Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROJEK INTERVENSI
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

Nama Projek:

PELANCARAN PROGRAM
“LET’S READ TOGETHER”

HARI: JUMAAT
TARIKH: 8/9/2023
MASA: 8.00PAGI-10.00PAGI

Disediakan oleh,
Nama Peserta : PARAMES WARAN KERISHNAN
Kelas : SRBE7
IAB Induk/ Cawangan: BANDAR ENSTEK, NILAI

1.0 Pengenalan
 Latar Belakang Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil West Country (Timur) kini menuju kearah 98 tahun. Sekolah ini
dibina pada 1920, oleh Majikan Ladang seorang berbangsa Inggeris. Menurut murid terulung sekolah
ini En. Annamalai, sekolah diselia oleh pengurus ladang, En. Green. Pada mulanya, sekolah ini
beroperasi di sebuah kedai runcit, Kepunyaan En.Kanniah. Beliau bekerja sebagai kerani di ladang
pada waktu pagi. Oleh itu, beliau mengurus sekolah pada waktu petang iaitu 2.00 petang hingga 6.00
petang. Murid-murid dari bahagian Ladang West Country Timur, Sungai Lui dan Belamand datang
belajar di sekolah ini.

Pada masa Perang Dunia Kedua, sekolah ini ditutup sementara waktu. Selepas perang, sekolah ini
dibuka semula oleh penjajah Inggeris pada 1947 dan beroperasi pada waktu pagi. Guru-guru telah
diberi gaji oleh kerajaan. Pada 1969, sekolah ini beroperasi pada waktu pagi dan petang.

Apabila murid-murid bertambah, sekolah ini mengambil ahli rumah asuhan ladang sebagai kelas
pembelajaran dan pengajaran. Ini menjadikan sekolah beroperasi pada waktu pagi sahaja. Pada 1983,
didapati bilangan murid dan telah bertambah lagi. Jadi, sekolah ini berpindah ke Bangunan kilang
Getah kepunyaan PKNS pada tahun 1984. Guru Besar pada waktu itu, En. Arumugam telah
mengubahsuai bilik-bilik darjah serta berusaha untuk mendapat kemudahan elektrik dan air.

Dari tahun 1952 didapati beberapa orang Guru Besar telah bertugas di sekolah ini hingga 1976 Encik
Samuel, mantan Penyelia sekolah-sekolah Tamil, Selangor dilantik sebagai Guru Besar pada tahun
1976. Puan Anggammah yang menjadi Guru Besar pada tahun 1987 banyak membawa
perkembangan kepada sekolah ini dengan jasa baik Yang Berhormat Tun Tan Sri S. Samy Vellu
menteri Kerjaraya ADUN Yang Berhormat Dato' T.M Thurai, Yang Berhormat Dato' selladevan,
PKNS, pihak PIBG dan beberapa orang penderma.

Dengan bantuan sumbangan derma Puan Anggammah dapat berjaya membina dua buah bangunan
baru sekolah. Bangunan ini mula berfungsi pada 20.05.1994 dan ia dirasmikan oleh Yang Berhormat
Dato Sri S.Samy Vellu pada 27.11.1996. Semasa Puan C.Jeyaletchumi menjadi Guru Besar di
sekolah ini, beliau berusaha membina satu lagi bangunan tambahan akibat peningkatan bilangan
murid. Beliau dapat berjaya membina bangunan itu dengan bantuan derma Yang Berbahagia Dato'
Sithambaram Ganesha dan pihak PIBG serta pengurusan sekolah dan ia dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Dato' Sithambaram Ganesha pada 11.3.2008. Dengan sumbangan tanah satu ekar PKNS
dan sumbangan derma ADUN Yang Berhormat Yap Pian Hon pihak sekolah dapat membina sebuah
kantin.

Akibat peningkatan murid berterusan menyebabkan sebuah lagi bangunan dua tingkat berjaya dibina
dengan bantuan penuh oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Disamping itu, kelas
prasekolah mula berfungsi di sekolah ini.

Pada tahun 2011, CIK. M. Vasuki menguruskan sekolah ini dengan baik dan membawa banyak
perubahan serta pencapaian dari segi pentadbiran dan akademik. Beliau berusaha dan berjaya
menyediakan kemudahan asas dan bilik-bilik khas bagi melicinkan pengurusan pentadbiran dan
peningkatan akademik.

