdapat sebarang persoalan media, sila hubungi:


Melissa Chan
Perunding PR
EA Creative Media Relation
018 2355 400
melissachan@eacreativemediarelation.com

Anda mungkin juga menyukai