Selepas beliau, SJK(T) West Country Timur) menjadi Sekolah dalam Taman dengan ceria dan indah
atas pucuk pimpinan Guru Besar cemerlang Puan Suppammal A/P Natarajan PPC. Beliau
menambahbaikan dan menyediakan bilik-bilik khas seperti Bilik Sains, Bilik Muzik, Pusat Sumber,
Bilik Linus / Pemulihan, Bilik Kokurikulum, Bilik Gerakan, Bilik Wawasan dan sebagainya. Guru
Besar, Puan Suppammal A/P Natarajan PPC menggerakkan sekolah seiras dengan Visi dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau menjadikan SJK(T) West Country Timur sebagai satu
pusat penandarasan yang patut diteladani.
Kini, Puan Gengamah a/p Munusamy pula menjadikan Sekolah sebagai “Kanum Idam Ellam Kalvi”
maksudnya, murid dapat mempelajari sesuatu di dalam kawasan sekolah dan ia dapat
memperkasakan bacaan dalam kalangan murid di mana-mana sahaja bermula september 2022 hingga
kini. Sehubungan itu, pelbagai paparan bacaan di kawasan sekolah juga bertambah.

PROJEK INTERVENSI

1.1 ANALISIS PERSEKITARAN

Dalam Gelombang Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2016 – 2020, fokus
yang diberikan adalah melahirkan pemimpin yang berwawasan. Apakah yang dikatakan pemimpin
yang berwawasan? Dalam PPPM ini, pemimpin berwawasan bermaksud pemimpin yang dapat
membangunkan visi dan misi sekolah bersama dengan guru-guru agar dapat mencapai matlamat
pendidikan. Pemimpin yang berwawasan juga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan
keberanian

Kerangka Dasar dan Hala Tuju adaptasi dari Model Kaplan (2010) ia terdiri daripada empat (4)
peringkat yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.
a. Peringkat 1 – Membangunkan Hala Tuju Organisasi. Pemimpin perlu membuat
penjelasan tentang visi,misi dan mandat. Selain itu, analisis persekitaran tentang
masa depan dan masa kini juga perlu dibuat oleh pemimpin yang berprestasi tinggi.
b. Peringkat 2 – Menterjemahkan Hala Tuju. Di peringkat ini, pemimpin membuat
penentuan kepada objektif khusus untuk mencapai misi dan visi serta petunjuk-
petunjuk prestasi.
c. Peringkat 3 – Mengoperasikan Hala Tuju dan Pelan Strategik dengan mengambil
kira aspek sumber manusia, maklumat, kewangan serta mengurus perubahan.
d. Peringkat 4 – Pemantauan dan Penambahbaikan. Pemimpin di peringkat ini lebih
kepada memantau, menilai, mengawal dan membuat penambahbaikan terhadap
pelan strategik.

Program “Let’s Read Together” dirancang dan dilaksanakan setelah isu kritikal sekolah
dikenalpasti melalui análisis persekitaran yang dibuat. Budaya membaca dalam kalangan guru
adalah kurang dan ia juga menyebabkan murid juga tidak minat membaca semasa mempunyai
masa lapang. Hubungan itu, analisis “5Whys” digunakan untuk mencari punca sebenar masalah.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar SJKT West
Country Timur Pn.Gengamah a/p Munusamy atas memberi idea untuk bimbingan dan nasihat yang
diberikan sepanjang tempoh program perantisan 2 ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada barisan pentadbiran, guru dan warga sekolah SJKT West Country Timur yang telah
memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya dalam menjayakan program perantisan 2 ini.

Budaya sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat membaca. Abu
Bakar Nordin Ehsan (2003) menyatakan pelajar sekolah adalah satu masyarakat kecil yang
mempunyai budayanya tersendiri. Oleh yang demikian, badaya membaca harus menjadi
sebahagian dari budaya sekolah. Ini kerana wujudnya tabiat membaca dalam budaya sekolah
berupaya melahirkan satu generasi berilmu yang berpengetahuan dan berinovasi. Mc Ewan (2002)
mentakrifkan tabiat membaca dalam konsep sekolah sebagai satu sikap kolektif dan tingkah laku
bagi semua aktiviti yang membolehkan seseorang murid membaca dengan baik sama ada untuk
tujuan akademik atau peribadi. Sutarno (2006) menjelaskan konsep tabiat membaca sebagai satu
kitaran bermula dari minat membaca menjadi kebiasaan membaca dan seterusnya menjadi satu
budaya yang lahir dari kebiasaan seseorang

Keputusan menunjukkan bahawa kebanyakan murid-murid sekolah masih berada pada


tahap sederhana jika merujuk kepada data pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Perkara ini
perlu diambil perhatian sewajarnya daripada pihak sekolah. Pembentukan tabiat membaca di
sekolah masih lagi ketinggalan jauh kerana aktiviti membaca oleh murid sekolah tidak berlaku lebih-
lebih lagi ketika waktu balik di tempat menunggu, masa rehat ataupun masa terluang ketika
ketiadaan guru. Di ruang-ruang koridor sekolah, kantin, sudut bacaan mahupun bilik darjah tidak
kelihatan murid membaca buku. Walaupun terdapat murid yang datang ke Perpustakaan Sekolah,
akan tetapi aktiviti membaca berlaku pada skala yang kecil. Di mana boleh dinisbahkan antara 3:10
murid yang hadir ke di situ. Murid-murid hanya bermain dan membelek-belek buku tetapi tidak
dibaca. Situasi ini tidak menunjukkan tabiat membaca telah wujud dalam kelompok murid sekolah.
Tabiat membaca bukan menjadi budaya murid sekolah rendah. Antara sebab ialah buku bukan
menjadi keutamaan dalam membuat pilihan, sesetengah murid merasakan mereka malu untuk
membaca dikhalayak ramai kerana tidak mahu diejek oleh rakan rakan-rakan dan tiadanya motivasi
dalam diri sendiri. Menurut Dasar, Pelaksanaan latihan dibuat secara kreatif dan penekanan kepada
“Blended Training Approach” seperti pembacaan buku, perkongsian ilmu,sesi mentoring,
pembelajaran kendiri dan kaedah lain yang bersesuaian.

2.0 Rasional
Rasional kajian ialah untuk mengenal pasti peranan sekolah dalam memupuk tabiat
membaca dalam kalangan murid SJKT West Country Timur. Daripada dapatan data Projek Nilam
dan SPLKPM menunjukkan terdapat usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk
memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah telah rendah. Namun perlu ditambah baik
agar usaha ini akan dapat membentuk tabiat membaca di dalam sekolah dan khasnya dalam diri
murid sekolah. Antara usaha dan cadangan saya akan ditambah baik adalah:

i) Memperbanyakkan poster-poster yang menggalakkan tabiat membaca. Poster ini akan dapat
memberi kesedaran dan pembakar semangat kepada murid untuk mengutamakan tabiat
membaca. Otike (2011) juga mengatakan promosi tabiat membaca dapat menjadikan hobi
sepanjang hayat.

ii) Pusat sumber sekolah perlu menyediakan bahan bacaan yang pelbagai dan menarik minat untuk
membaca. Peralatan ICT juga perlu dipertingkatkan agar bahan bacaan digital juga boleh diakses
oleh murid.
iii) Penyediaan “Mini Library” dan sudut NILAM yang lebih menarik dan diselenggara secara
berkala. Seperti yang dilaksanakan oleh sekolah dengan memanfaatkan perkara yang
disediakan untuk warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Inisiatif ini menggalakkan
semua warga sekolah dan ibu bapa bersama-sama membaca buku sementara menunggu anak
jagaan habis sesi persekolahan (Utusan Malaysia, 3.8.2020)

iv) Program NILAM perlu di martabatkan dan diintegrasikan dengan tabiat dan amalan harian di
sekolah secara aktif dan bukan sebagai bebanan kepada guru. Menurut Norshah Aizat Shuib
dalam Berita bertarikh 5 April 2021, pihak sekolah berperanan mewujudkan ekosistem mesra
pembaca kepada murid. Program sedia ada seperti Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) boleh
diperkasakan, selain mewujudkan perbincangan buku.

v) Program galakan membaca perlu diperbanyakkan dan boleh membuat kolaborasi bersama
perpustakaan yang berdekatan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam
Negeri dan Perpustakaan Desa.

vi) Guru perlu sentiasa memberi galakan sepenuhnya kepada murid betapa pentingnya membaca.
Galakan secara berterusan akan dapat membuka minda pelajar untuk membaca. Guru juga
adalah cerminan murid kerana murid sentiasa melihat dan mendengar apa jua yang diucapkan
oleh guru.

3.0 Pelaksanaan Projek


3.1 Projek Intervensi

3.1.1 Nama projek intervensi


“LET’S READ TOGETHER”

3.1.2 Bidang Keberhasilan


i. Kurikulum

3.1.3 Matlamat
Ia bertujuan untuk membudayakan tabiat membaca dalam kalangan murid
sepanjang hayat.

3.1.4 Objektif

 Meningkatkan murid 2 Vivegan membaca 150 buah buku dalam tempoh 3 bulan.
 Meningkatkan 10.65% ke 50% bahan bacaan dengan tahap perkembangan murid.
 Menyemai minat membaca dalam kalangan murid dengan penyediaan Perpustakaan
Mini di tempat menunggu kenderaan semasa balik ke rumah.
 Memupuk persaingan dalam Program NILAM peringkat sekolah dan peringkat daerah
konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan.
3.1.5 Sasaran
Usaha membentuk tabiat membaca dalam kalangan generasi kini perlu
dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi. Dalam konteks institusi
pendidikan, kanak-kanak di peringkat sekolah rendah diberi tumpuan utama.
Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah secara berterusan untuk
semua murid SJKT West Country Timur.

3.1.6 Pelibatan
SISC+ PPDHL, PIBG, PIBKS, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),
Sukarelawan, guru-guru,Ibu bapa dan Murid SJKT West Country Timur.

3.1.7 Jadual Pelaksanaan


Bi Aktiviti Tarikh Tindakan Pelan
l Kontigensi
1 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Julai GB Edaran
* Menerangkan objektif dan tujuan 2023 bahan
program Let’s Read Together PK
Pentadbiran bercetak
GPM
Ketua
Panitia
2 Taklimat kepada semua Julai PK Edaran
* Menerangkan objektif 2023 Pentadbiran bahan
* Pelantikan jawatankuasa kerja GPM bercetak
* Menerangkan senarai murid yang terlibat B&K
Semua KP
Semua guru
3 Penjadualan Program Julai GPM Edaran
* Menentukan jadual murid mento mentee Guru Kelas ( 2
2023 Vivegan) bahan
* Menyediakan jadual pelaksanaan bercetak
program KP BT
* Menyediakan borang penyeliaan dan KP BI
pemantauan KP BM
Guru Nilam
4 Pelancaran program Let’s Read Ogos GB
3.1.8 Together PKP
2023 GPM
Aktiviti 1:
- Menyebarluas program kepada
semua murid di Perhimpunan
Sekolah
- Agihan murid 2 Vivegan kepada
mentee(Guru Subjek 2V)
Aktiviti 2 : Eksplorasi pendidikan Ogos GB
- SISC+ PPD Hulu Langat 2023 PK
GPM

Aktiviti 3: Perjanjian LOI bersama UPM Ogos GB


- Sumbangan berkala daripada UPM 2023 PK
(Buku) GPM

Aktiviti 4 : Wujudkan Pengawas Tunas Ogos GPM


Minda dan Pengenalan Mentee dalam 2023 Guru Nilam
kalangan ibu bapa(semasa waktu balik)
Guru Kelas 2v
- Pengawas Tunas Minda(murid 2
vivegan) dan Mentee(ibu bapa)
5 Pemantauan Pelaksanaan Julai 23 GB
-Feb 24 PK
Pentadbiran
6 Penilaian dan Penambahbaikan Okt PK
berterusan 2023 Pentadbiran
* Learning walk
* *Pencerapan SK@S std 4
* *Pelaporan
* *Pelan Intervensi
7 Majlis Penganugerahan - Tokoh Nilam Sept GPM
dalam kalangan murid 2 vivegan & 2023 KP BI,BT,BM
Penghargaan sekolah
8 Pelaporan Feb GPM
2024
Anggaran Perbelanjaan

Bi
l Perkara Perbelanjaan
1 Pembinaan Buaian RM 1000
2 Bahan bahan bacaan RM 500

3 Perasmian “Mini Library”


- Cat
- Rak
- Labeling RM 1000
- Majlis
4 Makanan
7/9/2023 (Khamis) RM150
8/9/2023 (Jumaat) RM 250
5 Cenderamata RM 200
Jumlah RM3100

3.1.9 Sumber Kewangan


PIBG/LPS
UPM

3.1.10 Pemantauan
 Kaedah
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak
iii. OPPM

Alat Pemantauan
i. SPLKPM
ii. NILAM
iii. E-Sarana

3.1.11 Penilaian
Alat Pemantauan
i. SPLKPM
ii. NILAM
iii. E-Sarana

4.0 Penutup

Tabiat membaca merupakan satu tabiat yang seharusnya dipupuk sejak kanak-kanak
lagi untuk membentuk budaya membaca dalam diri mereka. Masyarakat yang sempurna dari
segi fikiran dan fizikal biasanya mempunyai latar belakang yang suka membaca. Memang
sukar untuk menggalak masyarakat membaca kerana mereka mungkin berasal dari
persekitaran, atau keluarga yang sememangnya tidak suka membaca. Oleh kerana isu ini
merupakan isu nasional, seluruh negara seharusnya terlibat untuk membina masyarakat
berbudaya membaca. Dari peringkat Kementerian Pelajaran hingga kepada agensi kerajaan
lainnya, kerajaan negeri, badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Perpustakaan Negara, organisasi masyarakat, ibu bapa, sekolah, institusi awam dan
swasta dan lain-lain perlu memainkan peranan.
Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………..……….…………………… ………………………………………..
(Nama Peserta) (Nama Mentor)
Tarikh: Tarikh:

Diluluskan oleh,

………..……….………...
(Nama Penyelia)
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai